Amagami – The story of the sad one (featuring Kusanagi Haru - fan fic)
-oleh くさなぎ はる -
1 . Kegagalan …
Ada suatu malam , Junichi telah gagal dalam temujanjinya . Apabila Junichi mahu beredar dari taman Bandar , dia terjumpa seorang lelaki yang cedera teruk akibat dibelasah orang . Lelaki itu sekelas dengan Junichi . Lelaki itu , bernama Haru , berjalan perlahan-lahan , menahan kesakitannya . Junichi pun terkejut .
Junichi : Ish , teruknya keadaan kau sekarang ni !
Haru : Erghhh … (menahan kesakitan sambil menaiki tangga)
Junichi terus mendekati Haru dan memapahnya ke bangku rata . Dia membersihkan luka-luka yang ada pada Haru . Haru menjerit kesakitan .
Junichi : Haru , tahan sikit kesakitan kau tu . Kau pun cedera .
Tiba-tiba Haru menyoal sesuatu .
Haru: Err , kau siapa ?
Angin dan salji bertiup seketika .
Junichi :Wei , aku rakan sekelas kau , kau tahu ! Dah la kau selalu tak wujud dalam kelas , rakan kelas sendiri pun tak kenal ? (nada marah)
Haru : Oh ok … aku baru ingat .
Junichi : Apa yang dah berlaku sampai kau boleh cedera parah sebegitu ?
Haru : Aku dibelasah oleh mamat gangster . Mereka tak puas hati dengan aku disebabkan aku minat kat seorang perempuan kat Kibitachi …
Junichi : Kesian aku tengok kau … Kenapalah dunia ini kejam sangat …? Sekarang ini aku menderita akibat si dia tak datang temujanji …
Haru : Sudah la , Tachibana … Fitrah kita sebagai manusia … mahu dicintai … mahu dikasihi … mahu disayangi … Tetapi apakan daya … Kita tiada peluang buat masa sekarang …
Junichi terdiam seketika . Dia baru sahaja membersihkan luka pada Haru . Dia menanggalkan kot sejuknya .
Junichi : Betul apa yang kau katakan tadi , Haru … (sambil memakaikan kot miliknya pada Haru) . Errr … boleh aku hantarkan kau sampai rumah ?
Haru : (terdiam seketika , lalu berkata) Aku tak ada tempat lagi dalam dunia ni …
Junichi : Apa maksud kau ?
Haru : (menzipkan baju kot yang dipakaikan) Aku dah tak ada tempat lagi …
Junichi : (berfikir seketika)
Junichi : Apa kata kita lepak kat rumah Masoshi tu . Nak ?
Haru : (diam)
Junichi : (memahami)Tak mengapalah . Kita pergi sajalah ke rumah aku , Lagipun , Miya teringin nak jumpa kau , maklumlah dia kan …
Haru : Aku faham . Mari pergi …
Junichi memapah Haru ke rumah Junichi . Mereka berdua melintasi jalan besar , kawasan perumahan , sekolah dan akhirnya sampai ke rumah .
Junichi : (membuka pintu dan menanggalkan kasut) Saya dah pulang . Aku ada bawa rakan sekelas aku .
Haru : (menanggalkan kasut) Maaf menggangggu ...
Darah berguguran dari tangan Haru . Kebetulan ada kedengaran bunyi seseorang menuruni tangga .
Miya : Abang ! Selamat kemb-
Miya terkejut apabila melihat Haru , apatah lagi dengan keadaan Haru yang sebegitu rupa .
Miya : H-Haru ? (risau) Kenapa dengan kamu ni ? Abang , bawa dia ke ruang tamu !
Tiba-tiba , Haru pengsan . Mereka berdua terkejut . Mereka terlihat kesan luka yang terbuka di belakang badannya dan tangannya .
Junichi : B-baiklah !
Mereka berdua memapah Haru ke ruang tamu .
Miya : (cemas) Nii-nii , aku pergi ambil kit kecemasan !
Miya berlari ke bilik lain , sementara Junichi membuka baju Haru . Alangkah terkejutnya Junichi apabila melihat luka Kusanagi Haru terbuka . Dengan segera dia meluru ke telefon rumahnya menelefon ambulans untuk menghantarnya ke hospital . Miya datang ke arah Junichi . Miya memandang Junichi dengan penuh cemas .
Miya : (risau) Nii-nii telefon ambulans ka ?
Junichi : (semakin risau) Terpaksalah ... demi untuk menyelamatkan Haru … Walapun aku tak rapat dengannya , tetapi dia masih rakan kelas aku .
Miya : (mengerti)
Junichi menelefoni pihak ambulans .
Junichi : Miya , jaga Haru baik-baik sementara kita tunggu ambulans datang .
Miya : Baiklah .
Miya meluru ke ruang tamu untuk menjaga Haru . Desas desus hati Junichi risau akan keadaan Haru .
Junichi : (monolog dalaman)Mengapa hidup Haru lebih teruk daripadaku ..? Mengapa dia selalu mengalami kesunyian , sehingga sekarang …? Mengapa tiada orang yang ambil berat pasal dia …? Sedangkan aku yang berusaha untuk dapatkan teman wanita , dia masih lagi dipinggirkan dalam hidupnya … Berikanlah kehidupan yang baik kepadanya … Aku tak ingin melihat dia menderita …
Ambulans datang , membawa Haru ke hospital . Junichi dan Miya turut berada dalam van ambulans , menuju ke Hospital Port .
Junichi : Aku berharap dia tidak akan apa-apa …
