SALAM PERKENALAN. SEBELUM ITU SAYA MAHU MEMBERITAHU KEPADA KAMU SEMUA YANG SAYA BUKANLAH AWANI TETAPI ADIK AWANI. SUDAH HAMPIR TIGA BULAN KAKAK SAYA BEKERJA DI KAWASAN PEDALAMAN YANG MANA RANGKAIAN INTERNET TIADA. KERANA TERLALU TAKUT BLOGNYA INI DIPADAM KETIKA KETIADAANNYA JADI DIA MEMINTA SAYA MENGGUNAKAN BLOGNYA INI.

INI ADALAH FANFICTION SAYA YANG PERTAMA. SAYA HARAP ANDA MENYUKAINYA.

WARNING :- SEGALA HAK MILIK NARUTO ADALAH KEPUNYAAN MASASHI KISHIMOTO.

WATCHING OUR FUTURE.

HARUNO SAKURA.

Semua rookie 9 termasuk team Gai berkumpul di dalam sebuah bilik bersama dengan guru baru mereka. Seminggu setelah kumpulan baru terbentuk Saidame memanggil mereka semua. Mereka semua tertanya-tanya apakah sebabnya hokage memanggil mereka semua ke mari.

Setelah beberapa minit menunggu akhirnya Hokage muncul. Dia berdiri di depan mereka semua.

"Jichan misi apakah yang kamu mahu beri pada kami semua?" Orang yang mula bertanya adalah Naruto.

"Tidak, saya panggil kamu semua ke mari adalah kerana saya mahu kamu semua test bola kristal saya yang baru ini" Hiruzen lantas mengeluarkan sebiji bola Kristal dari dalam jubah hokagenya dan menunjuknya kepada mereka semua.

"Bola baru ini sama sahaja dengan bola Kristal yang lama" Balas Naruto. Dia langsung tidak nampak perbezaan diantara kedua bola Kristal milik Hiruzen.

"Tidak fungsinya berbeza sama sekali. Bola Kristal yang lama hanya mampu menunjukkan peristiwa yang sedang terjadi sahaja sedangkan bola Kristal baru ini ianya mampu menunjukkan peristiwa yang akan berlaku pada masa depan.

Bola Kristal ini dicipta oleh Yoidame sebelum dia meninggal dunia. Saya mengambil masa setahun lebih untuk membuatnya kerana proses pembuatannya yang sungguh rumit. Ianya belum diuji lagi jadi saya bercadang mahu menggunakan kamu semua sebagai bahan uji kaji saya" Hiruzen menerangkan kegunaan bola Kristal barunya kepada anak buahnya.

Semua orang terpaku mendengar penerangan dari Hiruzen itu. Ianya langsung tidak masuk akal. Separuh lagi daripada hati mereka mempercayainya. Orang yang menciptanya adalah yang Keempat. Dari apa yang mereka dengar mendiang hokage mereka itu sangat suka mencipta jutsu yang pelik dan sangat mustahil.

"Saya mahu cuba dulu" Sakura mengangkat tangan kanannya. Dia terlebih dahulu menawarkan dirinya untuk mencuba bola Kristal tersebut.

"Tapi Sakura chan saya nak jadi orang pertama yang mencubanya" Kata Naruto.

"Kau ada masalahkah kalau aku jadi orang yang pertama?" Tanya Sakura dengan muka yang begitu menakutkan sekali.

"Ti..tiada.."Naruto begitu takut sekali melihat wajah teammatenya yang begitu menakutkan itu.

"Baguslah" Wajah gerun Sakura serta-merta hilang. Dia bangun dari tempat duduknya lalu menghampiri Hiruzen.

"Bagaimana saya mahu menggunakan bola ini?" Tanya Sakura.

"Kamu alirkan chakra kamu ke dalam bola ini. Semakin banyak chakra yang kamu alirkan semakin lama bola ini akan menayangkan masa depan kamu" Beritahu Hiruzen.

Sakura memegang bola Kristal dengan kedua belah tangannya. Dia mengeluarkan chakranya lalu mengalirkannya ke dalam bola Kristal tersebut.

Pada Sakura tiada perkara lain yang dia mahu tengok melainkan dengan siapa dia berkahwin. Sakura ingin tahu adakah dia berjaya memiliki Sasuke atau pun tidak. Jika dia berjaya berkahwin dengan Sasuke berapa orang anakkah yang mereka dapat.

Bola Kristal yang dipegangnya bersinar dengan begitu terang sekali. Bola Kristal tersebut terbang ke udara lantas memancarkan cahaya yang seakan skrin itu.

Mereka semua menontonnya dengan penuh minat sekali.

Seorang gadis berambut pink sedang menangis di tepi sebatang sungai. Air mata yang mengalir deras di kedua belah pipinya jatuh ke dalam anak sungai.

"Mengapa bola kristal ini menunjukkan diri aku sedang menangis?" Sakura tidak puas hati kerana bola Kristal menunjukkan padanya bukan apa yang dimintanya.

Apa yang dia nak tengok adalah perkahwinannya dengan Sasuke bukannya masa depannya yang sedang menangis!

"Mungkin kau menangis sebab kau terlalu sedih sebab Sasuke tolak cinta kau" Naruto cuba meneka. Tapi tekaannya itu hanya membuatkan Sakura begitu marah sekali.

"Kau dah tak sayang nyawa kau lagi ke Naruto?!" Sakura mengepal penumbuknya bersedia untuk membelasah rakannya yang bodoh itu.

Ino dan Hinata cepat-cepat menghalang Sakura. Mereka tidak mahu gadis tersebut membunuh Naruto.

"Naruto jaga sedikit mulut celupar kamu tu" Kata Ino.

Sakura berjaya melepaskan dirinya daripada pelukan Ino dan Hinata. Tapi belum sempat dia ingin membelasah Naruto tiba-tiba dia mendengar suara counterpartnya meratap.

"Why, mengapa semua ini harus terjadi pada diriku?" Raung Sakura. Bahunya terinjut-injut menahan tangisannya.

Satu tangan berserta sehelai sapu tangan tiba-tiba muncul di depannya. Dia mendongak kepalanya untuk melihat pemiliknya. Orang yang menganggunya itu adalah..

"Lee!" The rookies serentak menjerit memanggil nama orang tersebut.

"Yosh! Masa depan aku begitu muda dan bertenaga sekali!" Rock Lee menjerit kegembiraan sambil tangan kanannya menunjukkan tanda best.

"Lee kun cikgu begitu bangga dan gembira sekali kerana kamu menjadi seorang lelaki yang sungguh kacak dan kuat!" Gai sensei lantas memeluk erat tubuh anak murid kesayangannya itu. Dia menangis kegembiraan kerana anak muridnya itu membesar seperti yang dia harapkan.

Sakura mula berasa tidak sedap hati. Sepertinya tekaan Naruto seperti benar. Tapi aku harap ianya tidak benar sama sekali.

Sakura mengambil sapu tangan dari Lee lalu mengesat air matanya. Lee duduk di sebelah Sakura.

"Ini kali kedua aku melihat kau menangis dengan begitu teruk sekali"

"Kali kedua?"

"Kali kedua. Dan kedua-keduanya adalah kerana Sasuke"

FLASHBACK

Semua rookies kecuali Sasuke dan Shino berkumpul di depan gerbang Konoha. Shikamaru menerangkan rancangannya kepada mereka semua. Mereka semuanya mendengar penerangan Shikamaru dengan teliti.

Sedang mereka semua berbincang tiba-tiba kedengaran suara Sakura memanggil Naruto. Sambil menangis terisak-isak dia merayu pada Naruto supaya membawa semula Sasuke pulang kepadanya.

END FLASHBACK.

Semua mata memandang kearah Sasuke. Sasuke turut sama tergamam. Tidak sangka yang dia senekad itu.

Aku sepatutnya sudah duga yang Orichimaru akan sasarkan pada Sasuke. Tapi aku tidak sangka ianya begitu cepat sekali. Itachi pasti akan mengamuk jika mendapat tahu yang aku tidak menjaga adiknya dengan baik seperti yang aku janjikan dahulu.

"Pengkhianat!"Cemuh Kiba pada Sasuke.

"Aku tak lari lagi! By the way Sakura.."

"Ya Sasuke kun"

"Kalau kau betul-betul mahu heret aku pulang semula ke pangkuan kau kau tidak perlu menyuruh Naruto atau orang lain melakukannya untuk diri kau. Kau perlu lakukannya sendiri. Bersedia berdepan dengan aku dan lawan dengan aku face to face.

Rayuan dan tangisan kau itu hanya membuatkan Naruto terbeban sahaja. Nampak sangat kau ini cumalah seorang perempuan yang lemah dan hanya menyusahkan orang lain sahaja"

Sakura menunduk mukanya bila mendengar kata-kata Sasuke yang begitu tajam sekali. Ianya betul-betul menyusuk sanubarinya.

"Teme kata-kata kau ini sungguh kejam!" Tempelak Naruto. Dia tidak suka apa yang Sasuke katakan pada Sakura.

"Kenyataan selalunya kejam dan menyakitkan. Jika aku tidak berkata kejam dia tidak akan sedar yang dia sememangnya seorang yang lemah dan hanya akan membebankan kumpulannya sahaja"

"Iya kau memang betul"

"Kau rasa sedih sebab dia akan berkahwin dengan perempuan lain" Kata-kata Lee itu bukanlah persoalan tetapi lebih kepada kenyataan.

Semua orang tahu yang Sakura amat menyintai Sasuke. Dan Lee tahu yang Sasuke tahu yang Sakura cintakannnya tetapi sayangnya Sasuke langsung tidak membalas cinta gadis tersebut.

"Aku cuba berlagak tenang tapi akhirnya aku tetap ingin menangis juga"

"Tiada siapa yang mahu merasa sakit akibat putus cinta. Cinta pertama tak semestinya berakhir ke jinjang pelamin. Sasuke bukannya seorang sahaja lelaki kacak dalam dunia ini. Ada ramai lagi lelaki yang jauh lebih baik dan kacak daripada dia. Aku yakin kau pastinya akan menemui jejaka iadaman kau"

"Noooo!"Jerit Sakura tidak percaya.

Hinata dan Tenten merasa simpati dengan nasib Sakura. Ino langsung tidak mampu untuk mentertawakan Sakura. Putus cinta bukanlah perkara yang boleh digelakkan. Sebaliknya dia berasa begitu kasihan sekali dengan rakannya itu. Begitu pun dia tertanya-tanya siapakah bakal isteri Sasuke?adakah dia?

"Terima kasih Lee kerana beri semangat pada aku"

"Sama-sama lagi pun kitakan kawan. Sebenarnya semua kawan kita berasa risau dengan kau. Mereka bimbang yang kau tak boleh menerima kenyataan ini kerana itu mereka meminta supaya aku memujuk kau"

"Aku menerima kenyataannya dengan perasaan yang ikhlas. Apa yang aku perlukan hanyalah mengubati perasaan kecewa aku ini sahaja. Aku sepatutnya sedar yang aku memang langsung tiada harapan untuk memenangi sedar yang aku bukanlah perempuan idamannya"

"Aku tahu aku bukanlah lelaki idaman mengaku aku bukanlah lelaki kacak dan punya segalanya seperti Sasuke atau begitu aku ada apa yang kau inginkan dalam hidup kau. Aku mampu jadikan perempuan yang paling bahagia dan gembira sekali di dunia"

"Awwwwww so sweettt!" Semua perempuan kecuali Sakura menjerit -kata Lee itu begitu ikhlas dan romantic sekali.

Lee berubah kerana semua orang melihatnya melamar ikut sama merasa sangka Lee rupa-rupanya romantic orangnya.

"Biarpun aku tolak kau tapi kau tetap setia menanti sememangnya seorang lelaki yang sangat aku begitu bodoh kerana tidak menerima kau sebaliknya mengejar orang yang tidak mungkin aku akan dapat?Aku memang betul-betul bodoh"

'Ya aku memang bodoh'Hati Sakura berbisik kepadanya.

Kerana seorang lelaki dia sanggup memutuskan persahabatannya dengan satu-satunya rakan yang dia obsesinya terhadap Sasuke dia menjadi lupa akan tujuan sebenarnya menjadi kerana obsesinya juga dia sanggup menolak cinta seorang lelaki yang benar-benar ikhlas dengannya.

"Lee aku…"

"Tak apa yang masa depan aku cakap aku sedar siapa diri aku yang macam aku memang tak layak untuk berpacaran dengan gadis secantik kau"

"Aku beri masa…."

"Tidak Lee, kau tak perlu beri masa pada aku lagi kali sudah bazir banyak masa dan aku tidak mahu membazir terima lamaran kau"

Semua orang terpegun mendengar jawaban yang keluar dari mulut Sakura itu.

Lee blinked

And blinked

And blinked

"Yossshhhh!" Lee menjerit kegembiraan bila lamarannya itu diterima Sakura impian dia untuk memiliki Sakura bukan lagi sebuah angan-angan atau mimpi.

"Cikgu tumpang gembira untuk kamu Lee!" Jerit Gai sambil menangis terharu.

"Betulkah ni Sakura?Kau tidak main-main?"Soal Lee inginkan tahu kalau-kalau gadis tersebut tersasul.

"Aku serius sudi kahwin dengan kau" Sakura memberitahu pada Lee yang dia sememangnya serius dan dia tidak bermain-main.

Dia sudah penat untuk mencari cinta telah memberinya seorang lelaki yang baik padanya dan dia tidak mahu tahu andai dia menolak lelaki tersebut dia akan menyesal buat selama-lamanya.

"Woohhhooo!" Lee melompat kegembiraan.

Video berhenti setakat itu sahaja.

Saya harap anda semua menyukainya.