Fic ini terinspirasi daripada Vocaloid song! Yay, yeayyy! Masa saya tengok 'when I get home, my wife always pretend to be dead', saya berfikir macam mana kalau Fang & Boboiboy dah kahwin tetapi menjadi seorang boss di tempat kerjanya sendiri bukanlah sesuatu yang mudah! Dan akhirnya Boboiboy jadi keseorangan di rumah & untuk menghangatkan perkahwinan mereka kembali, Boboiboy mencari pelbagai alternative untuk mewarnai semula hari- hari mereka dan mengubat kesunyian mereka.
Disclaimer : Boboiboy Rights Goes to Animonsta studio!
Warning ! sho- ai! Fang x Boboiboy / Halilintar x Taufan (mentioned)
Quadruplets! Boboiboy, Gempa, Halilintar & Taufan!
Mafia Au! – Fang~ Bossnya/ Kuro Hebi – Boboiboy (act as second in command)
Crossover : Katekyo Hitman Reborn/ Totally Captivated (manhwa)/Viewfinder (manga) - Mentioned
Dua tahun sejak perkahwinan mereka, dalam 2 tahun itu jugalah Fang berusaha keras untuk meluaskan empayarnya bukan sahaja di Malaysia malahan juga di di seluruh Asia Tenggara. Namun begitu masih lagi tidak dapat mengalahkan Asami Ryuuichi yang ternyata lebih berpengaruh dan sukar untuk mengatasi lelaki tersebut. Empayar? Hanya pada luarannya sahaja yang menunjukkan Fang menubuhkan sebuah syarikat di atas nama Legal di mata undang- undang walhal yang sebenarnya Fang bergiat di dalam kegiatan Underworld.
Fang bijak meluaskan pengaruhnya, dia dan kawan- kawan yang lain bergabung tenaga untuk merealisasikan impian mereka. Atas alasan mereka ingin melindungi Boboiboy jugalah mereka terlibat dalam kegiatan Underworld ini. Segalanya berubah apabila mereka fikir kuasa pada Jam tangan itu tidak bermakna apa- apa, dan mereka perlukan lebih kuasa untuk memastikan tiada siapa yang berani mengganggu hidup mereka.
Oke, mari lupakan bahagian yang gelap- gelap tu dulu ya~ mari kita fokuskan pada hidup perkahwinan Boboiboy. Cerita ini bermula apabila Boboiboy bersama isteri suami tercintanya berpindah ke rumah mereka sendiri. Boleh dikatakan menjadi suami (Fang) memberi banyak impak pada hubungan mereka berdua.
Disebabkan faktor kerja yang banyak dan Shadow co. (company Fang) masih perlu banyak lagi diperbaiki untuk naik ke puncak dan untuk mencapai cita- cita menyamai taraf famiglia ( keluarga mafia) yang lain. Fang dan Boboiboy tak juga dikatakan renggang tapi Boboiboy menjadi sunyi apabila berseorangan di kita bercakap pasal Boboiboy kan? *author tersenyum sendirian*
Kukuku... ini diceritakan dari sudut pandangan Fang sendiri.
Palm woods condominium;
Sebuah kereta limousine berada di hadapan pintu masuk Palm woods dan kelihatannya,pintu belakang dibuka dan menampakkan seorang pemuda berpakaian segak keluar dari kenderaan mewah tersebut.
" En. Fang, kirim salam kat Boboiboy ye~ " senyum pemuda india yang bertubuh tegap itu.
Fang tersengih " oi, dah habis waktu kerja pun. Takyah nak berencik- encik sangatlah ngan aku, dah tu sejak bila pulak aku jadi postman kau nak kirim- kirim segala ni? Masuk la sekali. Aku rasa korang pun dah lama tak jumpa Boboiboy kan? "
Korang yang dimaksudkan oleh Fang ialah, Gopal, Yaya & Ying. Mereka selalu pulang mengggunakan kenderaan yang sama. Untuk langkah keselamatan katanya. Kalau kena serang masa balik, takderla terketar- ketar nak panggil back up. Lagipun sejak nama Fang terkenal dan disebut- sebut di antara ketua mafia di seluruh pelusuk Asia Tenggara. Tak mustahil kalau nyawanya sentiasa diancam bahaya.
" banyak la kau nak masuk- masuk sekali. Dahlah lewat ni, kau pulak nak kasi anak dara balik lewat- lewat camni " jawab Yaya yang berada di belakang Gopal. Ying juga mengangguk tanda setuju. " yelah, lagipun dah lewat sangat dah ni. Esok kita ada meeting dengan Famiglia Vongola & Varia kan? ".
Fang berkerut, dia bukan apa. Dia okay lagi kalau berurusan dengan Vongola… tapi ni dah masuk sekali ngan Varia. Hisy… " kau dah uruskan sniper tu kan? " tiba- tiba suasana mula menjadi tegang. Ying mengangguk, Yaya tersenyum sinis " Darling, you don't need to be worried. I already take care of it with Halilintar. If anything go wrong during the meeting, Halilintar will make sure no one gets away from his radar ".
"Lagi satu… ketatkan kawalan kat Boboiboy esok. Aku tak naklah perkara yang sama berulang", perkara yang sama berulang ialah apabila Boboiboy diculik oleh rival Fang.
Gopal mendengus "Pisang takkan berbuah dua kali, aku takkan gagal kali ini.", dan saudara saudari sekalian tahu bagaimana penculikkan tu boleh berlaku. Satu jer jawapan… Gopal la yang cuai sangat buat kerja.
"hurm… ye la tu. Jangan benda sama jadi balik sudah. Okaylah aku naik atas dulu. Korang apa- apa hal call. Jangan sampai benda dah jadi lahanat korang baru nak datang menangis- nagis kat aku" gelak Fang. Ying dah bercekak pinggang dah " hah memang. Kitaorang memang nak tunggu jer ada orang datang bunuh kau, baru call kau." Fang tergelak besar lagi. Ying tu cakap jer lebih, tapi dia jugak super overprotective if anything go wrong. Takkannya Fang tu senang- senang nak diserang hendap.
" eah, dah- dah. Jomlah balik. Selamat malam Boss! " Yaya segera menghentikan mereka berdua. Yela sebelum perang dunia ke- 3 meletus.
Fang mengangguk dan berlalu sebelum memeberikan lambaian selamat tinggal pada mereka bertiga. Selepas memastikan Tuan mereka masuk dengan selamat di dalam bangunan Palm Woods, mereka bertiga mengangguk tanda senang tiada sebarang serangan hendap yang dilancarkan ketika ini dan keselamatan boss mereka terjamin. Gopal masuk semula ke dalam Limousine dan menyuruh pemandu beredar meninggalkan perkarangan Palm Woods.
Bukan Boboiboy sahaja yang memerlukan perlindungan daripada mereka bertiga ketika ini. Dan jika apa- apa yang terjadi pada Fang juga… mereka harus berhadapan dengan ketua yang lebih menakutkan untuk menjelaskan apa yang terjadi. Oh my~ mereka dah semestinya mahu mengelakkan dari hal itu terjadi.
Manakala Fang pula...
Berada di hadapan rumahnya sendiri tetapi dengan wajah yang agak gelisah...entah kenapa? Perlahan dia menekan Loceng pintu dan membuka pintu...
When I opened the door my wife was on the ground
A kitchen knife stuck in her back
The floor was covered with blood
Some other person might have fainted from the sight
Kalau dahulu ketika mula2 Boboiboy membuat prank dengan pisau tertusuk di belakangnya dan terbaring di depan muka pintu dengan lantai yang turut dibasahi dengan darah, Dia hampir- hampir jadi gila. Fang betul- betul la ingat musuh dia yang mana pulak ni yang berani sangat sampai datang rumah dia dan bunuh Boboiboy.
Memang dia sumpah, dia akan tembak saper- saper jer lahanat yang masuk dalam rumah dia masa tu. Beretta 9mm dah siap siaga di tangannya. Safety off dan jari telunjukkan berada kemas di picu.
Masa tu, bertapa hancurnya hati dia bila tengok darah yang membuak- buak mengalir di atas lantai, dan dia menolak untuk meletakkan Boboiboy terus di atas lantai. Dia tak perduli jika sut armaninya kotor dengan darah. Kerana itu adalah darah Boboiboy. Dia hanya mampu membiarkan Boboiboy terbaring lena dalam pangkuannya. Dan ketika dia cuba mencapai telefon bimbitnya untuk menelefon ambulans dan Ying, Boboiboy bangun dengan wajah ceria dan tak bersalah langsung sambil ketawa " hahaha! Awak dah terkena ".
Mula- mula dia terkena tu memanglah ada rasa bangang jugak. Ada jugak dia terasa macam nak tergelak, nak nagis pun ada. Tapi lama- kelamaan dia tahu...ni semua prank Boboiboy jer...Dan dia dah terbiasa.
Flashback off, secara animated Fang menghapuskan recapnya. Dan membuka pintu rumahnya. Dan dia melihat…
Fang sweatdrop dan tersenyum keletihan, Dia duduk berjongkok di tepi 'mayat' Boboiboy "hari ni awak berlakon mati dengan gergaji tersekat kat leher awak ye?"
Boboiboy tersengih nakal tetapi masih belum bangun dari keadaannya yang meniarap di atas lantai.
Fang mengeluh lagi, dia pun tak tahu ni yang dah ke berapa dia mengeluh. "haih... kalaulah jiran- jiran kita nampak ni... mesti diorang boleh pengsan terus!"
Ketika itu Boboiboy mendongak " tapi kita dah pun hantar hospital sorang kan?"
Fang mengimbas kembali dan kemudiannya dia menunduk, seluruh bahunya menggeletar kemudian ketawanya meledak. Kali ini, Boboiboy juga ikut serta dan mereka berdua menjawab serentak "Taufan!"
Flashback~
"Boboiboy! Boboiboy! Ada kat rumah tak?! Taufan datang ni!"
Taufan mencebikkan mukanya apabila panggilannya dari luar tak berjawab kemudian dia membuka pintu... dan malangnya... dia ternampak...
Boboiboy terbaring di lantai dengan kapak tertusuk di kepalanya. Dan dengan darah palsu yang Boboiboy dengan imaginasi kreatifnya cipta, dia sengaja menulis dengan jarinya di lantai 'Tolong saya'.
Taufan dah ternampak benda yang tak sepatutnya dia nampak, Haruslah trauma seumur hidup dia lepas ni. Menjerit Horror, "Argh! Tolong! Boboiboy dah kena bunuh!"
Taufan dengan wajah yang pucat dan terkejut hingga akhirnya jatuh pengsan, kemudian tak pasal- pasal pula Boboiboy yang menjadi panik mengangkat Taufan ke keretanya dan menghantarnya ke hospital.
Berpeluh- peluh Boboiboy masa tu, sambil tak henti- henti meminta maaf. "Huhuhu, maafkan aku Taufan. Aku tak sengaja~ jangan kau ada lemah jantung sudah!"
Apabila sampai di hospital, Dengan muka yang selamba (dia tak ingat nak cabut kapak dekat kepalanya) dia ke counter dan mendaftarkan nama Taufan .mahu tak menjerit semua orang kat hospital tengok keadaan Boboiboy macam tu. Akibatnya, dari mesyuarat penting terpaksa ditinggalkan oleh Fang untuk pergi meredakan kekecohan di hospital.
Ending Flashback~
Boboiboy ketawa tersipu- sipu, dia menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil blushing. "Hehehe, sebenarnya saya lebih takutkan Halilintar masa tu."
Ketika itu Fang sudah duduk bersila di tepi Boboiboy sambil mengenangkan prank yang ternyata Backfire pada pemuda bersikap keanak- anakkan ini. "Mahu taknya, saya ingat awak yang kenapa- kenapa masa dapat call dari hospital, (kebetulan on Loud speaker) masa dapat tahu Taufan yang kena masuk hospital. Halilintar yang stopkan meeting dan heret saya ngan yang lain keluar dari bilik mesyuarat. Pfft! Muka dia masa tu- kalau awak ada, priceless! Tahu tak siapa yang drive masa tu? Halilintar! Tak silap saya 3 red light dia langgar pastu last sekali kena kejar dengan polis peronda!"
Boboiboy terkekeh geli, bukan itu sahaja. The whole hectic day ended up with Halilintar glaring daggers at him dan Fang menguruskan polis- polis peronda tersebut. Dan konklusinya, Taufan mendapat demam selama seminggu kerana shock dan disebabkan, Fang mendapat ugutan bersenjata panahan keris petir dari Halilintar, Fang memberinya cuti untuk Halilintar menjaga Taufan di rumah.
Dan pada hari itu juga, Halilintar minta doctor untuk discharge Taufan lebih awal dan membawanya pulang ke rumah. Tanpa bantuan wheelchair, Halilintar mendukung Taufan dengan Bridal style. Ketika itu, Boboiboy melihat kelembutan Halilintar mengurus Taufan terselah. Sejujurnya dia merasa sedikit cemburu.
Fang melihat di sekitarnya, banyak betul darah yang berselerak " haih, banyak betul darah yang awak gunakan kali ini ya? Mesti ambil masa yang lama untuk cuci lantai ni", Boboiboy tersengih sambil bersweatdrop "maaf, nanti saya tolong awak cuci ya?".
