Haluuu... hahaa.. tiba-tiba aje ada fanfic baru xD jangan risau, fanfic ini hanyalah pendek-pendek sahaja

Maaf kalau ada salah silap di dalam chapter ini

Happy Reading


Abang, Adik

"Abang adalah abang dan adik adalah adik" Kaizo cuit hidung adiknya yang masih kecil lagi

"Adik adalah adik dan abang adalah ABANG KEGEMARAN ADIK!" Fang bangun dan lompatkan dirinya ke arah abang dia. Kaizo menyambut adiknya dengan satu pelukan "Hehehe.. abang adalah abang dan adik pula.. adik sayang abang!"

"Abang pun sayang adik!"

"Kalau adik tak sayang abang, abang merajuk tak?"

"Mestilah merajuk" Kaizo berikan pelukan manja dia kepada adiknya "Tapi abang tahu adik akan sentiasa sayangkan abang"

Fang balas balik pelukan abangnya. Agak lama mereka berpelukan di hadapan ibu bapa mereka. Sejuk hati ibu dan ayah mereka melihat anak-anak mereka begitu mesra sekali. Mereka berharap keakraban mereka akan sentiasa kekal sepanjang hayat

Bangun

"ABANG! ABANG! ABANG!"

Kaizo ambil bantal peluk dia dan lalu baling ke arah adiknya yang sedang meloncat-loncat di katil dia. Bantal itu terkena muka adiknya dan menyebabkan Fang terjatuh dari situ

"UWAAAA! ABANG JAHAT!"

Kaizo terus bangun serta merta apabila terdengar jeritan adiknya tadi. Dia cepat-cepat memujuk adiknya sebelum ibu mereka masuk ke dalam bilik

"Maafkan abang.. abang tak sengaja" kata Kaizo sambil mengusap-gusap pipi adiknya. Dia peluk dan cium adik sehinggalah tangisan dari adiknya berhenti "Maafkan abang.."

"Adik cuma nak bangunkan abang.. abang janji abang nak sarapan dengan adik hari ni"

"Abang dah bangun tapi adik kena tunggu abang mandi ok" Fang tersenyum sambil angguk kepalanya kepada abang dia "Ok, adik tunggu tau!"

"Ok!"

Ibu mereka hanya perhatikan dua adik beradik itu di luar bilik. Bibir dia mula terukir sebuah senyuman kerana kemesraan mereka berdua. Kaizo dan Fang, abang dan adik, sentiasa bersama selama-lamanya

Ceria

Kaizo ternampak adiknya sedang bersedihan di halaman rumah mereka. Lalu dia pergi ke arah adiknya yang terduduk di atas rumput hijau sambil menangis seorang diri. Kaizo duduk di depan adiknya. Ibu jari dia mengesat air mata adiknya. Dia tidak suka melihat adiknya sedih kerana dia ingin melihat adiknya sentiasa ceria sahaja

"Kenapa Pang sedih?"

"Belon... adik... terbang.." kata Fang sambil menangis teresak-esak "Ibu.. yang.. berikan.. adik... belon... tadi"

Lalu Kaizo memeluk adiknya. Seperti biasa, dia akan memujuk adiknya

"Pang jangan sedih, nanti abang juga yang sedih. Abang nak adik ceria. Abang nak kita berdua sentiasa ceria" kata Kaizo. Tangan dia mengusap-gusap kepala adiknya "Nanti abang suruh ibu belikan baru ok. Pang jangan sedih lagi"

"Kalau.. belon.. tu terbang lagi.. macam mana?" tanya Fang di dalam dakapan abangnya

"Abang akan gantikan belon tu dengan benda lain. Sesuatu benda yang tidak akan terbang tinggi" Fang terus tersenyum kecil kepada abangnya "Abang suka tengok adik tersenyum. Kalaulah abang boleh terbang, abang sudah lama dapatkan balik belon adik"

"Kalau abang boleh terbang, abang kena bawa adik terbang sekali!"

Kaizo tergelak di situ kerana adiknya sudah kembali ceria. Tiada siapa dapat hilangkan keceriaan itu dari adiknya, bisik di hati Kaizo. Dia akan melindungi keceriaan itu dan juga senyuman itu kerana dia amat menyayangi adiknya buat selama-lamanya


D - F akan bersambung di chapter yang seterusnya... tapi kena tunggu xD

p/s - fanfic ini tiada kaitan dengan Aku Abang, Kau Adik