Fahmi! Kamu mahu ke mana? Mengapa awak tidak pergi ke sekolah minggu lepas?

Oh Siti! Ini hari pertama saya ke sekolah. Saya mahu ke perpustakaan kerana saya masih belum boleh mengikuti sesi Pendidikan Jasmani. Kelas saya sedang berlatih di padang. Minggu lepas, saya sakit. Saya demam panas selama lima hari. Saya dimasukkan ke hospital pada hari kedua saya sakit. Panasnya tinggi tetapi saya sudah sihat sekarang. Hanya saya belum boleh membuat kegiatan fizikal.

Jika kamu mahu meminjam nota pelajaran, saya boleh pinjamkan. Kita ada dua ujian minggu depan. Kamu boleh gunakan masa Pendidikan Jasmani ini untuk menyalin nota atau membuat tugasan yang diberikan guru.

Terima kasih, Siti kerana mengambil berat terhadap saya. Teman-teman lain juga menyatakan kesediaan untuk membantu saya. Saya sungguh beruntung mempunyai teman-teman yang penyayang.

Kita mesti saling menolong. Tahun ini kita akan menduduki peperiksaan peringkat O, peperiksaan yang akan menentukan masa depan rancangan awak? Saya telah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di maktab rendah. Kamu?

Saya belum lagi membuat apa-apa keputusan. Saya masih memikirkan perkara ini.

Tidak mengapa penting kita belajar dengan bersungguh-sungguh supaya berjaya seperti kata pepatah usaha tangga kejayaan.

Betul kata awak Siti. Kita patut memikirkan satu sahaja pada saat ini iaitu bagaimana kita boleh mencapai kejayaan. Mari kita masuk ke kelas.