Pada suatu petang yang tak berapa nak petang,kelihatan Sora dan Langau bersantai sambil minum kopi elephant 434 dan makan nasi goreng kampung kedai makcik Semerah.
"Heaven seperti biasa,kau rasa Pairin pun tak boleh lawan kesedapan nasi goreng makcik tu." Langau bersuara
"Betul, bak kata puan Enab Tiger,makcik tu dah lama hidup,lain la Pairin baru je berapa hari hidup." Sora tertawa,sambil Langau tergelengkan kepalanya
"Yo Sora!"kelihatan seorang lelaki bertubuh tegap bermata hazel dan berambut perang coklat mendekati mereka berdua.
"Hmm kau Yenn,ada apa ni?"
"Aduh potong stim la kau ni, kami baru nak menyungkal nasi goreng kampung makcik ni, hah cakap la lekas,we all busy ni."
Rayenn tersipu-sipu malu, ini membuat Sora dan Langau naik hairan
"Eish segan la aku nak cakap."
"Kalau kau segan sila keluar Langau tolak Rayenn."
"Aku suka kat Yaya!"
Terbatuk Sora mendengar hinggakan air kopi yang diminum tersembur ke muka Langau
"Hoi yang lagi sorang ni dah kenapa!?" Langau buat muka tak puas hati lalu Sora membetulkan duduknya
"Kau suka Yaya yang buat biskut tu ke?" gadis itu merenung wajah frienemynya
"Ye cik kak,aku suka dia ikhlas dari hati,walaupun kau tau sejarah hidup aku bukanya baik tapi Yaya tu ajar aku erti cinta sejati. Malah aku sanggup mati demi mempertahankan dia. Ini sumpah aku
Langau kerut dahi sambil Sora tersenyum
"Aku akan tolong kau ambil hati Yaya tapi selebihnya effort kau juga."
"Kau dah gila ke Sora,ini Rayenn kot. I dont trust him" Langau menjuihkan bibir
"Langau,dalam hidup ni kita kena bagi peluang kedua pada orang. Sedangkan nabi pun ampunkan umatnya"
"Tapi ini Rayenn Quehairy,seorang yang mampu memukau wanita lalu dijadikan pemuas nafsu,polis pun tak dapat tangkap dia sebab mangsanya tak mengingati apa-apa yang terjadi" Langau mengingatkan
"Yes langau im fully aware about it" Sora bersuara
"Dah tu?"
"Lil princess pernah cakap setiap orang berhak dapat peluang kedua,lagipun Rayenn yang dulu tak sama dengan Rayenn yang sekarang. Why not dia tak dapat peluang. Cer bagitau kat aku?"
Langau kehabisan idea untuk menyanggah kata-kata Sora lalu dia mengeluh
"Baiklah aku pegang kata-kata kau ni."
"Good Langau."
