Aku dah kembali! Yes cuti dah datang well lama dah start. Ini masanye aku nak buat sequel ni! Sequel apa? Sequel dari Brother's treasure! Maaf kerana delay ye. Baik mari Author Angin Taufan mulakan.
Disclaimer: Character bukan aku punya ya. Kepunyaan Nizam Razak. Genre sama dengan Brother's treasure kecuali tambah satu lagi...drama. Maaf kalau brotherly love nye tak kuat or didnt I. Typo dan tatabahasa hancur sori dan abaikannya ya!
Read, Enjoy and Review!
Chapter 1
Lima tahun telah berlalu setelah berlakunya peristiwa penculikan si adik. Kini si abang iaitu Boboiboy Halilintar berumur 22 tahun dan si adik, Boboiboy Taufan berumur 6 tahun. Si adik ini juga telah bersekolah darjah 1 manakala si abang telah memasuki alam universiti tahun ke 4. Nampaknya semua keadaan telah berubah drastik sejak itu.
Kenapa?
Kerana kehidupan mereka semakin susah dengan belajar serta kondisi kehidupan semakin menyusahkan. Oleh itu dengan pelahannya personaliti diri mereka mula berubah. Halilintar, seorang abang yang boleh tersenyum dan juga boleh bertutur kata dengan senang hati kepada wajah adiknya yang asyik di minta perhatian dahulu sudah berubah menjadi seorang yang semakin dingin dan pemarah.
Si adik Taufan pula, personalitinya seperti kita sudah tahu sifatnya ceria, manja dan bergurau senda. Tetapi dengan sifat abangnya yang diketahui semakin memburuk dia juga mula nak menyusahkan abangnya. Bagaimana dia menyusahkannya? Perenggan selepas ini akan menceritakan. Bahkan menceritakan bagaimana hidup mereka sebenarnya.
.
.
.
.
Hari minggu telah kembali dan waktu pagi seperti ini si abang masih tidur kerana semalam dia akhir tidur sebab menyelesaikan kerja rumahnya. Sangat akhir sampai posisinya salah iaitu kepala hampir mengecah ke lantai manakala bahagian tubuhnya serta kedua kaki di atas katil. Tiba-tiba pintu biliknya terbuka sendirinya. Rupanya si adik yang membuka pintu itu.
Ini telah menjadi sebagai rutin bagi Taufan iaitu membanguni abangnya. Dia tidak suka membangunkan abangnya apalagi bila abangnya semakin berubah terhadapnya. Bukan sepatutnya si abang menjadi contoh untuknya malah ini sudah jadi songsang terbailk.
Dia melangkah setapak ke depan dan menggoncang badan si abang tetapi betapa kuatnya dia menggoncang kekuatan badannya tidak dapat tandingi abangnya untuk membangunkannya.
"Ish! Susahnya nak bangunkan Abang Hali ni. Semakin teruk. Macam mana nak bangunkan ni? Hah! Hmm... Hehehehe."
Dia mengambil bantal si abang yang berada di atas lantai lalu menghempaskannya ke wajah Halilintar beberapa kali. Kemudian dia mengeret abangnya dari katil sampai kedengaran bunyi hentakan di antara kepala si abang dan lantai.
"Aduh!" Akhirnya ada bunyi dari Halilintar tetapi ini bukan penghabisan dari kehelahan Taufan. Ada lagi satu rupanya. Dia mengambil sekeping kertas lalu mengulungnya. Selepas itu dia...
"Bangun bang! Bangun!" Jerit Taufan ke telinga abangnya.
"Hah?! Apakah?! Ish! Taufan!" Marah Halilintar saat mengetahui adiknya berada di sisinya.
"Kenapa kau bangunkan aku?! Nak buat kacau?!" Sambung balik si abang.
"Ish! Abang ni pagi-pagi ja nak mengamuk."
"Itu semua salah kau!"
"Abang janganlah macam tu. Baik dah Taufan bangunkan abang tau. Baik abang bangun sebelum Taufan main lagi."
"Yelah, yelah. " Balas Halilintar mengerah kalah.
"Abang..."
"Apa?"
"Adik lapar." Ujar si adik yang telah mentampilkan wajah comelnya.
"Hm... yelah."
.
.
.
.
Sekarang kedua adik-beradik ini berada di dapur setelah selesai perkara itu. Waktu itu Halilintar sedang masak nasi goreng manakala si adik tengah duduk di meja makan lagi menunggu sarapannya. Taufan asyik merenung ke arah abangnya sambil memikir. Apa yang difikir oleh sekecil ni? Iaitu memikir apa sebabnya abangnya berubah.
"Apa tengok-tengok? Memang ada tak kena ke apa ku masak?" Sahut Halilintar tiba-tiba seperti dia tahu apa si adik tengah buat.
"Huh? Lah~ Salah ke adik tengok abang. Bukannya adik erti memasak." Balas Taufan.
"Hm..."
"Abang?"
"Boleh tak jangan cakap? Bising."
"Ish! Kenapa dengan abang ni?" Tanya Taufan dengan nada yang menurun.
"Apa?" Tanya Halilintar yang semakin marah.
"Abang semakin dingin dan marah kat Taufan. Memang Taufan ada buat apa-apa?"
"Tak ada! Jangan banyak cakap. Nah sarapan dah siap." Kata si abang yang tiba-tiba menukar subjek. Dia memberikan sepiring nasi goreng kepada adiknya lalu duduk di sebelahnya dan makan sarapannya.
"Yay! Terima kasih abang!" Jerit ceria si adik.
.
.
.
.
Akhirnya waktu sarapan sudah selesai dan kini si abang tengah mencuci pinggan mereka. Diri Halilintar semakin letih dengan semua tekanan yang dia ada pada waktu itu. Seperti dia tengah membuat pelbagai kerja dalam masa yang sama. Tetapi nasiblah adiknya tidaklah menyusahkan sangat padanya.
Betul ke?
Apabila dia telah selesai mencuci pinggan, dia mendengar suara adiknya memanggilnya yang tidak dekat darinya. Rupanya adiknya berdiri disebelah abangnya membuatkan si abang sedikit terlompat.
"Abang Hali... Boleh kita ke taman?" Tanya si adik.
"Tak boleh." Jawap Halilintar singkat lalu berjalan ke tingkat dua.
"Kenapa?" Tanya Taufan kecewa.
"Abang sibuk dengan belajar."
"Salah ke abang tinggalkan itu sekejap?"
"Tak boleh."
"Hm... Kalau macam tu, Taufan main belakang rumah ya."
"Aku tak benarkan, Taufan."
"Hah? Kenapa? Apa salahnya? Bukannya Taufan keluar rumah. Sekitar rumah ja."
"Aku cakap. Tak boleh tak bolehlah!" Jerit Halilintar membuatkan adiknya terdiam.
"Aku tak dapat perhatikan kau kat luar rumah. Jadi jangan ke mana-mana." Sambung si abang lalu naik ke tingkat dua.
"Hpm! Abang jahat! Penakut! Itu pun abang tak mau Taufan keluar!" Merajuk Taufan menoleh jauh dari abangnya.
"Apa kau cakap?!" Marah Halilintar.
"Abang Hali jahat!"
"Ish! Kurang ajar punya adik! Baik kau diam sebelum aku marahi kau lebih teruk lagi." Marah si abang yang mula menaiki tangga.
"Huwaaa! Abang Hali tak adil! Huwaaa! Kenapa abang jadi macam ni?! Apa salah Taufan?!" Nangis Taufan yang sudah memeluk kedua lututnya.
.
.
.
.
3 jam telah berlalu setelah berlakunya petengkaran diantara mereka. Kini si abang masih berkurung di dalam biliknya tengah belajar dan tidak tahu apa yang telah terjadi kepada adiknya di tingkat bawah.
Perasaannya rasa tidak enak kerana suasananya sunyi, sangat sunyi. Dia mula risau apa adiknya memang tidak menuruti arahannya. Dia merasa cemas dengan perasaan ini lalu memutuskan untuk mengcek keadaan di bawah.
"Ish! Buat kacau ja. Menyusahkan betul." Kesal Halilintar. Apabila dia sudah separuh jalan di tangga dia nampak bahawa adiknya ada masih di sana.
"Hm... Aku ni risau sangatlah."
Dia mula memerhatikan Taufan sebelum dia naik balik ke atas. Sekarang adiknya tengah mewarna di meja makan dengan wajah yang muram. Itu normal baginya kerana dia tahu adiknya masih merajuk. Tetapi ada suatu yang yang agak pelik baginya. Apa dia? Bekas tangsian yang masih segar di wajah si adik.
"Dia menangis? Hm... apasal dia ni? Merajuk sikit dah menangis. Tapi takkan dia menangis selama 3 jam. Mesti ada hal ni?" Bisik si abang.
"Kenapa ni abang Hali?" Tanya seseorang tiba-tiba membuatkan si abang terkejut. Rupanya Taufan sedar akan keberadaan abangnya yang tidak jauh darinya. Mereka saling memandang dengan kekoknya membuatkan suasana hening seketika.
"Tak ada apa-apa. Kau pula apasal? Nak nangis ja." Tanya si abang yang telah mendekati adiknya.
"Huh? Oh... Sori. Taufan nangis tadi."
"Kenapa?"
"Hmm... Taufan buat salah ke abang?" Tanya Taufan bersalah yang telah berdiri di depan abangnya. Tetapi si abang tidak membalas soalanannya malah berpaling muka darinya.
"Abang Hali. Apasal abang jadi macam ni? Kenapa? Abang marah kat Taufan ke masih?" Sambung Taufan dan sekali lagi tidak ada respon dari si abang.
"Taufan cuma nak keluar je. Itu pun nak marah ke?"
"Lagi-lagi nak keluar! Lagi-lagi nak keluar! Ini ke sebabnya kau nangis ke?! Aku cakap tak boleh. Tak bolehlah! Memang kau tak paham bahasa ke?!" Marah Halilintar tiba-tiba membuatkan Taufan terdiam ketakutan.
"Abang Hali..." Takut Taufan yang mula matanya memanas.
"Ish! Kau ni memang-"
"Abang Hali dah berubah! Abang selalunya baik kat adik! Abang selalu sayang kat adik! Abang Hali tak sayangkan adik lagi! Abang Hali jahat! Aku benci abang!" Jerit Taufan.
"BERANI KAU CAKAP MACAM TU AH!" Sekali lagi Halilintar menjerit. "Baik kau tarik balik apa kau cakap. Sebelum aku buat hal dengan kamu!"
"Aku tak nak. Aku tak akan. Memang abang Hali jahat! Abang tak sayangkan adik lagi! Aku benci abang Hali!"
Tiba-tiba ada sebuah lemparan panas pada pipi Taufan, membuatkan juga Taufan jatuh ke lantai.
"Ahh! Abang!" Terkejut Taufan yang sudah teresak-esak.
"Kurang ajar punya adik!"
"Huwaaaa! Abang Hali jahat! Abang dah berubah! Huwaaa! Jahat betul!"
"Ish!" Halilintar hendak menamparnya lagi sebelumnya ada seorang lelaki yang tiba-tiba memegang pergelanggannya.
"Kenapa kau buat macam ni Hali?! Sampai hati kau nak tampar adik mu sendiri!" Jerit lelaki itu. Rupanya lelaki itu adalah Boboiboy Gempa, saudara lima tahun lebih tua dari Halilintar.
Kenapa Gempa tiba-tiba datang? Sebenarnya Gempa berjanji berjumpa dengan Halilintar sebelum ni dan apabila dia sampai, dia mendengar tangisan Taufan lalu dia membuka pintu tanpa teragak-agak.
"Apasal kau ni?! Lepaskan aku?!" Arah Halilintar.
"Supaya kau memukul adikmu lagi? Jangan harap! Apa dah jadi kat kau ni?!" Ujar Gempa.
"Nak cari pasal ke kau ni?! Ini masalah aku sama Taufan! Jangan masuk campur!"
"Suka hati aku nak masuk campur atau tak. Selagi kau nak pukul adik mu selagi aku takkan lepaskan kau!"
"Ish!" Halilintar menarik lengannya agar dilepaskan lalu memegang colar Gempa.
"Kau memang nak cabar aku ya!" Cabar Halilintar.
"Marilah!" Terima Gempa.
Taufan terkejut serta risau saat mereka berdua mula nak bergaduh sampai terhenti tangisannya. Dia tidak mahu mereka bergaduh kerananya. Dia merasa kesal lalu mencuba memberhentikan pergaduhan antara kucing dan anjing ini.
"Abang Hali! Abang Gempa! Jangan gaduh!" Jerit Taufan tetapi kedua orang dewasa ini tidak mendengarnya.
"Abang Hali!" Panggil Taufan sambil menarik seluar abangnya.
"Ish! Lepaskan aku!" Geram Halilintar lalu menolak Taufan. Tetapi dia tidak perasan bahawa sikunya terkena kepalanya membuatkan Taufan jatuh dan menghempas kepalanya ke sudut meja yang tajam.
"Ahh!" Jatuhnya Taufan ke lantai. Gempa yang mula mendengar jeritan si kecil terkejut dengan apa yang telah terjadi. Dia menjerit risau.
"Taufan!" Halilintar tiba-tiba hairan kenapa Gempa menjerit dan apabila dia memusing kepalanya matanya mula membulat. Dia melihat adiknya telah jatuh pengsan.
"Taufan!" Jerit Halilintar. Dia berlari kepada si adik lalu mengangkat dia ke lengannya. Air matanya mula mengalir tidak percaya dia telah mensakiti adiknya. Dengan pelahan dia menyentuh pipi Taufan.
"Taufan... Taufan... bangunlah... Aku mohon. Bangunlah. Hisk, hisk, hisk." Rayu si abang tetapi mata si kecil tertutup rapat.
"TAUFAN!" Jerit Halilintar. Suatu kelembapan telah dirasai olehnya dari tangan kanannya dan apabila dilihatnya, cecari berwarna merah pekat terkena tangannya. Sekali lagi matanya membulat.
"Tak! Tak mungkin! Taufan!"
"Hali! Kau harus bawanya ke hospital ni!" Cemas Gempa. Halilintar mengangguk pelahan setuju.
.
.
.
.
Di hospital,
Taufan telah masuk ke ruang kecemasan dan sekarang dia sedang dirawat. Waktu ketika itu kedua orang dewasa tengah menunggu di tempat ruangan iaitu Gempa yang sedang duduk menunggu dan si abang yang lagi mundar-mandir. Dia takut apa akan terjadi kepada adik satu-satunya.
"Maafkan aku Taufan! Ini semua salah aku! Kalau aku tak marah saja dia takkan terluka!" Kesal Halilintar yang kini telah jatuh ke lantai memeluk tubuhnya dan menangis.
"Aku... aku memang abang yang tak guna!"
"Sudahlah, Hali. Taufan akan baik-baik je tu." Kata Gempa cuba menenangkan saudaranya.
"Mana kau tau! Aku...aku sangat sayangkan dia sampai jadi macam ni."
"Apa maksud kau?" Tanya Gempa hairan kerana selama ini Gempa melihat Halilintar selalu melukai Taufan.
"Kerana trauma ku bahawa dia akan hadapi masalah bila aku tidak memerhatikannya."
"Kesan 5 tahun yang dulukan? Ia telah melekat apa dirimu dan sekarang kau menjadi protective kepadanya kan?"
"Hmm... Maafkan aku adik. Ini semua salah ku." Bisik Halilintar.
Tiba-tiba mereka mendengar pintu kecemasan telah dibuka membuat kedua dewasa ini menghampir kepada lelaki berbaju putih. Seorang doktor yang telah merawat si kecil.
"Doktor, macam mana dengan Taufan?" Tanya Halilintar.
"Kamu ahli kerluarganya ke?" Tanya pula doktor itu.
"Ya, kami ahli keluarganya. Aku abangnya dan dia saudaranya."
"Baiklah. Taufan masani keadaan stabil. Nasib baik darah yang mengalir itu tidak banyak yang boleh membuatkan kekurangan darah. Juga nasib tiada bahagian kepala yang tercedera kerana hentakkan kepada kepalanya agak kuat. Buat sementara ini dia hanya pengsan. Belum pasti akan ada masalah lain lagi." Ujar doktor dengan lebarnya.
"Boleh kami lihat keadaannya?"
"Boleh. Saya minta izin pergi dulu ya." Minta diri doktor itu lalu pergi.
"Jom kita masuk." Arah Halilintar kepada Gempa tetapi sebelum itu terlebih dahulu Gempa memegang lengan Halilintar.
"Kau saja yang masuk. Aku ada hal ni." Kata Gempa.
"Betul ke ni?" Tanya Halilintar tidak pasti.
"Masuk jelah. Lagipun urusan kau dengannya belum selesai." Sambung Gempa lalu pergi dari situ. Setelah Halilintar tidak lagi kelihatan dari saudaranya dia pun masuk ke dalam.
Suasana yang sunyi dengan bau ubat yang tidak menenangkan semakin dirasai waktu memasuki bilik rawatan si adik membuatkan dia rasa seram. Dia melihat keadaan bilik ini.
Bilik ini berwarna putih dan mempunyai sebiji meja kecil di sudut kiri manakala di sudut kanan terletaknya sebuah sofa. Bilik ini juga mempunyai satu jendela besar yang menunjukkan permandangan Pulau Rintis yang cantik. Bukan itu juga, tempat ini juga mempunyai katil yang memang sepatutnya ada dan terletaknya adiknya baring di atasnya.
Halilintar mendekati kepada si adik dan melihat kondisi adiknya. Dia melihat adanya pembalut putih diikat di kepalanya yang sudah dikotori oleh ubat yang bercampuran dengan darah. Wajahnya pucat lagi menenangkan seperti dia berada dalam alam tidur tetapi dia tahu adiknya itu pengsan kerananya.
Air matanya kini mengalir mengesal dengan semua perbuatannya kepadanya disebabkan traumanya terhadap dahulu dan keadaan semasa dia telah berubah. Dia mengusap kepala si adik dengan pelahan sambil meminta maaf.
"Maafkan aku Taufan. Maafkan aku. Ini semua salah aku. Aku cuma risau kerana aku tak dapat berada disamping mu selalu. Maaf. Aku memang sial." Tiba-tiba dia merasa seperti adanya memegang tangannya. Rupanya Taufan telah sedar.
"Abang... jangan cakap macam tu. Abang Hali adalah abang yang terbaik untuk ku." Katanya tersenyum lemah.
"Taufan! Maafkan aku Taufan. Aku dah kasar kat kau. Aku marah kau tanpa sebab. Aku tak patut berubah hanya sebab yang lain telah berubah. Maafkan aku ya. Aku janji akan selalu bersama mu. Kau taukan aku sayangkan kau." Maaf si abang menangis.
"Taufan tau abang Hali. Maaf kerana kata tak baik kat abang. Jangan nangis ya? Taufan tak suka." Balas Taufan. Kini mereka saling tersenyum sedih. Taufan pun telah pelahan mengalirkan air matanya dan dengan pelahan Halilintar memeluknya lalu pelahan menangis teresak-esak.
"Terima kasih adik."
"Terima kasih abang Hali jugak."
~TBC
Yay! Chapter 1 dah siap! Macam mana ok tak? Maaf ada aliran cepat. Asyik ada yang mengacau aku dari buat ni hanya dapat buat pada waktu malam buat. Waktu tu ja ideaku flow dengan cepat itu pun aku harus ditangguh dulu.
Btw Terima kasih kerana sempat singgah ke ff ni. Kalau tak pernah baca cerita sebelum sequel ni bacalah. Mungkin ada kaitan dengan ff ni. Aku mungkin tak akan siap ff ni sampai habis cuti jadi setia dengan ff ni tau. Aku akan cuba sedaya upaya untuk habiskan ff. Hanya ada chapter 5 ja utk ff ni.
Sekali lagi terima kasih. Favourite dan follow marilah! Aku senang punya. Also...
REVIEW! REVIEW! REVIEW! PLEASE!
~Author Angin Taufan
