Jim Davis dan Farhan Malek mempersembahkan...

"KISAH PALING GENGSTER!".

Pelakon-pelakon:

Farhan Malek sebagai saya sendiri.

Shuib Sepahtu sebagai Amir.

Syuk SYJ sebagai Lokman.

Jep Sepahtu sebagai Jamal.

Nasir Bilal Khan sebagai Tok Adi.

Wally Wingert sebagai En. Jonathan Arbuckle.

Julie Payne sebagai Dr. Elizabeth Wilson.

(OST: Sampai Bila oleh W.A.R.I.S dan Mark Adam).

(Khamis malam Jumaat, 30 April 2015, jam 9:00 malam).

Pada satu malam Jumaat di Kuala Lumpur, saya baharu sahaja siap menonton filem cinta syahdu terbaru 'PILOT CAFE' di pawagam berhampiran. Namun, apabila saya tiba di kedai urut saya iaitu 'Kedai Kasi Urut Dia'. Saya mendapati bahawa ia telah terbakar lalu dua orang samseng iaitu Amir dan Lokman datang dan menjerit, "HEY YOU! Sini rupanya lu... Wa belum habis cakap dengan lu lagi!". Kemudian, saya menjawab, "AMIR! LOKMAN! Awat hang bakaq kedai aku? Lu memang takdak hati perut! Satu hari nanti aku kasi pecah geng kau! Siap kau!". Setelah itu, Amir membalas, "Lu pikiaq sendiri lah!". Lalu mereka pun pergi... Kemudian, saya pun pulang ke rumah...

(TINGKAT 6 BILIK 27, KONDOMINIUM MALAYA, BATU CAVES, SELANGOR):

Saya tiba di rumah dengan kesedihan lalu saya hempas pintu... "DAMMM!". Kemudian, Jonathan yang sedang minum kopi di ruang tamu pun terkejut dan bertanya, "Eh Farhan? Kenapa dengan kamu ini?". Saya pun menjawab, "Tadi ada dua orang samseng iaitu Amir dan Lokman telah membakar kedai urut saya! Sekarang saya sudah hilang punca rezeki!". Mendengar jawapan saya itu, Jonathan berkata, "Cisss... Tak guna! Mereka ini memang tiada hati perut langsung... Apa kata kita pergi ke tempat itu esok dan kita belasah mereka beramai-ramai! Nak?". Saya pun menjawab, "Aku setuju!". Sejurus selepas itu, Elizabeth (isteri Jonathan) datang dari dapur dan bertanya, "Apa yang kamu semua tengah bergaduh ni?". Jonathan menjawab, "Liz, si Farhan ini sedih pasal kedai urutnya telah dibakar tadi! Dan sekarang dia sudah hilang punca rezeki!". Lalu, Elizabeth terkejut dan bertanya lagi, "Hah? Siapakah yang berani melakukan begitu, Farhan?". Saya pun menjawab, "Amir dan Lokman, Liz!". Mendengar jawapan saya itu, Jonathan dan Elizabeth menangis lalu berpelukan. Kemudian, hati saya pun berkata, "Kau tengoklah nanti, Amir dan Lokman! Esok korang akan terima padahnya... Tengoklah!". Dan saya pun ikut menangis bersama sepanjang malam itu...

-BERSAMBUNG- (Ini ialah fanfiction pertama saya yg berbahasa Melayu, semua!).