Assalamualaikum, fellow readers and anneyo! All right! Aku ada buat ff baru.

Sebelum aku mula,

Perhatian:

Boboiboy is a copyright monsta

Ada bahasa Melayu Malaysia dengan bahasa Melayu Brunei (Maybe)

Read, enjoy and don't mind review, kay?

Chapter 1

Suatu malam, ada satu tragedi berlaku. Ketika itu adalah malam yang dingin disebabkan turunnya hujan lebat.

Tempat kejadian itu terletak di sebuah jalan raya. Ada satu kereta yang sedang memandu di sana. Di dalam kereta itu mempunyai 4 orang penumpang. Seseorang ayah, ibu dan dua anak lelaki. Anak yang pertama berumur 16 tahun dan anak yang bongsu yang sedang duduk di pangkuan abang dan memeluk dia berumur 6 bulan.

Tiba-tiba, kereta itu tergelincir membuatkan kereta itu berpusing. Ia itu mula terbalik dan bergolek di sepanjang jalan. Kini kereta itu berhenti dan mendarat secara terbalik. Tempat itu telah menjadi sunyi. Tiba-tiba ada bunyi kedengaran. Ia datang dari tempat duduk pintu belakang. Pintu yang telah rosak teruk itu telah dibuka kuat dan munculnya anak yang sulung itu. Dia cepat mengambil nafas yang panjang selepas pintu itu terbuka.

Apabila dia telah tenang sedikit, dia dengar suara. Suara itu rupanya datang dari ibunya.

"Hali, tolong pergi dari sini." Kata si ibu.

"Tapi, mak macam mana? Ayah?" Tanya si anak.

"Ayah kau tak ada lagi dan mak tak ada masa lagi. Uhuk, uhuk. Tolong bawa dia bersamanya."

Anak sulung itu pandang kepada bayi yang tidak mengedari bahawa dia masih memeluknya. Bayi itu masih bernafas. Dia pandang balik kepada si ibu. Dia teragak-agak di mana dia mahu meninggalkan ibunya atau tidak.

"Tapi mak-"

"Tolong pergi nak." Rayu si ibu.

"Tolonglah." Si ibu kata lagi.

Si abang ikut arahan ibunya dan keluar dari kereta. Apabila dia sudah keluar, dia dapat merasakan kesakitannya. Dia merasa ada luka di kaki kanan dan di belakangnya. Dia juga merasa dia ada lebam di muka. Kepala dia juga terluka yang kini mengalir darah ke mukanya.

Dia mencek adiknya. Adiknya juga ada luka iaitu luka di tangan kirinya dan dia juga mempunyai lebam di muka dan badannya. Tetapi luka itu tidak serius.

Ketika si abang masih memastikan adiknya itu, ibunya berkata lagi buat kali terakhir,

"Sekarang, pergi."

"Mak-" Sebelum si abang itu mahu bercakap sesuatu, dia mendengar bunyi sesuatu menitik.

Dia nampak minyak mengalir keluar dari kereta. Mata si abang mula membulat kerana dia tahu, kereta itu akan meletup.

Dia cepat lari dari situ dan membawa adiknya bersama. Kereta itu meletup, membuatkan si abang terbang jauh. Dia mendarat kesakitan. Dia bangkit dengan pelahan dan mencek adiknya lagi jika dia cedera lagi atau tidak. Dia lega bahawa adiknya tidak cedera cuma adiknya menangis. Mungkin sebab bunyi letupan itu telah membuat adiknya menangis.

Tiba-tiba dengan rasa dirinya hancur luluh, si abang jatuh ke lutut dan terus menangis. Dia tahu bahawa hidupnya akan berubah. Dia memeluk adiknya dengan erat.

"Nampaknya tinggal kita berdua sahaja lagi, Fan. Hisk, hisk. Aku kasihankan kau, adik. Kau masih kecil, tidak tahu apa-apa." Gumam si abang kepada si adik yang masih menangis tanpa henti.

"Aku akan menjaga mu sampai bila-bila. Meskipun bahaya atau tidak, adik."

.

.

.

.

Setahun telah berlalu dan dua adik-beradik itu kini hidup bersama. Boboiboy Halilintar berumur 17 tahun dan si adik iaitu Boboiboy Taufan berumur setahun. Di dalam sebuah pulau iaitu Pulau Rintis, ada sebuah rumah di mana adik-beradik itu tinggal.

Hali berada di meja makan sedang duduk dan membuat kerja sekolah. Tiba-tiba dia mendengar tangsian dan batuk dari alat komunikasi yang terletak di atas meja. Rupanya adik lelakinya sudah bangun dari tidurnya.

Tetapi kenapa si adik batuk? Itu sebabnya bayi itu baru sahaja sihat dari demamnya.

Kini tangisan si adik mula membesar membuatkan si abang berdiri dari kerusinya dan lari ke bilik adiknya. Di bilik itu, Hali menuju ke katil bayi di mana si adik itu berada. Dia mendukung si kecil dan mencuba sedaya upaya untuk memberhentikan tangisannya.

Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya si kecil berhenti juga. Hali pergi ke dapur untuk membuat susu.

"Taufan, mari minum." Pelawa Hali dengan lembutnya. Taufan mula bercakap bahasa bayi dan terus minum susu itu sambil dipegang oleh abangnya.

"Hai~ Tak kan deman kau dah balik kud?" Risau Hali ketika melihat adiknya batuk semasa minum susu. Tetapi Taufan tidak kata apa-apa cuma pandang abangnya dengan pandangan kosong.

Selepas Hali memberi susu kepada si adik, kini masa untuk bermain. Mereka bermain sorok-sorok. Si adik menyorok dan si abang mencari. Selalunya, apabila Hali jumpa Taufan, dia selalu mengejutkannya. Ini membuatkan Taufan lebih suka memain sorok-sorok kerana dia asyik ketawa tak terhenti-henti.

"Adik duduk sini diam-diam ya. Abang nak pergi ke dapur. Nak buat makanan untuk abang dan adik." Kata Hali selembut-lembutnya kepada Taufan yang sudah berdiri. Taufan cuma mengangguk.

Semasa Hali sedang memotong dada ayam yang di rebus untuk adiknya, dia merasa ada seseorang sedang memeluk kaki kirinya. Hali pandang bawah dan terkejut. Adiknya sedang berdiri buat kali pertama.

"Fan! Kau dapat berdiri?!" Jerit Hali tidak percaya. Dia terus menurunkan badannya agar ketinggiannya dia sama dengan adiknya. Taufan tidak kata apa-apa malah memberi senyuman manis kepada si abang.

"Kau dapat berdiri, Fan! Aku sangat bangga dengan kamu, dik! Aku belum ajar kau berdiri pun! Tapi cuba lihat, kau dah berdiri!" Gembira Hali lalu dia memeluk adik kesayangannya.

Kini, Hali merasa sungguh gembira dan tidak mengedari bahawa dia telah menangis kegembiraan.

.

.

.

.

Pada suatu hari, Hali sedang pulang dari sekolah bersama kawan-kawannya, iaitu Yaya, Ying, Gopal dan Fang. Semasa berjalan, mereka tengah bercakap sesama sendiri. Tiba-tiba si Fang menanya sesuatu kepada Hali.

"Hali, susah ke jaga Taufan?"

"Hmm... Bolehlah. Ada masanya aman dan ada masanya tak. Juga, dia tahu bila nak senyap semasa aku tengah belajar atau buat kerja rumah." Jawap Hali.

"Taufan, itu memang bayi pintar ya. Aku dengar dia dapat berdiri dah walaupun kau belum mengajarnya." Kata Yaya.

"Apa?!" Jerit ketiga sahabat itu.

"Taufan dapat berdiri dah?! Biar betul!" Jerit Ying tidak percaya. Fang dan Gopal pun tidak percaya.

"Betul. Hmm... Jika aku pikiran lagi, memang adikku pintar." Setuju Hali.

Kini mereka berhenti di empat simpangan jalan. Sudah tiba masanya bagi mereka untuk bersuarai dan pulang ke rumah. Ying jalan di simpang sebelah kiri, Gopal dan Fang jalan di simpang sebelah kanan manakala Hali dan Yaya jalan di simpang lurus.

Semasa Hali dan Yaya jalan pulang, Hali singgah dulu ke rumah Yaya. Apabila Yaya membuka pintu rumahnya, mereka di jemput oleh Taufan yang kini sudah memeluk abangnya.

Kenapa adik Taufan di rumah Yaya?

Sebenarnya Hali tidak mahu menyusahkan keluarga Yaya untuk menjaga Taufan tetapi mereka berkeras juga. Terpaksa Hali mengalah. Lagipun, dia tidak ada duit yang cukup untuk mengambil pembantu. Semua duit dia dapat, diberikan dari saudara-saudaranya kerana mereka diberi amanah dari si ayah untuk menjaga harta bendanya sehingga Hali berusia 20 tahun.

Hali berterima kasih kepada keluarga Yaya lalu mendukung adik kesayangannya dan pulang.

~TBC

Sebelum aku sudahkan ff ini, aku author Angin Taufan nak minta maaf jika bahasa aku tunggang terbalik, ejaan salah dan tatabahasa salah.

Everyone make mistakes, right? So don't mind review.^^ Thanks

Angin Taufan is out! Peace!

"Apa kata dia?"

"Hmm... Kita perlu buktikan dulu jika dia yang kami cari-cari."