Hello!

Ini fanfic pertama Fiona kat sini~! Sila beri tunjuk ajar yea? hehe

Maaf kalau chapter ni banyak silap.

Hari ini di sekolah Boboiboy tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Dia asyik memikirkan tentang kejutan yang dimaksudkan oleh Tok Aba semalam. Apa kejutan tu ek? Boboiboy berfikir. Boboiboy tidak sedar bahawa guru yang sedang mengajar di dalam kelasnya sedang memerhati Boboiboy yang langsung tidak menumpukan perhatiannya dalam kelas.
"Boboiboy!" fikiran Boboiboy serta merta terhenti.
"Ye cikgu?"
"Kenapa tak tumpukan perhatian dalam kelas? pergi berdiri di luar kelas sekarang!" Cikgu Englishnya mengarah sambil menghentakkan rotannya di meja.
"Baik cikgu!" Ying, Yaya, Gopal dan Fang melihat Boboiboy keluar dari kelas dan berdiri di luar. Mereka semua hairan dengan kenapa Boboiboy hari ni. Bella cuma menumpukan perhatian dan mengambil nota. Nanti aku tanyalah. Nanti tak pasal-pasal aku kena denda kalau tak fokus fikir Bella.
30 minit berlalu dan kelas english 1Amber pun tamat. Boboiboy memasuki kelas dan duduk di tempat duduknya dengan senyap dan fikirannya masih melayang. Fang yang hairan dengan perangai Boboiboy mendekati Boboiboy. "Woi Boboiboy! Apa yang kau fikirkan sampai tak fokus dalam kelas tadi? Ni mesti sedih sebab keputusan ujian matematik aku lebih tinggi MUAHAHAHA!" Fang tergelak bagai orang gila di dalam kelas sampailah Bella menghantuk kepala Fang menggunakan buku teksnya.
"Woi yang kau pergi ketuk kepala aku dah kenapa?!" Fang berkata sambil menjeling tajam ke arah Bella yang kembali menyusun buku-bukunya di dalam beg.
"Saja. Kau dah gila kat situ, aku tolonglah waraskan kau balik guna buku teks." Bella tersenyum sinis. Fang baru sahaja hendak menyerang balas tetapi Yaya sudah berdiri di antara mereka sambil mengangkat buku dendanya. "Kalau korang bergaduh, aku akan tulis nama korang.". Fang hanya diam dan berpaling ke arah Boboiboy semula.
"Alaa tak payahlah kau sedih sangat sebab aku kalahkan kau." Fang tersenyum sinis.
Boboiboy melihat ke arah Fang. Aku hempuk juga kepala dia ni fikir Boboiboy. "Mana adalah. Aku tengah berfikir ni apa kejutan yang Tok Aba nak bagi." Boboiboy berhenti seketika sebelum menyambung "haihh sampai naik pening kepala aku fikir."
"Haiyaa ada la tu.. mesti kejutan terbaik punya lorh" Ying muncul di hadapan meja Boboiboy sambil tersenyum.
"Ha ah betul kata Ying tu. Sabar je laa Boboiboy." kata yaya.
"Jangan suprise rotan sebab gagal sudahlah.. hehehe" Gopal mencelah sambil membayangkan Boboiboy dirotan Tok Aba. Dia tersenyum bagaikan orang dungu.
"Entah-entah dia yang dapat suprise rotan dari Appa dia." Fang berkata sambil menyilang tangannya dan tersenyum sinis. "Habislah kau Gopal"
Gopal terbayangkan Appanya berdiri sambil memegang rotan dengan muka yang garang. Uhh seramnya fikir Gopal.
"Kau ni Fang. Janganlah takut-takutkan dia. Tak baik tau." Yaya berkata. "Dahlah duduk. Cikgu dah sampai tu.". Mereka semua kembali ke tempat duduk masing-masing.

Terima kasih kerana sudi membaca !

Kalau boleh... bagilah review ye? hee~~