Rate: hurt/comfort, romance, oc, friendship
Warning:
Shounen-ai, male!Halina,.all were human
Pairing:
Banyak sangat, tekalah sendiri...
Boboiboy milik Animonsta
Happy reading
Dont like, Dont read
×Haikal's pov×
Korang pernah mengalami tragedi yang malang & bahagia? Kalau tak pernah biar aku ceritakan. Masa aku ada kat pesta hari kantin, aku tengah tunggu mak ayah aku datang sambil menolong elemental brothers & Fang untuk menjual air minuman. Yah...masa tu kelas kitorang dapat gerai minuman.
Semua berjalan dengan lancar sehinggalah terdengar bunyi telefon aku yang tiba-tiba berdering dengan nada dering lagu favorite aku. Hahahaha...betapa terkejutnya aku apabila dengar berita tentang kematian mak & ayah aku yang dilanggar lori dengan kecepatan yang amat laju. Memang aku terkejut...tapi aku tetap tak percaya sebab masa tu 1 April jadi aku tak percayalah sangat...namun...
"Kal! Mak ayah kau masuk hospital! Kenapa kau masih tunggu kat sini?!" Tanya Probe, si penyampai khabar berita mak ayah aku...
"Aku tahu kau cuma tipu...dan hari ni 1 April, jadi aku tak percaya dengan kau...mana tahu kau tipu" kata aku spontan sambil memberikan gelas kepada pelanggan
"Aik? Hari ni 1 April? Aku ingatkan 31 Mac...?" Mendengar pertanyaan bodoh Probe...aku mula percaya dan terus meninggalkan gerai minuman dan segera ke Hospital Pulau Rintis
Tiba di sana, aku hanya dapat menunggu doktor memanggil nama aku sambil menangis seorang diri...tanpa tiada sesiapa yang menenagkan aku...bahkan Yaya & Ying...
Beberapa jam kemudian, doktor keluar dari bilik mak ayah aku sambil membuat muka yang macam ada berita buruk...ternyata, memang betul!
"Apa maksud doktor 'tak boleh diselamatkan'?! Doktor jangan tipu saya!" Aku memang tak dapat menenangkan diri aku sampai memegang tangan doktor dengan tangan aku yang bergetar hebat
"Maaf, doktor tak boleh buat apa-apa...sila terima kenyataan..." doktor itu berlalu pergi dan meninggalkan aku berseorangan
Kini, aku sudah berumur 16 tahun. Aku duduk bersama Shamsu, adik sudara aku kerana mak ayahnya perlu duduk di Korea selama setahun. Dan aku yang bertanggungjawab dengannya. Walaupun dia baru 11 tahun, dia faham perasaan aku...
-Haikal's pov end-
Hari cuti ialah hari bahagia bagi murid sekolah yang perlu bangun awal untuk bersekolah tapi bukan pada hari cuti. Pelbagai aktiviti yang dapat mereka lakukan. Shamsu turut melakukan aktivitinya juga! Iaitu membuat nasi goreng untuk saudaranya atau lebih mesra dengan panggilan, Onii-chan.
Tok! Tok! Tok!
Shamsu mengetuk pintu bilik Haikal sambil membawa pinggan yang berisi nasi goreng buatannya sendiri "Onii-chan! Sham dah buat nasi goreng untuk Onii~" kata Shamsu dengan ceria
Menunggu beberapa saat, Haikal membuka pintu dengan muka baru bangun tidur "Sham, susah-susah je kau masak nasi goreng untuk aku~" kata Haikal sambil mengelus kepalanya lembut
Selepas sarapan, Haikal terus membuka tv untuk tengok cerita kegemarannya pada waktu pagi. Hari yang biasa bagi Haikal, cuma berbeza dengan kehadiran Shamsu disisi.
Namun, perkara ini sudah tidak berulang pada waktu cuti atau bila-bila lagi...Shamsu mula berasa kesunyian, saudaranya yang satu ini mula berkurung di dalam bilik. Jadi, Shamsu buat keputusan nak pergi bermain dengan kembar Boboiboy di rumah mereka.
Pukul 3:30p.m.
Haikal keluar dari bilik dan menuju ke dapur untuk mengambil jus oren kegemarannya. Sunyi. Tiada bunyi yang terdengar, bahkan bunyi tv pun tidak...Haikal baru mahu masuk ke dalam biliknya semula...tiba-tiba dia teringat sesuatu! Shamsu! Mana Shamsu?! Haikal mula panik, Shamsu di bawah tanggungjawab dia! Habislah Pak cik Shakir akan marah dia, juga Mak cik Shazlin! Haikal dengan secepat mungkin mengambil jaket dan berlari keluar rumah untuk memcari gelagat Shamsu.
Haikal terlalu panik sehingga tidak memerhatikan jalan, dia memandang sekeliling, tetapi tidak nampak gelagat Shamsu. Tiba-tiba—
PON!PON!
Ada sebuah kereta bewarna merah meluru ke arah Haikal. Haikal mula membeliakkan matanya, sehingga tidak sedar seseorang menariknya kerana dia amat terkejut dan panik! Semasa ditarik, Haikal terasa tulang..tangannya patah.
"Hoi, kau okey tak?!" Tanya si penyelamat
Haikal hanya memandang ke arah pemuda berambut dark purple itu, Fang. Haikal hanya membisu, macamana tak? Tangannya terasa sankit, si landak ni tanya dia okay tak pulak! Pertanyaan itu diabaikan otak Haikal, yang otaknya fikir dimana Shamsu.
"...Shamsu" terlalu lama diam, akhirnya dia mengalirkan air mata risau
"Kenapa?" Tanya Fang masih memegang tangan Haikal
"A-aku nak balik! Lepaskan aku!" Haikal bertindak dingin dan terus menepis tangan Fang dan tangannya dan berlalu pergi dengan segera
'Mencurigakan...' bisik hati Fang lalu berdiri dan pergi dari situ...
Shamsu belum balik, Haikal makin panik! Apa dia harus tidur untuk menenangkan dirinya daripada risau dengan Shamsu? Atau terus mencarinya? Lagipun tangannya perlu dibalut kerana ada sedikit luka. Jadi dia membuat keputusan supaya tidur dengan tangan yang dibalut dan air mata kerisauan.
Selepas Haikal tidur nyenyak, Shamsu baru balik dari bermain bola sepak bersama kembar Boboiboy, dia berasa sangat seronok sekali! Semasa dia mahu naik ke atas, dia ternampak Haikal tidur nyenyak di atas sofa yang empuk bak kapas. Shamsu hanya tersenyum gembira. Sekurang-kurangnya dia dapat tengok muka nyaman Abang Haikal...
Selepas mandi & siap buat kerja yang perlu disiapkan, Shamsu terus tidur disebelah Haikal yang masih tidur lena. Shamsu berasa nyaman sekali setelah sekian lama tidak tidur bersama saudaranya kerana Haikal mengunci pintu biliknya, inilah peluangnya untuk tidur di samping Haikal.
Keesokan harinya...
Halilintar baru sahaja bangun dari tidur. Dia segera turun ke bawah selepas mandi & memakai baju. Di ruang tamu, kelihatan Ais & Gempa tengah berbincang sesuatu.
"Apa yang korang bincangkan?" Tanya Halilintar lalu duduk di sebelah Ais
"Haikal, Shamsu cakap dia selalu berkurung dalam bilik...Shamsu nak pertolongan kita...sebab kalau di seorang je, takde guna sebab dia baru darjah 5 dan mungkin Haikal akan marah Shamsu sebab keluar rumah tanpa izin..." terang Gempa membuat muka simpati untum Shamsu
Halilintar meangguk faham "kita je ke yang dia mintak tolong?" Tanya Halilintar lagi
"Fangpun kena ajak sebab Shamsu bagi dia dua puluh donut lobak merah..." sambung Ais pula
Cuma mereka bertiga sahaja berbincang sebab dua orang lagi tidur di bilik dengan nyenyaknya.
"Aku kesian dengan Sham... dia nak sangat bersama dan bersuka ria dengan Kal..." Gempa membuat muka simpati sekali lagi
Halilintar hanya memandang Ais, begitu juga Ais, mereka saling menatap "Tak pe, biar aku yang siasat...lagipun...akukan pandai sembunyi dan senyap!" Kata Ais dengan muka yang syok sendiri, Halilintar & Gempa hanya membuat muka poker-face
-di rumah Haikal-
"Kau pergi mana ha?! Sampai lewat malam balik! Kau tahukan kau tu kecik lagi!"
Kedengaran Haikal sedang memarah Shamsu yang pulang 'lewat' tapi padahal dia pulang awal cuma Haikal je yang tidur nyenyak malam semalam!
"O-onii-chan! Biar aku yang jelaska—" belum habis ucapan Shamsu dia dipotong oleh bebelan Haikal
"Sudahlah! Kalau kau nak sangat duduk dalam bahaya, pergilah! Kau buat aku risau je! Kalau beri nasihat tak nak dengar!" Haikal masuk ke dalam biliknya dan menghempas pintu itu dengan kuat
Shamsu tinggal seorang diri di tingkat bawah...dia mengalirkan air mata yang deras sambil menyebut perkataan yang berulang-ulang "Haikal onii-chan...hiks...hiks...H-Haikal onii-chan..." tidak mengendahkan apa yang berlaku dia terus mengambil baju dan keperluan yang lain dan menginap sebentar di rumah elemental brothers, dia akan balik selepas hubungan antara dia dan Haikal baik semula
"A-apa? Kau nak menginap kat sini, Sham? Macam mana dengan Kal?" Tanya Gempa dengan risau sambil mengelus belakang Shamsu untuk menenangkanya
"Hiks...hiks...Haikal onii-chan...marah Sham...dia cakap dia tak kesah Sham dalam bahaya sebab nanti buat dia lebih risau dan dia cakap Sham menyusahkan! Hiks...hiks...Haikal onii-chan..." Shamsu menjelaskan semuanya pada Gempa dan yang lain
"Kal dah berubahlah..." Taufan membuka mulut lalu tersenyum nakal "macam Halilintar!" Taufan & Blaze gelak terbahak-bahak dan membuatkan Halilintar marah dan berakhir dengan diorang dicampak ke dalam bilik dan dibelasah Halilintar
"Walaupun ni bukan urusan kita...tapi...Sham tu kecil lagi, apa kata kita panggil Fang ke sini kejap...mesti dia ada plan ni!" Ais menelefon Fang melalui jam tangannya
"Hmmm...Fang on the way, jadi kau bersabar ya Sham..." Ais memberikan senyuman lembutnya kepada Sham dan membuatkan Sham tenang sedikit
Selepas Fang sudah sampai dia duduk di sebelah Ais "tragic betul cerita kau Sham...tak sangka Haikal boleh berubah dalam sekelip mata sebab mak ayah dia meninggal..." Fang mengunyah donut lobak merah yang dibelikan oleh Ais
Tiba-tiba telefon Sham berbunyi, apabila dia membuka telefon. Terdapat message dari Haikal seperti yang tertera;-
1:40p.m.
Sham kau kat mana? Jangan ingat aku risau pasal kau, cuma aku takut kena marah dengan mak ayah kau!
1:49p.m.
Woi, Sham! Baliklah! Hari nak hujan ni!
1:54p.m.
Sham...aku minta maaf sebab terbawak emosi...baliklah cepat...
1:58p.m.
Sham! Hari dah hujan! Kalau kau tak balik biar aku yang cari kau!
Seperti itulah 4 messange terbaru dari Haikal. Nampaknya membaca ini membuat semua yang mendengar apa yang Haikal tulis dan dibaca oleh Shamsu, situasi ini boleh diperbaiki!
"Eh?! Gempa! Bukan message yang terakhir Haikal cakap dia nak cari Sham!" Fang mula memproses message tadi
"Ha'ah! Sekarang ni hujan lebat! Macamana kalau dia demam panas?!" Gempa mula risau, jadi dia buat keputusan akan cari Haikal bersama Fang
"Sham duduk baik-baik, Ais jaga rumah!" Gempa & Fang segera memakai baju hujan dan membawa payung
Hujan sangat lebat, Gempa & Fang masih mencari Haikal di serata tempat. Berhenti sebentar di bawah pohon, Gempa masih meneliti terhadap sekeliling manakal Fang hanya ikut gelagat Gempa. Tiba-tiba mata Gempa membesar dia mula menarik bahu Fang.
"Fang, tu bukan Kal ke? Apa dia buat kat tempat perhentian bas? Dia nak pergi mana? Tapi, aku nampak muka dia macam tengah memerah..." tanya Gempa sambil menunujk ke arah seorang budak lelaki yang tengah bermain telefon sambil menghayunkan kakinya ke depan & ke belakang
"Eh?! Ha'ah lah! Apa dia buat kat situ? Siap hayunkan kaki dia..." Fang mahu menegur Haikal tapi dihentikan Gempa, jadi niat dia untuk menegur dibatalkan mentah-mentah
"Shhh...kita tunggu sini sampai dia beredar, mungkin ada sesuatu yang berlaku nanti...eh? Kejap, kenapa tangan dia kena balut? Patah ke?" Tanya Gempa lagi sambil memandang ke arah Fang
Fang hanya menghela nafas "masa aku balik dari latihan bola keranjang, aku nampak dia macam risau dan tak hiraukan kereta atau motor yang lalu lalang, aku terkejutlah sebab ada kereta dengan kecepatan laju meluru ke arah Haikal! Jadi aku tarik tangan dia dengan kuat. Tapi tak tahu pula sampai terpatah tulang..." Fang menjelaskan segalanya
Gempa hanya meng'oh'kan penjelasan Fang, benda tu dah cukup kukuh sebab apa Haikal kena balut tangan...
Setelah sekian lama menunggu, Haikal mula berasa pening. Dia sekarang masih terperangkap dalam hujan lebat ni...apalah nasib yang akan menimpa dia lagi? Dia dahlah sakit tangan, terbawa emosi, Shamsu lari dari rumah...sekarang dia rasa badannya panas seperti mengalami demam api!
Gempa & Fang masih memerhati. Mereka mungkin sudah jangka Haikal akan pengsan sebab demam, jadi mereka tunggu sampai Haikal pengsan dan bawa dia balik ke rumah Fang. Kenapa? Sebab rumah Gempa ada tetamu yang taj diundang duduk di dalam bilik tetamu...beberapa minit sudah terbuang, Haikal akhirnya sudah tidak boleh menampung panas yang mendadak...
Haikal mula tak sedarkan diri, Gempa dengan segera menarik tangan Fang dan suruh dia meangkat Haikal lalu pergi ke rumahnya. Kini, Haikal sedang terbaring di atas katil empuk Fang. Tak diduga sama sekali Haikal akan demam sehingga 38°C! Ini dah melampau! Haikal dahlah duduk sorang, konflik saudara masih belum selesai. Jadi Gempa menyuruh Fang untuk menjaga Haikal sepanjang dia sakit. Fang hanya pasrah dengan kata-kata Gempa.
=TBC=
Terima kasih kepada kawan Kitsu sebab bagi inspirasi iaitu di Instagram, dialah kawan & kembar terbaik Kitsu pernah ada~ sesiapa mahu review dipersilakan!
Akhirnya, siap juga chapter 1 untuk Lonely Love...(TvT) tolong sesiapa bagi idea yang menarik kalau ada! Harap terus baca sampai ending ya! Kitsu juga akan usahakan mengupdate kilat chapter seterusnya~
