Title: Say Hi!
Kyuhyun adalah junior di Universiti Seoul. Pada hari pertama dia di Universiti tersebut dia telah berkawan dengan Eunhyuk dan Yesung. Kyuhyun tidak pernah berharap akan jatuh cinta tapi takdir berkata lain. Kyuhyun telah jatuh cinta pada seorang senior di Universitinya yang bernama Sungmin seorang senior yang amat popular bersama kawan-kawannya iaitu Donghae dan Ryeowook. Eunhyuk dan Yesung tahu bahawa Kyuhyun sudah jatuh cinta pada senior mereka itu tapi hairan kerana Kyuhyun hanya mendiamkan diri je.
Bohong kalau Sungmin dan rakan-rakannya tidak mengenali Kyuhyun kerana Kyuhyun adalah junior popular di Universiti mereka. Suatu hari, Kyuhyun dan Sungmin terjumpa di café Universiti mereka. Kyuhyun memberanikan diri dengan mengatakan "Hi" lalu pergi meninggalkan Sungmin. Kyuhyun amat takut dan malu pada masa yang sama. Dia rasa dia kalah jikalau bertatap mata dengan senior yang dia sukai itu.
Kyuhyun dan Sungmin kerap kali berjumpa dan seperti biasa Kyuhyun akan mengucapkan "Hi" dan pergi membuatkan Sungmin susah untuk membalas ucapan Kyuhyun tersebut. Suatu hari Kyuhyun sedang bermain handphone di lobby Universiti lalu Sungmin bersama rakan-rakannya nampak dan menyuruh Sungmin menegur Kyuhyun. Sungmin menghampiri Kyuhyun lalu mengucap "Hi". Alangkah terkejutnya Kyuhyun apabila Sungmin menegurnya sambil senyum. Kyuhyun hanya mampu tersenyum saja dan Sungmin pun pergi dari situ. Kyuhyun merasakan hari itulah hari yang paling terindah dalam hidupnya.
Tidak disangka dengan ucapan "Hi" itu membuatkan Sungmin jatuh cinta pada Kyuhyun. Sungmin mengaku hanya Kyuhyun lah yang berani menegurnya walaupun mengucapkan "Hi" dan Kyuhyun saja lah junior yang membuatkan dirinya bersikap lain walhal dia selalu juga menegur junior lain.
Beberapa bulan berlalu, Sungmin perasan dia sudah lama tidak melihat Kyuhyun di sekitar Universiti dan menanyakannya pada Eunhyuk. Apa yang Sungmin dengar tidaklah dipercayai. Kyuhyun disahkan mengidap barah otak tingkat 3 iaitu terakhir. Dia hanya ada masa beberapa hari saja untuk hidup. Sungmin pun pergi ke Hospital Besar Seoul dan melawat Kyuhyun. Dia menangis melihat Kyuhyun yang terbaring lemah diatas katil. Muka Kyuhyun pucat, kepalanya dipakaikan dengan beanie. Dia menghampiri Kyuhyun dengan harapan Kyuhyun akan bercakap dengannya.
Kyuhyun memandangnya dengan lemah dan air mata keduanya jatuh. Kyuhyun mengucapkan "Hi" dan Sungmin kembali menangis. Hari itu juga Sungmin meluangkan masa menjaga Kyuhyun yang asyik tertidur saja. Malamnya, Sungmin tidur di atas sofa dalam bilik rawat Kyuhyun. Tidur dengan amat lena sehingga tidak sedar Kyuhyun bangun dari tidur. Kyuhyun merasa lain pada dirinya lalu menulis surat untuk Sungmin lalu digengam dengan erat dan Kyuhyun kembali tidur tapi dia sempat memandang Sungmin dengan sedikit senyuman lalu dia pun tidur.
Siapa sangka Kyuhyun akan tidur lama atau untuk mudah difahami iaitu meninggal?
