Dear new readers, sila baca chapter by chapter, don't skip xD
Terima kasih kerana sudi membaca ff ini!
Harap maaf kalau ada kekurangan atau kesilapan di dalam ff ini T_T I'm just a human
Selamat Membaca and Enjoy!
Pagi-pagi lagi Kaizo mengetuk pintu bilik air Fang yang sedang mandi. Baru 2 minit Fang sudah masuk ke dalam bilik air, abangnya Kaizo sudah mengetuk pintu dengan sekuat-kuatnya.
"PANG! cepat buka pintu nie, abang nak mandi!" menjerit Kaizo di sebalik pintu. Fang berasa begitu menjengkelkan dengan sikap abangnya itu, dia membuka pintu bilik dan menjerit kepada abangnya. "Adik tengah mandilah! Nanti adik lambat sampai ke sekolah!"
"Apa abang pedulik" Lalu Kaizo mencapai tangan adiknya dan menarik Fang keluar dari bilik air. Kaizo masuk ke dalam bilik air dan terus menutup pintu bilik air. "ABANGGGGGG!" menjerit Fang sepuas-puasnya. Begitulah kehidupan Fang selepas sahaja Kaizo membuat keputusan untuk tinggal bersama dengan adiknya.
Selama ini, Fang begitu bahagia sekali hidup bersendirian tanpa gangguan daripada abangnya. Walaupun dia rindu dengan abangnya tetapi dia rasa sangat bebas kerana abangnya tidak perlu mengawasinya 24 jam sehari. Dia pergi ke sana, abang dia akan ikut, dia pergi ke sini, abang dia akan ikut juga. Sampai Fang rasa rimas sekali.
Fang yang tidak mahu sampai ke sekolah lewat, jadi dia membuat keputusan untuk mandi di rumah Boboiboy sahaja. Dia meninggalkan nota untuk abangnya, mengatakan dia berada di rumah Boboiboy dan akan pergi ke sekolah dengan dia. Dengan pantasnya, Fang terus bergegas ke rumah Boboiboy
Setelah tiba di rumah Boboiboy, dia menjerit nama Boboiboy. "BOBOIBOY! AKU DATANG NAK TUMPANG BILIK AIR!"
"Aik, Fang. Kau datang sini sebab nak tumpang bilik air aje?" Kata Ochobot yang berada di tingkap tingkat atas bilik Boboiboy. "Yelah! abang aku tue. Suka sangat buat hal dengan aku"
Pintu rumah Boboiboy terbuka, Tok Aba pelawa Fang masuk ke dalam. "Masuk lah Fang. Atok baru siapkan sarapan pagi untuk Boboiboy. Nanti atok buatkan sarapan pagi untuk kau sekali"
"Terima kasih atok. Boboiboy mana atok?"
"Dia ada dekat atas, tengah bersiap. Pergilah naik atas" Fang pun naik lah ke atas dan terus ke bilik Boboiboy. "Boboiboy, tumpang bilik air jap. Aku nak mandi" dengan pantasnya dia melempar beg sekolah dan jaket ungunya ke atas katil Boboiboy.
"Ini dah masuk kali ke 5 dia mandi dekat rumah aku" kata Boboiboy sambil membetulkan topi orennya. Fang selalu merungut tentang dia dan abangnya yang selalu sangat bergaduh. Lebih-lebih lagi apabila abang dia yang suka kacau Fang semasa buat kerja sekolah, mandi, tidur, pergi sekolah dan macam-macam lagi lah. "Adik beradik, biarkan lah dia orang. Fang pun rasa bahagia aje dengan abang dia ada kat sini" Kata Ochobot
"Memang lah bahagian tapi tiap-tiap hari Fang asyik merungut aje. Semalam abang dia datang ke sekolah bawak bekalan untuk dia" kata Boboiboy
"Oklah tue abang dia bawakan bekalan makanan untuk Fang"
"Ok apa Ochobot. Si Kaizo tue bawak 2 bungkusan sayur kangkung. Macam nak bagi arnab makan. Mana Fang tak mengamuk semalam. Habis Gopal jadi mangsa Fang"
"Hah! korang mengumpat aku lah tue" Fang muncul di pintu bilik Boboiboy. Dia mencapai jaket ungunya dan mengikat di pinggang.
"Mana ada mengumpat pasal kau, jangan risau lah Fang. Dah, jom kita pergi sarapan" Boboiboy mengambil beg sekolahnya dan turun ke bawah, dia di ikuti oleh Fang dan Ochobot.
10 minit kemudia, mereka melambai-lambai ke Tok Aba dan Ochobot. Mereka terus berjalan ke sekolah. "Fang, aku nak tanya"
"Tanya apa?"
"Ermm... Kau ok tak abang kau tinggal dengan kau?" Fang senyap seketika dan lalu menghela nafas. "Ok memang ok Boboiboy tapi tiap-tiap hari boleh naik stress aku"
"Jangan stress sangat Fang. Ala, abang kau buat semua tue sebab dia rindu sangat dekat kau. Dulu-dulu korang macam tue juga ke?"
"Dulu-dulu dia tue sehari mesti ada latihan tempur dia tue, yang jadi mangsa mesti aku. Tapi.. di sebabkan dia abang aku, aku tak kisah sangat tentang latihan tempur dia yang tahap ganas tue. Tapi, kalau buli adik dia sendiri, dia memang no 1" Berapi api Fang sambil teringatkan semasa dia dibuli oleh abangnya sendiri
"Selamat pagi Boboiboy! Selamat pagi Fang!" Yaya yang bertudungkan pink muncul dibelakang dia orang dengan bakul yang berisikan biskut dia yang tidak sedap. Yaya adalah jiran sebelah rumah Boboiboy. Yaya walaupun tegas, dia adalah seorang yang ceria dan peramah.
"Selamat pagi Yaya" kata Boboiboy. "Eh Yaya, kau nak bawak pergi mana biskut kau tue" Semua orang di Pulau Rintis tahu dengan kisah biskut Yaya. Biskut paling tak sedap di dunia, siapa makan, orang itu akan pengsan. Tapi Yaya sendiri tak pernah nak rasa biskut dia tue. Gopal selalu gunakan biskut Yaya sebagai bahan untuk mempertahankan diri dalam pertempuran dengan mana-mana alien jahat.
"Biskut nie, aku nak bagi mak cik kantin sekolah tolong jualkan. Dah lama aku tak jual dekat sekolah" kata Yaya. Entah kenapa tiba-tiba wajah Fang berubah dari stress sebab abang dia kepada wajah yang nakal sebab dia mempunyai idea yang tersangat jahat. Boboiboy yang sedang berjalan sebelah Fang sedar dengan perubahan wajah Fang.
"Kau kenapa Fang? Sakit ke?" tanya Boboiboy
"Takde apalah Boboiboy" Fang rahsiakan niat sebenarnya dia. Dia ingin kenakan abangnya dengan biskut Yaya. Selalunya dia jadi mangsa buli, kali ini Fang akan membalas dendam terhadap abangnya. Fang ketawa sorang-sorang sampai terkejut Boboiboy dan Yaya.
"Dey, kau demam ke apa?" muncul pula Gopal. Gopal meletak tangannya di dahi Fang. "Nak kata demam, tak pula. Kau kenapa?"
"Kan aku dah kata tadi. Takde apa-apalah" mereka mulai mengsyaki sesuatu tetapi mereka biarkan sahaja. "Yaya, boleh tak aku nak semua biskut tue. Aku nak bagi abang aku rasa semua biskut kau"
"Biskut aku? Semua?" Yaya dengan begitu gembiranya memberi bakul itu kepada Fang. Gopal dan Boboiboy pula terkejut, dalam hati mereka berkata habislah Kapten Kaizo.
"Eh Yaya, kan kau nak jual bis..." Gopal menutup mulut Boboiboy dan lalu menarik Boboiboy ke tepi.
"Wei, kau nak Yaya suruh orang lain paksa beli biskut dia ke? 2 minggu lepas aku dengar, siapa tak beli, kena tulis nama dalam buku denda dia tue" bisik Gopal "Jadi, biarkan aje Fang ambik biskut toksik tue"
"Tapi nanti abang Fang pula yang kena"
"Takpe, nanti kita fikirkan bagaimana nak halang si Kaizo makan biskut Yaya tue" Dua-dua pun bersetuju.
"Woi! cepatlah, nanti kita lambat ke sekolah" jerit Fang yang sudah berada 2 meter jauh daripada dia orang. Yaya pula berada di sebelah Fang menunggu mereka berdua.
"Entah korang nie, nanti lambat, nama korang juga aku kena tulis dalam buku denda"
"Korang nie, kalau jadi ketua pengawas dan penolong pengawas, memang tak aman satu sekolah" kata Gopal sambil bayangkan bagaiman kalau Fang dan Yaya bermaharaja lela di sekolah sebagai pengawas. Meletup satu sekolah, mengigil Gopal apabila memikirkan tentang Fang dan Yaya menjadi pengawas sekolah.
"Dah lah, nanti Ying tunggu kita pula" kata Boboiboy. Mereka berempat terus ke sekolah.
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Waktu rehat sudah bermula, pelajar-pelajar di Pulau Rintis dengan gembiranya, terus ke kantin sekolah. Ada setengah daripadanya tidak ke kantin, ada di padang sekolah, di taman bunga sekolah dan ada juga di dalam bilik darjah. Yaya dan Ying kadang-kadang ada di kantin, kadang-kadang hanya berehat di dalam kelas mereka, nak ulang kaji katanya. Fang pula hanya beli donut lobak merah, dan terus ke kelas, samada baca buku atau duduk termenung di luar tingkap.
Gopal dan Boboiboy selalu ke kantin sekolah. "wei wei, kau dah fikirkan macam mana nak halang si Fang tue" tanya Gopal kepada Boboiboy.
"Aku takde idea lah. Tak pun kita kejar dia lepas balik dari sekolah, kita rampas bakul Yaya dari dia"
"Bagus juga idea kau tue. Takpun kita bagitahu Kapten Kaizo tentang biskut Yaya tue"
"Eh, betul juga cakap kau. Terbaiklah kau Gopal" jadi mereka bersetuju untuk memberitahu abang Fang tentang kisah sebenar biskut Yaya yang amat menakutkan dan berbahaya itu.
Fang pula di kelas tidak sabar hendak memberi biskut Yaya dekat abangnya. Tanpa disedarinya, aura-aura kegelapan Fang mula mengelilingi tubuhnya. Iwan yang berada di sebelah mula ketakutan dan terus pengsan.
aaaaaaaaaaaaaaaaa
Setelah tamat sesi persekolahan, Fang dengan pantasnya keluar dari kelas. Pelajar lain belum sempat nak keluar, dia yang keluar terdahulu. Dengan hati yang gembira, dia berlari ke rumah tetapi dia di ekori oleh Boboiboy dan Gopal.
"KEJAR DIA BOBOIBOY!" Fang pusing ke belakang dan nampak Boboiboy sedang berlari ke arahnya. Maka bermulalah permulaan kejar mengejar di antara Fang dan Boboiboy. Gopal tak nak join sebab penat katanya. Jadi dia berjalan ajelah.
"MANA KAU NAK LARI!" jerit Boboiboy sambil berlari dengan pantasnya.
"APASAL KAU KEJAR AKU. APA SALAH AKU HAH?"
"AKU NAK HALANG KAU DARI BAGI BISKUT TUE KAT ABANG KAU LAH" Nampaknya Boboiboy sudah tahu rancangan jahat Fang. Jadi Fang dengan pecutnya, berlari sekuat hati. Dia kena sampai ke rumah dahulu sebelum Boboiboy mengambil biskut-biskut Yaya.
"Larian Bayang!" Fang menggunakan kuasa bayang untuk memecut ke depan.
"GERAKAN KILAT" Boboiboy juga menggunakan kuasanya untuk menghalang Fang. Dengan kuasanya itu, Boboiboy berada di hadapan Fang. "TANAH PELINDUNG" sebuah tanah yang besar tercipta untuk menghalang Fang dari terus ke depan.
"Kau ingat kau boleh halang aku. HELANG BAYANG!" Fang menunggang helang bayang dan terbang ke langit. "SELAMAT TINGGAL!"
"BOBOIBOY TAUFAN!" dengan hoverboardnya, dia juga terbang ke langit dan mengejar Fang lagi. "BAGI BISKUT YAYA TUE!" jerit Boboiboy
"JANGAN HARAP!" balas Fang sambil memegang erat bakul berisikan biskut Yaya.
Yaya dan Ying sedang pulang ke rumah dan ternampak Boboiboy dan Fang sedang kejar mengejar di langit.
"Aik, apasal dengan dia orang tue?" tanya Ying. Mereka berasa pelik pula, bukan ke dia orang tue kawan?
"hmmm... ini mesti kes Fang kacau si Boboiboy tue lagi. Biarkan lah dia orang, esok-esok berbaik semula dia orang tue" kata Yaya
"Jom lah, kita biarkan dia orang tue" lalu mereka berdua teruskan perjalanan mereka.
Boboiboy Taufan masih lagi mengejar Fang. Mereka berdua tidak mahu mengalah. Fang memikirkan sesuatu supaya Boboiboy tidak dapat mengambil biskut Yaya.
"SERANGAN BAYANG!"
"Alamak!" bayang-bayang Fang mula menyerang Boboiboy Taufan, dia tidak dapat mengelak dan lalu jatuh ke tanah. "HAHAHAHA! JUMPA ESOK BOBOIBOY!" Fang terus terbang ke rumahnya.
"JAGA KAU PANGGGG!" menjerit Boboiboy Taufan. Fang terdengar jeritan itu, lalu dia menjerit balik "NAMA AKU FANG LAH!"
Setelah Fang tiba dirumahnya, Fang dengan muka nakalnya, masuk ke rumah. Dia terkejut melihat keadaan rumah dalam bersepah sekali. "Hah, dah balik pun kau. Kemas semua nie" Fang mengenggam tangannya dengan begitu marah sekali
"Apa kamu berdiri dekat situ lagi, kemas semua nie" kata Kaizo dengan muka selambernya. Semasa Fang berada di sekolah, Kaizo telah memulakan latihan tempurnya sehingga membuatkan seluruh rumah menjadi kucar-kacir.
Fang yang jenis mudah cepat marah, hari ini dia bersabar sahaja. "Abang, nah ambik biskut nie. Kawan Fang buatkan khas untuk abang" Kaizo melihat adiknya dan biskut Yaya itu
"Letak dekat atas meja dapur. Abang nak pergi mandi jap" Fang terus meletak bakul Yaya di dapur sambil tersenyum sinis. "hehehehehe"
Habis sahaja Fang mengemas rumah, dia terus pergi siapkan kerja sekolahnya. Setelah siap, dia tertidur di atas mejanya kerana terlampau penat sangat. Tepat pukul 5 dia bangun dan ingin melihat keadaan abangnya. Adakah abang dia sudah makan biskut Yaya tersebut. "Abang oh abang!" dia mencari abangnya. "Mana pula abang aku" dia pergi ke dapur dan mendapati bakul Yaya sudah hilang.
Boboiboy dah ambik biskut Yaya ke? fikir Fang. Tak pun abang dia dah makan biskut Yaya, fikir Fang lagi. Fang terdengar pintu rumah terbuka dan dia menjenguk siapa yang buka pintu rumahnya, abang dia ke?
Lalu nampak abang dia masuk ke dalam rumah. "Pang, abang dah bagi biskut kawan kamu tue dekat Lahap. Dia minat sangat dengan biskut tue. Jadi abang bagi semua tapi abang tinggalkan satu untuk kau" Lalu Abang memberi satu bungkusan biskut Yaya dekat Fang
Betul ke apa yang dia dengar tadi, biskut tue semua dah bagi dekat Lahap. Tapi takpe, dia ada lagi satu peluang. Fang melihat bungkusan terakhir itu. Dia kena bagi abang dia makan biskut ini juga.
Pada malam itu, Fang sedang merehatkan diri dengan menonton rancangan kegemarannya tetapi dia di ganggu oleh abangnya. Kaizo mengambil remote tv dan lalu menukar channel tv. "Abang nak tengok tv. Kau tue patut pergi belajar" Fang mengendahkan sahaja abangnya itu. Fang mulakan operasi biskut Yaya
"Abang, abang rasalah biskut nie" Kata Fang sambil memberi bungkusan biskut Yaya kepada abangnya. "Kau jelah yang makan, abang tak minat makan biskut" kata Kaizo
Fang senyap sahaja dan membiarkan biskut Yaya itu di atas meja. 5 minit kemudian, Kaizo berkata "Kenapa kau tak makan biskut tue? Kawan kamu penat-penat buat biskut tue, kau tak nak makan pulak"
Fang diam sahaja, kalau dia bagitahu perkara yang sebenar tentang biskut tue, nanti dia akan terima hukuman dari abangnya. Dia memandang sahaja biskut Yaya dengan penuh ketakutan.
Dengan beraninya, dia membuka bungkusan itu, dan mengambil satu biskut tersebut. Dia memandang biskut itu begitu lama sekali. Kaizo hanya memandang adiknya yang berkelakuan pelik itu. Hati Fang berdebar-debar sekali, dia mulai masukkan biskut Yaya di dalam mulut dengan begitu pelahan. Fang tutup mata dan lalu makan biskut tersebut. Ternyata Fang rasa hendak pengsan. Kaizo pula sudah memandang ke tv, lepas tue pandang ke arah adiknya. "Habiskan biskut tue" kata Kaizo
Fang mengambil biskut ke 2 pula. Rasa pening pula Fang
Biskut ke 3. Fang rasa macam nak mati dekat situ
Biskut ke 4. Fang sudah rasa lain macam
Biskut ke 5. Fang bangun dan terus berlari ke bilik air. Kaizo pula buat-buat tidak tahu.
aaaaaaaaaaaaaaaaa
Keesokan paginya, Boboiboy dan Gopal berada di depan rumah Fang. "FANG! CEPATLAH, KATA NAK PERGI SEKOLAH SAMA-SAMA!" sebenarnya Boboiboy nak marah si Fang dan nak tahu apakah sudah terjadi dengan biskut Yaya. Bagaimana reaksi abang Fang makan biskut tersebut
Pintu rumah Fang terbuka, Kaizo keluar. "Kejap, nanti aku panggil dia"
Sedang Boboiboy dan Gopal menunggu Fang, mereka terdengar jeritan dari Fang dan Kaizo
"TAK NAK PERGI SEKOLAH!"
"BANGUN AKU KATA! NAK ABANG HERET KAMU SAMPAI KE SEKOLAH?"
"ABANG! ADIK SAKIT PERUT!"
"APA ABANG PEDULIK, PERGI SEKOLAH CEPAT!"
5 minit kemudian, Fang keluar dari rumahnya dengan muka begitu pucat sekali. "Kau dan kenapa Fang?" tanya Boboiboy
"Operasi aku semalam tak menjadi. Aku yang kena makan biskut Yaya" kata Fang
"Hahaha.. padan muka kau. Siapa suruh kenakan abang kau" gelak Boboiboy sambil memberi high-5 kepada Gopal
"Diamlah kau. Dah, jom pergi ke sekolah. Aku nak berehat dekat bilik rehat"
aaaaaaaaaaaaaaaa
Sepanjang sesi pertama, Fang tidak ke kelas kerana sakit perut lagi. Dia terpaksa berehat di bilik rehat. Pada waktu rehat Boboiboy dan Gopal pergi melawat dia. "Kau dah ok Fang" tanya Boboiboy
"Aku rasa, perut aku dah ok. Mungkin perut aku perlukan makanan lain"
"Hah! aku tahu, kau mesti nak donut lobak merah kan kan" kata Gopal
"Kau ada belikan untuk aku ke?" kata Fang dengan penuh harapan. Dia berharap sangat Boboiboy dan Gopal membelikan dia donut lobak merah tetapi malangnya Gopal memberitahu bahawa donut lobak merah sudah habis dijual
"DAH HABIS?!" terus Fang baring diatas katil sambil mengigit bantal. "DONUT LOBAK MERAH KUUUUU!"
"Adoi, Fang nie. Makan biskut Yaya terus perangai macam nie" Boboiboy menepuk dahinya
aaaaaaaaaaaaaaaa
Fang balik ke rumahnya selepas sahaja tamat sesi persekolahan. Dengan muka yang sedih dan pucat, dia berjalan begitu pelahan sekali.
"Abang, adik sudah balik" Fang melempar beg sekolahnya ke atas sofa dan pergi ke dapur. Dia terkejut kerana ternampak 2 dozen donut lobak merah. "DONUT LOBAK MERAH!" mata Fang bersinar-sinar
"Abang, nie semua untuk adik ke?" tanya Fang
"Hmmm..." Kaizo senyap sahaja
"Abang, adik nak minta maaf kerana semalam adik nak kenakan abang dengan biskut Yaya. Biskut tue tak sedap dan boleh buatkan orang pengsan" Kaizo senyap lagi "Abanglah, adik paling sayang" Fang lalu mencapai donut tersebut tetapi tangannya dipukul oleh Kaizo
"Siapa kata donut lobak merah untuk kau. Ini semua untuk abanglah" muka Fang mula berubah.
"ABANGGGGGGGG!"
Begitulah kehidupan mereka berdua tiap-tiap hari. Ada-ada sahaja perangai mereka berdua
