Salam semuanya ~.^ aku org baru di sini dan ini fanfic pertama aku..Mohon tunjuk ajar semuanya..Maaf buat kalian! Kerna aku bikin dalam bahasa Malaysia..Kerna gw anak Brunei! Sori banget!!! Ceritanya di mulain sekarang…

Disclaimer:Dah tentu kmu tahu milik siapa. Kalau punya aku,udah tentu aku skrg sedang bikin eyeshield 21 love story version..benar nggak? Hehehe…

(Malaysian Version)

Summary

Mamori lari bertempiaran seperti di kejar sesuatu. Dia berada dalam keadaan cemas hingga tak tahu ke mana arah tuju yang dia ingin menyelamatkan akhirnya, dia telah di selubungi oleh sekumpulan orang samseng dengan menunggang motosikal. Siapakah yang akan membantu Mamori?

~*~*~*~*~*~

Waktu sekolah,pagi…

Seperti biasa,Mamori akan pergi sekolah dan melakukan perkara yang telah di tetapkan. Dia akan pergi ke bilik kelab dahulu sebelum waktu kelas akan bermula. Alatn bola sepak Amerika untuk berlatih akan di sediakan dahulu. Selepas itu, Mamori ingin kembali ke kelasnya tetapi langkahnya terhenti kerana ada seorang lelaki di hadapannya telah menghalang jalan keluarnya.

"Hiruma,kau tak masuk kelas?"tanya Mamori.

"Berundur,"Hiruma tidak menjawab soalan Mamori tetapi mengarahnya. Mamori tidak dapat menangkap kata-kata Hiruma sehingga Hiruma terpaksa mengulanginya. Mamori menurut. Hiruma pun maju ke hadapan dan terus menuju ke lokernya setelah Mamori memberinya jalan. Dia mengambil beberapa keping kertas lalu di serahnya pada Mamori. Mamori mencapainya lalu di selaknya. "Aku nak kau cari kelemahan yang ada pada Yamato Takeru,"arah Hiruma.

"Yamato Takeru?"tanya Mamori semula kepadanya dengan keningnya berkerut.

"Pemain Teikoku Alexanders. Aku nak kau cari kesemua maklumat yang telah aku tuliskan dalam kertas tu,"jawab Hiruma. Video perlawanan Teikoku Alexanders dengan Shinryuji Naga di serahkannya pada Mamori. Mamori pun mencapainya.

"Tapi … bukankah sekarang ini perlawanan musim bunga. Mengapa pula perlukan maklumat yang..."kata-kata Mamori terputus apabila Hiruma ingin mengatakan sesuatu.

"Sebab mereka adalah lawan yang tak dapat ditandingi. Aku tak boleh duduk diam walaupun pada masa ini aku masih sibuk mencari maklumat lawan kita yang lain,"jawab Hiruma yang sedang mengeluarkan laptopnya. Mamori masih berdiri di sebelahnya lalu dia teringat yang dia telah lewat masuk kelas. Dia pun tergesa-gesa. Hiruma pula sedang asyik dengan laptopnya yang sememangnya tidak menghiraukan waktu kelasnya. Sebelum Mamori mengaturkan langkahnya semula ,dia berhenti buat seketika dan menoleh perlahan kearah Hiruma.

"Kau tak masuk kelas?"Tanya Mamori. Namun tiada respon dari Hiruma. Mamori pun mengeluh. Tanpa membuang masa,Mamori menutup pintu kelab itu dan segera meneruskan langkahnya menuju ke kelas.

*~*~*~*~*~*~*~*

Setelah sampai di kelas,Mamori terus membuka pintu kelasnya dan dia sangat bernasib baik kerana guru kelasnya belum lagi tiba. Dia menghela nafas dan terus menghenyakkan punggungnya ke atas kerusi di tempat duduknya yang bersebelahan dengan tempat duduk Hiruma.

Tanpa di sedarinya,dia telah melirikkan matanya di tempat duduk Hiruma dan teringatkan waktu kelas petang. Pada masa itu,dia belum menyertai kelab bola sepak Amerika.

~*~Flashback~*~

Waktu itu,Mamori mengemaskan barang-barangnya dan pada masa yang sama ,Hiruma menuju ke kelas ingin mengambil barangnya yang tertinggal. Mamori terus menuju ke muka pintu setelah selesai mengemas manakala Hiruma pula baru tiba di depan pintu. Hiruma dan Mamori memegang ganggang pintu itu pada waktu yang sama. Tiba-tiba,Mamori merasakan pandangannya kabur dan kepalanya pula berasa sangat sakit lalu jatuh pengsan. Hiruma pula terkejut apabila melihat seorang gadis baring di atas lantai setelah membuka daun pintu itu. Tetapi,perasaannya masih lagi boleh bertenang ketika dalam situasi itu.

"Hoi,kau baring sini buat apa?! Kalau nak tidur pun tunggulah sampai rumah!" Tetapi tidak ada apa-apa respon yang di berikan. Hiruma mula rasa cemas lalu mendekati gadis itu dan ingin cuba membanguninya tetapi dia terus merubah fikirannya dan memutuskan untuk menghantarnya ke bilik rehat.

Di bilik rehat….

Mamori separuh sedar. Dia cuba membukakan matanya yang masih lelap. Pada mulanya,pandangannya agak kabur dan kini semakin jelas lalu cuba membanguni dirinya dengan sedaya upaya dari katil tetapi sakit kepalanya seperti tidak mengizinkannya untuk meninggalkan tempat. Dia pun bercadang untuk duduk dan rehat buat seketika sehingga sakit kepalanya rasa sedikit sembuh.

"Kau dah bangun?"

Mamori pantas menoleh kearah suara itu. "Oh,cikgu rupanya.."

"Maaflah jika cikgu mengejutkan kau tadi,"ucapnya.*nggak perlu di jelaskan sapa penting cewek,kalo lelaki nggak selamat.*

Mamori tidak kisah mengenai itu dan di biarkannya cikgu itu masuk untuk berbual sekejap.

"Dah berapa lama kau demam?"Tanya cikgu itu setelah membancuh dua cawan kopi. Dia menghulurkan segelas cawan kopi pada Mamori lalu Mamori mencapainya sebelum menjawab soalan yang telah di ajukan padanya.

"Dah lima hari,cikgu"jawab Mamori dengan sopan sebelum menghirup sedikit kopi yang panas itu.

"Lima hari? Lama tu..Kau ada makan ubat ke?"tanyanya lagi yang juga baru menghirup kopi itu.

"Sudah,tapi aku tak tahu mengapa ia menjadi lebih teruk lagi,"jelas Mamori kerana tidak tahu apa sebabnya.

"Agaik-agaknya,ubat tu dah mansuh,"jelas cikgu pun berfikir begitu.

"Cikgu?"tanya Mamori.

"Hm?"Cikgunya membalas panggilan Mamori setelah menghirup habis segelas cawan kopi itu.

"Siapa yang bawa aku ke sini?"tanya Mamori dengan perasaan ingin tahu. Mamori berasa sangat berterima kasih terhadap orang yang telah membantunya lalu dia menghirup kopinya sementara menunggu gurunya memberi jawapan.

"Yoichi,"jawab cikgunya ringkas dan Mamori pula terkejut mendengar nama itu sehingga tersembur keluar kopi yang masih ada di dalam mulutnya sebentar tadi.

"Be..Betul ke?"tanya Mamori sekali lagi. Mamori meyakinkan dirinya bahawa tersalah dengar. Tetapi cikgunya tetap memberikan jawapan yang sama. "Aku rasa mungkin cikgu salah orang kot,"beritahu Mamori yang inginkan kepastian.

"Cikgu yakinlah itu memang dia. Siapa yang tak kenal dia. Dia bagaikan raja kat sekolah ni sampai pengetua tu pun tak berani nak menolak segala permintaannya,"jelasnya. "Lagipun,dia sendiri yang memanggil cikgu untuk melihat keadaan kau. Selepas aku beritahu yang kau cuma pengsan,dia pun terus pergi,"tambahnya lagi. "Cikgu tahu kau selama ini beranggapan buruk terhadapnya. Walaupun dia kelihatan liar pada luarannya,tetapi siapa tahu dirinya yang sebenarnya. Kita harus menilik hati seseorang sebelum mengata sesuatu yang buruk mengenainya. "

Mamori hanya diam. Tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Mamori mengaku dia membenci Hiruma selama ini dan itulah sebabnya dia menyertai dan menjadi ahli Komiti Disiplin untuk menghentikan segala perbuatan buruknya.

~*~End Of Flashback~*~

Lamunan Mamori terhenti sebaik sahaja terdengar ucapan selamat pagi oleh rakan sekelasnya kepada cikgu yang baru sahaja tiba.

To Be Continue..

Maaf kalo ada kesalahan,mistype atau apa2 ajah.. Thanx 2 the readers and mohon reviewnya.. ~PEACE~