Warning!: Tiada kuasa manipulasi tetapi cuma ada kuasa paranormal...

Disclaimer: Boboiboy milik Animonsta

Boboiboy Di Dalam Dimensi Paranormal

xxxx

"AYAHHHH!"

KRAASSSHH! Kereta mereka terus dilanggar dengan teruk oleh sebuah lori kontena dari arah kiri, semuanya terus menjadi gelap...

xxxxxxxxxx

Sebuah kereta api dengan kecepatan yang tinggi meluncur dengan lajunya di atas landasan ke arah destinasi yang ditetapkan iaitu di sebuah pulau yang dipanggil Pulau Rintis. Terlihat beberapa orang penumpang duduk di dalam gerabak kereta api melakukan kerja masing-masing. Terlihat juga seorang remaja lelaki berjaket jingga dan memakai penutup mata di sebelah kiri matanya serta bertopeng memandang ke arah luar tingkap sambil menatap ke arah bulan yang menerangi waktu malam. Dia termenung jauh teringatkan memorinya yang pahit di tempat asalnya. Sekali sekala dia menghembuskan nafas berat.

Sementara Itu, Di Stesen Kereta Api Pulau Rintis."Perhatian! Kereta api terakhir dari Kuala Lumpur akan tiba! Sila pastikan anda berdiri di belakang garis kuning untuk mengelakkan terjadinya kemalangan!" Kata seseorang melalui pembesar suara.

Terlihat dua orang awam sedang berdiri sambil memandang kiri dan kanan. Seorang itu seperti remaja lelaki dengan berambut blonde serta gogle di atas kepalanya dan berpakaian berwarna hitam kuning manakala seorang lagi lelaki yang agak berumur tetapi seperti masih aktif, berkemeja biru dan berseluar panjang serta berkopiah.

"Yeaa! Tak sabarnya nak jumpa Boboiboy!" Remaja lelaki berambut blonde itu melompat keriangan manakala lelaki tua disebelahnya hanya mampu tersenyum.

Akhirnya kereta api yang dinanti-nantikan pun telah tiba dan terus berhenti. Pintu kereta api terbuka dan terlihat remaja lelaki berjaket oren terus berlari ke arah remaja berbaju hitam kuning dan terus memeluknya." Boboiboy! Dah lama tak jumpa engkau! Aku betul-betul rindu dekat engkau! Luka kat muka engkau dah ok?"

"Hehe.. Aku pun rindu kat engkau, Ochobot. Oh, luka kat muka aku? Dah, semuanya dah ok.." Kata Boboiboy sambil menggosok penutup mata yang menutup mata kirinya.

"Haha! Dah besar cucu atok yang seorang ni.." Kata lelaki tua yang berada di sebelah Ochobot, Tok Aba.

Boboiboy mencium tangan Tok Aba."Apa khabar, tok? Atok sihat?"

"Sihat.." Balas Tok Aba ringkas.

"Kalau atok tak sihat mesti dia takkan tercegat dekat sini... Hehehe.." Kata Ochobot sambil ketawa terkekeh-kekeh.

"Elehh... Perli aku nampak?!" Boboiboy bercekak pinggang.

"Dah la tu, jom kita balik. Dah lewat malam ni.." Kata Tok Aba sambil berjalan keluar dari stesen kereta api.

Di Kawasan Taman Perumahan Pulau Rintis. Tok Aba memulaskan tombol pintu dan pintu terus terbuka luas."Jom masuk!"Kata Tok Aba sambil masuk ke dalam rumah.

Boboiboy masuk ke dalam rumah dan memandang sekeliling ruang di dalam rumah itu." Wah! Rumah atok dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah!" Kata Boboiboy teruja.

Ochobot terus memegang tangan Boboiboy dan menarik Boboiboy ke tingkat atas." Jom! Jom! Kita ke bilik engkau!"

Di Sebuah bilik," Tada!" Ochobot berputar di dalam bilik tersebut. Boboiboy melopong.

Boboiboy terus berlari masuk ke dalam bilik tetsebut."Wah! Bilik ni pun tak berubah la! Semuanya masih bersih!"

"Biasalah... Aku yang bersihkan..." Kata Ochobot bangga sambil menepuk dadanya.

Secara tiba-tiba Tok Aba muncul di hadapan pintu bilik. "Kalau macam tu, kamu berdua pergilah tidur. Esok pula Ochobot nak tolong atok kat kedai.. Kalau Boboiboy nak tolong, datang jelah kat kedai atok.."

"Ok.." Balas Boboiboy ringkas.

"Selamat malam.." Kata Ochobot sambil tersenyum. Dia terus menutup pintu bilik dan meningalkan Boboiboy dalam bilik yang menjadi miliknya.

Boboiboy memandang setiap penjuru biliknya dan terus menghempaskan badannya di atas katil. Dia terus membuka topeng yang menutup mulut dan hidungnya. Sesuatu layar memori muncul di kotak fikiran Boboiboy.

xx Boboiboy's Pov xx

Nama aku, Boboiboy. Umur aku 15 tahun. Dulu aku adalah anak kepada duta terkenal di Malaysia dan tinggal di Kuala Lumpur. Tapi itu dulu, sekarang dah lain setelah aku terlibat dalam kemalangan dan semuanya terus berubah dalam sekelip mata..

xx Boboiboy's Pov End xx

Flashback On...

Sebuah dewan kecoh dengan bunyi kamera-kamera, terlihat beberapa orang model memperagakan baju-baju yang menarik. Boboiboy yang berada di barisan hadapan berasa amat teruja sekali apabila melihat model-model yang memperagakan pakaian yang amat menarik tetapi yang paling teruja apabila maknya sendiri berjalan di atas pentas peragaan sambil memakai pakaian yang sangat menarik. Boboiboy juga tidak tinggal menangkap gambar setiap inci pakaian yang dipakai oleh maknya.

"Tahniah, puan." Kata seorang pemuda sambil berjabat tangan dengan mak Boboiboy.

"Terima kasih." Kata mak Boboiboy. Senyuman manis menghiasi bibirnya.

Pemuda itu berjalan meninggalkan mak Boboiboy yang berada dalam bilik persalinan.

"Makk! Mak cantiklah tadi!" Kata Boboiboy ceria sambil menolak pintu bilik persalinan dengan kuat.

"Boboiboy, terkejut mak.. Dan.. Hehehe.. Terima kasih, anak mak yang seorang ni.." Kata mak Boboiboy sambil mengelus rambut Boboiboy.

"Mak, mak.. Boleh tak cuti bulan ni kita balik kampung?" Kata Boboiboy.

"Itu kita kena tanya ayah.. Oh ya, mana ayah?" Mak Boboiboy tercari-cari sosok suaminya iaitu ayah kepada Boboiboy.

"Ayah tak datang hari ni. Dia ada photo shooting kat Selayang.." Balas Boboiboy. Mak Boboiboy hanya mampu ber'oh'.

"Dahlah, jom kita pergi makan." Kata mak Boboiboy sambil tersenyum. Boboiboy menggangguk.

Beberaoa hari kemudian, Boboiboy bertungkus lumus melipat pakaiannya dan letak ke dalam bagasinya sebab dia nak balik kampung dan berjumpa dengan Tok Aba serta sepupunya, Ochobot di Pulau Rintis.

"Boboiboy, semua barang dah kemas? Kita nak pergi dah ni!" Menjerit mak Boboiboy dari tingkat bawah.

"Dah, mak!" Jerit Boboiboy. Boboiboy terus menarik bagasinya keluar dari biliknya yang terletak di tingkat atas rumah agam keluarganya. Ayah dan maknya sudah tercegat di hadapan pintu rumah, menunggunya.

"Hah! Lain kali jangan buat last minute! Kan dah kelam kabut..." Berleter ayah Boboiboy sambil bercekak pinggang.

"Sori la, ayah..." Kata Boboiboy sambil tersengih.

"Dah la tu, jom kita pergi." Kata mak Boboiboy pula.

Ayah Boboiboy terus meletakkan bagasi milik Boboiboy ke dalam bonet kereta. Setelah itu, ayah Boboiboy terus menghidupkan enjin kereta dan Boboiboy sekeluarga memulakan perjalanan ke stesen kereta api yang beberapa kilometer jauh dari kawasan rumahnya.

"Yahooo! Tak sabarnya nak jumpa atok ngan Ochobot!" Jerit Boboiboy teruja.

"Boboiboy, duduklah diam-diam. Ayah tak boleh menumpukan perhatian.." Kata ayah Boboiboy.

Boboiboy berhenti menjerit." Sori.." Katanya ringkas.

Setelah sampai di sebuah jalan raya, lampu isyarat terus bertukar menjadi merah. Boboiboy yang telah mula kebosanan mengeluarkan telefon bimbitnya dan bermain permainan video kegemarannya iaitu Papazola. Setelah lampu bertukar hijau, ayah Boboiboy mula mengerakkan kenderaanya tetapi Boboiboy terperasan sebuah lori kontena dengan lajunya meluru ke arah mereka.

"AYAHHHH!" Jerit Boboiboy sekuat hatinya.

KRASSHHH! Kereta mereka terus dilanggar dengan teruk oleh sebuah lori kontena dari arah kiri, semuanya terus menjadi gelap...

Beberapa hari kemudian, Boboiboy membuka matanya secara perlahan-lahan, dia terasa seluruh badannya terasa lenguh. Secara tiba-tiba, dia terperasan seseorang duduk di sebelahnya.

Boboiboy perlahan-lahan membuka mulutnya."A.. Atok.."

Tok Aba tersedar dari lelapnya."Huh?! Boboiboy?! Syukur allhamdulillah, kamu dah sedar.. Biar atok pergi panggil doktor sekejap..." Kata Tok Aba sambil keluar dari wad.

Beberapa jam kemudian, doktor yang merawat Boboiboy tiba. Doktor tersebut memeriksa setiap anggota milik Boboiboy.

"Doktor... Mana mak dan ayah saya?" Katanya perlahan.

Doktor yang merawatnya terdiam. Doktor dan Tok Aba memandang antara satu sama lain..

Boboiboy memandang ke arah Tok Aba pula." Tok Aba... Mana mak dan ayah?"

Tok Aba menelan air liurnya. Perasaan serba salah menyelubungi tubuh lelaki tua itu." Err.. Boboiboy, se..sebenarnya..."

Boboiboy mengerutkan dahinya. "Sebenarnya apa?"

Doktor pula bersuara "Sebenarnya... Mak dan ayah kamu dah tak ada, me..mereka mati di tempat kejadian..."

Bagaikan ditusuk sembilu yang tajam, Boboiboy terus terasa sakit yang amat sangat di hatinya. Matanya mula memanas dan mengeluarkan air mata. Tetapi hanya mata kanannya yang mengeluarkan air mata..

"Ke... Keluar! Hiks.. Hiks.." Jerit Boboiboy.

Tok Aba cuba menghampiri Boboiboy." Bo.. Boboiboy.."

" Saya kata keluar!" Jerit Boboiboy lagi.

Tanpa bantahan Tok Aba serta doktor terus keluar dari wad.. Boboiboy terus menangis semahu-mahunya. Boboiboy merenung ke arah surat khabar yang berada di sebelahnya. Sebuah artikel menarik perhatiannya.

Duta Terkenal Malaysia Maut Kerana Terlibat Dalam Kemalangan Akibat Dilanggar Oleh Lori Kontena... Pemandu Lori Kontena Turut Maut. Anak Duta Selamat Dari Kemalangan Tetapi Koma.

Boboiboy menolak surat khabar itu dengan kasar."Kenapa mak dan ayah tinggalkan Boboiboy?! Hikss.. Hikss.. Kenapa?!" Jerit Boboiboy.

Boboiboy terperasan sesuatu, dia meraba-raba mata kirinya, terasa penutup mata menghalang pandangan mata kirinya. Dia terus membuka penutup mata tersebut dan dia terus terkejut apabila iris mata kirinya tak seperti iris mata kanan. Apabila dia mendongakkan kepalanya, dia terbau sesuatu yang tidak menyenangkan. Secepat yang mungkin dia terus menutup mata kirinya menggunakan penutup matanya. Nafasnya naik turun.

Dua hari kemudian, doktor yang merawat Boboiboy mencatat sesuatu dalam kertas sambil memandang ke arah Boboiboy." Esok kamu dah boleh balik sebab luka kat muka kamu pun dah pulih sepenuhnya.." Kata doktor.

Boboiboy mula bersuara."Doktor?"

Doktor membalas."Ya?"

"Kenapa apabila saya membuka penutup mata ni, mata saya berwarna lain daripada yang lain? Dan.. saya boleh terbau benda yang tidak menyenangkan?" Tanya Boboiboy.

Doktor yang merawat Boboiboy terus terkejut. Doktor tersebut terus duduk di atas kerusi. "Sebenarnya, mata kiri kamu yang asalnya telah hancur dan pihak hospital telah mengambil keputusan untuk menukarkan mata kamu yang hancur tu kepada mata yang baru. Kami menggunakan mata yang telah kami import dari luar negara... Tapi, kamu cakap kamu menghidu yang tak menyenangkan?"

Boboiboy menggangguk.

"Mungkin perasaan kamu je.. Dahlah, saya minta diri dulu.. Assalammualaikum..." Kata doktor itu sambil keluar dari wad.

"Waalaikumsalam.." Kata Boboiboy perlahan.

Flashback Off...

"Aku yakin ini bukan mata biasa." Boboiboy memandang ke arah siling biliknya dan matanya semakin lama semakin berat dan pandangannya terus menjadi gelap.

Keesokan harinya, Boboiboy terus berlari ke tingkat bawah dan memandang sekeliling.

Boboiboy mengerutkan dahinya." Hmm.. Mungkin Tok Aba dan Ochobot dah pergi kerja.."

Boboiboy terus keluar dari rumah dan mengunci pintu rumah. Semasa dia hendak keluar dari kawasan rumahnya, tiba-tiba muncul seseorang di hadapannnya..

"Hai!"

"Aaaaaaa!" Boboiboy menjerit sekuat hatinya.

Ternyata seorang gadis bertudung merah jambu yang mengejutkan Boboiboy. Gadis bertudung itu hanya mampu terkebil-kebil apabila Boboiboy menjerit bagai nak rak..

Boboiboy bercekak pinggang. "Ishh! Terkejut aku.."

Gadis itu ketawa terkekeh-kekeh."Sori..."

"Siapa engkau ni? Tiba-tiba je kejutkan aku?" Boboiboy mengerutkan dahinya.

Gadis itu ketawa terkekeh-kekeh lagi." Sori... Aku tak bagitahu nama aku pada engkau dan terkejutkan engkau.. Engkau ni mesti cucu Tok Aba? Kan?! Kan?! Kan?! Apapun, nama aku Yaya!" Kata gadis itu ceria.

"Oh, aku pula Boboiboy..." Boboiboy tersenyum.

"Engkau nak pergi ke kedai Tok Aba ke?" Tanya Yaya.

"Ha'ah..." Balas Boboiboy ringkas.

"Alang-alang kalau macam tu kita jalan kaki sama-samalah, aku pun nak pergi ke kedai Tok Aba!" Ujar Yaya.

" O.. Ok.." Kata Boboiboy gagap.

Boboiboy dan Yaya terus berjalan kaki ke kedai Tok Aba. Keadaan amat indah sekali, Boboiboy memandang kawasan taman perumahan itu dengan asyik sekali. Yaya mula bersuara untuk memecah kesunyian. "Boboiboy?"

"Hm?! Kenapa?" Boboiboy menoleh ke arah Yaya.

"Kenapa engkau pakai penutup mata?" Yaya menundingkan jarinya ke arah mata kiri Boboiboy.

Boboiboy meraba-raba mata kirinya."Oh, ni? Se.. Sebenarnya, aku baru lepas terlibat kemalangan... Jadi.. Engkau paham-paham jelah..."

"Oh.. Jadi kamulah anak duta yang terlibat kemalangan tu?" Tanya Yaya.

"Ya." Balas Boboiboy. Perasaan sebak mula menyelubungi dirinya.

"Maaf, aku tak patut cakap pasal ni.." Kata Yaya serba salah.

"Tak apa, saya tak kisah." Kata Boboiboy untuk menyedapkan hati gadis di sebelahnya.

Tiba-tiba, seseorang menegur mereka dari belakang.

"Yaya!"

Yaya terus menoleh ke belakang." Oh, Ying! Engkau pun ada di sini?!"

Terlihat seorang gadis berbangsa cina berambut tocang ke bawah, berbaju serba kuning, berkaca mata dan mempunyai 4 beg mini mengelilingi pinggangnya.

"Engkau dari mana dan nak pergi mana ni?" Tanya Yaya.

"Aku baru dari latihan menembak dan aku nak pergi kedai Tok Aba, maa... Abang aku suruh aku belikan special ice chocolate untuk dia.. Huh? Ini siapa pula, Yaya? Boyfriend baru lu ke?"

Muka Yaya terus menjadi merah apabila mendengar kata-kata dari Ying itu."Ishh! Ada-ada je engkau ni! Ini Boboiboy, cucu Tok Aba.."

Ying terus berasa teruja. "Oh, inilah Boboiboy?! Kamu sepupu Ochobot juga, kan?! Hai, nama aku Ying! Selamat berkenalan!"

Boboiboy terus menjadi gagap."Err... Iya... Se.. Selamat berkenalan.."

"Kitorang pun nak pergi ke kedai Tok Aba, jom lah kita pergi sama-sama!" Tawar Yaya.

"Ok!" Kata Ying ringkas.

Di Tok Aba's Kokotiam, terlihat Ochobot sedang bertungkus lumus menyediakan minuman yang dipesan oleh pelanggan.

"Hai, Ochobot!" Yaya dan Ying menyapa Ochobot.

"Hai Yaya! Hai Ying! Oh, Boboiboy pun ada?!" Ochobot membalas sapaan Yaya dan Ying.

"Selamat pagi!" Sapa Boboiboy pula.

"Selamat pagi! Jadi, korang nak minum apa?" Ochobot terus mengeluarkan buku notanya.

"Saya nak special hot chocolate dan cekodok coklat.." Kata Yaya.

"Saya pula nak special hot chocolate satu ,minum sini dan special ice chocolate dua, bungkus.." Kata Ying pula.

Ochobot menulis setiap pesanan di dalam buku nota." Ok! Engkau pula, Boboiboy?!"

Boboiboy memandang ke arah papan menu." Er.. Bagi aku special ice chocolate jelah.."

Ochobot terus menoleh ke arah mesin bancuhan air." Ok, siap!" Setelah siap, Ochobot terus meletakkan minuman dan makanan yang dipesan oleh mereka bertiga..

Boboiboy melopong."Cepatnya!"

"Biasalah.. Dah pakar..." Kata Ochobot bangga.

Tiba-tiba seseorang menyapa mereka semua...

"Hai, korang semua!"

Terlihat remaja berbangsa lelaki India, tinggi lampai dan berbaju serba hijau tetapi mukanya mempunyai kesan calar dan lebam..

Boboiboy, Yaya dan Ying berhenti menjamu selera dan terus memandang ke arah Gopal.

"Aiyak! Apa pasal dengan muka lu tu, Gopal?!" Ying memandang muka Gopal atas dan bawah.

Gopal ketawa terkekeh-kekeh." Macam biasa." Gopal menggosok-gosok kepalanya yang tidak gatal.

"Haish! Sampai bila engkau nak buat ghost hunting kat rumah terbiar tu?" Tanya Yaya.

"Sampai kita dapat pengerusi kelab yang baru..." Balas Gopal.

"Lupakan jelah pasal kelab paranormal tu. Dah takkan sesiapa berani menjadi pengerusi kelab itu." Kata Yaya.

"Kalau ada, macam mana?" Kata Gopal sambil menyeringai.

Yaya dan Ying mengeluh. "Suka hati kamulah." Kata kedua-dua gadis itu serentak.

"Apa yang korang bualkan ni?" Serta merta Yaya, Ying dan Gopal menoleh ke arah orang yang sedang berbicara iaitu Boboiboy.

"Eh? Kamu ni Boboiboy, kan? Anak duta terkenal Malaysia yang terlibat dalam kemalangan tu kan?" Pelbagai soalan keluar dari mulut Gopal. Boboiboy mengangguk.

"Aku nak ucapkan takziah atas kematian mak ayah engkau.." Ucap Gopal.

Boboiboy hanya mampu tersenyum tipis. "Oh ya, korang ada tubuhkan kelab paranormal ke?" Boboiboy mengerutkan dahinya.

"Ya! Tapi masalahnya.. Kelab paranormal kami ni tak ada sesiapa uruskan. Tak ada pengerusi." Jelas Gopal.

"Lah, kenapa pula? Salah satu dari korangkan boleh jadi pengerusi?" Boboiboy masih keliru dengan situasi kali ini.

"Boleh tu memang boleh tapi kami nak cari yang lebih sesuai.." Terang Gopal.

"Sesuai yang macam mana tu?" Boboiboy mengerutkan dahinya.

"Engkau pernah dengar pasal mata paranormal?" Gopal mula bermuka serius.

Boboiboy mengerutkan dahinya. "Pernah.. Maknanya orang yang mempunyai mata itu layaklah jadi pengerusi? "

"Ha! Betul tekaan engkau tu! Orang yang mempunyai mata paranormal tulah yang paling sesuai jadi pengerusi sebab dia boleh nampak benda-benda yang datang dari dunia lain dan juga dia boleh ke dunia tu..." Terang Gopal. Boboiboy hanya mampu ber'oh'.

Sementara Gopal sedang menerangkan tentang kelab paranormal pada Boboiboy, Ying ternampak seorang remaja lelaki berambut pacak berwarna violet sedang berjalan di hadapan kedai Tok Aba sambil berbual seorang diri.

"Hei, Fang!" Jerit Ying yang mengalih perhatian remaja berambut pacak itu, Yaya, Boboiboy dan Gopal.

Remaja berambut pacak itu mengunci mulutnya dan terus berjalan ke arah Ying.

"Nah, engkau kata nak special ice chocolate." Kata Ying sambil memberi bungkusan yang dipenuhi dengan dua cawan special ice chocolate Tok Aba.

Remaja berambut pacak itu mengambil bungkusan itu. "Terima kasih." Katanya perlahan. Selepas itu, dia terus meninggalkan kawasan taman.

Yaya menoleh ke arah Ying. "Hei, Ying. Abang engkau tu masih macam tu lagi ke?"

"Ha'ah, dia masih macam tu lagi." Balas Ying.

"Itu abang engkau ke?" Boboiboy mengerutkan dahinya.

"Ha'ah." Balas Ying ringkas.

"Aku rasa.. Engkau patut bawa abang engkau tu ke hospital mentallah, macam dah teruk je perangai cakap sorang dia tu.." Ujar Gopal.

Ying menumbuk kaunter dengan kuat. Marah dengan kata-kata Gopal tadi. Boboiboy, Yaya, Ochobot dan Gopal terkejut. "Lu jangan mengarutlah! Fang tu tak gila,ok?! Fang normal!" Tengking Ying.

Gopal terus terdiam. Dia tak mahu melawan Ying, kemungkinan besar dia akan tergoreskan hati gadis itu jika dia melawan lagi.

"Sabar, Ying." Kata Yaya untuk menenangkan kawan baiknya itu.

Air mata mula mengalir di pipi Ying. "Ma.. Macam mana aku nak sabar.. Dah dua tahun dia jadi macam tu sejak kemalangan bunuh diri tiga tahun lepas tu.. Pelbagai cara aku dah buat, tapi tak berjaya jugak.." Ying terus mengesat air matanya.

"Kemalangan? Bunuh diri?" Kata Boboiboy dalam hati.

"Ying, sorilah.. A.. Aku tak patut cakap macam tu.. Maafkanlah aku.." Kata Gopal serba salah.

"O.. Ok.. Aku maafkan lu tapi lu jangan sesekali cakap Fang tu gila.." Ying mengesat air matanya. Gopal tersenyum.

"Oh ya! Sembang-sembang ni aku lupa nak memperkenalkan nama aku kepada engkau, Boboiboy. Nama aku Gopal." Kata Gopal.

"Selamat berkenalan, Gopal." Kata Boboiboy sopan. Senyuman manis menghiasi bibirnya.

"Hei, Boboiboy.. Apa kata engkau sertai kelab ni, nak tak?" Tawar Gopal.

"Benda-benda paranormal ni? Sorilah, semangat aku tak kuat..." Tolak Boboiboy mentah-mentah.

"Jomlah..." Kata Gopal sambil membuat muka meraih simpati. Gopal tarik-menarik tangan Boboiboy.

"Aku cakap tak nak!" Kata Boboiboy apabila tangannya ditarik oleh Gopal.

"Jomlah!" Paksa Gopal.

"TAK NAKKK!" Jerit Boboiboy sekuat hati. Ochobot, Yaya dan Ying hanya mampu ketawa melihat telatah Boboiboy dan Gopal.

Sementara itu di sebuah rumah agam yang berdiri dengan megahnya, terlihat seorang remaja lelaki berambut pacak iaitu Fang berjalan di atas bumbung rumah sambil menjinjing plastik yang berisi dua special ice chocolate. Dia tersenyum lebar apabila dia ternampak seorang pemuda berambut ungu turut berada di atas bumbung sambil memandang langit biru yang terbentang luas. Fang duduk di sebelah pemuda itu.

"Abang! Fang ada bawa minuman untuk abang ni.." Kata Fang ceria sambil menghulurkan satu cawan special ice chocolate kepada pemuda di sebelahnya.

Sebuah senyuman manis menghiasi bibir Fang sehingga menampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun. Pemuda di sebelah Fang tersenyum dan tangannya mengelus lembut rambut Fang.

TBC...

Hai readers semua! Author kembali lagi dengan fanfic yang baru. Asyik buat ff bxb je, author buatlah ff yang berbaurkan situasi paranormal. Fanfic ni sebenarnya pernah dipublish di akaun wattpad author yang juga mempunyai tajuk dan permulaan cerita yang hampir sama. Cuma jalan ceritanya yang kali ini lain sedikit. Sesiapa yang dah atau pernah baca fanfic ni di wattpad, kiranya ada spoiler lah sikit...