"Assalamualaikum, Tok!" BoBoiBoy ucap setelah sampai ke kedai datuknya. Datuknya, Tok Aba merupakan seorang usahawan yang menguruskan kedainya sendiri, Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam. Dahulu kedai tersebut dikenali sebagai Tok Aba's Kokotiam tetapi sejak BoBoiBoy pulang ke Pulau Rintis untuk tinggal dengannya dan BoBoiBoy merupakan satu-satu cucunya, orang tua tersebut telah menukar nama kedainya.
"Waalaikumussalam. Camne sekolah hari ni?" Tok Aba bertanya.
"Baik seperti biasa, Tok. Rasa lega sudah nak cuti. Kerja sekolah pun semua BoBoiBoy cepat-cepat habiskan. Tak payahlah risau nanti" BoBoiBoy jelaskan.
"Ha! Baguslah begitu!" Tiba-tiba perbualan antara Tok Aba dan BoBoiBoy disampuk oleh kemunculan Ochobot, iaitu robot berbentuk bulat berwarna kuning dan mempuinyai mata berwarna biru.
"Eh? Apsal pulak?" BoBoiBoy bertanya dengan penuh kehairanan. Tok Aba pula hanya tersenyum.
"Takde apa-apa pun. Atok nak pergi melawat kawan Atok je" jelas Tok Aba.
"Pergi mana?" BoBoiBoy bertanya.
"Kampung Durian Runtuh. BoBoiBoy dan Ochobot pun bolehlah ikut sekali" jawab Tok Aba. BoBoiBoy mula risau sedikit.
"Tapi, Tok... Kalau ada apa-apa yang berlaku kat kedai nanti macam mana?" tanya BoBoiBoy. Kalau kedai tersebut tidak ada orang yang jaga akan mengundang masalah, terutamanya apabila ada makhluk asing yang hendak koko Tok Aba yang amat unik berbanding koko-koko lain.
"Tak payah risau. Kan kedai ni Atok boleh bawa ke mana-mana" jawab Tok Aba dengan penuh yakin.
"Takkan la Atok nak pakai motosikal je nak pergi sana. Dah la kita kena pergi melalui kawasan bandar kat sana dulu. Beg korang pula macam mana?" Ochobot pula yang bertanya. Suasana menjadi senyap seketika sementara Tok Aba memikirkan penyelesaian untuk masalah tersebut.
"Um... Kalau BoBoiBoy mahu, ajaklah kawan-kawan kau" jawab Tok Aba tetapi tidak dengan keyakinan yang sama seperti tadi. BoBoiBoy tersenyum lebar dengan jawapan tersebut.
"Hehe, memang terbaik" jawab BoBoiBoy sebelum ketawa kecil dan menekan butang kuning yang kecil pada jam tangan berwarna hitam yang berada di tangan kanannya. Skrin kecil di jam tangannya mengeluarkan cahaya biru yang kecil untuk seketika dan tiada sesiapa-pun berkata apa-apa.
"BoBoiBoy?" muncul pancaran hologram seorang perempuan bertudung merah jambu memakai gogel di atas tudungnya.
"Hai Yaya! Cuti ni kau ada pergi mana-mana tak?" BoBoiBoy bertanya.
"Takdelah pulak. Kenapa?" Yaya bertanya.
"Ah, begini sebenarnya. Tok Aba ajak kita semua pergi melawat kampung lain sebenarnya. Dia nak bawa kedainya tapi takut nanti tak larat pula. Kau nak ikut tak?" jelas BoBoiBoy. Yaya tersenyum lebar mendengar ajakan BoBoiBoy.
"Wah, betul ke? Tapi aku kena tanya mak aku dulu" kata Yaya.
"Harap-harap dapatlah" kata Ochobot.
"Okey Yaya. Nanti aku tanya yang lain. Bye" BoBoiBoy berkata.
"Bye!" ucap Yaya sebelum panggilan tamat.
"Dapat tak?" Tok Aba bertanya.
"Dia kena tanya mak dia dulu" jelas BoBoiBoy.
Kedengaran suatu deringan dari jam tangan BoBoiBoy.
"Eh?" BoBoiBoy kehairanan dengan deringan dari jam tangannya itu lalu menekan butang kuning di jamnya untuk menjawab panggilan.
"AKU BOLEH IKUT, BOBOIBOY!" jerit Yaya dengan tiba-tiba melalui jam tangan mereka setelah BoBoiBoy menjawab panggilan. BoBoiBoy amat terkejut dengan jeritan Yaya sehingga terjatuh ke belakangnya.
"Alamak! Maaf BoBoiBoy! Aku terlalu gembira tadi!" Yaya meminta maaf.
"Uh... Takpe Yaya. Terbaik... Uh" kata BoBoiBoy yang masih terbaring di atas rumput.
Beberapa hari kemudian...
BoBoiBoy, Yaya, Tok Aba, Ochobot serta tiga orang lagi rakan mereka telah pun berkumpul di rumah Tok Aba (BoBoiBoy pernah mengatakan rumah tersebut
'antik' seperti Tok Aba)
"Wah! Tak sabarnya!" kata Gopal, iaitu kawan BoBoiBoy yang berbadan besar dan paling tinggi dalam kalangan kawan-kawan BoBoiBoy.
"Haiya! Sabar la!" marah Ying, perempuan cina yang memakai cermin mata bulat dan topi kuning dan merupakan rakan BoBoiBoy yang paling muda.
"BoBoiBoy, bila nak pergi?" kata Fang, budak rambut pacak berwarna unggu dan berkaca mata berwarna unggu juga.
"Entahlah" kata BoBoiBoy. Pada waktu itulah Tok Aba muncul dengan Ochobot.
"Ok, korang sudah bersedia?" Tok Aba bertanya dengan penuh yakin. Di belakang mereka merupakan kedai Tok Aba yang telah dikecilkan menjadi bentuk yang lebih mudah dibawa. Sebelum BoBoiBoy pulang bersekolah di Pulau Rintis, Ochobot telah mereka bentuk baharu bagi kedai Tok Aba yang boleh bertukar bentuk supaya dapat dibawa sekiranya Adu Du mengambil kesempatan atas ketiadaan Tok Aba.
"Baik, Tok!" jawab kanak-kanak di hadapannya dengan penuh semangat.
"Tapi macam mana nak pergi bawa kedai tu?" tanya Ying. Mereka berlima tertanya-tanya tentang jalan penyelesaian masalah tersebut. Namun, Tok Aba senyum sahaja.
"Gopal, pinjam jam kau sekejap" minta Tok Aba. Gopal kehairanan dengan permintaan Tok Aba.
"Eh? Apsal pulak?" tanya Gopal sambil memberi jam tangannya kepada orang tua tersebut.
"Tengoklah" Tok Aba berkata sambil memegang sebiji batu dan meletakkan batu tersebut di atas jalan.
"Sekarang korang semua pergi ke belakang sedikit" Tok Aba pesan. BoBoiBoy dan rakan-rakan berundur ke belakang Tok Aba.
"Hiyah!" jerit Tok Aba sambil menghulurkan tangannya dengan laju. Dengan sekelip mata, batu tersebut menyala dengan cerah, menyebabkan semua orang menutup mata mereka.
Setelah mereka membuka semula mata mereka, terdapat suatu van berwarna biru yang agak panjang dan besar.
"Wah!" mereka semua kecuali Tok Aba ternganga melihat van itu.
"Nah, Gopal" Tok Aba memulangkan jam Gopal semula.
"Uh... Terima kasih, Tok?" kata Gopal yang masih terkejut dengan van tersebut.
"Korang tu nak ikut ke tidak?" tanya Tok Aba yang hendak masuk ke dalam tempat duduk pemandu vaan tersebut.
"Ah... Okay, Tok" kata mereka sebelum mengambil barangan mereka untuk dimasukkan ke dalam van tersebut termasuk kedai Tok Aba (yang diangkat oleh Yaya).
Selepas mereka semua sudah masuk ke dalam van, akhirnya mereka pun bertolak ke destinasi mereka.
Beberapa hari yang lalu di suatu tempat yang lain…
"Hah, terima kasihlah sebab tolong bina balik reban ayam Atok ni" kata seorang tua lelaki memakai baju kelabu yang digelar Tok Dalang oleh penduduk Kampung Durian Runtuh. Tok Dalang telah meminta pertolongan beberapa orang kanak-kanak kecil dalam membina semula reban ayamnya iaitu, Rembo.
"Sama-sama, Atok!" jawab kanak-kanak tersebut. Tok Dalang pun melihat kanak-kanak kecil itu dengan teliti.
Yang pertama sekali dia lihat ialah Mail, budak yang memakai baju hijau dan rambutnya panjang sedikt berbanding kanak-kanak lelaki lain sebayanya.
Selepas itu, terdapat Mei Mei yang berdiri di sebelah kanan Mail, dan satu-satunya kanak-kanak perempuan dalam kumpulan tersebut. Dia juga ada memakai kaca mata bulat.
"Okay, Tok. Dua-"
"Janganlah macam tu, Mail. Ikhlaslah sikit" tegur Mei Mei terhadap Mail yang gemar mengambil kesempatan untuk berniaga dan terkenal dengan kata-kata "Dua seringgit".
"Uish, laparnya aku!" kata Ehsan, budak lelaki berkaca mata berbaju kuning bercorak petak. Badannya juga gemuk sedikit.
"Apalah kau ni. Asyik nak makan je" kata Fizi, budak lelaki berambut pendek dan memakai baju biru yang selalu bersama Ehsan.
Akhir sekali Tok Dalang melihat Upin dan Ipin, sepasang kembar. Upin hanya mempunyai sehelai rambut manakala Ipin botak. Upin memakai baju kuning tanpa lengan yang mempunyai huruf 'U' di hadapan manakala Ipin memakai baju biru tanpa lengan yang mempunyai huruf 'i' di hadapan. Ipin juga memakai kain merah di bahagian leher seperti superhero.
"Walaupun penat tapi kitorang suka tolong buat reban ayam tadi. Betul kan, Ipin?" kata Upin.
"Betul, betul, betul!" kata Ipin dengan tanda setuju.
"Sebab korang semua tolong Atok tadi, korang semua naiklah ke atas. Atok nak berikan korang semua ganjaran" kata Tok Dalang sebelum pergi berjalan menaiki tangga ke rumahnya. Upin, Ipin dan kawan-kawan semua bersorak kegembiraan.
"Budak-budak ni" Tok Dalang berkata seorang diri dan senyum kecil melihat gelagat kanak-kanak berumur 5 tahun itu sebelum memasuki rumahnya diikuti kumpulan kanak-kanak kecil tersebut.
"Korang semua tunggu sini kejap ya?" kata Tok Dalang sambil berjalan ke almarinya.
Tiba-tiba, telefon rumahnya berdering dengan kuat sekali. Setelah mengeluh, Tok Dalang berjalan ke telefonnya dan mengangkat gagang telefon tersebut.
"Helo?" jawabnya dengan nada yang bosan. Namun, setelah mendengar jawapan daripada pihak di sebalik talian tersebut Tok Dalang tersenyum dengan seronok.
"Eh, Aba rupanya! Lama tak cakap dengan kau. Kenapa ni?" kata Tok Dalang kepada gagang telefonnya itu.
"Dia cakap dengan siapa tu, Upin?" tanya Ipin kepada abang kembarnya.
"Entah" balas Upin dengan pendek.
"Kau nak datang? Bawa cucu kau sekali? Boleh! Dah berapa tahun dah kita tak jumpa! Ok, ok" kata Tok Dalang sebelum meletakkan gagang telefonnya semula.
"Siapa tu, Tok?" tanya Mei Mei.
"Kawan Atok. Nak datang sini dengan cucunya sekali" balas Tok Dalang.
"Oh" jawab kumpulan kanak-kanak tersebut. Tok Dalang tersenyum sahaja teringat semua yang telah berlaku dalam masa beberapa tahun tersebut.
Pada waktu itu juga dia menyedari sesuatu yang aneh. Dalam masa beberapa tahun dia perasan kanak-kanak yang berada di hadapan dia itu masih lagi berumur lima tahun, ataupun dia yang sudah tak betul.
"Um... Korang dah berapa kali dah beraya dah dari dulu hingga sekarang?" tanya Tok Dalang yang menyebabkan kanak-kanak semua menjadi hairan.
"Hm... Tak ingatlah. Berapa Ipin?" tanya Upin.
"Hm... Satu, dua, tiga... Dah beberapa kali juga dah. Tak ingat juga" jawab Ipin.
Tok Dalang pun semakin hairan. Seingat dia, Upin dan Ipin mula berpuasa dari 4 tahun lagi manakala yang lain semua bermula pada umur 5 tahun (kecuali Mei Mei sebab dia bukan Islam).
Kenapa mereka masih lagi di tadika dan berumur 5 tahun?
Dia juga mula perasan perkara-perkara yang pelik seperti cucu dia Badrol serta Ros iaitu kakak Upin dan Ipin yang masih lagi muda remaja. Bukan ke mereka sepatutnya sudah besar dewasa?
Bila semua ini mula berlaku? Tanya Tok Dalang kepada diri sendiri.
"Tok? Kenapa dengan Atok ni?" Tok Dalang tersedar daripada lamunan dia apabila Mei Mei memanggil namanya.
"Oh, ya. Ganjaran korang. Atok lupa!" kata Tok Dalang dengan pantas.
Selepas kumpulan kanak-kanak kecil itu diberi upah sebanyak RM5, mereka pun keluar bermain di tempat lain. Tok Dalang berasa lega sedikit kerana mempunyai masa untuk dirinya berfikir.
"Apa yang paling pelik pernah berlaku sebelum ini?" tanya Tok Dalang kepada diri sendiri. Dalam masa beberapa tahun, semuanya normal sehingga dia mula berfikir tentang kejadian aneh. Yang paling pelik yang pernah berlaku sebelum itu ialah apabila Badrol, kawannya Lim serta Upin, Ipin dan kakak mereka dan Rajoo tiba-tiba hilang suatu hari semasa mereka pergi ke dusun durian. Pada waktu itu terdapat insiden 'hantu durian' yang hanya berlaku pada tahun itu dan tiada lagi berlaku selepas cucunya yang hilang itu ditemui semula.
Mungkinkah kejadian itu yang memulakan semua kejadian aneh yang berlaku sepanjang beberapa tahun ini?
Tok Dalang melihat semula kepada telefonnya itu.
Dia perlukan Badrol.
Welcome dan selamat datang ke fan fiction bahasa Melayu pertama saya. Sekarang fanfic BoBoiBoy lebih banyak berbhasa Melayu ataupun Indonesia.
Saya gemar menulis dalam bahasa Inggeris tetapi sejak dua menjak ini, kurang mendapat perhatian. Saya pun baru tahu ada archive fanfic Upin dan Ipin pastu apa lagi? Ambillah kesempatan!
Don't worry for those who DO prefer English because I will write an English version.
Dalam timeline BoBoiBoy, cerita ini berlaku sebelum BoBoiBoy Sfera Kuasa (BoBoiBoy pun dah membiasakan diri dengan kuasa Airnya pada saat ini) manakala dalam timeline Upin Ipin pula tiada set masa yang sebenar. Sebabnya? Setiap musim orang dalam cerita Upin dan Ipin selalu je macam sama umur je tapi memang sudah jelas dah dalam canon cerita ni setiap musim yang baru akan berlaku setahun selepas musim yang sebelumnya.
Malah, timeline cerita Upin dan Ipin menjadi plot point penting dalam fanfic ni jadi saya tak mahu banyak sangat bincang. Nanti Spoilers.
Anyways, selamat membaca! Korang semua memang terbaik!
