Bumi. Planet ketiga di Sistem Suria ini dihuni oleh kehidupan dalam rupa yang berbeza, seperti manusia, binatang, dan tumbuhan. Tetapi, apa yang akan berlaku apabila Bumi mempunyai satu lagi dunia yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar yang dikurniakan kepada manusia dan sesetengah haiwan di planet biru itu?

Hanafi : Saya di mana.. ni?

Lelaki bernama Hanafi terpinga-pinga apabila dia berada di tempat yang dia sendiri dia tidak pernah lihat. Dia dapat lihat banyak kiub beterbangan dan beberapa menara yang diperbuat daripada banyak kiub yang disambungkan seperti permainan Lego ciptaan Mattel Incorporated di Amerika Syarikat.

Dengan rasa tertanya-tanya, Hanafi berjalan sekitar tempat itu tanpa tujuan. Telefon pintarnya yang dia bawa bersama langsung tidak dapat digunakan kerana langsung tidak ada isyarat untuk membuat panggilan di tempat itu. Tidak lama kemudian, dia melihat kelibat seseorang tidak jauh dari situ. Dia terus berlari mendekati kelibat itu.

Hanafi : Bro, nak tanya sikit boleh?

Semasa kelibat itu menampakkan wajahnya, Hanafi terkejut dan terus terlompat ke belakang. Selepas itu, dia menunjukkan wajah ketakutan. Mana tidaknya, kelibat itu berkepala kuda dan berbadan MANUSIA!

Hanafi : GYAARRGHH! RAKSASA!

Kuda : WARGHH! MANUSIA! TOLONG!

Hanafi : (menggaru kepala) Kalau saya manusia pun kenapa hah? Awak lagilah pelik, berkepala kuda pula tu!

Waktu itu juga, dua tombak mendarat di belakang Hanafi. Hanafi yang terkejut melihat tombak itu terus berlari secara terbalik dengan melaraskan dua kaki dia untuk lari dengan menjadikan belakang badan di hadapan makhluk misteri yang dia jumpa sebentar tadi.

Tidak lama kemudian, kali ini fikiran Hanafi mula menjadi serabut seperti mi goreng yang dihidangkan secara kelam-kabut. Mana tidaknya, dia dapat lihat kelibat berkepala ikan jerung dan singa pula!

Leo : Sela, tengok tu. Manusia!

Sela : (memandang Hanafi dengan tajam) Memang manusia aslilah, Leo. (memulakan perbualannya dengan Hanafi) Hei manusia, macam mana awak boleh berada di sini?

Leo : Ya. Siap buat ketua kami ketakutan pula tu!

Hanafi terus mengerutkan dahi sambil melihat 'orang' yang berbadan manusia dan mempunyai kepala kuda sebagai salah satu anggota badannya.

Hanafi : (ketawa) Dia ni.. ketua korang? Biar betul!

Sela yang mendengar kutukan daripada Hanafi itu terus mencabut tombak yang dia lontar ke tanah itu kemudian mensasarkannya ke tengkuk Hanafi sambil mendengus geram.

Sela : Apa kata awak berhenti kutuk ketua pengawal Jyuland dan beritahu macam mana awak berada di sini?

Hanafi : Ok, rilek ah. Sebenarnya, saya tak ingat. Kali terakhir benda yang saya tahu.. saya terbaring di atas padang berrumput. Lepas tu, saya terbaring dan tak ingat apa-apa lagi.

Orang berkepala kuda yang mendengar penjelasan daripada Hanafi mengenai cara dia berada di tempat misteri yang bernama Jyuland itu mula terpegun untuk seketika. Fikirannya seakan-akan mula menunjukkan semula akan sesuatu yang dia pernah lihat sebelum ini.

Ketua : Betul ke cerita awak ni?

Hanafi : Takkan saya tipu pula.

Ketua : (berfikir sejenak) Macam tu ya.. Sela dan Leo, bawa dia ke Bandar Jyuland. Ada benda saya nak jelaskan mengenai lelaki yang tak pandai nak kawal mulut dia ni.

Hanafi : (menarik telinga Ketua) Lelaki yang tak pandai nak kawal mulut, awak kata?

Ketua : Aduh, hentikanlah! Sela dan Leo, bawa dia cepat!

Sela dan Leo terus mengangkat Hanafi selepas mengangkat kambing golek yang sudah dibakar dengan secukup rasa. Sela memegang dua kaki Hanafi, manakala Leo pula memegang dua tangan manusia yang berada di Jyuland secara misteri itu.

Selepas Hanafi, Sela, dan Leo menghilang dari pandangan ketua berkepala kuda itu, dia terus mengalihkan tumpuannya ke langit Jyuland. Mulutnya mula terkumat-kamit mengatakan sesuatu dalam fikiran dia itu

Ketua : Bila manusia yang mempunyai 'kuasa istimewa' mula tiba di Jyuland dengan terbaring di atas padang suci, satu krisis akan berlaku antara dunia ni dan dunia tempat dia tinggal.

Apa yang Ketua kepada Kawalan di Jyuland itu maksudkan?