Chapter 1
Hai, I'm newbie in this fanfic. Ini tulisan pertama dalam hidup saya (selain tulisan dalam karangan). Saya agak kekok dalam membuat cerita. Saya agak pemalu dengan orang terutama orang yang saya baru kenal. Harap korang dapat membaca fanfic pertama saya.
Summary : Mula-mula hanya sekadar memerhati je. Hinata menjadi rapat dengan Naruto disebabkan suatu insiden/Kau nak cakap kau suka kat aku ke?/Dah takda peluang tapi masih mencuba, hebat betul/Sasuke memang baik/Maaf, aku dah buat keputusan nak bersama kakak kau/Kalau kau tak dapat teruskan hidup, aku pun begitu juga.
Naruto itu milik aku...(bugh!).. Hei, aku belum habis cakap lagi(pegang pipi yang bengkak). Aku kata, Naruto itu milik aku kalau Kishi sensei mau bagi (in your dream).
Pair : cari tau sendiri(pletak!). Naruhina(?), Narushion(?)
Warning : OOC, typo, kelam-kabut, mungkin agak bosan (biasalah, newbie)
xoxoxoxoxoxo
Bunyi burung berkicau pada pagi hari (mestilah, takkan pada malam hari*pletak!) telah mengisi keheningan pagi itu. Matahari masih lagi belum menampakkan diri, hanya cahayanya saja yang terlihat. Maklumlah, jam masih menunjukkan pukul 6 pagi. Masih terlalu awal untuk bangun pagi. Tapi tidak untuk seorang gadis yang berambut indigo itu. Budak sekolah, kenalah bangun awal-awal.
Jam alarmnya sudah berbunyi dari tadi tepatnya berbunyi pada pukul 6 pagi. Gadis itu masih juga belum menunjukkan tanda-tanda akan bangun dari tempat tidurnya. Mendengar suara alarmnya yang degil masih lagi berbunyi membuat dirinya berasa jengkel. Dia mengeluarkan tangannya dari selimut dan mengambil jam tersebut. Di luar dugaan kita semua, gadis itu membanting jamnya ke dinding sampai pecah dan ketika itu juga tamatlah riwayat jam tersebut padahal baru semalam dibeli di kedai (poor jam...)
TOK! TOK! TOK!
Terdengar suara ketukan pintu dari luar biliknya. Gadis itu membuka matanya sedikit. Menampakkan warna matanya yang seindah bulan. Perlahan-lahan dia bangun dari katilnya dan menuju ke pintu dengan rasa kantuk yang teramat sangat. Sebelum menuju ke pintu, dia menengok ke arah jam jam dia baling tadi.
'Apakah aku menghancurkannya lagi?' fikirnya. Yalah, memangnya kucing kau yang menghancurkan jam itu? Tunggu dulu! Menghancurkan, LAGI? Jadi selama ini, jam itu yang dulu pun menghadapi nasib yang sama. Ish, ish ish. Lebih baik tak payah membeli jam alarm lagi. Memang begitulah attitude gadis tu.
Sesudah sampai di depan pintu, dia terus membuka pintu. Di depan pintu sudah terdapat seorang lagi gadis yang mempunyai rupa paras yang cantik dan memiliki mata serupa dengannya juga tetapi gadis itu mempunyai rambut kuning pucat yang lurus dan panjang. Dia merupakan seorang primadona di kolej tempat dia belajar.
"Hinata...," katanya. Eh, apa aku sudah memberitahu korang nama gadis yang telah menamatkan riwayat sang jam alarm tadi? Belum kan? Sorry ya(pletak!). Ouch, ittai! Okey-okey. Nama gadis itu Hinata, lebih tepatnya Hyuuga Hinata. Alright, back to the moon (bugh). Aww! Salah lagi. Maksudnya, back to the story.
"Ha, ada apa neesan mengetuk pintu bilikku? Apa neesan tidak tau sekarang pukul berapa? Aku sangat mengantuk Shion-nee," ujar Hinata dengan gaya seperti seorang bayi dan dengan gaya yang menguap sambil menutup mulut dengan tangannya. Ternyata neesannya Hinata itu bernama Shion.
"Sebelum neesan menjawab soalan kau, neesan mau tanya, apa kau tau sekarang pukul berapa?" Lah, bukannya menjawab soalan Hinata tetapi dia pulak yang bertanya. Okey, abaikan.
"Sekarang masih malam neesan," jawab Hinata.
"Malam kau cakap?! Ini sudah pukul 6.30 pagi! Kau sudah nyanyuk ke sampai tidak tau membaca jam?!" sembur Shion seraya berkacak pinggang seperti seorang chef.
"APA?!" ternyata jeritan Hinata lebih menyakitkan telinga daripada Shion. Tanpa mempedulikan kakaknya, Hinata lalu berlari masuk ke dalam bilik dan menuju ke bilik mandi. Shion hanya menggelengkan kepalanya ke kanan dan ke kiri melihat imoutounya itu. Takkan dia menggelengkan kepalanya ke atas dan ke bawah, itu mengangguk namanya (tak tanya pun). Hehe, gurau je.
Hinata mandi dengan ala kadar je sebab.., sebab.., sebab..,(kenapa lama beri alasan! bugh! dugh!) sebab dia akan TERLAMBAT ke sekolah! Setelah keluar dari bilik mandi, Hinata bergegas memakai seragam sekolahnya. Dia menyikat rambutnya yang masih lagi basah. Setelah dia rasa penampilannya sudah sempurna, dia mengambil beg dan keluar dari biliknya menuju ke dapur.
"Ohayou neesan," ucapnya sambil memeluk Shion.
"Ohayou Hinata," balas Shion sambil tersenyum.
"Neesan, aku pergi ke sekolah dulu. Bye," ucap Hinata sambil mengambil roti dan memakannya sementara dia sedang mengikat tali kasut. Dia terlihat seperti sedang terburu-buru. Of course lah, dia kan TERLAMBAT.
"Hinata, kau mesti breakfast dulu. Nanti kau lapar pulak kat kelas," pujuk Shion.
"Aku sudah lambat neesan," rengek Hinata.
"Baiklah. Ini bekal kau. Hati-hati imoutou," kata Shion. Dia mencium pipi Hinata.
Shion memang sangat menyayangi adiknya itu. Maklumlah, dia cuma ada Hinata seorang je. Ibu dan ayahnya sudah lama meninggal sejak mereka kecil lagi. Ibunya meninggal semasa melahirkan Hinata sementara ayahnya pulak meninggal kerana sakit kanser.
Nasib baik ada Pak Cik Hizashi, adik kembar ayahnya yang berbaik hati ingin menjaga mereka dan menanggung segala keperluan mereka. Maklumlah, keluarga pak ciknya memiliki sebuah syarikat Hyuuga Corp yang sangat besar. Syarikatnya itu memiliki banyak cawangan dia beberapa tempat di luar negara. Fuhh, tak terkira ye kekayaannya.
Hizashi juga mempunyai seorang anak lelaki yang sama umur dengan Shion. Dia sekarang sedang belajar di Universiti Columbia dalam bidang ekonomi. Dia kan anak menjadi pemimpin seterusnya di syarikat ayahnya. Tetapi sepupunya itu seorang yang bersifat dingin dan serius. Dia juga agak kedekut bicara. Mungkin dia bisu kot?(jyuuken!). Tiap kali Shion dekat kepadanya confirm suasana disekelilinganya dingin dan suram (Eee, dia itu manusia atau hantu *kaiten!). Okey, lupakan. Nanti korang akan tau lelaki itu orang yang macam mana.
xoxoxoxoxoxo
HINATA POV
Aku berlari menuju tempat menunggu bas dengan segenap jiwa dan ragaku(?). Aku tercungap-cungap sesudah sampai di tempat menunggu bas. Aku seperti orang yang telah kehilangan jiwa(?) kerana berlari dengan sekuat tenaga. Aku kan tidak mau terlambat ke sekolah. Malangnya, time aku sampai tadi, bas dah pun berlalu pergi.
"Oh tidak!" aku menjerit seraya berlari(lagi) untuk mengejar bas itu. Tetapi aku tidak berdaya lagi. Tenagaku sudah habis, aku tak kuat lagi. Aku hanya diam mematung melihat bas itu. Jarak dari tempat menunggu bas ke sekolah ialah 15 minit kalau berjalan kaki. Sekarang sudah pukul 6.54 pagi. 'Macam mana ini? Aku sudah terlambat' aku bermonolog dalam hati.
TIN! TIN!
Aku menoleh ke arah bunyi hon tersebut. Aku melihat sebuah motor jenis kawasaki ninja dan betapa terkejutnya aku melihat siapa yang menunggang motor itu.
END OF POV
Hinata diam mematung melihat jejaka yang ada di depannya itu. 'Adakah aku masih lagi bermimpi? Kalau ye pun, tolong jangan bangunkan aku' dia bermonolog(lagi).
"Hei cik adik. Apa yang kau buat kat tengah jalan raya ini? Apa kau mau bunuh diri?" tanya lelaki yang berambut kuning durian tu dengan wajah yang hairan. Apa tidaknya, apa korang tidak hairan kalau melihat ada orang yang berdiri di tengah jalan raya. Apa lagi seorang gadis yang manis.
Hinata tersedar dari lamunannya. Wajahnya memerah. Dia mengenali lelaki yang mempunyai tanda lahir tiga garis pada masing-masing pipi itu, sangat. Dia adalah lelaki yang bekerja menjadi pelayan disebuah cafe yang menjadi tempat lepak dia dengan kawan-kawannya dan lelaki yang dia suka. Lelaki itu memandang Hinata dan tiba-tiba matanya beralih ke beg Hinata. Dia melihat sebuah keychain berbentuk musang yang tergantung de beg Hinata. Ya, dia tau siapa Hinata.
"Eh, kau kan pelanggan tetap di cafe tempatku bekerja," kata lelaki itu dengan nada yang terkejut. Dia lalu tersenyum manis kat Hinata tanpa mengetahui bahawa Hinata dari tadi wajah Hinata sudah memerah.
"I-ya. H-h-hai," ucap Hinata dengan terputus-putus. Dia sangat nervous bila berhadapan dengan lelaki itu. Siapapun akan begitu kan? Hinata melihat ke jam yang ada di tangannya dan dia sangat terkejut.
"Argh! Aku terlambat!" jeritnya. Tanpa sepatah kata, dia membungkuk ke arah lelaki itu dan terus berlari menuju sekolah.
"Eh, tunggu! Aku akan menghantar kau ke sekolah agar kau tak terlambat," tawar lelaki itu. Hinata berhenti dan menoleh ke belakang. Masih dengan wajah yang merah.
"A-apa a-ku t-t-tidak akan me-menyusah-kan an-da? Tanya Hinata gugup.
"Mestilah tidak. Lagipula, aku juga mau ke kolej ni. Ayuh, aku bonceng dan namaku Uzumaki Naruto. Kita tak pernah berkenalan kan?," ucap lelaki itu serta memberi helmet kat Hinata. Oh, jadi dia Si Baka Naruto itu(rasengan!). Tak perlu memperkenalkan diri pun Hinata sudah tau nama lelaki tu. Siapa yang tidak tau nama orang yang kita minat kan? Minat? Jadi Hinata minat kat Naruto?! (pletak?)
"Hy-hyuuga H-Hi-Hinata," jawab Hinata gugup(lagi) seraya mengambil helmet dari Naruto. Naruto lalu menyuruh Hinata naik ke motornya. Dia menaiki motor dengan agak malu.
"Sekolah kau kat mana? Tanya Naruto.
"Kat Konoha High School," jawab Hinata. Naruto mengangguk.
"Hyuuga-san, tolong berpegang dengan erat, nanti jatuh," Naruto lalu mengambil tangan Hinata dan melingkarkannya di pinggangnya. Muka Hinata makin merah bahkan sudah sangat merah kerana dia kelihatan seperti sedang memeluk Naruto sekarang. Dadanya berdebar-debar.
Naruto melajukan motor ninjanya ke arah sekolah Hinata sementara Hinata sangat menikmati perjalanan mereka. 'Aku mimpi apa semalam sampai Naruto-kun mau menghantar aku ke sekolah' fikir Hinata. Mata Hinata terpejam kerana terlalu menikmati suasana tersebut.
Ternyata perjalanan ke sekolah Hinata itu sangat singkat. Tak sangka ya, waktu sangat cepat berlalu.
"Kita dah sampai," ucap Naruto. Hinata melepaskan tangannya dari pinggang Naruto dan turun. Dia lalu membuka helmetnya. Hinata menoleh ke arah gate sekolah. 'Nasib baik gate belum ditutup' fikirnya.
"Te-terima ka-sih Uzumaki-san," ucap Hinata sambil membungkuk. Tak lupa pula dengan warna merah yang menghiasi wajahnya.
"Sama-sama Hyuuga-san. Jangan terlambat lagi, okey? Bye," ujar Naruto sambil tersenyum dengan lebar sampai menampakkan gigi putihnya. Dia lalu pergi dengan motornya untuk menuju ke kolej.
BLUSH
Hinata hanya terdiam mematung setelah melihat senyuman Naruto yang menurutnya sangat manis itu. 'Dia sangat kacak'fikirnya. Hinata melambaikan tangannya kepada Naruto sampai Naruto tidak terlihat dari pandangan matanya. Dia terlihat seperti termenung.
Loceng yang berbunyi telah membuat Hinata kembali menapak ke alam realiti(jadi selama ini Hinata ada di dunia arwah?*jyuuken!). Hinata lalu bergegas masuk ke sekolah dan menuju ke kelasnya yang berada di tingkat dua. Hinata merupakan pelajar tahun akhir di sekolahnya. Dia berada di kelas 3-2. Selama dia melangkahkan kaki menuju kelasnya, dia mengingat kembali detik-detik pertama kali dia bertemu dengan Naruto.
Semuanya bermula empat bulan yang lalu...
Bersambung...
Adakah Hinata suka dengan Naruto atau hanya sekadar minat je? Bagaimana peekenalan pertama mereka? Boleh ke pelajar sekolah menengah couple dengan pelajar kolej? Biasanya pelajar kolej tak pandang budak-budak sekolah menengah kan.
Maaf kalau fanfic ini ada yang sama dengan orang lain. Ini adalah ketidaksengajaan. Sebenarnya saya dapat ide setelah membaca sebuah komik. Maaf kalau ada kekurangan. Saya berharap dapat menghabiskan fanfic ini sebelum aku busy kalau dah masuk universiti kelak.
Tolong review dan beri nasihat.
Sampai jumpa, minna.
