Semua orang kagum dengan Boboiboy. Bukan sahaja Boboiboy tu kacak malah dia seorang yang sabar, baik hati, peramah dan kuat. Popularitinya juga semakin meningkat sejak dia mendapat kuasa baru. Kini Boboiboy sudah berumur 16 tahun setakat ni dia dah menolak banyak gadis yang cuba menjadi kekasihnya termasuk Yaya , namun Yaya menerimanya dengan baik. Sebagai kawan , dia faham. Meskipun dia keliru dengan Boboiboy.

Fang,yang pernah menjadi 'rival' Boboiboy juga belum pernah bercinta. Setahu Yaya, Fang juga popular malah, popularitinya hampir setaraf dengan Boboiboy cuma, dia tak begitu popular di kalangan orang-orang yang beumur.

"Pelik...kenapa dengan diorang?" Yaya bercakap sendirian.

"Oi! Yaya, lu sihat ka?"

"Eh, Ying..emm mestilah sihat.."

"Habis tu kenapa termenung sendiri siap cakap sorang-sorang lagi.."

"Takde..jomlah pergi kantin, aku lapar la.."

"hmm..jom! Saya pun dah lapar!" kata Ying dengan ceria, seperti biasa.


"Boboiboy!"

"huh?"

"Mak cik kantin nak jumpa dengan kau petang ni.."

"oh..ok! Terima kasih ye Gopal"

Gopal hanya tersenyum kemudian meneruskan kerjanya.


Petang itu, Boboiboy terus berjumpa dengan Makcik kantin.

"em, kenapa Makcik nak jumpa dengan saya?"

"ni ha Makcik nak minta tolong ni..tolong hantar donat ni kat rumah si Fang..dia ada order tempoh hari siap bayar sedia tapi harini baru Makcik siapkan..sibuk."

"ok.."

"terima kasih la ye dik..Makcik bukan nak menyusahkan kamu tapi Makcik tak tau la mana rumah si Fang tu..nak bagi besok serba salah pula.."

"takpe..saya ikhlas Makcik"

Seperti biasa, Boboiboy memang suka menolong orang.


Setibanya di rumah Fang, Boboiboy cuba mengetuk pintu namun Fang terlebih dahulu membukanya.

"apahal datang rumah aku?"

"Makcik kantin nak aku hantar donat ni dekat kau.."

"..terima kasih"

" sama-sama.."

"kau tak nak masuk ke?"

"eh takpe la.."

"kejap je..tak penat ke jalan masa panas terik macamni...?"

"emm..yelah.." Entah kenapa, Boboiboy berasa segan.

"teh atau kopi?"

"..t..teh.."

"hm,"

Entah kenapa, Boboiboy berasa segan dengan Fang harini.

Kenapa dengan aku ni...

"nah..teh kau"

Fang menghulurkan teh dan donat kepada Boboiboy

"terima kasih.."

"Boboiboy.."

"huh?"

Boboiboy hairan..dari tadi Fang asyik merenungnya.

"apasal kau comel?'

Boboiboy terkejut.

"ehhh!?"

Mukanya memerah.

"a..a..apa m..maksud ka-kau?"

Fang tergelak kecil.

"takde..heheh...main-main je.."

Fang terus menuju ke dapur. Meninggalkan Boboiboy dengan mukanya yang merah.

Semakin merah.

Dia menutup pintu dapur lalu bersandar sambil menekup mukanya.

"..haaa.."

"dia memang comel.."

Fang tersenyum sinis.

Boboiboy keliru.

Kenapa dengan fang tadi..

DUP DAP DUP DAP

Jantungnya berdegup kencang.

Perasaan yang baru..

Takkanlah..

Aku...suka...d-dia?

Haaa!?

Boboiboy menekup mukanya yang semakin memerah..

Merah...merah..merah...

Mungkin dia akan pengsan.


Fic ke 3 sy hehe~

Maaflah kalau ceritanya membosankan ^^''\

Sy ni jaraaaaanggg baca n buat/update fic coz sy sibuuukkkkkk sangat terutamanya taun ni...jadi mungkin sy x kan dpat update cerita "always with you" dalam masa terdekat ni..sorii...

Apapun seperti biasa sy sentiasa mengharapkan review dari kamu semua~

Supaya sy dapat memperbaiki lagi cara penulisan saya!

[masa part "merah..merah.." tu memang buat saya tergelak n rasa pelik sikit..kot haha!]

ADIOSs~