Fara Amidamaru(Fara+Shaman king fan fic)

Fara Spirit(Fara+Shaman king fan fic) Pertemuan

(Fanfic baru Blazing ,khas untuk peminat Fara Fauzana dan Shaman king,kisah yang penuh adventure ,kisah persahabatan dan penyiasatan huhu)

"Mari kita selesaikannya hari ini juga"Shana berdiri di hadapan Linda yang ketakutan "Fara,spirit posesion in skateboard!"

Serta merta semangat Fara menyatu dalam skateboard Shana,dan membentuk oversoul Fara "Come on Linda ,sekarang hutang 3 bulan lalu akan terlunas juga ."Shana meluru ke arah Linda dan...

(3 Bulan sebelumya)

"Huarrrghhh selamat pagi semua" Shana tersenyum pada sepupunya. "Ada berita best tak pagi ni?"

"Mungkin berita ni ada kaitan dengan kau" Zue mengambil surat khabar lalu diserahkan pada Shana lalu Shana membacanya

"PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR MATI MENGEJUT"

Shana membaca berita itu dari mula hingga ke akhir dan dia berasa terkejut

"Ini Fara ke yang mati tu?"

"Dialah,siapa lagi yang jadi penyampai radio wanita popular tu"

Shana menggeleng,dia terus masuk ke dalam biliknya dan dia merenung setiap gambar Fara yang dikumpulnya,tiba-tiba bulu romanya meremang,dia tahu ada roh berdekatan kerana sejak kecil dia memiliki kebolehan melihat roh

"Tak perlu sembunyi,keluarlah .Saya boleh nampak awak Fara"

Fara memunculkan dirinya di hadapan Shana,dia kelihatan sedih .Shana mengerti apa yang dilalui Fara

"Saya tak tahu apa yang berlaku,lepas saya makan kek tu terus saya tak ingat apa yang berlaku"

"Sebenarnya,awak dah mati Fara"

"Saya tak percaya"

Shana mengambil surat khabar lalu diletak atas mejanya dan Fara membacanya,seketika kemudian kelihatan dia menangis

"Saya dah mati?"

Shana mengangguk "Mulanya saya pun tak percaya tapi nampaknya berita ini tak menipu"

"Tapi,kenapa awak boleh nampak saya?"

"Saya ada kebolehan untuk melihat roh dari kecil,dan ianya diturunkan dari generasi ke generasi iaitu anak ke 3 dari keluarga kelima. Dalam keluarga,saya anak ketiga dari empat beradik"

Fara kelihatan kurang mengerti,Shana faham kebanyakan orang agak gerun dengan kebolehan yang dimilikinya.

"Saya mahu membantu awak mencari pembunuh awak tu,saya tahu kek yang dihantar pada awak tu adalah kek beracun,orang yang makan kek itu akan mati serta merta.Awak nak tahu siapa yang hantar kek itu dengan niat membunuh awak"

"Bagaimana awak ingin membantu saya?"

Shana tersenyum "Dengan spirit possesion,awak boleh gunakan badan saya untuk menyiasatsiapa yang membunuh awak dan atas arahan siapa"

"Boleh ke buat macam tu?"

"Awak mungkin tak faham tapi saya akan tunjukan,Fara spirit form"

Serta merta Fara bertukar ke bentuk bola semangat dan Shana mencapai bola semangat itu lalu dia memejamkan matanya

"Apa yang awak nak lakukan?"

"Spirit possesion!" Shana memasukan bola semangat itu ke tubuhnya dan Fara bersatu dengan Shana,dia dapat merasakan kekuatan semangat Shana

"Mari pergi"Shana bersuara

Shana yang dirasuk semangat Fara meluru keluar dari rumah dan menuju ke hospital tempat mayat Fara disimpan

"Cik,boleh saya tengok mayat Fara?"

"Awak siapa?"

"Saya sahabat Fara masa sekolah menengah"

"Tapi keluarganya dah tuntut mayat tu"

"Kita dah terlambat"Fara berkata pada Shana

"Tidak,belum lagi.Kita masih ada masa" Shana mengeluarkan skate boardnya dan meluncur ke rumah Fara

Suasana pilu menyelubungi kediaman keluarga Fara ,kedengan alunan bacaan yaasin sungguh menyayat hati. Shana turut terhenti dan menyedekahkan Al-fatihah buat Fara

"Akukan dalam tubuh kau"Fara mencelah

"Betul tapi orang lain tak tahu tentang ini"

Shana terus mendekati ibu Fara dan duduk di sebelahnya,Fara yang berada dalam tubuh Shana turut merasa terharu dengan keadaan ibunya

"Kalau kau nak cakap dengan ibu kau cakaplah"

"Boleh ke Shana?"

"Kau dalam tubuh aku kan ,kau boleh berkomunikasi dengan ibu kau guna tubuh aku"

"Thanks Shana"

Fara merapatkan diri dengan ibunya dan memegang tanganya.Puan Fauziah terkejut dengan tindakan itu

"Siapa awak?"

"Ibu,tak kenal ke.Ini anak ibu,Fara"

"Awak jangan nak bergurau ,anak saya dah mati"

"Memang Fara dah mati bu ,tapi Fara masih dapat berhubung dengan ibu menggunakan tubuh orang lain"

Puan Fauziah kurang mengerti

"Baiklah,siapa yang selalu hantar ibu ke pasar tiap-tiap hujung minggu?"

"Itu ialah Fara,tapi ia tak membuktikan apa-apa"

"Tapi apa yang pasti walau di mana Fara berada ,Fara tetap sayangkan ibu walau Fara kini hanya satu spirit"

Kini Puan Fauziah yakin yang berada di hadapanya adalah anaknya Fara walaupun secara semangatnya,kerana naluri keibuanya kuat menyatakan itu adalah Fara

"Fara tak nak peluk ibu ke?"

Fara meluru mendapatkan ibunya dan kedua beranak itu bertangisan sambil disaksikan oleh semua yang hadir ketika itu

"Fara,ibu rindukan Fara"

"Fara pun ,tapi kini dunia kita berlainan.Mungkin ini juga pertemuan kita yang terakhir,Fara minta ibu halalkan air susu ibu pada Fara dan juga maafkan lah segala kesalahan Fara sepanjang Fara hidup"

"Ibu dah lama ampunkan dosa Fara,ibu relakan juga pemergian Fara"

"Terima kasih ibu"

(Malam itu)

"Thanks Shana,aku terhutang budi dengan kau" Fara berkata pada Shana yang sedang menulis

"Jangan cakap macam tu kita kan kawan"

"Kau anggap aku kawan kau?" Fara bertanya

"Mesti la,dan sebagai kawan aku akan bantu kau menyiasat siapa yang membunuh kau,dan ini konspirasi siapa"

"Apa yang ada di fikiran kau?"

"Aku akan jumpa Rania dan tanya dia tentang kek yang dibuat untuk ulangtahun FFFC"

"Siapa Rania?"

"Nak tahu ,esok ikut aku pergi kedai dia"

"Huh?"

Kui,kui,kui lepas ni episod 2 (Rania bakery gurl)Read n review ea