[TALIAN DISAMBUNGKAN]

[Pontianak Friendly Night]
[Kemarau - Prolog: Panas]

Raina baru sahaja balik dari Perkampungan Manusia (Human Village) ke kawasan berhampiran Biara Hakurei kerana membeli beberapa barangan keperluan untuk ibunya Ruhaidah yang masih menumpukan perhatian terhadap latihan danmakunya diajar oleh Mima.

"MAK!"

"Apasal kamu jerit Raina, cuaca masih panas? Patutlah kenapa kulit kamu macam baru balik dari pantai." ketawa mak Raina tak terhenti dan Mima mengeluh pabila melihat Ruhaidah ketawa.

"Lawak mak teruk, lagipun saya tak dapat sayur kegemaran mak kerana musim panas di Gensokyo tahun ini menyebabkan hampir semua tanaman menjadi layu dan ia semakin teruk." balas Raina lepas dia menempek mukanya sendiri dengan tangan.

Ruhaidah berfikir sambil memandang ke arah hutan yang sekarang ini nampak wap air berterbangan.

"Nampak kemarau tahun ini adalah paling teruk. Kita terpaksa berpindah jika hutan ini jika belaku kebakaran kelak."

"Marisa pernah memberitahu saya cuaca di Gensokyo dulu masih musim sejuk walaupun dah satu-pertiga musim bunga waktu ketika saya berada di Makai." kata Mima sambil menyusun kad mantera kepunyaan Ruhaidah.

Mima sekarang ini sedang berfikir tantang Marisa dan kenangan waktu dia lagi kecil dan waktu itulah Marisa dulu berambut merah kerana dia suka warna merah.

Raina dan ibunya Ruhaidah kini menumpukan perhatian mereka ke Mima yang sekarang ini berasa bimbang. Ruhaidah yang melihat kelakuan Mima dan dia mula berkata,

"Adakah..."

Mima muka menyambung, "Ya, satu insiden baru mula muncul dan kali ini lebih teruk dari insiden si Seija Kijin."

Apasal pula insiden si Seija Kijin adalah paling teruk? Saya fikir insiden menghidupkan semula Putera Shotoku sebagai Toyosatomimi no Miko adalah paling teruk." kata Raina menganggu Mima yang masih berkata.

Mima dan Ruhaidah menempek muka mereka dengan tangan pabila dengar kenyataan Raina.

[TALIAN DIPUTUSKAN]