Pahit
.
.
.
"Kau lelaki tak guna! Kau tinggalkan aku dengan 'dia' di rumah ni, selepas tu mahu ceraikan aku? Dasar jantan tidak sedar diri!" Suara wanita berambut serabai itu memecahkan kesunyian banglo dua tingkat itu.
Sementara itu, 'dia' sedang mencuri dengar pergaduhan wanita itu disebalik pintu bilik ibunya. Ya, wanita itu adalah ibunya manakala lelaki itu adalah ayahnya.
"Hei! Dasar perempuan gila! Semenjak kita kahwin, kau tidak pernah bagitahu aku yang kau ada masalah mental. Dan sekarang aku nak ceraikan kau, kau cakap aku tak guna? Kau lah yang tak guna!. Harap muka saja cantik, tapi otak kau sinting!" Jerkah lelaki itu.
Disebabkan terlalu marah,wanita itu mengambil pisau lipat yang berada di atas meja soleknya lalu menikam dada lelaki tersebut. 'Dia' yang sejak tadi sedang mengintai dari pintu bilik itu terkejut bukan kepalang. Ibunya...ibunya sudah membunuh ayahnya?!
Baru sahaja 'dia' mahu beredar ke biliknya, tiba-tiba ibunya muncul dihadapannnya. Ibunya memandangnya dengan pandangan yang membengis.
"Ouh? Jadi kau nampak apa yang aku buat pada ayah KESAYANGAN kau?!" Kata ibunya sambil terseyum manis (?)lalu mencengkam tangan 'dia'. 'Dia' cuba melepaskan diri tetapi gagal. Tanpa membuang masa, ibunya mengambil pisau lipat yang digunakan tadi untuk menikam 'dia' tetapi-
Urkh.
Darah segar keluar melalui mulut dan dada ibunya manakala matanya pula terbelalak. 'Dia' menatap horror ibunya yang tidak bernyawa. Dia..telah membunuh ibunya tanpa sengaja kerana terlampau takut. Perlahan-lahan air mata membasahi pipinya.
"Isk isk..ibuuu, bangun ibuuu. Ayaaahhh, ayaaahh"
"Ayaahh,ibu dah tiada..ibu dah mati."
"Ibuu..isk..isk..isk.. ..hehe..haha..HAHAHAAHAHAHAHA"
Tbc or desc?
