This fanfic from my shy brain- Dont plagirism
Cast : Kim Namjoon
Kim Seokjin
Min Yoongi
Jung hoseok
Park Jimin
Kim Taehyung
Jeon Jungkook
Rate : T
Chapter 1 – Bahagiakah Aku?
Cahya matahari sangat menyilaukan dan sudah memancar tegak di atas kepala dan juga atap rumah Kim Seokjin. Hawa sejuk pagi hari telah menghilang dan digantikan dengan hawa panas menyengat daripada matahari namun pria yang asyik tidur di atas kasur tetap tidak bergerak. Mati agaknya.
Seokjin yang tidur pulas terasa seperti ia berada di sauna kerana bahang panas sangat terasa di kulit mulus dan cantik kepunyaannya. Seokjin akhirnya terpaksa membuka matanya akibat tidak dapat menahan bahang panas tersebut seperti membakar kulit cantiknya dan ianya lebih menyayangi kulit putih cantiknya daripada tidur lenanya.
Seokjin mengerjapkan matanya berkali-kali agar matanya dapat menerima cahaya yang menyilaukan daripada pantulan cahaya matahari yang masuk ke kamarnya menembusi tingkap kacanya.
" Hughhh. Sudah pagi rupanya" Seokjin mengeluh.
Seokjin cuba untuk bangun namun pergerakkannya terhalang dengan lengan kekar milik teman lelakinya memeluk pinggangnya dari belakang. Kim Namjoon, teman lelaki Seokjin memeluk pinggang Seokjin dengan erat seperti tidak ingin melepaskan Seokjin walau sesaat pun.
' Kuat betul pegangannya. Sakit sekali pinggangku. Dia pikir pinggangku kayu apa?' batin Seokjin.
Seokjin menahan sikunya dan menahan tubuh atasnya untuk membangunkan kekasih hatinya daripada tidur. Seokjin melihat Namjoon masih di dalam dunia mimpinya. Sedikit pun tidak terasa pergerakkan kasar Seokjin semasa Seokjin menahan tubuhnya dengan siku.
' Dia masih hidup atau sudah mati? Seperti patung. Tidak bergerak.' batin Seokjin.
Seokjin melihat permandangan di hadapannya. Kim Namjoon dengan tidur matinya dengan mulut ternganganya masih tetap tampan di mata Seokjin. Ternampak sedikit air liur mengalir keluar daripada mulut Namjoon menunjukkan pria itu memang sudah tidak peduli dengan persekitarannya. Tidak peduli kekasih cantiknya sedang memandang tepat mukanya yang boleh dibilang sangat teruk bagi orang lain tetapi tetap tampan untuk Kim Seokjin. Seokjin terlalu mencintai pria di hadapannya. Terlalu mencintainya sehingga Seokjin sanggup berbuat apa sahaja untuk Kim Namjoon-nya.
" Namjoonie, bangun."
Namjoon masih tidak bergerak.
" Namjoonie, bangun." Seokjin mencuba membangunkan Namjoon sekali lagi.
" Seokjinnie, sedikit lagi..uhhmmm"
Seokjin agak terkejut dengan percakapan Namjoon yang agak berbeza daripada biasanya.
' Ada apa dengan dia?' batin Seokjin.
" Namjoon, Namjoon, bangun Namjoon. Kamu oke atau tidak?" Seokjin memegang bahu Namjoon dan menggerakkan bahunya dengan kasar agar Namjoon sedar dari tidurnya.
" Sedikit lagi Seokjinnie, aku akan sampai." Namjoon masih dengan keluhannya.
Mendengar percakapan bodoh Namjoon, Seokjin dapat memahami Namjoon sedang bermimpi dan tahu mimpi apa yang sedang dimimpikan oleh Namjoon dan itu membuat Seokjin betul-betul gemas dengan Namjoon.
" Tengah hari begini dia masih lagi boleh bermimpi bodoh begitu." Ujar Seokjin.
Akhirnya Seokjin memegang tangan Namjoon yang melingkar erat di pinggangnya dan melepaskan tangan Namjoon dengan kasar. Seokjin menendang Namjoon dengan kuat kerana kebiasaannya Namjoon memang susah dibangunkan daripada tidurnya. Kegiatan menendang Namjoon untuk dibangunkan sudah menjadi kegiatan rutin untuk Seokjin dan ditendang kuat dari kasur sudah menjadi kegiatan rutin untuk Namjoon.
" Kim Namjooooonnnn, banguuuuunnnnnn." teriak Seokjin disertai tendangan yang kuat mengirimi tubuh Namjoon yang sudah tergeletak di lantai dengan dentuman yang agak kuat. Bahu Namjoon terkena meja kecil yang terletak di tepi kasur mereka dan kesakitan yang terasa di bahu Namjoon membuat Namjoon tersedar daripada mimpi manisnya bersama Seokjin.
Namjoon segera bangun daripada jatuhnya dan segera melihat muka merah Seokjin yang sedang menahan marah.
" Hyung, sampai hati kamu menendangku?"
" Kalau aku tidak sampai hati, kamu tidak akan berada di bawah."
" Sakit hyung."
" Padan muka dan pergi mandi sana. Memalukan betul, tengah-tengah hari begini, milikmu tetap saja aktif." omel Seokjin yang telah bangun dan sedang merapikan seprei mereka yang agak serabut akibat pergerakkan Seokjin yang ingin melepaskan diri daripada pelukkan kuat Namjoon tadi. Namjoon melihat ke bawah dan seperti yang Seokjin katakan miliknya masih tetap tegang dan ia betul-betul merasa malu diketahui telah bermimpi manis, eh salah, bermimpi basah. Namjoon pasti ia bercakap di dalam tidurnya memandangkan Seokjin menendangnya dengan sangat kuat berbeza dengan tendangan Seokjin pada hari-hari biasa dan sakit di bahunya betul-betul ngilu.
Namjoon menutupi miliknya yang dilitupi dengan boxer itu dengan tangannya agar Seokjin tidak melihat miliknya kerana Seokjin tidak menyukai benda-benda yang mengarah ke arah itu. Seokjin seorang pria yang polos. Ia tidak suka benda atau perkataan yang berbaur seksual.
" Baiklah, hyung. Aku pergi mandi dulu." Kata Namjoon. Namjoon terus ke kamar mandi untuk mandi dan untuk menolong miliknya menjadi budak baik. Di dalam kamar mandi, Namjoon membuka boxernya dan terus mandi dengan disirami air di atas kepalanya. Dia menarik nafas dalam-dalam. Namjoon betul-betul frust dengan Seokjin kalau ianyamasalah yang bersangkutan dengan itu.
Selama setahun mereka bercinta, mereka masih tidak melakukannya. Bukan disebabkan ia tidak berminat untuk melakukannya tetapi Seokjin yang tidak menyukai idea untuk melakukannya. Oleh kerana ia terlalu mencintai Seokjin, makanya ia bertahan untuk tidak melakukannya dan cuba untuk tidak menyakiti hati Seokjin.
Sejak Namjoon berkenalan dengan Seokjin, Seokjin adalah seorang pria yang baik-baik, feminine dan tingkah lakunya seperti ibu-ibu. Asyik mengomel itu ini sehingga telinga Namjoon hampir berdarah mendengarkan semua omelan Seokjin. Selama mereka berpacaran, paling jauh yang mereka pernah lakukan adalah french kiss dan hanya lovebite di leher Seokjin.
Tipikal pria yang baik, naif dan polos. Sebelum ini, Seokjin pernah mengugut untuk memotong milik Namjoon kerana malam itu Namjoon betul-betul menginginkan Seokjin. Seokjin betul-betul cantik dan sexy (pada pandangan Namjoon) selepas Namjoon melihat Seokjin keluar dari kamar mandi dengan rambutnya yang basah, handuk yang menutupi area dari pinggang hingga sebatas paha mulusnya. Pemandangan di hadapannya benar-benar menaikkan libidonya.
Dia cuba mengajak Seokjin melakukannya dengan mengungkapkan ajakannya dengan nada yang perlahan dan tidak memaksa. Ketika itu, mereka telah berpacaran selama 5 bulan dan 5 bulan itu adalah jangka masa yang lama untuk Namjoon melakukannya. Sebelum berpacaran dengan Seokjin, Namjoon mengambil masa selama seminggu untuk mengajak pacar-pacarnya sebelumnya untuk melakukannya.
Kalau mereka tidak mau melakukannya, Namjoon dengan senang hati akan meninggalkan mereka dan akan mencari pacar yang baru. Tipikal playboy kelas atas. Tetapi dengan Seokjin, Namjoon tidak berbuat seperti itu kerana baru pertama kalinya Namjoon sedar dia benar-benar telah jatuh cinta dengan sosok pria yang bernama Kim seokjin.
Ajakan lembut Namjoon dibalas dengan teriakan ugutan Seokjin untuk memotong milik Namjoon yang telah tegang hanya melihat tubuh Seokjin yang hanya dilitupi handuk. Bukan itu saja, selain menjerit dan berteriak, Seokjin malah betul-betul ke dapur untuk mengambil pisau dan Namjoon cepat-cepat memeluk tubuh Seokjin di samping mulutnya mengeluarkan perkataan maaf berulang kali agar organ aktif yang berada di bahagian bawah tubuhnya tidak dipotong oleh Seokjin. Sejak malam itu, Namjoon berjanji kepada Seokjin tidak akan meminta Seokjin melakukannya dan tidak akan pernah mengerjai Seokjin sehingga ke tahap yang hmm..hmm.. Akhirnya, Seokjin menerima permintaan maaf Namjoon dan cuma memberi peluang untuk Namjoon menciumnya. Bagi Namjoon, sekadar berciuman tidak cukup dan akhirnya setelah tawar-menawar, akhirnya Seokjin menerima kalau Namjoon ingin melakukan french kiss dengannya disertai lovebite di leher.
Senang cerita, Namjoon hanya boleh memanjai Seokjin di area kepala,muka dan lehernya saja dan tidak lebih dari itu dan kalau tidak, Seokjin benar-benar akan memotong miliknya dan akan memutuskan perhubungan mereka. Namjoon bertahan untuk melakukannya sampailah sudah setahun mereka berpacaran dan Namjoon masih tidak berani untuk mengajak Seokjin melakukannya. Jika Namjoon benar-benar dalam keadaan gairah hanya kerana melihat bibir kissable Seokjin, Namjoon akan segera ke kamar mandi atau mencari alasan untuk ke rumah Yoongi agar dia tidak berbuat yang tidak-tidak kepada Seokjin.
" Joonie, Joonie?" panggil Seokjin dari luar kamar mandi.
Namjoon tersedar daripada lamunannya dan segera menjawab panggilan Seokjin dari dalam kamar mandi.
" Ya, hyung. Ada apa?" tanya Namjoon.
" Sudah atau belum? Aku mau mandi." Tanya seokjin.
Namjoon melihat ke bawah dan melihat miliknya telah menjadi budak baik, akhirnya Namjoon menjawab
" Sudah hyung. Nanti kejap."
" Okay." Balas Seokjin.
Seokjin tau Namjoon begitu menginginkannya. Sudah banyak kali Seokjin melihat Namjoon seperti itu. Kekadang, Seokjin akan menendang Namjoon seperti tadi atau Seokjin hanya membiarkannya dan berpura-pura tidak melihatnya dan terus ke kamar mandi. Seokjin juga menginginkan Namjoon memanjainya tetapi akal sehatnya berkata tidak. Tidak untuk yang itu. Cukuplah sebatas Namjoon menciumnya dan memanjai lehernya. Itupun sudah cukup. Ia masih tidak bersedia untuk melakukan itu.
Tetapi Seokjin tau, lama kelamaan Namjoon akan bosan dan tidak akan bertahan untuk bersamanya. Seokjin tau Namjoon akan meninggalkannya disebabkan kedegilan ia tidak mau melakukan itu. Orang bodoh mana yang betah bertahan bersama seseorang yang tidak mau melakukan itu? Rasanya ada, orang bodoh itu adalah Kim Namjoon. Ia tau persis siapa Namjoon. Namjoon adalah playboy. Playboy kelas satu lagi. Sebelum bercinta dengannya, Seokjin telah mendengar kabar burung berkaitan Namjoon. Namjoon adalah seorang bisex manakala Seokjin adalah gay.
Namjoon telah berpacaran dengan ramai pria dan gadis sebelum ini. Namjoon akan meninggalkan pacarnya jika Namjoon tidak berpuas hati dengan layanan pacar-pacarnya. Dan Seokjin yakin Namjoon akan meninggalkannya suatu hari nanti kerana Namjoon telah terbiasa untuk melakukan itu dengan setiap pacar sebelumnya melainkan Namjoon tidak pernah melakukan itu dengannya. Seokjin benar-benar takut Namjoon akan meninggalkannya tetapi dia juga tidak berani untuk melakukannya. Seokjin masih tidak bersedia lagi untuk itu. Terlalu tidak bersedia. Seokjin bersyukur Namjoon tetap setia di sampingnya selama setahun berpacaran dan Seokjin percaya Namjoon benar-benar mencintainya.
" Uughh..." Seokjin mengeluh.
" Hyung, aku sudah selesai. Kamu boleh mandi." Kata Namjoon setelah keluar dari kamar mandi.
" Baiklah. Ah, Namjoon. Kamu mau aku masakkan atau mau makan di luar? Lagipun ini sudah tengah hari, kalau aku mau bikin breakfast, ianya terlalu telat." Tanya Seokjin.
" Kalau begitu, kita makan di luar saja." Kata Namjoon.
"Oke, kalau begitu aku mandi dulu. Kamu bersiaplah dulu Namjoon."
Seokjin terus masuk ke dalam kamar mandi dan meneruskan mandiannya. Manakala Namjoon bersiap dengan mengambil t-shirt hitam dan celana jeans biru tua dan memakainya. Persalinannya diselesaikan dengan memakai cardigan hitam dan disesuaikan dengan beanie hitam kesayangan Namjoon hadiah ulang tahun Namjoon daripada Seokjin. Asal mau tau, Namjoon begitu cinta dengan warna hitam tetapi rambutnya tidak seperti warna kegemarannya melainkan warna pink. Warna kegemaran Seokjin.
Setelah merapikan cardigan dan beanienya, Namjoon berteriak ke arah kamar mandi.
" Jin hyung, aku tunggu kamu di ruang tamu."
" Oke." Balas Seokjin dari dalam kamar mandi.
Namjoon duduk di atas sofa di ruang tamunya. Apartement yang diduduki Seokjin dan Namjoon tersebut tidaklah besar, hanya terdapat sebuah bilik yang disertai kamar mandi, dapur, kamar mandi berhampiran dapur dan ruang tamu yang sederhana besar yang boleh memuatkan kawannya yang datang ke rumahnya jika ada assignment yang perlu dibuat. Senang cerita, cukup ideal untuk mereka berdua. Sebenarnya, ini bukan apartemennya melainkan apartemen Seokjin. Sebelumnya, dia tinggal di apartemen bersama kawan dekatnya atau boleh dibilang kawan sekelas di kolejnya, iaitu Yoongi dan Hoseok. Mereka bertiga sama-sama mengambil jurusan seni music kerana mereka bertiga begitu berminat menulis lirik dan menghasilkan lagu. Selain itu mereka juga pandai rapping. Selalunya mereka rapping secara underground untuk memantapkan lagi rapping mereka.
Selepas 4 bulan berpacaran dengan Seokjin, akhirnya Namjoon memutuskan untuk tinggal dengan Seokjin setelah Seokjin mengajak Namjoon tinggal bersamanya. Tetapi kebanyakkannya Namjoon ke apartemen Yoongi dan Hoseok kerana Namjoon tidak ingin membuat keributan di apartemen nya dengan Seokjin kerana tidak mau Seokjin sakit kepala mendengar keributan mereka. Seokjin telah bekerja. Setelah graduasi daripada kolej, 3 bulan setelah itu, Seokjin mendapat kerja di sebuah perusahaan di kota. Setelah sebulan bekerja, akhirnya Seokjin ingin menyewa sebuah apartemen khas untuk dia dan Namjoon. Akhirnya, di sinilah mereka tinggal. Apartemen tersebut dekat dengan tempat kerja Seokjin dan juga dekat dengan kolej Namjoon. Namjoon mendengar bunyi daripada ponselnya. Namjoon meng- unlock ponselnya dan melihat mesej dari Yoongi di screen. Yoongi menanyakan keberadaan Namjoon. Namjoon menekan nama Yoongi di ponselnya.
" Hi hyung, ada apa menanyakan keberadaanku. Ada hal penting?" tanya Namjoon.
" Tidak adalah. Cuma mau nanya kamu sudah lunch atau belum?" tanya Yoongi.
" Belum. Maunya lunch sama Jin hyung. Aku sudah bersiap dan cuma menunggu Jin hyung bersiap."
" Oh ya? Apa kata kita lunch bersama? Aku dan Hoseok sudah bersiap."
" Boleh juga hyung. Okay, jumpa di tempat selalunya. Bye."
" Oke."
Panggilan itu diakhiri dengan perkataan oke daripada Yoongi.
Sehabis percakapannya dengan Yoongi, Namjoon meng-lock off kan ponselnya. Namjoon mengangkat wajahnya setelah mendengar bunyi pintu ditutup oleh seseorang. Namjoon melihat Seokjin dengan baju berwarna pink lembut dan celana jeans berwarna hitam itu benar-benar rambut hijau (rambut Jin semasa I Need You era) yang melitupi dahinya, bagi Namjoon, Seokjin benar-benar cantik. Kekadang Namjoon tertanya-tanya Seokjin nya ini pria atau gadis. Benar-benar cantik.
Kalau diikutkan hati, ingin Namjoon menyerangnya dengan menciumnya beribu kali tetapi bila diingatkan akan ugutan Seokjin dan janjinya pada Seokjin, Namjoon melupakan niatnya. Namjoon tidak mau Seokjin sedih dengan tindakan konyolnya. Namjoon juga merasakan Seokjin bukan hanya tidak berminat melakukan itu, Seokjin juga sepertinya tidak suka akan ciuman. Kekadang Namjoon merasakan Seokjin seakan terpaksa melayan kehendaknya untuk bercium dengan Seokjin.
" Jin hyung, kita akan lunch sekali dengan Yoongi hyung dan Hoseok."
" Lunch sekali dengan mereka? Aku ingatkan kita lunch berdua saja."
Nada percakapan Seokjin buat Namjoon tidak habis pikir. Kekadang Namjoon juga merasakan Seokjin kurang suka pada Yoongi dan Hoseok. Namjoon benar-benar sakit kepala apabila memikirkan tentang Seokjin. Kekadang dia merasakan penat yang teramat bila mengurusi perlakuan pelik Seokjin. Baginya perlakuan Seokjin benar-benar absurd dan tidak masuk akal. Namjoon selalu menceritakan masalah perhubungannya dengan Seokjin pada Yoongi dan Hoseok memandangkan mereka berdua adalah kawan sehidup semati Namjoon. Namjoon menceritakan semuanya termasuklah Seokjin yang tidak mau melakukan itu.Sebagai kawan, Yoongi dan Hoseok menasihati Namjoon supaya bersabar menangani Seokjin jika Namjoon benar-benar cintakan Seokjin dan itulah yang membuatkan Namjoon bertahan walaupun kekadang dia benar-benar penat. Kerana seorang Kim Namjoon sangat mencintai Kim Seokjin apa adanya.
TBC...
Saya mengupload kembali fanfic ini menggunakan username baru...
Thanks a lot... J
