Akhirnya, selepas malam berjaga siap juga fics ini!

Ini terinspirasi daripada abang saya (yang menyampah sakit hati!) Yang padan muka sakit!

Lupakan komen saya di atas^-^

Warni

ng: Oc, Sho-ai atau yaoi atau lebih dikenali sebagai boys love/bromance

FangBoy masih di top!

DON'T LIKE, DON'T READ


Halina memasuki kelasnya dengan jaket lengan panjang yang bewarna ungu. Dengan hidung merah, dia menutup separuh mukanya dangan mask. Dia berjalan dengan tergigil-gigil.

Dia memasuki kelasnya, dan nampaklah Fang, Iwan dan Gopal yang macam biasa tengah buat kerja sekolah "Pagi Fa- AACHOOO!" Halina mengesat hidungnya yang merah, mereka yang ada di dalam kelas itu semua tersenyap dan memerhati ke arah Halina.

Fang hanya memerhati Halina yang duduk di belakangnya, masih terhachum sana, terhachum sini "Kenapa kau datang sekolah kalau kau selsema teruk? Gelilah tengok!" Macam biasa Fang akan cakap terus terang benda yang menjijikkan didepan matanya sekarang ini.

Halina hanya merehatkan kepalanya di atas meja. Tiba-tiba, dia terdengar seorang lagi terbersin, kali ini lebih kuat daripada Halina. Halina mengangkat kepalanya dan ternampak Boboiboy yang sedang duduk di hadapan Fang. Dia juga memakai mask sepertinya. Halina tersenyum walaupun tidak nampak dengan masknya.

"Habis aku kena virus dari duo selsema ni!" Fang menopangkan tanganya dan terus memandang ke arah tingkap.

Semasa cikgu hadir, Halina dan Boboiboy diminta pergi ke bilik rawat untuk memeriksa keadaan mereka. Mujur, hanya memerlukan rehat yang cukup dan sedikit ubat yang pahit! Halina dan Boboiboy berbaring di atas katil sambil berlawan kata-kata macam:

"Sebab kau aku demam!" Halina berdesis

"Kau nak main dengan aku! Aku tak kisah!" Boboiboy tak mahu kalah