Our Destiny Is Not Here
.
.
Naruto sepenuhnya milik Masashi Kishimoto
"Sakura-chan..."
"Naruto..."
Tangan mereka berdua terpaut erat seperti tidak mahu dilepaskan. Tubuh mereka yang lemah terbaring di atas tanah, langsung tidak bergerak. Dua pasang mata itu memandang di antara satu sama lain. Senyuman di bibir terukir lemah.
"Jangan senyum, baka.
Lelaki berambut perang itu tidak mempedulikannya, setiap inci wajah Sakura di tatap seolah-olah ini adalah kali terakhir dia akan melihat wajah yang di sulam helaian rambut merah jambu itu.
"Sakura-chan, andai kata kita tak dapat bersama di sini, di waktu ini. Saya pasti, di dunia yang lain, kita adalah pasangan yang gembira di sana.", tubir mata si gadis sudah basah dek kerana ucapan pemuda itu. Esakannya cuba ditahan semampu yang boleh.
"Baka! Kau masih tak tunaikan janji kau.", reaksi wajah Naruto tidak berubah, senyumannya masih ada.
Pancaran cahaya yang memedihkan mata di langit membuatkan mereka melihat ke atas, dari kedudukan yang tinggi di atas mereka, terlihat sebutir peluru gergasi yang akan menjunam. Naruto menarik nafasnya dalam sebelum dihembuskan kembali.
"Haruno Sakura-chan, sudi tak awak menjadi isteri saya, walaupun saya tahu ini sudah agak terlambat?"
Sakura mengangguk dengan air mata yang mengalir deras. Dengan sisa tenaganya yang terakhir, Sakura mendekatkan dirinya dengan Naruto. Helaan kuat nafas pemuda di sampingnya terdengar jelas.
"Aku terima."
"Sebab aku cintakan kau, Naruto."
"Saya cintakan awak, Sakura-chan."
Ucapan terakhir mereka terdengar serentak.
Boooom!
Untuk seketika waktu, langit gelap bersinar sebentar. Permukaan tanah hancur bersama pokok-pokok yang turut lenyap daripada pandangan mata.
The End
Thnx sebab sudi baca...
