Hai! Apa kabar semua reader? saya muncul kembali dengan fic baru yang agak berat, bertemakan dark fic dan depresi. Fic ini mengandungi rape dan jenayah pembunuhan, namun masih ada sisi romantik. Jika tidak menyukai fic sejenis ini, tak perlulah baca, okay?

/

Selepas kematian ibubapanya, Boboiboy terpaksa berpindah sekolah dan tinggal di kampung datuknya Tok Aba di Pulau Rintis. Di sana, Boboiboy cuba menyesuaikan diri dan beramah mesra dengan penduduk kampung di situ.

Boboiboy diterima ramai dan mula berkawan rapat dengan Yaya dan Ying, duo gadis paling pintar di kelas yang baru di dudukinya, Tingkatan 2 mawar. Namun Boboiboy menyedari masih ada seseorang lagi di dalam kelas yang dia belum berbual mesra.

Seorang pemuda bernama Fang.

Fang pemuda penyendiri yang sentiasa duduk di hujung kelas, tidak pernah Boboiboy lihat ada rakan-rakan sekelas lain yang mahu berbual dengannya, malah kelihatan cuba menjauhi diri dari Fang, selama sudah 3 minggu dia menduduki kelas itu.

Pemuda berambut biru keunguan serta berkaca mata biru cerah itu sering dilihat mempunyai luka-luka di bahagian muka dan lengan. Yang membuat Boboiboy bertambah sedih, tiada siapa di antara mereka yang mengambil berat atau mahu bertanya pada Fang tentang luka-luka itu. Lagi bertambah membingungkan, kedua teman rapat barunya, Yaya dan Ying menegah Boboiboy untuk mendekati Fang.

"Boboiboy, lebih baik awak jangan berkawan dengan dia, Fang tu seorang yang merbahaya!" ucap Ying dengan tegas.

"Betul tu. ada sekali tu masa mula-mula dulu pernah seorang senior tingkatan 5 kena belasah separuh mati dengan dia." tambah Yaya cuba meyakinkan Boboiboy.

"Kalau tak silap, diorang bergaduh sebabkan girlfren senior tu nak break up pasal dia dah suka kat Fang kan?" soal Ying memandang ke arah Yaya. Yaya mengangguk.

"yang tambah pelik lagi, 3 hari selepas kejadian tu, senior tingkatan 5 dan girlfren dia terus menghilang tanpa kabar begitu saja." jelas Yaya lagi.

Ying mendekatkan bibirnya ke telinga Boboiboy. "Ada orang cakap, Fang la yang dah bunuh diorang berdua tu."

Boboiboy terkedu mendengar bisikan Ying, hampir tak percaya dengan apa yang didengar dari rakannya yang berketurunan cina. Boboiboy membantah dan tidak menyetujui penilaian Yaya dan Ying terhadap Fang.

"Tapi..! korang tak ada bukti nak tuduh dia yang buat! tergamak korang cakap macam tu pasal dia!" Boboiboy bangun meninggikan suara, seluruh rakan sekelas memandang Boboiboy.

"Ish kau ni Boboiboy! cakap tu pelan la sikit." tegur Yaya. Boboiboy tersipu malu meminta maaf.

"sori. aku nak duduk tempat aku balik la Yaya, Ying."

Kebetulan Fang baru kembali ke kelas sementara waktu rehat hampir tamat. Kedua Fang dan Boboiboy berselisih dan berlanggar bahu sewaktu mahu ke tempat duduk masing-masing. Boboiboy mengucap minta maaf namun Fang langsung tidak mengambil kisah. Boboiboy sempat terpandang ke arah hujung lengan baju Fang di sebelah kanan.

Ada kesan darah yang agak banyak.

Namun masih tiada siapa yang ambil peduli. Seolah-olah ianya perkara biasa. Terdetik dalam hati Boboiboy untuk tetap cuba mengenali dan memahami pemuda yang bernama Fang ini.

===bersambung...===

sejujurnya, saya hilang inspirasi untuk menyambung kedua fic saya tu 'This unrequited feeling for you' dan 'Thorn Love'. jadi menulis fic ni adalah satu inisiatif saya untuk menaikkan semangat. Tambahan kebelakangan ni saya banyak membaca fic triller. Rating fic ni sebenarnya lebih sesuai untuk reader 15 tahun ke atas sahaja. lagi-lagi untuk chapter akan datang.

Silalah komen atau kritik yang membantu ya?