Disclaimer : Kalau tiba-tiba keluar episode Boboiboy jadi perempuan lepas tu kawin dengan Fang maknanya animasi ni dah jadi milik saya /dibelasah secara berjemaah oleh staff Animonsta

fic ni boleh dianggap sebagai sequel kepada 'Stolen Kiss'. Salah satu review meminta saya membuat sequel supaya Fang tak bertepuk sebelah tangan. Jadi inilah dia. Saya minta maaf kalau ianya tak seperti yang diharapkan *bow*

Timeline : Episode 18 Season 3

warning : Shounen-ai, FangxBoboiboy fic


Dua orang anak gadis yang juga merupakan sahabat karib sedang menelaah mata pelajaran matematik bersama-sama di Taman Pulau Rintis. Salah seorangnya yang memakai tudung merah jambu sedang termenung memikirkan sesuatu. Manakala yang seorang lagi memakai kaca mata bulat asyik menumpukan perhatiannya untuk menjawab soalan yang dianggapnya mengelirukan. Tersedar yang teman menelaah setahun lebih tua darinya hanya mengelamun sambil tangannya memutarkan pensil sejak dari tadi berhenti menumpukan soalan dan mengalihkan pandangannya kepada anak gadis bertudung merah jambu itu.

"Eh Yaya, kenapa lu asyik termenung saja ada masalah kah?" Tanya anak gadis berkaca mata bulat bernama Ying dengan meletakkan kedua tangan di atas buku latihannya.

Yaya menghentikan lamunannya dan meletakkan pensil lalu memandang Ying. "Eh tak adalah. cuma saya kesiankan Boboiboy. kebelakangan ni dia tak bersemangat. Jadi saya tengah fikirkan macam mana nak naikkan semangat dia semula."

"Oh ya loh~! ni semua Adu du punya pasal la! Dia cipta robot serupa Boboiboy untuk rampas kepercayaan orang! Teruk betul!" Marah Ying dengan mengepalkan tangan melepaskan geram.

"Itulah. Sebab tu kita kena bagi sokongan kat Boboiboy. Jangan bagi dia lemah semangat." Ying mengangguk-angguk mendengar kata-kata Yaya.

"Aaah~! Saya dah tahu!" jerit Yaya berdiri secara tiba-tiba dan mengejutkan Ying.

"Saya buatkan biskut istimewa untuk dia. Mesti boleh naikkan semangat dia nanti!" Ujar Yaya dengan bersemangat membara. Yaya segera mengemas peralatan menulis dan buku latihannya lalu memasukkan ke dalam beg tangan.

"Maaf lah Ying. saya nak balik dulu. saya nak pergi buat biskut untuk Boboiboy." Yaya segera beredar sambil melambaikan tangan untuk pulang. Manakala Ying masih terkaku mendengar kata-kata Yaya seminit yang lalu.

'Aiyaa! Habis lah Boboiboy!' Jerit Ying dalam hati.

.

.

.

Sementara itu di sebuah kedai kokotiam ada 3 orang anak muda. Salah seorang yang berbadan gempal dan berkulit gelap asyik bermain game idola kegemarannya Papazola. Si pemakai topi dinosaur berwarna jingga yang menjaga kaunter kedai hanya menundukkan kepala di atas kaunter kebosanan. Manakala seorang lagi yang berspek mata berbingkai ungu hanya menongkat dagu dengan tangan kirinya yang bersarung tangan ungu tanpa jari menonton berita yang tersiar mengenai Boboibot. Air mukanya jelas sekali tidak menyenangi berita mengenai mesin yang menyerupai si penjaga kedai kokotiam pada masa itu.

Tiba-tiba angin menderu dan kedengaran suara anak gadis menjerit, berlari dengan menggunakan kuasa mengawal masanya. " KORANG SEMUAAA~! CEPAT SEMBUNYI!" serentak ketiga-tiga anak muda mengangkat kepala melihat punca suara. Oh ianya rakan mereka Ying.

"Kenapa ni Ying? apasal kitorang kena sembunyi ni? nak sembunyi dari siapa?" Tanya si pemakai topi jingga dinosaur Boboiboy. Ying termengah-mengah mengatur nafas.

"Yaya. Tadi saya baru saja jumpa dia. Dia baru buat biskut untuk awak Boboiboy. katanya nak naikkan semangat awak. tapi sebab dia dah terbuat lebih jadi dia nak bagi kat semua orang rasa." ketiga-tiganya terus memasang wajah seram sebaik sahaja mendengar penjelasan Ying. Gopal anak india yang berbadan gempal awal-awal angkat kaki melarikan diri.

"Teruk la macam ni! Kalau aku menyorok sapa yang nak jaga kedai ni!?" teriak Boboiboy kecewa memegang kepala dengan kedua tangannya.

"Tak apa Boboiboy! Aku boleh jaga!" tiba-tiba muncul robot bebola kuning di belakang Boboiboy.

"Eh? kau kat mana dari tadi Ochobot?" si bebola kuning menyengetkan badannya sedikit tanda kebingungan. "Aku dari tadi kat belakang kedai takkan kau boleh lupa?" lalu bunyi cengkerik kedengaran.

"Sori aku lupa." jawab Boboiboy tersengih sambil menggaru pipi.

"Aih~ makin teruk dah sifat pelupa kau Boboiboy." keluh robot bebola kuning yang bernama Ochobot.

Fang anak muda yang berkaca mata bingkai ungu yang dari tadi hanya memerhatikan menegur mereka."Oih! apa yang korang buat ni cepat la sembunyi!"

"Oh yaloh! Cepat Boboiboy! Kejap lagi Yaya akan sampai!" ujar Ying segera mencari tempat sembunyi, atau lebih tepat laginya lari menghilangkan diri. Apakan daya, tiada manusia sanggup mulutnya disuapkan biskut Yaya yang terkenal rasanya yang sungguh... tidak sedap di serata Pulau Rintis.

Si penggemar kuat donat lobak merah hampir bersedia menyembunyikan diri di dalam semak yang kelihatan agak meyakinkan sebagai tempat bersembunyi namun sempat dia melirik ke arah anak muda yang seorang lagi.

'ish! apa lagi yang dia tengah buat si Boboiboy ni?!' desis Fang dalam hati melihat Boboiboy masih lagi terpinga-pinga mencari tempat bersembunyi. Dengan hampir kesuntukan masa Fang mengeluarkan kuasa bayang membentuk jari bayang lalu mengheret Boboiboy ke tempat persembunyiannya.

.

.

.

=== Bersambung.. ===

Untuk kali saya menulis multichapter fic disebabkan saya masih tak pasti apa penamat yang patut saya beri pada fic ni. Yang pastinya chapter akan datang ia mengarah kepada Fang x Boboiboy huehehe~

review sangat dialu-alukan (=w=)v