"Hai Pang"

"Nama aku Fang lah"

"Pang"

"Fang"

"Pang"

"Fang!"

"Pang"

"Kau ni dah kenapa BoBoiBoy?" kata Fang yang sedang menahan marah. "Kau dah kena jangkit dengan abang aku tu ke?"

"Suka hati akulah nak panggil kau Fang ke Pang." jawab BoBoiBoy dengan selamba. Tiba-tiba, dia hilang di pandangan Fang. Muncul pula Gopal.

"Kenapalah kau ni asyik nak marah orang, Pang."

"APA KAU CAKAP!"

"Eh sabar dulu Pang, sabar"

"NAMA AKU FANGLAH! BUKAN PANG! HARIMAU BAYANG!"

"OI PANG! BANGUNLAH! DAH PUKUL BERAPA DAH NI!" muncul pula abangnya Kapten Kaizo. Fang terus terjaga dari tidurnya apabila dia terasa sesuatu sejuk mencurah atas dia. Barulah dia perasan bahawa abangnya yang telah mencurah air itu padanya.

"ABANG! HABIS BASAH BAJU ADIK!"

Hari ini hari pertama Fang memulakan hidupnya bersama abangnya di bumi. Minggu lepas, dia telah berlawan dengan abangnya bersama kawan-kawannya BoBoiBoy, Ying, Yaya dan Gopal. Dia telah menang dan jam kuasa mereka yang sepatutnya dirampas oleh abangnya kekal menjadi milik mereka. Baru seminggu berlalu, Kapten Kaizo telah datang semula ke Bumi dan tinggal bersamanya. Alasannya kerana dia risaukan Fang. Fang pula berasa tidak berapa sedap hati kerana abangnya itu tegas, pemarah dan sentiasa serius orangnya. Kawan-kawannya tahu bahawa abangnya telah tinggal bersamanya dan beranggapan yang sama sepertinya juga.

Setelah berperang mulut dengan abangnya, Fang mencapai tualanya dan terus ke bilik air untuk mandi. Beberapa minit kemudian, dia sudah bersiap. Dia turun ke bawah untuk membuat sarapan pagi. Kapten Kaizo telah bersarapan terlebih dahulu sebelum Fang, jadi dia hanya membuat sarapan pagi untuk dirinya sahaja iaitu pankek coklat. Setelah selesai membuat pankeknya, dia baru sahaja hendak menyuapkan sesudu pankek kedalam mulutnya apabila...

"PANG OHH PANG! ALIYA BERADA DI SINI! BUKALAH PINTU!"

'Budak tu lagi,' gunam Fang di hati. 'Tak habis-habis nak kacau aku dari minggu lepas.'

Kapten Kaizo membuka pintu. Kelihatan seorang gadis berumur 11 tahun seperti Fang sedang tersenyum sehingga ke telinga.

"WUUU! KAPTEN KAIZO! KAPTEN YANG TERKENAL SEBAGAI PAHLAWAN GALAKSI! TAK SANGKA ABANG KAU PUN ADA KAT SINI, PANG! Hai Kapten, saya Aliya, kawan Pang!" Terus berkerut-kerut dahi Kapten Kaizo. 'Macam mana budak ni kenal aku?'

"Kalau kau tak menjerit sekali tak boleh ke, Aliya? Aku boleh dengan suara kau sampai ke dapur, tahu tak?" Muncul pula Fang sebelah Kapten Kaizo. "Yang kau ada kat sini apasal? Nak kacau aku lagi ke?"

"Haah! Sehari kalau tak kacau kau memang tak boleh!"

"Suka hati kaulah Aliya." Fang pun masuk semula kedalam. Kapten Kaizo masuk ke dalam lalu tutup pintu, tepat-tepat di depan muka Aliya sebelum Aliya boleh sempat masuk ke dalam.

"ALAA! NAK MASUK JUGA!"

Kapten Kaizo terus buka pintu semula. Dengan gembiranya, Aliya masuk kedalam.

"YEAY! TERIMA KASIH KAPTEN KAIZO!"

~~~(OAO)~~~

"Eh, mana pulak perginya sepupu aku yang sorang ni? Tiap-tiap hari semenjak dia ada kat sini, asyik hilang aje dia. Mesti pergi kacau Fang lagi ni."

Kelihatan BoBoiBoy sedang membebel keseorangan sambil mengelap meja di kedai koko Tok Aba. Ochobot yang berada di situ juga sudah bosan dengan bebelan kawannya.

"Sudahlah tu abang. Apa nak buat, dah memang itu aje kerja si Aliya tu." muncul seorang gadis yang hampir sama rupanya dengan BoBoiBoy. Dia sedang mengangkat sekotak penih dengan tin susu lalu meletakkannya dia atas meja. "Nah, tin susu yang kau pesan tadi."

"Terima kasih, Shara. Aku tahulah memang itu je perangai si Aliya tu tapi kalau ye pun, tak kan sehari pun tak boleh tak pergi rumah si Fang tu? Nanti dia jugak yang kena kejar dengan harimau bayang dia tu. Haih..."

"Hehe, Aliya tu dari dulu sampai sekarang, memang tak berubah. Cuma bezanya dulu dia suka kacau abang, sekarang dia suka kacau Fang pulak. Hehe, terbaik."

"Terbaik apanya? Nanti aku juga yang kena leraikan diaorang berdua. Haih, nasib baiklah kau seorang je yang tak berperangai pelik macam dia tu. Terima kasihlah sebab jadi kembar aku." Kata BoBoiBoy sambil membuat hot chocolate. Kemudian, dia berikan hot chocolate itu kepada Shara. "Nah"

"Terima kasih abang! Dan tak perlu nak berterima kasih dekat saya, saya yang patut berterima kasih dekat abang sebab sudi terima saya sebagai adik angkat abang, walaupun muda dua bulan dari abang."

"Sama-sama dan tak payahlah nak panggil aku abang, panggil je BoBoiBoy. Dah setahun kau kenal aku, masih lagi nak panggil aku abang."

Shara sebenarnya adik angkat BoBoiBoy. Dia datang ke Pulau Rintis bersama Aliya seminggu lalu semasa BoBoiBoy dan rakan-rakannya berlawan dengan Kapten Kaizo. Shara sebenarnya anak yatim piatu yang terbiar, dia telah dijaga oleh ibubapa BoBoiBoy di Kuala Lumpur tahun lepas, sebelum BoBoiBoy ke Pulau Rintis untuk meluangkan masa cutinya bersama Tok Aba dan sebelum BoBoiBoy mengenali Ying, Yaya, Gopal dan Fang. Dia berpindah ke Pulau Rintis untuk tinggal bersama BoBoiBoy. Aliya pula berada di Pulau Rintis untuk meluangkan masa lapangnya bersama abangnya Aiman yang tua sembilan tahun darinya, atau boleh dikatakan seumur dengan Kapten Kaizo.

"Korang ada nampak tak Aliya? Dari tadi lagi abang cuba cari, tak jumpa pula." muncul pula Aiman, abang Aliya.

"Dia ada dekat rumah Fang, macamlah abang Aiman tak tahu. Dia kan suka kacau Fang." kata BoBoiBoy dengan bersahaja.

"Dia tak takut ke dengan abang kawan kamu tu, BoBoiBoy? Yalah, kamu sendiri pun cakap yang Kapten Kaizo tu tegas dan menakutkan orangnya." Tanya Aiman.

"Entahlah Abang Aiman, BoBoiBoy dah cakap kat dia tapi dia tak nak dengar." Jawab BoBoiBoy.

"KEJAR DIA SAMPAI DAPAT!"

"UWAAAAH!!! HARIMAU BAYANG!!! LARI LARI LARI!!!"

Kelihatan Aliya sedang melarikan diri daripada harimau bayang milik Fang. Fang pula sudah tergelak-gelak melihat Aliya. "Panggil aku Pang lagi, kan dah kena. HAHAHAHAHA!"

BoBoiBoy pergi kepada Fang lalu ketuk kepalanya. "Adeh! Apasal kau ketuk aku?"

"Lebih baik kau hentikan harimau bayang kau tu." Fang menarik muka masamnya. "Yelah"

Harimau bayang tadi hilang di udara. Aliya pula masih lagi berlari. Dia tidak perasan bahawa harimau bayang tadi sudah berhenti mengejarnya. "Weh, Aliya! Sudahlah berlari tu, harimau tu dah hilang!"

"Eh?" Aliya berhenti berlari dan melihat ke belakang. "Fuh, selamat"

"Itulah, kacau Fang lagi. Kan dah kena kejar dengan harimau bayang." Kata Shara lalu tergelak. "Hehe, terbaik"

"Oh, hai abang! Abang baru ada kat sini ke?" Aliya duduk di sebelah Aiman lalu menyapa abangnya. Aiman menggelengkan kepalanya. "Taklah, abang ada kat sini lima minit yang lepas."

"Ohh..."

"Tok Aba special hot chocolate satu!" muncul Gopal yang baru sahaja tiba.

"Ok!" BoBoiBoy sudah pun muncul semula di dalam kedai koko itu. Aliya dan Aiman terkejut melihat BoBoiBoy sudah berada di dalam kedai koko itu. "Kenapa?"

"Sejak bila kau ada kat situ?" Aliya tanya kehairanan.

"Seminit yang lalu."

"Ok..."

"Hai Aliya, eh siapa ni?" Gopal menunjuk ke arah Aiman.

"Oh, ni abang aku, Aiman!" Aliya memperkenalkan abangnya kepada Gopal.

"Hai Gopal, kamu ni mesti kawan baik BoBoiBoy kan?"

"Haah! Macam mana abang Aiman tahu?"

"BoBoiBoy ada beritahu pasal kamu. Dia kata kamu ni ada kuasa manipulasi molekul dan boleh tukar benda menjadi makanan, betul kan?" Gopal mengangguk tanda setuju.

"Yang ini pula Fang, dia ni asalnya rival BoBoiBoy, tapi setelah lama mengenali antara satu sama lain, kitaorang dah jadi kawan." BoBoiBoy memperkenalkan Fang kepada Aiman.

"Dan saya ni lebih popular dari BoBoiBoy!" Fang menambah lagi.

"Eh, mana ada! Akulah lagi popular!"

"Akulah!"

"Aku!"

"PAAANG!"

Terkejut mereka semua yang berada di kedai koko. Kelihatan Kapten Kaizo sedang berada tidak jauh dari kedai itu. Dia sedang memandang tepat kearah Fang.

"Kat situ rupanya kau! Penat abang cari kau sana sini, rupa-rupanya kau ada kat sini- eh, siapa diaorang berdua ni?" Kapten Kaizo menunding jari ke arah Aiman dan Shara.

"Aku Aiman, abang Aliya dan yang ini Shara, kembar dan adik angkat BoBoiBoy." kata Aiman sambil menghulurkan tangannya kepada Kapten Kaizo. Kapten Kaizo berjabat tangan dengannya. "Aku Kapten Kaizo, abang Fang. Sejak bila pula BoBoiBoy ada kembar?"

"Tahun lepas. Mak ayah dia jumpa dia di tepi jalan, jadi diaorang ambillah dia sebagai anak angkat. Kebetulan pula dia tu sama umur dengan BoBoiBoy, jadi diaorang jadikan dia sebagai adik kembar BoBoiBoy sebab dia dua bulan lebih muda daripada BoBoiBoy." Aiman memberikan penjelasan.

"Oh..."

"Abang, kalau sehari abang tak pakai topeng muka kat atas kepala abang tu tak boleh ke? Pelik pula adik tengok," Tanya Fang pada abangnya.

"Suka hati abanglah nak pakai apa. Kau sibuk kenapa?" Tanya Kapten Kaizo kepadanya. Fang hanya menggelengkan kepalanya. "Tak ada apa, abang."

"Tahu pun takut. Hari ni kau tak ada perancangan apa-apa kan? Jom, ikut aku buat latihan tempur."

"Latihan tempur? Latihan tempur tu apa?" Tanya Shara kehairanan.

"Latihan tempur tu latihan berlawan dan mengawal kuasa." Jelas BoBoiBoy.

"Hah, kuasa? Fang ada kuasa ke?"

"Haah, kau tak perasan ke ada harimau bayang tadi?"

Eh, harimau tu sebenarnya memang bukan harimau betul ke? Ingatkan kot imaginasi Shara je"

"La... Fang ni ada kuasa manipulasi bayang, aku pulak kuasa manipulasi molekul, macam abang Aiman cakapkan tadi. Kapten Kaizo, kuasa manipulasi tenaga. Yaya dan Ying ada kuasa manipulasi graviti dan kuasa manipulasi masa." Gopal menceritakan tentang kuasa mereka kepada Shara.

"Oh... Abang pulak?"

"Aku ada kuasa elemental. Aku boleh berpecah juga."

"Oh..."

"Dah puas bercerita? Sekarang jom, ikut aku buat latihan tempur sekali." Kapten Kaizo seret Gopal dan BoBoiBoy sekali.

"E-eh! TIDAAAKK!"

"Shara nak ikut sekali boleh?" Shara bertanya pada Kapten Kaizo.

"Kau! Kau nak ikut latihan tempur sekali!? Weh! Baik tak payah! Latihan tempur abang aku ni tahap sadis! Aku pun boleh pengsan dibuatnya, lagi-lagi kau yang tak ada kuasa ni, kau tahu tak!?"

"Ala, aku nak nak tengok je macam mana latihan tempur tu!" Ujar Shara. Aliya turut berdiri di sebelah Shara.

"Aku pun nak ikut jugak! Boleh kacau Pang sambil jalankan latihan tempur!"

'Ceh, sempat lagi,' gunam Fang dalam hati.

"Baiklah, disebabkan kamu berdua nak ikut... Aku akan benarkan. Aku kagum dengan semangat korang."

"Yeay!"

"Aduh, happy pulak korang." kata Gopal. "Terbalik, terbalik..."

~~~(OAO)~~~

Dua jam berlalu dan mereka dibenarkan berehat. Mereka semua terbaring di medan tempur itu kecuali Fang. Fang hanya duduk sahaja di atas lantai itu.

"Adoi, penatnya..." Kata Aliya. "Tapi takpe, asalkan dapat usik Pang! Tapi untung juga sebab aku dapat pedang free! Baik jugak abang kau tu yea, Pang"

"Nama aku Fang la!" Fang memarahi Aliya. "Apa-apa sajalah Pang."

"Penat... Tapi best! Aku dapat berlatih memanah, siap dapat anak panah dan busur pula tu! Anak panahnya bukan anak panah biasa, anak panah yang ada kuasa macam kuasa abang! Busurnya pulak busur crossbow! Gembiranya!"

"Sudah-sudahlah tu, Shara. Aku pun tahu." Kata Gopal. "Hadui, rasa macam nak pengsan pulak aku."

"Hehe... Sekurang-kurangnya dapat berlatih... Terbaik..." BoBoiBoy mengangkat tangannya sambil membuat thumbs up.

"Terbaiklah tu. Nanti aku betul-betul pengsan baru tahu."

"BAIKLAH, BANGUN SEMUA! KITA AKAN MENERUSKAN SEMULA LATIHAN TEMPUR!"

"TIDAAAAAAKKK!!!!"

"YEAAAAY!!!" Shara dan Aliya sahaja yang gembira.