Warning!: Ooc melebih,Typo dimana-mana, BL, Sho-ai, FangBoy pairing, Fang Idol! Au, No superpowers, All Character in human ver, no alien and robot.

Kalau tak suka, jangan baca dan review dan tombol tersedia untuk anda semua. Kepada sesiapa yang baca ff yang author buat ni, author amat menghargainya.

Disclaimer: Boboiboy and all characters from Pulau Rintis adalah hak milik Animonsta Studio..

.

.

Dekat Tapi Jauh

.

.

xxxxxxxxxx

Seorang remaja lelaki bertopi jingga dinosour lengkap dengan uniform sekolah berlari anak masuk ke dalam kawasan sekolah. Sekali lagi hari ini dia terlambat ke sekolah. Harap tiada denda untuk dia kali ni. Sekali sekala dia melirik ke arah jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 7:35 pagi. Lambat! benar-benar lambat. Dia terus menolak pintu kelas dan-

"Maafkan saya! Saya terlambat lagi!" Kata remaja tersebut.

Dia tercungap-cungap tak cukup nafas di hadapan pintu kelas tetapi ada sesuatu yang tak kena. Kelasnya senyap semacam, tidak seperti biasa. Dia mendonggakkan kepalanya dan terlihat cuma sekumpulan pelajar perempuan dalam bilangan 3-4 orang sedang berkumpul di salah satu meja dalam kelas itu. Remaja itu mengerutkan dahinya, dia terus memandang ke arah jam yang melekat di dinding kelas.

"7:10?! Apakah?! Ya tuhan! Aku lupa yang jam aku ni rosak! Haih.." Kata remaja tersebut dalam hati.

"Boboiboy!"

Remaja tersebut menoleh ke belakang apabila namanya di sapa oleh seseorang dari arah belakang. Terlihat gadis bertudung merah jambu dan lengkap berbaju pengawas sedang tersenyum ke arahnya.

"Awal pula engkau hari ini." Kata gadis itu. Senyumannya tak pernah lekang dari bibirnya.

Boboiboy hanya mampu membalas senyuman itu dan terus mengambil tempat duduknya yang berada di barisan belakang. Boboiboy terus mengeluarkan buku teks dari begnya dan terus menyelak satu per satu helaian buku tersebut.

"Annyeong Haseyo, semua!" Kata seorang gadis berbangsa cina.

"Annyeong, Ying!" Kata Yaya.

"Ying! Ying! Aku ada berita baik yang nak diberitahu ni!" Kata gadis beruniform ungu, Suzy.

"Apa dia?" Ying mengerutkan dahinya sambil berjalan menghampiri Suzy.

"Aku dengar yang Fantastic Shadow akan adakan fan meeting dekat sini!" Kata-kata dari Suzy menyebabkan Boboiboy tertarik untuk mendengarnya.

"Wahh! Betul ke ni?!" Yaya mencelah.

"Betul! Kyaaa! Tak sabarnya nak jumpa dengan vocalist utama kumpulan mereka yang hensem tu!" Kata Suzy teruja.

"Bila hari fan meeting tu?!" Kata Ying semngat.

"Hari sabtu ni kat stadium mini Pulau Rintis." Balas Suzy.

"Oh ya! Aku dengar yang Fantastic Shadow ada rekrut ahli baru. Betul ke?" Kata Yaya ragu-ragu.

"Oh! Pasal tu. Aku pernah dengar! Nama ahli baru mereka tu.. Fang! Ya, Fang!" Kata Suzy sambil menongkat dagunya.

"Aku baca biodata Fang yang dia ni ahli paling muda dalam kumpulan dan dia seumuran dengan kita.. Cuba bayangkan dia satu sekolah dengan kita! Kyaa! Mesti dapat jumpa dengan Fantastic Shadow tiap-tiap hari!" Kata Ying terlompat-lompat gembira.

"Bestnya..." Kata Boboiboy dalam hati sambil mengambil iPodnya dan terus mendengar lagu melalui earphone.

Boboiboy's Pov..

Huh.. Bestnya dapat berjumpa ahli-ahli kumpulan Fantastic Shadow... Apapun nama aku Boboiboy. Umur aku, 16 tahun. Peminat tegar dunia K-Pop dan aku sebenarnya fanboy kepada satu kumpulan ni iaitu kumpulan Fantastic Shadow. Walaupun aku minat dengan dunia K-Pop ni tetapi aku ni jenis anti-sosial dan suka bersendirian tetapi aku pelik macam mana aku boleh ada ramai kawan dan peminat juga... Tak payah cakaplah.. Memang ramai.. Haih... Aku harap sangat dapat pergi ke fan meeting tu..

Boboiboy's Pov End...

xxxxxxxxxxxxxxxx

"Terima kasih! Datang lagi!"

Boboiboy berjalan keluar dari kedai buku sambil menjinjing plastik yang berisi beberapa buah buku. Dia mengeluarkan salah satu daripada buku tersebut dari plastik dan baca sambil berjalan. Earphonenya masih tidak lekang dari telinganya. Boboiboy menghayati satu per satu lagu dari kumpulan kegemarannya.

Tiba-tiba secara tidak sengaja Boboiboy telah terlanggar seseorang sehingga menyebabkan barang-barang orang yang dilanggar oleh Boboiboy terjatuh di atas tanah.

"Ma.. Maafkan saya! Biar saya bantu." Boboiboy mengutip kesemua barang tersebut dan memberi semula kepada pemiliknya.

"Terima kasih." Kata orang tersebut. Matanya menatap tepat ke arah Boboiboy.

Lihat dari penampilan orang yang dilanggar oleh Boboiboy, dia seperti remaja yang dalam lingkungan seumuran dengan Boboiboy tetapi tinggi beberapa inci dari Boboiboy, beriris ruby, berkaca mata serta bertopi hitam dan berjaket hitam. Dia juga memakai topeng, jadi ia menyebabkan Boboiboy susah mengetahui rupa dia yang sebenarnya.

"Err.. Helo?" Kata Boboiboy sambil melambaikan tangannya dihadapan muka remaja misteri tersebut kerana remaja misteri tersebut terkaku tidak berkata apa-apa di hadapan Boboiboy.

"Hah?! Ma.. Maaf, saya kena pergi... Terima kasih sekali lagi!" Kata remaja misteri tersebut dan dia berlari meninggalkan Boboiboy yang masih kebingungan.

Mata Boboiboy terkedip-kedip beberapa kali dan setelah itu, dia terus mengorak langkahnya pulang ke rumah tetapi fikirannya masih memikirkan pasal remaja misteri tersebut.

xxxxxxxxxxxxxxxx

"Saya dah pulang!" Kata Boboiboy sambil menanggalkan kasutnya dan menjejakkan kakinya di lantai rumah.

"Selamat pulang, Boboiboy!" Kata seorang gadis berambut blonde dari arah dapur.

"Ochobot?! Kenapa engkau boleh ada dalam rumah aku ni?! Sejak bila engkau sampai?!" Pelbagai soalan keluar dari mulut Boboiboy kerana dia masih terkejut dengan kehadiran gadis berambut blonde itu.

"Wowowo... Sabar... Aku baru je sampai dan satu lagi, Tok Aba tak bagitahu engkau ke yang aku akan berpindah ke sini?" Kata Ochobot sambil mengerutkan dahinya.

"Tak! Jadi maknanya engkau bersekolah di sini?! Tak bersekolah di England?! Maknanya mama ngan papa engkau pun tinggal di sini?!" Kata Boboiboy tidak percaya.

"Taklah... Mama ngan papa aku masih kat England. Cuma aku je mengada-ngada nak bersekolah sini..." Kata Ochobot sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa berdekatan. Kakinya di silang sehingga menampakkan pahanya yang putih mulus.

Ochobot ni sebenarnya anak kacukan Inggeris, papanya berbangsa Melayu dan mamanya pula berbangsa Inggeris jadi sebab itulah dia mempunyai rambut berwarna blonde dan beriris biru serta berkulit putih.

"Boleh ke engkau tahan panas kat sini?" Kata Boboiboy sambil menyeringai.

"Kenapa engkau tanya soalan macam tu?" Kata Ochobot sambil mengerutkan dahinya.

"Yelah sebab kat sini suhunya panas, tak macam kat England, sejuk.. Engkau ni kan jenis tak suka berpeluh.." Kata Boboiboy selamba.

"Helo! Aku boleh tahan panas, ok?! Dulukan aku pun dibesarkan di sini.." Kata Ochobot sambil berpeluk tubuh.

Boboiboy ketawa berdekah-dekah sambil berjalan ke biliknya yang berada di tingkat atas. Ochobot yang mendengar Boboiboy sedang mentertawakannya hanya mampu mencebikkan bibir.

Boboiboy terus mencampak beg sandangnya di atas meja dan terus menghempaskan badannya di atas katilnya yang empuk. Dia menatap ke arah siling biliknya. Tiba-tiba fikirannya mula terlintas tentang remaja yang dilanggarnya tadi.

"Aku macam pernah dengar suara dia tu.. Tapi dimana?" Kata Boboiboy dalam hati.

Matanya lama merenung ke arah siling biliknya. Apabila sudah penat merenung ke arah siling bilik, matanya mula tertutup secara perlahan-lahan dan akhirnya pandangannya menjadi gelap.

Beberapa hari sebelum itu,

Di Seoul, Korea Selatan...

"Ehh?! Jinjja?! Kita akan balik ke Malaysia untuk fan meeting?!" Kata seorang remaja berambut spike ungu, Fang.

"Yup! Akhirnya dapat juga kita jejakkan kaki kita kat tanah air kita selepas lima tahun kita duduk kat Seoul ni.." Balas pemuda berambut turquoise, Adudu.

"Oi, Fang! Adudu! Daripada korang duduk senang lenang tu, lebih baik korang kemas barang korang..." Kata pemuda berambut duckbutt ungu, Kaizo.

"Alaa... Nantilah... Nak rehat sekejap, kitakan baru lepas buat latihan! Penatlah!" Kata Fang sambil menghempaskan badannya di atas sofa.

"Entahnya... Mentang-mentanglah dia tu leader, nak arah-arahkan orang pula..." Kata Adudu perlahan.

"Engkau ingat aku tak dengar ke, huh?! Lebih baik korang kemas barang korang sebelum aku kerat korang jadi 99.999.999 potongan..." Kata Kaizo sambil memegang pisau pemotong daging.

Apalagi berdesup larilah mereka berdua masuk ke dalam bilik manakala dua lagi pemuda iaitu Lahap dan Probe hanya mampu tersengih-sengih melihat telatah mereka bertiga.

"Hah! Yang korang berdua ni pula, apa hal?! Tersengih-sengih... Buat kerja tu!" Kata Kaizo sambil berjalan masuk ke ruang dapur.

"Ok, bos!" Kata Lahap dan Probe serentak.

Dua hari berlalu, kumpulan Fantastic Shadow sudah berada di lapangan terbang untuk pergi ke tanah air iaitu Malaysia. Mereka yang lengkap dengan topeng serta berkaca mata hitam berjalan sambil menarik bagasi mereka ke platform pelepasan.

Setelah beberapa jam diambil dari Korea ke Malaysia, akhirnya kapal terbang 'Malaysia Airline' MH270 selamat mendarat di atas landasan di KLIA. Satu per satu penumpang turun dari kapal terbang. Setelah kesemua ahli kumpulan Fantastic Shadow menjejakkan kaki di lantai KLIA, ramai pengunjung menatap ke arah mereka semua. Nasib baik keadaan di KLIA agak lenggang kali ni, kalau tidak pasti mereka semua akan dikerumuni dengan peminat.

Mereka berlima menaiki van untuk ke stesen kereta api untuk ke hotel mereka yang berada di sebuah pulau iaitu Pulau Rintis. Setelah berjam-jam menaiki menaiki van dan selepas itu,kereta api dan selepas itu ,teksi, mereka berlima berdiri di hadapan sebuah hotel lima bintang.

"Ini ke hotelnya?" Kata Fang.

"Yup! Inilah hotelnya!" Kata Kaizo sambil bercekak pinggang.

"Hmm.. Not bad.." Kata Probe sambil mengurut dagunya.

"Dahlah, jom kita masuk." Kata Kaizo.

Mereka berlima mengorak langkah mereka ke dalam hotel. Setelah check in, mereka berlima ke bilik yang di tetapkan. Kaizo sebilik dengan Fang di bilik bernombor 15 manakala Adudu sebilik dengan Probe di bilik bernombor 16 dan Lahap pula di bilik bernombor 17.

"Kaizo, boleh aku masuk?" Kata Lahap dari luar bilik.

"Masuk jelah, pintu tak berkunci." Balas Kaizo.

Tanpa berfikir panjang, Lahap terus masuk ke dalam bilik. Ternyata bukan sahaja Kaizo dan Fang berada dalam bilik tersebut, rupanya Adudu dan Probe pun ada.

"Laaa... Aku ingat korang kat dalam bilik korang.." Kata Lahap sambil tersengih-sengih.

"Apa? Kaizo yang panggil aku ke sini, aku datanglah.." Balas Adudu.

"Ok! Sebab semua dah ada kat sini, jadi mari kita berlatih menyanyi!" Kata Probe teruja.

"Jom!" Balas mereka semua serentak.

Mereka berlima terus mengeluarkan kertas yang dipenuhi dengan lirik lagu. Kaizo yang bersiap sedia dengan radio,mula menekan butang play dan-

[Kaizo]geollijeokgeorineun stupid mworani

meorissogi gabyeowoseo

maldo gitteol gata

[Adudu]sonbadangmanhan i jobeun goseseo

o himallayana chatgo ittneun neowan dalla

[Fang]geogi dachyeo

meolli bikyeo dachyeo

ddaeroneun yonggamhaeseo munjeji

[Probe]wechyeo guhaedalla wechyeo

animyeon jigeumbuteo neo jal bwa

[Kaizo]teojyeo naoneun[All]Jackpot

[Kaizo]nuga mwora geon[All]so what

[Kaizo]ige neowa naui chairago

[Adudu]teojyeo naoneun [All]Jackpot

[Adudu]meomchulddaeggaji[All]can't stop

[Adudu]ggok ggaejyeobwaya apeun jul alji

[Kaizo]geuraeseo niga geogikkajiran geoya

[Lahap]

beolsseobuteo baewomeogeun syomaensip

beolsseobuteo gatda beorin friendship

geurae eodi gaseo jaranghae

nappeun geon ddo nuguboda bballi baeuji swit!

[Kaizo]heoujeokgeorineun stupid gwaenchanhni

jibe gago sipeum malharyeom bonaejulge

[Adudu]gyeolko nollijineun anha hey wassup, loser

o ne sangtaee geujeo nan click the like it

[Song: Face- Nu'est]

Kriukk~! Secara tiba-tiba perut seseorang berbunyi. Serta merta Kaizo terus menekan butang stop.

"Hehehehe.. Sori.. Tiba-tiba perut aku rasa lapar pula.." Kata Kaizo sambil tersengih-sengih.

"Kalau macam aku pergi beli makanan." Kata Fang secara sukarela.

"Eh?! Tak apa ke ni? Biarlah abang teman kamu sekali.." Kata Kaizo.

"Tak apa, Fang pergi sekejap je.. Bye!" Kata Fang sambil berlari keluar dari bilik.

Fang's Pov...

Hai, nama aku Fang. Umur aku 16 tahun. Kacukan Korea Cina. Sebab mak aku warganegara Malaysia dan aku telah dilahirkan di Malaysia, aku lebih fasih berbahasa Malaysia. Dah lama aku tak jejakkan kaki di sini. Rindu rasanya. Nasib baik ada fan meeting di sini, kalau tidak pasti tak dapat rasa pijak tanah air sendiri.

Fang's Pov End...

"Terima kasih! Datang lagi!"

Fang berjalan keluar dari kedai serbaneka 7eleven sambil menjinjing plastik berisi makanan dan minuman serta ditangannya ada beberapa naskah majalah. Fang melirik ke arah jam tangannya, jam menunjukkan pukul 5:55 petang. Dengan pantas Fang terus berlari untuk cepat ke hotel sehinggalah dia terlanggar seseorang.

"Ma.. Maafkan saya! Biar saya bantu." Orang yang dilanggar Fang terus mengutip barangnya yang terjatuh.

Fang terus mencangkung dan mengutip majalah yang sudah jatuh bersepah. Setelah beberapa naskah yang dipegang oleh orang yang dilanggarnya terus diambil.

"Terima kasih." Kata Fang sambil mendonggakkan mukanya untuk melihat orang yang dilanggarnya.

Deg! Serta merta mukanya menjadi kemerahan apabila melihat wajah orang yang dilanggarnya. Bagai dipukau, matanya asyik merenung ke arah orang yang dilanggarnya iaitu Boboiboy.

"Err.. Helo?" Kata Boboiboy sambil melambaikan tangannya dihadapan muka Fang. Serta merta Fang tersedar dari lamunannya.

"Hah?! Ma.. Maaf, saya kena pergi... Terima kasih sekali lagi!" Kata Fang dan dia berlari meninggalkan Boboiboy yang masih kebingungan.

"Haih... Kenapa dengan aku ni? Tapi cute giler dia tu.." Kata Fang dalam hati sambil berlari. Mukanya masih kemerahan dan fikirannya masih terbayangkan wajah Boboiboy.

Setelah sampai di hotel, Fang terus menutup pintu bilik dengan kuat sehingga menyebabkan ahli kumpulannya kecut perut. Fang terus menghempaskan badannya di atas katil manakala ahli kumpulannya memandang ke arahnya dengan muka kebingungan.

TBC...

Hohoho~ Dah lama author tak buat fanfic kat sini. Akhirnya dapat juga idea untuk buat fanfic di sini. Harap readers semua suka. Jangan lupa review ya kalau readers semua suka fanfic ni!