Di sebuah rumah yang agak sunyi, Edmund duduk bersendirian tanpa arah tuju. Dia perlu tinggal bersama keluarga Eustace sementara Peter dan Susan berada di University dan Lucy pula berada dibawah jagaan Atuknya.

Sebaik sahaja pulang dari sekolah, Edmund akan terkurung dalam biliknya. Puas Eustace, sepupunya memujuk untuk keluar dan bermain dengannya, tetapi tidak juga Edmund mahu. Padanya, dia sudah pun besar. Dia inginkan kebebasan.

Keluarga sepupunya pula tidak membenarkan Edmund keluar dan pulang sesuka hati. Tambahan pula, ibu bapa Eustace tidak berapa sukakan keluarga Edmund. Memberi Edmund menumpang dirumahnya juga sebenarnya adalah dengan pujukan anaknya sendiri. Jika tidak, tentu mereka tidak mahu anak itu tinggal bersama mereka.

Edmund termenung memandang siling dibiliknya. Dia teringatkan Narnia, iaitu kerjaan yang pernah menjadi dibawah pemerintahan dia dan adik beradiknya yang lain. Dia teringatkan Aslan, si singa yang susah benar ingin dijumpa. Dia sangat rindukan Peter iaitu abangnya, Susan yang merupakan kakaknya dan Lucy si adik kecil yang comel.

Secara tidak langsung, dia terpandang sebuah lukisan di dinding bilik itu. Lukisan itu memaparkan sebuah hutan yang dipenuhi oleh bunga yany cantik.

"cantik. Aku nak ke sana"

kata Edmund sambil merenung lama lukisan itu, kemudian dia melelapkan mata sambil menarik nafas sedalam-dalamnya.

Entah kenapa di telinganya kedengaran bunyi cengkerik yang kuat, tiupan angin dan burung yang bersiul merdu. Suasana mula terasa sunyi dan tenang. Dia sukakan itu. Dia membukakan mata dengan perlahan.

"Apa?!"