Hello, semua! Aku ada cerita baru, tajuk Aku berkawan seorang gadis. Ha! Di sini aku buat bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Melayu Brunei. I'm not joking ada bahasa Brunei but sikitlah, secubit ja perkataan.

Warning: Boboiboy Hakcipta/copyright Monsta.

Read, enjoy and don't mind review!

Chapter 1

2 Januari 2017,

Hari itu adalah cuti terakhir bagi pelajar-pelajar sebelum esok hari pertama sekolah pada tahun itu. Kebanyakan pelajar tengah membeli barang sekolah dan ada yang sedang menghabiskan cuti terakhir ini dengan sebaiknya.

Tetapi, bagi hari ini adalah hari yang mengerikan kata seseorang. Ini disebabkan ibunya memberi berita buruk baginya. Dia terpaksa menghabiskan tahun sekolah menengah terakhirnya di sekolah baru dan di negeri lain.

"TAPI MAK! API TAK MAHU KE SEKOLAH DI SEKOLAH BARU!" Jerit remaja lelaki berumur 17 tahun yang hampir didengar oleh seluruh kampung.

"Api, kau perlu pergi ke sekolah tu." Kata si ibu.

"Mak." Degil si anak.

"Sudah Api. Jangan membantah. Kau tetap akan pergi ke sekolah tu." Kata si ayah.

"Baiklah. TETAPI KENAPA DI BRUNEI?!" Jerit Api lagi. Kini, hampir mentulikan telinga ibu bapanya.

"Jangan jerit! Tuli telinga mak ni nanti." Marah si ibu yang tiba-tiba mencuba untuk menghampas anaknya yang degil ini. Dengannya takut Api meyembunyi di belakang sofa di mana ayahnya sedang duduk.

"Mak ni janganlah nak menghampas Api ni." Ucap si Api merajuk dibelakang sofa.

"Sudahlah sayang jangan marah si Api itu. Dia itu cuma terkejut kerana kami beritahu dia tiba-tiba." Ujar si ayah mengebelahi si anak.

"Jangan mengebelahi dia, abang. Dia tu anak yang degil." Kata si ibu yang kini dia juga merajuk.

"Tetapi betulkan? Lagipun ini salah kami tidak beritahu dia awal yang kami akan hantar dia ke Brunei dan belajar di sana." Jelas si ayah.

"Kenapa di Brunei, ayah?" Tanya si anak lagi dan kini dia keluar dari tempat sembunyinya dan duduk di sebelah ayahnya.

"Itu kerana mak dan ayah tak lama lagi pergi overseas nak mengurus pekerjaan. Mak kau pun sama juga. Kebetulan." Jawap si ayah dan mengusap kepala anaknya.

"Kami tak mahu kamu tinggal keseorangan kerana nanti kamu buat pekara yang tak elok." Sambung si ayah.

"Ada fikir Api nak buat pekara yang tak elok? Baiklah, aku akan pergi. Di mana harus aku tinggal?" Tanya si anak yang mula bermain memanja-manjaan seperti kucing kepada si ayah. Si ayah pula merasa geli dengan manjaan anaknya itu.

"Kamu akan tinggal bersama adik ayah. Dia akan mengambil kamu dari airport. Jika susah mencari dia ingatkan saja muka ayah yang handsome ni. Kerana kami berdua adik-beradik kembar." Jelas si ayah lagi yang sedang membanggakan diri sendiri. Semua orang yang di dalam bilik itu mula sweatdrop.

.

.

Chap 1, Aku berkawan seorang gadis

.

.

3 Januari 2017,

Di suatu tempat di Brunei Darussalam, seorang remaja perempuan berumur 17 tahun sedang nyenyak tidurnya di katilnya. Lonceng handphonenya yang diletak di atas meja bersebelahan dengan katilnya mula berdering menunjukan masa pukul 5:00 pagi dan ia telah menggangu tidurnya.

Perempuan itu pun bangun dengan hati yang marah. Dia mengambil handphone dia dan melihat waktu.

"Apasal aku set alarm ku pukul 5 ah?! Kacau ku tidur je." Marah dirinya sendiri. Tiba-tiba dia terdengar suara ibunya dari bawah.

"Hanna bangun! Sekolah!"

"Lah~ Mak awal jua masih ni. *Inda* boleh aku tidur balik ke?" Alasan Hanna.

"Inda boleh!"

"Ish!" Marah Hanna. Dia baring balik dan menutup mukanya dengan selimut, tidak pedulikan kata ibunya.

"Jangan *limpang* balik! Mak tau tu!" Jerit ibunya lagi. Hanna pun bangun dan mengalah.

Setelah selesai pertengkahan itu, Hanna terus mengambil tualanya yang tergantung di kepala katil dan pergi ke bilik mandi. Kemudian, dia sembahyang subuh dan memakai pakaian seragam sekolah. Masa sudah pukul 5.30, Hanna turun ke lantai bawah terus ke dapur di mana ibu dan ayahnya berada.

"Hai~ Bangun dah anak ayah ni? Pagi-pagi buta pun marah. Ari ani kan ari pertama sekolah. Sepatutnya teruja." Kata panjang lebarnya si ayah setelah nampak anak satunya telah turun.

"Bukan apa ayah. Hanna akhir tidur semalam. Atu lah Hanna marah tadi. Hehehe." Kata Hanna, sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Sudahlah. Mari makan sarapan." Ujar si ibu yang membawa nasi goreng ke meja makan.

Selepas keluarga itu makan sarapan, si ayah menghantar si anak ke sekolah manakala si ibu bersiapkan dirinya untuk berkerja.

.

.

.

.

Balik kepada Api,

Api telah sampai ke lapangan terbang bersama keluarganya. Hampir tinggal sejam 30 minit sebelum penerbangan si anak ke Brunei Darussalam. Api pun pergi check in dia punya penerbangan dan dibawa periksa bag-bag dia sebelum pergi. Selepas beberapa minit, akhirnya pekara itu selesai. Sekarang, Api sedang menunggu panggilan penerbangannya dari pembesar suara.

"Kirim salam kepada pakcik mu ya?" Kata si ayah yang sedang mengusap kepala anaknya.

"Baik, ayah. Siapa namanya?" Tanya anak yang bertopi jingga.

"Ai? Ayah kamu tak beritahu ke?" Hairan si ibu yang berada di sisi Api sedang memegang bahu si anak.

"Eh? Lupa. Nama pakcik mu adalah Hazwan." Cakap ayah Api, menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Wah~ Hampir sama dengan nama ayah, 'Hazman'" Kata Api. Tiba-tiba mereka dengar panggilan dari pembesar suara yang memberitahu bahawa penerbangan Api tidak lama akan pergi.

"Mak, ayah flight aku kena panggil. Api pergi dulu ya." Kata Api lagi dan dia bersalam dengan ibu bapanya. Selepas itu mereka pun berpeluk.

"Hati-hati ya!" Jerit si ibu kepada si anak yang kini telah jauh dari mereka.

"Baik! Mak, ayah juga sama hati-hati!" Jerit si anak balik.

"Baiklah! Kami sayang kamu! Assalamualaikum!" Jerit si ayah pula.

"Waalaikumsalam! Api sayang juga!" Jerit si anak lagi dan perginya dia sehingga ibu bapanya tidak dapat dilihat lagi.

~TBC

Terima kasih baca ff ni. I'll be back with chapter 2. Sorry if ada salah ejaan, tatabahasa dan bahasa tunggang terbalik.

Oh ya, sebelum ku akhiri chapter 1 ni. Aku membuat Api dalam cerita ini seorang yang manja, comel, ceria.

Kalau pasal Api punya short temper, mungkin tidak ku tampilkan, tetapi manalah tahu aku akan tukar. Hmm... apa pendapat kamu? Nak aku jadikan Api seorang yang cepat marah atau tidak? If nak jawap sila review aku. If tak ada, tak apa.

Hanna di sini adalah OC ku, bukan Yaya. Hanna seorang yang comel dan ceria juga, tetapi dia short temper.

See ya!

Angin Taufan