Makino melihat ke arah langit biru yang terbentang luas itu. Dia membayangkan Luffy yang sudah dewasa sekarang berada di lautan. 'Sudah dua tahun berlalu sejak Ace pergi. Luffy, kuatkan semangat, ye?' bisik hati gadis berambut hijau itu.
Dia mengemaskan lagi kain di kepalanya. Dia tersenyum lalu pergi ke arah bayinya yang sedang menangis teresak-esak. Dia mendodoikan anak kecilnya itu. Apabila bayi comelnya diam kerana sudah terlena, dia meletakkan bayi itu di dalam dokongan Dadan yang -kesiannya- tidak dibenarkan oleh Makino untuk minum minuman keras.
"Apa agaknya khabar Luffy sekarang? Aku sangat rindukannya," wanita berusia itu mengeluh rindu. Sejak Garp berkawal di Kampung Foosha dan semasa dia membelasah Garp, dia dan keluarganya tidak mampu berkeliaran sangat.
"Tak kira apa pun, dia memang bertuah, tau?" ujar datuk bandar yang sedang membaca surat khabar seperti kebiasaannya.
"Luffy memang punya tuah yang besar," Makino kata sambil mengelap gelas untuk pelanggannya yang seterusnya. Dia tersenyum saja apabila mengenang kembali kenangan tiga orang budak nakal di Pulau Dawn.
Ace Sabo Luffy
Dia mula berjalan keluar dari bar dan mula menyanyi,
"Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi saljuMakino terus berjalan dan semua orang mula menyanyi bersama. Dia dapat merasai gelak tawa Luffy sekarang ini. Dia terus mengingati saat-saat Luffy terbocor rahsia tentang dia, Ace dan Sabo hendak menjadi lanun di depan Garp.Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
"Sabo, kan bagus kalau awak bersama Luffy? Pasti dia sangat rindukan awak!"
"Luffy! Terus berusaha!"
"Jadi orang paling hebat, Luffy!"
"Tolong dia dari atas, Ace! Sabo!"
Begitulah suara hati penduduk kampung. Mereka mula menari-nari sambil menyambut kejayaan Luffy untuk ke Dunia Baru(New World).
Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Makino kembali ke barnya apabila lagu tamat. Semua orang kembali membuat kerja mereka masing-masing.
Dia tersenyum sekali lagi sebelum melayan pelanggannya. Dadan pun tersenyum bersama datuk bandar.
"Luffy! Jangan!" Nami jerit ketakutan apabila Usopp menyuruh Luffy bawa pergi duit Nami jika Nami hendak ugut mereka semua lagi. Sanji dengan seluruh tenaganya, mengejar Luffy.
Zoro yang terjaga dari tidurnya tersenyum sinis. Robin, Franky dan Zoro masing-masing tertawa kecil melihat gelagat yang lebih muda.
"Chopper! Lari!" jerit Luffy setelah 'ditewaskan'.
Chopper dan Usopp berbagi duit Nami dan masing-masing lari pergi. Tiba-tiba, Luffy memjamkan matanya dan merindukan kampung halamannya.
Dia tersenyum lebar seolah-olah boleh mendengar suara nyanyian oleh Kampung Foosha. Dia pun terus teringat Sabo.
Luffy berlari ke tempat duduk kegemarannya. Seluruh kru Topi Jerami berasa hairan akan sikap kapten lembab mereka yang tiba-tiba itu.
Luffy memperbetulkan topi jerami yang dipinjamkan Shanks. Luffy menjerit ke langit. Seluruh kru mengangguk lalu tersenyum kepuasan. Secara automatik, mereka 'terkumpul' di dek atas.
"ACE! SABO! MINTA JAGA SAYA YA!?"
N/P: Itu saja. Segalanya tidak teratur ke? Minta maaf... Jumpa lagi nanti!~ Plz review!~ ;D! See ya!
