"Jangan panggil aku mama lah" Pinta Gempa setengah merengek setelah Thorn berulang kali memanggil dirinya 'mama'.

Thorn hanya terkekeh sementara selebihnya ada turut tersenyum dan tertawa lebih-lebih lagi Taufan dan Blaze. Mereka sangat suka mengusik apatah lagi mengacau Gempa yang sudah tampak merajuk.

"Alahh.. Gempa janganla merajuk oke ? Lambat laun pun nanti dorang berhenti lah tu" Pujuk Taufan setengah tersenyum untuk meyakinkan Gempa. Gempa pun membalas senyuman dengan setengah hati. Taufan tau Gempa sedang berfikir tapi apa boleh buat? Tinggal menunggu masa berlalu saja hingga mereka bosan.

Manakan tidak, setelah gelaran 'mama' tersebut sudah sampai ke sekolah membuat beberapa pelajar turut mengusik Gempa dan berspekulasi anaknya adalah Thorn secara -lebih lagi perihal 'laki' dan sering dipasang-pasangkan membuat Gempa malu tingkat tinggi.

Gempa sudah pasrah sebenarnya tapi dia tidak mau dikenal sebegitu disekolah.

Setelah berjaya memujuk Gempa sedikit Taufan pun berlalu pergi ke bilik sementara Blaze sudah pergi selepas habis menaya Gempa. Thorn ? Anak tu pun dah menghilang ke kebun membiarkan mamanya tenggelam dalam kesedihan.

Dasar anak derhaka.

Batuk

Tanpa disedari mereka sudah lama diperhatikan oleh sepasang mata tajam.

"Masih merajuk ke?" Suaranya mengagetkan Gempa. Tergidik, Gempa berpusing dan menghadap Halilintar yang sedang bersilang dada. Bersandar pada dinding lorong yang menyambung antara bilik tamu dan dapur.

"Taklah manada merajuk" Nafinya, menggerakkan sendok masakan.

"Habistu napa monyok je?"Sambung Halilintar suaranya tenggelam sambil mendekati Gempa dibelakang lalu bersandar pada kaunter dapur di sisi Gempa.

Awalnya Gempa enggan bercerita tapi lama kelamaan membuka mulut.

Sulky Mama

" Jadi... kau nak kami panggil apa pula? Baby?"

Sentak Gempa menghamburkan sedikit sos yang dicicipinya.

"Sayang ? Darling? " Dengan entengnya Halilintar menyebut panggilan manja dengan muka papan kemudian menoleh ke arah Gempa.

"Bukan macamtulah!" Gempa menaikkan suara ,mengelap sisa sos dari bibirnya . Jelas terpancar merah muka dia malu . Apahal pula Baby!?

"Aku tak nak orang sekolah tau tapi..." Gempa tertunduk mengeluh berat.

"Ala..nanti dorang berhenti la tu " Halilintar menepuk-nepuk kepala Gempa yang tertutup topi khas miliknya sambil mengalihkan pandangan. Tidak lupa untuk mengelapkan lebihan sos spagetti yang masih bertenggir di dagu Gempa.

Setidaknya panggilan mama lebih baik daripada selebihnya kan?

Sulky Mama

Keesokkan harinya

"Thorn? Apa yang kau bua- WOI"

Taufan ternganga begitu melihat pemandangan beberapa pelajar yang sudah mabuk tunggang terbalik di dalam sebuah kelas yang sudah lama tidak terpakai. Patutlah lain semacam firasat Taufan merasakan kuasa aneh dari jauh rupanya Thorn!

"Eh? Taufan! Hehe takdalah saja bagi dorang amaran" katanya dengan suara ceria.

"Amaran apa?! Turunkan dorang semua! Tak baik tau! Kalau Gempa tengok tentu dia tak suka " Marah Taufan panik melihat akar-akar Thorn melilit ketat.

"Faham tak? Kalau sekali lagi korang usik Gempa lagi habis korang ku beri makan pada " Thorn berpusing menatap pelajar-pelajar tersebut satu persatu dengan senyuman manis berbisa.

" kau panggil Gempa beb habis kau Fangg ditelan bunga peliharaan Thorn"
Tiba-tiba Blaze bersuara seraya tercengang melihat isi kelas tersebut. Fang dan Halilintar turut saling berpandangan. Mampus.

Sulky Mama

Halu? Halu? Masih kenal aku? Hahahaha macam buat comback pula ke ff. Dah lama tak post apa2 dekat sini .So kayy ceta ni sebenarnya di inspirasikan dari salah satu lukisan di IG ahaha. Plus ni adalah version kedua .version pertama adalah PetirTanah yang serba sedikit diambil dan diubah. Kalau nak baca, boleh baca dekat wattpad ngan username yg sama . Sebenarnya agak aktif dekat wattpad cuma post lukisan dan serba sedikit idea random jer hehe.

Salam dari ManisPedas.