Menjengkelkan .
Itulah perkataan yang abang abang ku terhadap tabiat jahil ku .
Kecuali seorang .
Dia .
Abangku yang kedua yang dia sahaja memahami perasaan ku .
Thank You and Farewell
Characters belong to Animonsta
Rated : T+
Genre : Drama , Tragedy , Family , Hurt + Comfort
Warning : Typo , Newbie Autor ,
No AI ( Author Interupt )
No Sho-Ai
Sad Ending ( ? )
OOCness
This is a OneShot
Story by : Achan Nachan
Api POV
31 / 12 / 2015
11 : 35 p.m
Heh , tarikh yang amat .. menggembirakan . Aku dan 2 abang abang ku dan adik ku menatap langit malam itu .
Halilintar .
Abang ku yang pertama .Bermata merah ruby. Seorang yang pemarah , dingin , sekarang berumur 16 . Dia suka memakai pakaian yang serba merah hitam . Seperti malam ini , dia memakai baju plain hitam disarungkan jaket berwarna merah hitam bersama seluar hitam bercorak merah kilat sama seperti namanya . Tidak lupa juga dengan topi hitam merahnya yang dipakai kehadapan .
Gempa .
Abang ku yang ketiga ini seorang yang lembut tapi tegas , prihatin , ketua pelajar dan paling normal yang boleh aku katakan . Terlalu banyak perkataan boleh describe tentang diri abangnya itu . Dia ialah kembar ketiga ,lahir selepas dia . Berumur 16 tahun juga dan amat suka memakai busana hitam emas . Sama seperti mata emasnya , ia memakai topi dengan cara terbalik dengan baju seperti Halilintar tetapi berwarna hitam emas .
Air .
Adik kembarku yang sebaya dengan ku . 14 tahun . Seorang yang dingin , pendiam , dan tak peduli dengan keadaan sekeliling . Bermata biru langit . Hampir sama seperti dia . Anak bongsu dari kami 5 beradik . Selalu memakai pakaian biru langit sama seperti topinya yang dipakai kebawah sehingga tidak kelihatan matanya .
Aku tersenyum sendiri .
11 : 38 p.m .
Aku tersenyum sedih sambil melihat abangku dan adikku mengeluh sedih . Aku menutup mataku .
Dia . Aku teringat memori memori gembira yang ku rindu . Sangat sangat .
Ketika tahun tahun dahulu ..
" Api ! Berhenti main di dapur !"
" HAHAHAHA ~~! MUKAMU BERTEPUNG , GEMPA ~~"
" TAUFAN ! JANGAN KETAWA ! TOLONG KEMAS , BUKAN KETAWA !"
" Abang dan adik sama sahaja ..."
" Air ! Kau juga seperti ku ! Kita kan adik beradik ! Mesti sama ! Haha !"
Aku berlari sambil menggenggam tangan abang kedua ku , Taufan . Kami ketawa lepas keluar pintu rumah . Taufan menarik tanganku ke arah taman di sebelah rumah kami .Siapa sangka kami akan berbaring di atas rumput hijau itu sambil memegang perut .
" Api ! Kamu lihat tak muka Gempa tadi ? Macam hantu ! Hahaha !" Taufan ketawa lagi .
Itulah telatah kami setiap hari . Aku berharap waktu gembira seperti ini tidak pernah pudar dari kehidupan seharian aku . Tapi , itu ...
Mustahil .
" -pi ? Api ?!"
" Huh ? Ya , abang ?"
" Uehhh ?! Tak biasa kau panggil aku abang ! Mesti ada apa apa ni .." Taufan memandang aku dengan wajah menyoal bersama senyuman jahatnya itu .
" Umm.. Takdelah .. Api cuma nak ... Humm...-" Aku berhenti seketika memandang kawasan sekeliling .Aku terlihat beberapa orang remaja bermain ... Apa ya ... Oh! Skateboard !
" Hehe .. Api nak skateboard waktu ulang tahun Api dan Air , boleh ? " Aku meminta dengan mata berkilau . Heh , sudah tentu Taufan akan bagi . Aku tahu mukanya akan berkerut sambil berkata ' kau masih kecil lagi'
Tapi .. Aku salah .
Dia tersenyum sambil mengusap kepala ku kembut .
" Yalah .. Nanti aku belikan .. Tapi kau kena belajar betul betul ! Kamu kan sudah 12 tahun . Tidak lama lagi , ada ujian besar ,betul ?"
Aku tersenyum lebar . Tidak lupa juga dengan mata ku yang mula berkaca.
" Yeah ! Sayang Abang Taufan !" Aku ucapkan sambil memeluk abangku .
" Heh , baru sekarang kau nak panggil aku abang , ya ?" dia tergelak kecil .
Mungkin itu tak mustahil .
Kita akan sentiasa gembira.
Sentiasa .
" Jadi .. ? Kamu ingin mengaku atau tidak , Boboiboy Api ?"
Aku hanya memandang ke lantai bilik guru itu . Udara sejuk dari penyaman udara itu menyentuh kulitku yang penuh luka dan calar .
Lagipun , calar dan luka itu bukannya disebabkan aku .
Yang aku tahu , hari ini aku akan memulai hari pertama aku ke sekolah menengah . Aku di kelas kedua manakala Air di kelas pertama .Kemudian , aku ingin ke kantin lalu aku ditahan oleh senior yang berpakaian selekeh. Mereka meminta wangku lalu aku membentak mereka .
Inilah yang terjadi .
Sekarang .. Di dalam bilik guru , senior yang mengeluarkan air mata palsu , aku berdiri dituduh membentak senior .. Hari pertama ku memang malang .
" -boy Api ! Boboiboy Api !"
" Ah! Y-ya , Miss Ai ?"
" Disebabkan abang sulung kamu , Boboiboy Halilintar tiada di sekolah kerana pergi ke Pertandingan Quiz Matematik dan Boboiboy Gempa ada urusan dengan hal ehwal pelajar , saya meminta abang kedua kamu , Boboiboy Taufan menjelaskan kepada saya apa yang terjadi , boleh ?"
" A-ah ! T-taufan?!"
Oh , shit ! Abang Taufan kan sedang berlatih untuk Pertandingan Taekwondo ! Takkan nak diganngu ?! Aku kena halang !
" Umm.. D-dia-"
" Miss Ai ? Miss panggil saya ?"
Terlambat .
" Oh , Presiden Kelab Taekwondo . Hemm .. Boboiboy Taufan , betul ? Abang kepada Boboiboy Api ?"
"Ah , iya .." Taufan menjawab smbil mendeath glare ke arahku . Bulu romaku menegak .
Walaupun Taufan seorang yang ceria dan selalu tersenyum , tapi sekali dia mengamuk , sampaikan Pengetua pun akan melutut . Tapi , itu sangat sangat jarang . Aku hanya pernah melihat dia mengamuk hanya sekali sahaja. 2 tahun lepas selepas melihat Gempa pulang ke rumah dengan baju yang koyak dan luka luka yang menghasilkan darah segar dari badan dan kepala nya hasil buli sekumpulan murid sebaya dengannya .
Waktu itu , aku sangat .. takut ... Bukan kerana melihat keadaan Gempa tapi melihat muka Taufan seperti ingin membunuh . Dingin .
Aku melihat Miss Ai sedang bercakap tentang sesuatu kepadanya. Aku hanya mampu cemberut dan memainkan jari ku . Selepas terasa seperti 10 tahun menunggu , Taufan mengucapkan terima kasih kepada Miss Ai dan membongkok .
Dengan segera , dia menarik tangan ku keluar dari bilik guru dan berlari ke mana aku tak tahu .
" T-taufan ! Kita mahu kemana ?! Aku minta maaf ! H-hei ! Dengarlah !"
Dia tetap mengunci mulutnya dan menuju ke taman belakang sekolah . Dengan segera dia memandang ku dengan wajah ... Hampir ketawa . Well , I didn't expect this reaction from him .
" Hahahaha! Kau patut melihat wajah mu ! Dengan pipi yang merah itu ! HAHAHA~!"
Aku hanya boleh sweat drop .
"Heh , Kau pula ? Dengan baju taekwondo itu , kau baru sahaja tali pinggang warna merah hitam ? Hahaha !" Aku ketawa lepas . Well , aku menyesal kerana ...
" Bodoh . Merah hitam peringkat kedua tertinggi ." Dia memandang ku dengan wajah mengejek .
"U-umm!-"
" Dah , mari sini aku ubatkan luka kau ."
" Hemm.."
Siapa sangka ? Abang mana lah yang tidak akan marah melihat adiknya terlibat dalam pergaduhan pada hari pertama sekolah ? Well .. Abangku adalah di sebaliknya .
"Aucchh ! Jangan tekan kuat sangat !"
" Macam perempuan la kau ni ! Sakit sikit merengek.. Nak elok mestilah kena tahan sakit sikit !"
"Happy Birthday to Api and Air . Happy Birthday to You ." Abang abang ku menyanyi .
Aku dan Air ... Terharu .. Yalah ! Siapa tidak terharu apabila hari ulang tahun sendiri diabaikan abang abang yang sebenarnya membuat kejutan malam hari ?
" Api , selamat ulang tahun ! Ini dari aku . Jangan dipecahkan ya ?"
"Terima kasih Gempa ! Ya , Api takkan pecahkan !"
Sebuah tabung berbentuk kucing memegang mancis .
"Ini dari aku . HB ya."
"Hahaha ! Jangan dingin sangat Hali !"
Sebuah helikopter elektronik .
" Umm.. Ini dari Air .. Hb ya , Api"
" Haha ! Terima kasih ya Air ! Hb too !"
Sebiji bola sepak .
Dan ..
" Nah ,Api ! Aku sudah janji kan akan membeli mu ini ? Happy Birthday 13th ya !"
Sebuah skateboard berwarna merah kuning .
Aku tersenyum sambil bergelinang air mata di penjuru mata kuning ku .
"Woi Taufan , mana kau dapat duit beli skateboard itu ?" Tanya Halilintar .
" Hehe ! Aku memecahkan tabung ku !" dia menjawab tersengih .
" Eh ? Bukan dari kecil kau kumpul duit nak beli laptop ke ?"
" Haha ! Takpe ! Duit boleh dicari ! Aku dahulukan apa yang penting ! Dan apa apa sahaja untuk adik adik ku ! Aku sanggup pertaruhkan nyawa ku untuk mereka!Hehe"
Yup . The best day ever .
Yup . The best brother ever .
" Esok Tahun Baru , ya ? Sekelip mata sahaja tahun ini berlalu ." ucap Gempa sambil melihat kalender di dapur . Aku dan yang lain berada di meja makan bermain Mono*oli . Gempa pula sedang memasak chocolate cake .
" Hemm .. Malam ini kita nonton bunga api , kamu semua nak ? " tanya Halilintar sambil mendompang dagu .
" NAK ! SUDAH LAMA TAK MELIHAT BUNGA API !" Aku dan Taufan dengan teruja menjawab serentak kecuali Air .
" Hemm.. Air rasa bolehla ..." Dan serentak itu , Gempa pun keluar dari dapur dengan membawa sepiring chocolate cake .
"Kalau begitu , mari makan cake ini dulu . Kemudian bersiap ya ! Kita nonton nya di bukit berdekatan stesen kereta api ya ." Katanya lembut .
" Nee~ Taufan , apa hajat kau tahun baru ini ?" Aku menanya .
Dia berfikir sebentar kemudian tersenyum .
" Aku ingin hidup gembira sentiasa bersama keluarga kita , Api pula ?"
" Aku ingin kita semua sentiasa bersama selamanya dengan bahagia ! Kita akan bersama selamanya , kan ?"
" ... Ya .. Selamanya .." Taufan pun tersenyum hangat . Aku tersenyum lebar .
" Janji ?" pinky promise .
" Iya .. Janji .."
Dan , dengan itu , chocolate cake yang kelihatan sedap menggoda itu pun dilahap .
" Api , jangan skate di sini . Bahaya lah .. "
Gempa.. Kau bukannya ibuku . Lagi pula , sudah tentu aku berhati hati .
" Huh , nak pergi tengok bunga api pun berskate lagi .. Menyusahkan "
" Haha. .biarlah Api tu .. Lagipun sekarang kan 11:58 p.m ..sikit lagi Tahun Baru .."
Aku tersenyum . Aku masih berskate dia atas tanah itu dan abang abang dan adikku sedang duduk di bawah pokok di atas bukit . Aku memalingkan kepalaku dan melihat mereka tersenyum ke arah ku . Aku melihat jam di tanganku .
11:59 p.m
Seminit lagi ..
Aku memandang mereka semua namun terkejut melihat Taufan berlari ke arah ku dengan muka cemas . Halilintar dan Gempa juga Air menyusul Taufan dengan wajah yang sama .
Apa yang terjadi ?
" Api ! HATI - HATI KERETA AP-" suara Taufan yang semakin dekat terputus apabila aku memalingkan kepala ku ke kiri dan melihat kereta api sedang meluncur laju ke arah ku . Aku ada di atas landasan ? Sejak bila ?
Pikiran aku terhenti apabila seseorang menolah ku ke tepi dan aku terjatu di atas jalan tar . Sesaat kemudian , aku terdengar kereta api meluncur laju . Tapi ..seperti lain bunyinya . Seperti melanggar sesuatu .Aku memandang ke arah sana dengan mata membulat ,
D - darah ...?
Selepas kereta api itu hilang dari kelibat , aku tak boleh menggambarkan perasaan aku .
Sedih.
Takut .
Menyesal .
Marah ..?
Aku menutup mulutku seraya bunga api mula meletup di langit malam .
Aku memandang wajah adik beradik ku .
Halilintar , muka nya pucat melutut melihat jasad di atas rel itu .
Gempa , mula menangis sambil menutup mulutnya .
Air , mata nya membulat .
Kami semua berlari ke arah jasad Taufan itu . Tak .. Tak .. Ini tak mungkin berlaku ..
"...Dan apa apa sahaja untuk adik adik ku ! Aku sanggup pertaruhkan nyawa ku untuk m
ereka!Hehe"
"... Kita akan bersama selamanya , kan ?"
" ... Ya .. Selamanya .."
" Janji ?"
" Iya .. Janji .."
" Api ... Se-la..ma ..ta-hun,.. Ba..ru.." Dia tersenyum lembut ke arah ku sebelum memejamkan matanya.
00:00 a.m
Waktu tepat Taufan meninggal kan kami semua . Pada malam Tahun Baru .
Kalau sahaja ..
Kalau sahaja aku mengikuti nasihat Gempa ...
Jangan ..tinggalkan aku ...
" -pi ! Api !"
Aku tersentak dari lamunan memori memori itu. Aku melirik ke arah Halilintar yang memandang jamnya .
" 11: 58 p.m ..." ucapnya .
Aku tersenyum sedih sama seperti Gempa dan Air .
Iya . Sudah setahun kejadian itu terjadi .
Dan aku takkan menyambut tahun baru dengan nya lagi .
Tanpa ku sedar , air mataku meleleh .
Bukan aku sahaja . Semua adik beradik aku pun .
"... Terima kasih ... Abang Taufan ..."
Seraya itu , bunga api pun mula mengembang di langit beriringan dengan teriakan ku .
" TERIMA KASIH *hiks* ABANG TAUFAN ! *hiks* DAN *hiks* SELAMAT TINGGAL !.." dengan air mata yang mengalir , aku tersenyum sambil berteriak .
Halilintar , Gempa dan Air juga berteriak sama .
Kita akan bersama .. Selamanya ..
Angin yang berhembus mengingatkan aku suara nya . Aku memandang ke belakang . Aku pasti terdengar suara nya . Kemudian , aku tersenyum .
Ya .. Kita akan bersama .. Selamanya ...
YOSH ! Sehari sebelum balik hostel , Achan memproduce sebuah fic ya ! Ohh ! Achan terima request tau ! Hantar request di inbox Achan ya!
Read n Review !
