Sebab puasa dah nak dekat...

Kitsu dapat idea nak buat drabbles!

Maaf pada yg bukan Islam...

Untuk yang menunggu chapter 6 Lonely Love

Saya rasa akan siap besok kot...

Happy reading!


Puasa oh Raya! (Drabbles)

1. Sahur

Gempa sedang menyediakan makanan untuk sahur manakala Thorn & Blaze mengejutkan semua kembar Boboiboy. Bulan puasa ialah bulan yang paling Gempa suka. Kenapa? Ini sebab semua adik dia tak bergaduh bila puasa huh...penatlah katakan~

Gempa abang pertama, Halilintar kedua, Taufan ketiga, Blaze keempat, Ais kelima, Solar keenam dan Thorn kelima. Terdapat tujuh jenis elemental Boboiboy atau lebih dikenali sebagai Elemental Brothers. Walaupun ada yang bertolak belakang...mereka masih bahagia!

Kelihatan Halilintar baru turun dengan memakai baju merahnya...berjalan perlahan, sesampainya di meja, dia terus tidur balik...tanpa disedari Gempa mendekati Halilintar.

"Halilintar kusayang~ KAN AKU CAKAP JANGAN TIDUR MASA SAHUR" kata Gempa sambil menekankan hampir kesemua perkataannya, mendengar nada suara Gempa, Halilintar terus terbangun

Meingatkan bahawa si abang pertama tidak suka sesiapa tidur semasa waktu pagi/apabila sahur, mungkin ia akan sedikit kasar jika peraturannya dilanggar sebegitu sahaja.

Selepas beberapa minit, baru semua para Boboiboy datang ke meja makan. Solaf & Taufan masih dalam alam mimpi. Ais & Blaze membasuh tangan manakala Thorn & Halilintar sudah sedia untuk makan.

"Abang...boleh tak kalau tak puasa?" Tanya Blaze & Taufan bersamaan

"TAK BOLEH..." jawab Gempa lembut tetapi sangat tegas

"Urkrh...b-b-baiklah abang..." Taufan & Blaze mengurung niat selepas melihat mata Gempa yang mula memasangkan mata seperti helang

Mereka mula makan dengan mengantuknya selepas Halilintar (yang dipaksa) membaca do'a puasa...

2. Aktiviti

Semasa puasa...aktiviti ko-kurikulum akan ditangguhkan untuk sebulan. Malah memberi mereka balik awal setiap Rabu. Halilintar termenung di dalam kelas tidak menghiraukan suasana bising si kawan & musuh.

"Huh..." Halilintar menghela nafas kali keempat, apa yang dia fikirkan ya?

"Ei, Halilintar...apa pasal ni?" Tanya Gempa yang ditemani kawan baiknya, Fang

"Takde apa...aku cuma fikir tentang landak~" gurau Halilintar, menjeling ke arah Fang, dia tahu..yang dia suka panggil Fang landak sebab rambutnya seperti landak...ia tahu Fang akan blushing sebab Halilintar fikir pasal dirinya

Tekaan Halilintar betul, Fang blushing sanbil memalingkan kepalanya ke arah langit yang cerah dengan sinar matahari. Halilintar hanya tergelak kecil dengan reaksi Fang.

"Memandangkan cikgu tak datang...apa kata kita main satu aktiviti ni...nak?" Gempa memberi idea setelah sekian lama berfikir, Halilintar & Fang meangguk perlahan

Fang mula keliru melihat Gempa yang membawa tiga kertas A4 dimejanya dan Halilintar. Halilintar hanya memandang kertas A4 itu, dia berfikir mungkin pertandingan melukis? Atau pertandingan teka-teki dalam bahasa inggeris?

"Kita lukis muka kita sesama sendiri, Hali kau lukis Fang, Fang kau lukis aku, aku pulak lukis Hali!" Kata Gempa dengan bunga-bunga disekelilingnya

"Aktiviti apa ni? Tak bestlah...baik main bola keranjang" kata Fang memandang remeh pada Gempa

Gempa tersenyum seram "ahaha...KAU MEMANG NAK MAIN AKTIVITI LAGI BEST YA?" Tanya Gempa sambil mamandang tajam Fang

Halilintar tidak pedulikan mereka berdua, dia terus melukis Fang dengan tekun~ Halilintar memang berbakat dalam melukis...sebab dia sudah berlatih melukis dengan Haikal...yang suka melukis sangat dengan slogan "tak melukis satu hari, hari kita tak wajib!" Slogan yang sangat bermakna (bagi para pelukis)

Gempa membawa Fang keluar dari kelas dan menuju lapangan, entah apalah yang dia mahu buat dengan Fang. Fang hanya pasrah, yelahkan...semua ni salah dia after all...

Gempa berhenti di lapangan bola keranjang. Mata Fang bersinar manakala mata Gempa semakin menajam

"Nah...sebab aku ketua murid & pengawas~ aku nak kau lari satu padang 4 kali...kalau tak buat adalah hukuman yang datang~~" kata Gempa dengan raut kejamnya yang jarang muncul

Fang berkedip-kedip matanya...oh tidak, lari lapangan 4 kali?! Itu sungguh memenatkan...dahlah dia puasa, nak lari keliling padang pulak tu!

"Gempa~ ehehe...aku main-main je tadi...meh sini aku lukis kau ya~" kata Fang dengan nada merayunya

"Jangan nak tukar topiklah...nikan aktiviti yang kau nak? Kenapa tak teruskan je?" Tanya Gempa

Fang berfikir dua kali, ya...masa dia cakap tadi yang aktiviti yang Gempa buat...dia tak fikir dua kali. Akhirnya Fang pasrah..dia segera berlari sekeliling padang...dan berakhir dengan dia diangkat Gempa masuk ke bilik khas hanya ketua pengawas boleh masuk dan membaringkan Fang di atas katil yang empuk.

3. Letih

Selepas waktu persekolahan tamat, Elemental Brothers balik kerumah bersamaan. Ais yang pertama masuk kedalam biliknya yang sudah lama dibuka air-cond manakala yang lain turut serta...

Gempa duduk diruang tamu bermain telefon. Tiba-tiba dia terasa ada dua makhluk memegang erat kakinya dengan tangan yang berpeluh. Gempa melihat kakinya dan sah—itu Blaze & Taufan

"Aabaaang...kitorang penatlah..." kata Blaze

"Ha'ah...penat sangat..." sambung Taufan

"Siapa suruh korang lumba balik rumah? Dah..dah...pergi mandi busuk bau peluh korang!" Kata Gempa sambil buat-buat menutup hidungnya

Tanpa membantah... mereka berdua terus berebut untuk mandi. Diorang tahu...kalau Gempa nak tukar topik mesti sesuai dengan situasi...patutlah semua orang suka dengan dia...

4. Ponteng

Halilintar memandang sekeliling. Selepas memastikan tiada sesiapa di dapur, dia menyelinap dengan pantas sekali bagaikan kilat! Memang sesuai dengan namanya. Halilintar membuka peti sejuk dengan perlahan, mengambil minuman kegemarannya, ais lemon tea. Entah mengapa dia suka rasa yang sedikit masam & manis lemon itu.

"Huh...takde sia—" sebelum Halilintar melanjutkan perkataannya dia terdengar bunyi suara seseorang, atau lebih tepatnya dua suara kembar

"Abang Hali tak puasa ke~?" Tanya mereka berdua yang seorang memakai topi berwarna hitam & jingga manakala seorang lagi bertopi samping berwarna biru-putih

"GAAAAAH!" Halilintar terperanjat seperti kucing yang ditakutkan tuannya

"Ehehe~Abang Hali, ambil apa tu? Tu bukan air ke? Kan baru Zohor...mana Maghrib lagi~" kata Taufan dengan nada mengejek

"Nak kitorang bagitahu Abang Gempa~?" Tanya mereka berdua bersamaan

Halilintar berhenti sejenak berfikir sesuatu 'Matilah aku kalau Abang Gem tahu...mesti dia akan bunuh aku!' Bisik hati Halilintar sambil membayangkan Gempa yang tengah marah macam kerbau yang nampak warna merah dan menanduknya sehingga hancur!

"T-t-tolonglah...aku merayu jangan bagitahu Abang Gem!" Rayu Halilintar sambil menurunkan telinga kucing bayangannya sambil membuat muka puppy eyes

"Ohohoho..." mereka berdua memandang sesama sendiri sambil tersenyum jahil

Halilintar dilepaskan tertangkap dan dia disuruh untuk mengikut arahan 'twin demons' tu untuk beberapa minggu. Nota untuk Halilintar; jangan main-main dengan puasa, lagi-lagi dengan twin demons tu...

5. Berbuka puas

Semua para Elemental Brothers berkumpul di ruang makan untuk berbuka, sebenarnya bukan semua..cuma tinggal Ais je yang masih nyenyak tidur di atas katilnya.

"Haih...mana si Ais ni! Dah nak berbuka dah ni!" Kata Blaze mengetuk-ngetuk jarinya di atas meja

"Hish kau ni...tak boleh sabar ke? Lagi 5 minit lagi nak berbuka! Ei, Taufan, Blaze pergi bangunkan Ais kalau nak cepat sikit berbuka.." kata Halilintar yang mula serabut dengan bunyi yang dibuat oleh si Blaze

Blaze & Taufan segera nak ke tingkat dua dengan segera. Gempa sudah menyediakan air mengikut kategori yang adiknya suka. Dia sendiri, air milo, Halilintar, ais lemon teh(yang dah tersedia di dalam botl besar), Taufan, ais lemon biru, Blaze, koko panas, Ais, koko sejuk, Solar, oren jus dan Thorn, teh 'o' ais.

"Hnng...bila nak berbuka ni..." tanya Ais yang sudah datang bersama Taufan & Blaze yang memegang bahunya

Gempa & lain tergelak kecil "Baru je nak buka puasa...kalau kau ngantuk.. tidurlah~ aku ada masak ikan 3 rasa & ayam masak kicap~~" Gempa mengumpan Ais yang terus membuka mata & berlari duduk di meja makan

"Ahahaha!" Bergelak ketawa beramai-ramai pada waktu berbuja snagat menyeronokkan...kerenah Elemental Brothers tak pernah berubah!