RESET

RESET

RESET

"Wuah!!!!!!!!" Dia terjaga,badanya berpeluh seribu,dan mata perang coklat itu hanya meliar memerhati segalanya,Hana mengeluh.Telah seminggu dia bermimpi perkara yang sama dan seminggu juga kakaknya yang tercinta terlantar di hospital. Segalanya bagaikan kebetulan,namun Hana yakin pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan

'Sora,kalaulah kau di sini' Hana lihat jam di dinding,sudah pukul 4 pagi,dia turun dari katilnya dan bersiap untuk mulai memasak

Nurhanina Ariff itulah nama yang diberikan ayah tercinta,lulusan diploma seni kulinari dan merupakan ketua chef di kafe Fire and Ice,namun bukan itu sahaja malahan dia juga adalah rakan kongsi kafe tersebut,sedang dia bersiap tiba-tiba dia terkaku di depan matanya kelihatan seorang wanita persis Sora,mengacung tinggi sebuah batu permata yang sangat berkilauan

'Apa tu?'desis hati Hana dia lihat Sora merenung tepat ke arah seseorang

"Maafkan sis Nurul,semua ini tak akan berlaku kalau sis tak muncul dalam hidup kalian.Time Reset!!!!!" kristal itu berkilauan dan Hana menutup matanya,tiba-tiba apabila dia membuka matanya dia lihat masakanya hampir hangus

"Ohh shoot" pantas Hana menutupnya,nafasnya turun naik lalu dia terdengar bisikan

"Satukan mereka semula..hanya kau dan Ayu mampu lakukan itu"

"Ayu? Siapa dia? Mana aku nak cari dia?" Hana bersuara namun segalanya senyap sunyi