A/N: Teringin sahaja… saya lihat ramai yang buat dan saya x kisah untuk menulis dalam Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia atau English. 'No Truth, Just Dare!' adalah salah satu fic ditulis oleh seorang robot author yang tiada kaitan dengan cerita. 'No Truth, Just Dare!' is a fiction story written by a robot author that has no connection with the story. Sila tulis dare anda di reviews~
Boboiboy © Animonsta Studios.
Don't like, don't read it please. Ada shounen-ai di tahap masih boleh diterima.
Di sebuah tanah lapangan yang penuh dengan sampah di sekeliling, terdapat sekumpulan manusia (kecuali satu alien) sedang berjalan kearah satu alien berkepala kotak dan sebuah robot ungu. Kedua-dua memakai kostum bagai superhero, padahal mereka dua hanyalah villain tahap agak rendah. ("APA!?" "Bersabar, encik Boss!") Ketua kumpulan tersebut merupakan seorang anak lelaki yang memakai topi dinosaur berwarna oren, diikuti empat anak-anak lain; seorang budak perempuan bertudung merah jambu dengan goggle di atas kepalanya, seorang budak perempuan cina memakai cermin mata dan topi kuning, seorang budak lelaki hindu yang memakai headbanddan seorang budak lelaki(alien) cina yang berpakaian ungu bersama cermin mata ungu .
"Apa yang kamu nak, ha Adudu!? Panggil kitaorang di tengah-tengah padang ni pada awal-awal pagi!" cakap budak bernama Boboiboy.
"Entah, deh! Mata aku baru je nak terlelap tau! Tiba-tiba je panggil kitaorang, nak kena penumbuk ke? Hah!?" kata budak hindu bernama Gopal.
"Eh eh, bersabar~. Bukan korang yang panggil kita ke? Kitaorang pun datang sebab menerima panggilan kecemasan daripada korang!" kata robot bernama Probe.
"Eh! Bila pulak kitaorang panggil kamu? Bukan kamu yang panggil kitaorang ke?" kata budak perempuan berwarna merah jambu bernama Yaya.
"Apasal kitaorang nak jumpa korang semua? Ingat kita peminat kau ke? Hah?" kata alien bernama Adudu.
"Hm, apa-apa sahajalah. Nampaknya panggilan kali ini cuma palsu je. Jom balik! Lebih baik sambung tidur je." kata gadis cina bernama Ying.
"Dah! Jo- EH!? Apa kat atas tu!?" Semua memandang atas terlihat bayang-bayang sebuah kapal angkasa. Sebelum sesiapa sedar, kilauan cahaya terpancar daripada kapal tersebut dan menyerap mereka ke dalam kapal itu.
Boboiboy membuka matanya dan melihat sekeliling. Dia berasa amat berat di dada. Dia melihat ke bawah dan nampak Fang sedang baring di atasnya, pengsan dan tidak sedar diri. Boboiboy menolak Fang dengan lembut ke pahanya sebelum duduk dan mencari kelibat rakan-rakan yang lain. Dia melihat Ying dan Yaya sedang bersandar antara satu sama lain dan Gopal disebelah mereka terbaring begitu sahaja. Dibelakang Gopal pula nampak Probe dan Adudu yang sedang pengsan juga.
"Dimanakah kita ni?" Sebaik sahaja berkata begitu, cahaya mula memenuhi bilik tersebut. Boboiboy tutup matanya sebentar sebelum membuka dan nampak…
Sebuah pentas opera tidak berdinding yang besar dengan semua tempat duduk kosong sekeliling pentas bulat itu. Yang lain mula sedar selapas cahaya yang begitu menyinari membangunkan mereka.
"Dei! Kita dimana ni!?" Gopal terus bangun dan berlari berpusing-pusing kelilingi mereka.
"Ayo~ Gopal! Berhentilah! Nanti saya muntah, pening tengok kamuloh!" kata Ying yang sedang membantu Yaya untuk bangun.
"Encik Boss! Encik Boss! Kau tak apa-apa encik Boss!?" kata Probe sambil mengoyangkan badan Adudu dengan kuat.
"S-SUDAHLAH! KAU NAK AKU MUNTAH KE, HAH!?" kata Adudu.
"Hehe~ Maaf Encik Boss! Tapi kita dimana?" Semua melihat sekeliling mereka. Fang yang baru bangun, sedar yang dirinya sedang baring di atas peha Boboiboy. Dia cepat-cepat bangun dan tutup muka kemerahannya. 'Aduhai! Kenapa dengan aku ni!?'
Boboiboy yang tidak perasan akan perubahan Fang, berdiri dan melihat sekeliling. "Kita dimana ni?"
Tetiba, lagu orchestra yang kuat mula berbunyi di sekeliling mereka dan ternampak sebuah skrin komputer turun daripada atas. Semua melihat computer itu dengan muka keliru. Komputer tersebut berhenti dan skrin mukanya terpapar nombor.
'3,2,1-'
'Apa-'
"SELAMAT PAGI SEMUA! NAMA SAYA ROB DAN SAYA AKAN MENJADI HOST ANDA UNTUK~ 'NO TRUTH, JUST DARE!'" Bunyi tepuk tangan beramai-ramai didengari dan semua memandang sekeliling. Kerusi yang kelihatan kosong dari mula, telah dipenuhi dengan monitor komputer dimana terpapar di skrin komputer-komputer tersebut adalah muka-muka berbagai jenis makhluk yang tidak dikenali, bukan manusia sahaja.
"Apa!?"
"Baiklah. Kepada semua para readers, tulislah segala jenis dare yang anda ingin kumpulan Boboiboy lakukan! Ingatlah bahawa mereka hanya mampu melakukan dare yang tahap dari K+ hingga ke T sahaja. Sesungguhnya yang tahap M akan ditolak serta-merta! Aksi shounen-ai juga dibenarkan sama ada antara ahli kumpulan, ahli elemental boboiboy atau kedua-dua sekali! ("Apa!?" Jerit Fang. Semua ahli lain melihat dia kerana mereka tidak mengerti maksud ayat tadi. Muka Fang sedang kemerah-merahan sangat.) Jadi janganlah malu-malu untuk menulis dare anda! Kita menanti penyertaan dare kamu semua readers~! Sekian, terima kasih."
Sebaik sahaja tamat, semua skrin komputer tertutup dan dewan menjadi gelap kecuali pentas tersebut. Semua memandang komputer yang berjalan ke arah mereka. Semua berasa bingung dan pelik akan computer tersebut. Malah, Bila dia ada kaki!?
"Selamat sejahtera! Nama saya ROB, pendek untuk robot! Saya ditugaskan untuk memastikan anda menjalankan semua dare yang akan diberi kepadamu nanti!" kata ROB.
"APA! Kenapa kita kena melakukan benda seperti ini!?" kata Fang. Yang lain juga angguk kepala. Kenapa pulak mereka kena melakukan ini.
"Bersabar. Kalian akan melakukan ini pun bukannya lama dan anda masih dibayar. Setahu saya, sekarang ini sekolah kalian sedang bercuti dua minggu, jadi kami akan menjalankan dare untuk mengisi masa korang sambil memuaskan kehendak fans Boboiboy." Kata ROB.
"Tetapi kita kena ke buat aksi shounen-ai itu!?" kata Fang dengan muka merah malu.
"Takpe, Encik Pang! Kita akan menyediakan ganjaran untuk anda selepas selesai acara ni! Dan anda tak perlu risau! Tiada aksi seperti *** atau bunuh dibenarkan. Cedera sikit mungkin boleh! Fluff lagi diterima!"
"Tetapi-" "Baiklah semua, berehatlah dulu di bilik disediakan! Bye bye~!" Beberapa lubang muncul dibawah mereka dan mereka jatuh dengan jeritan.
Fang hanya mampu menutp matanya sementara bandannya meluncur ke bawah, sebelum mendarat ke atas katil yang lembut. Dia membuka mata dan melihat biliknya yang bagaikan bilik hotel 4 bintang! Katil bersaiz queen berwarna putih dengan selimut dan alas berwarna cream serta langsir katil yang menghalang pandangannya daripada melihat seluruh bilik. Dia membuka langsir tersebut dan gasp! Bilik tidur dihiasi dengan warna cream dan light chocolate membuat dia berasa tenang. Sebuah meja study dan rak buku di sebelah bilik manakala terdapat sebuah rak almari kayu yang sangat cantik di sebelah lagi. Terdapat dua pintu di depan, salah satunya terbuka dan kelihatan sebuah tab mandi yang besar dan selesa dan tandas yang dihiasi dengan design yang begitu moden. Terdapat juga tiang penyangkut di sebelah pintu itu untuk menyangkut sesuatu. Fang hanya mampu melihat semuanya dengan terkejut. Semuanya terlalu mewah! Dia bagaikan seorang putera (Puteri. LoL) dengan semua kemewahan ni. Namun, sebelum dia sempat bangun, sebuah lubang tiba-tiba muncul di atas dan menjatuhkan seorang budak bernama Boboiboy, menyebabkan Fang sekali lagi terlompat atas katil. Fang cuba berhenti melompat dengan memengang selimut yang bergitu lembut, namun tidak berhasil.
Boboiboy berasa pening walaupun dia jatuh atas sesuatu yang lembut. Dia mengosok kepalanya dan membuka matanya untuk melihat sesuatu yang begitu… cantik. Fang sedang memegang selimut katil yang ditarik sampai menutup dadanya (walaupun dia masih dalam pakaian, LOL) dan belakangnya ditutupi langsir. Boboiboy tidak sangka bahawa rivalnya mampu kelihatan sangat… cute! (Dalam kepala Boboiboy: Gempa sedang melihat Fang dengan muka merah dan mata terbeliak. Api dan Air melihat juga dengan muka terkejut namun dengan muka berwarna biasa. Taufan sedang bersiul dengan penuh keminatan dan Halilintar hanya melihat dengan muka tanpa emosi.) Fang kelihatan kecil di atas katil dan selimut yang besar itu.
"Boboiboy! Apa?" Fang menjerit, muka agak merah (ni hanya membuat Boboiboy menjadi lebih malu!)
"Hehe~ Maaf, Fang. Kemungkinan kita kena kongsi bilik kot." Selepas Boboiboy cakap begitu, muka Fang menjadi lebih merah.
"APA!?" jerit Fang sekali lagi.
Bagaiman? Suka x? Please review secepat mungkin! Tangan saya x sabar nak menulis semua idea korang! Jumpa lagi~
