Annyeohasaeyo, everybody! I'm Author Angin Taufan bringing New story here. Aku ada idea baru setelah aku melihat kisah benar seseorang kat tv but ff ini tidak sama sekali dengan apa aku lihat. Harap faham.

Perhatian: Watak Boboiboy dan Kawan-kawan adalah kepunyaan Pengarah Nizam Razak dari Monsta. Idea ff ini kepunyaan Author Angin Taufan.

Note: Bahasa Melayu bercampuran dengan Bahasa Brunei dan Bahasa Indonesia (Maybe)

Read, enjoy and don't mind to review


I Need You

Summary: Boboiboy merasa sepi setelah melihat kebahagiaan hidup kawan-kawannya. Lebih lagi apabila dia diserang oleh sesuatu yang amat mengelirukan.


Chapter 1

Chapter ini bermula di sebuah bilik. Keadaan ketika itu tidak bercahaya menyebabkan suasana menjadi dingin dan kesunyian telah memenuhi bilik itu. Hanya kedengaran sebuah tangisan iaitu sumber dari seorang sosok yang berada di salah satu sudut bilik itu. Dia sedang menulis sepatah sajak di sekeping kertas yang tercarik sambil memeluk kedua lututnya. Orang itu ialah Boboiboy, superhero kita.

I need you,

Ya, itulah perkataan yang sering di mindaku,

Hanya itu boleh mendapat kasih sayangmu,

Tetapi kau telah jauh daripada ku,

Adakah kamu perlu ku juga?

Itulah sajak yang ditulis olehnya.

Sudah satu minggu dia mula mengunci dirinya daripada dunianya. Tiada sesiapa pun yang menyedari perubahannya bahkan atoknya dan kawan terdekat, Ochobot. Mungkin kerana selalu menyembunyikan depresinya dengan sebuah senyuman palsu.

Sebuah keluhahan telah dilepaskan dari mulut Boboiboy, lalu teringat kisah bermulanya kesedihannya.

FLASHBACK ON

Waktu itu, Boboiboy sedang menuju ke kedai atoknya ingin menghilangkan rasa sunyi pada waktu itu. Kawasan itu sangat riuh-rendah kerana ramai pelanggan berkunjung untuk berlepak dan bersantai.

"Atok!" Panggil Boboiboy riang kepada lelaki tua yang sedang membancuh sesuatu di dalam kedainya. Dengan tidak senghaja dia telah mengejutkan atoknya dan membuatnya terjatuh ke lantai kedai.

"Atok! Ok ke?!" Tanya Boboiboy risau.

"Cucu atok rupanya. Fikir siapa. Jangan kejutkan atok begitu nanti dapat serangan jantung macam mana?" Kata Tok Aba yang sedang membersihkan debu di seluarnya.

"Sori tok. Atok free tak petang nanti? Atok mau bersiar-siar dengan Boboiboy? Boboiboy keseorangan hari ini." Tanya Boboiboy yang buntuh perhatian dari atoknya.

"Maaflah Boboiboy. Atok mungkin sibuk sampai petang." Jawap Tok Aba lalu meyambung kerjanya.

"..." Boboiboy pun pergi dari situ dengan perasaan kecewa. Dia cuba mencari sahabat robotnya, Ochobot pula. Dia mencari di merata tempat namun tidak jumpa. Sebuah suara tiba-tiba muncul di belakang telah membuat dia terlompat. Ternyata suara itu kepunyaan Ochobot. Ketika itu, dia memakai apron kecil yang diikat padanya dan memegang pen dan buku nota. Wajahnya pula berwajah hairan.

"Apa kau buat tu Boboiboy?" Tanya si robot kuning yang sejak tadi dia melihat kelakuan kawannya.

"Aku tengah cari kau tadi." Sahut Boboiboy terus.

"Ada apa cari aku?"

"Kau nak bersiar-siar atau main game sama aku?" Tanya Boboiboy sebagai jawapan.

"Maaf Boboiboy. Aku sibuk tolong Tok Aba ni."

"Ye ke? Tak pa lah. Aku pergi dulu." Kata Boboiboy dengan nada kecewa lalu pergi entah kemana.

"Maaf ya Boboiboy." Ucap Ochobot.

.

.

.

.

Sekarang, Boboiboy berada di depan rumah. Sebelum dia membuka pintu dia mendengar suara yang familiar di sebelah rumah jirannya. Dia menoleh ke rumah jirannya dan melihat seorang perempuan yang bertudung merah jambu sedang menggendong adiknya. Mereka kelihatan sungguh gembira. Dengan perasaan ingin tahu, Boboiboy mendekati perempuan itu.

"Hai, Yaya. Apasal kamu kelihatan ceria ni?" Tanya Boboiboy kepada perempuan bernama Yaya.

"Hai, Boboiboy. Kami sekeluarga nak keluar beli belah ni. Itulah kami gembira sangat ni." Jawap Yaya spontan.

Ibu bapa Yaya pun muncul di depan mereka dan menyuruh Yaya dan adiknya masuk ke kereta mereka. Mereka terus pergi meninggalkan Boboiboy tanpa sepatah kata pun.

Sekali lagi, diri Bobiboy merasa kecewa. Ditambah lagi dengan perasaan cemburu. 'Sungguh seronok sekali dia dapat meluangkan masa dengan mereka. Tapi aku tak.' Bisik Boboiboy.

Dia melangkah ke tempat lain tetapi dia bukan nak ke rumah malah ke pantai. Kemungkinnan pantai boleh mengubati hatinya yang rindu.

Tetapi ternyata salah.

Sebaik saja dia mengejak kakinya di sana, dia nampak seorang yang dia kenal bersama seseorang lagi yang tua. Perempuan yang dia kenal ialah Ying dan bersamanya ialah neneknya. Mereka tengah berseronok berkelah.

Sekali lagi hati Boboiboy berasa cemburu dan kali ini mukanya mula memanas oleh air mata yang mengalir. Dengan itu, dia pergi dari situ.

.

.

.

.

Semasa Boboiboy nak pulang ke rumah dia terserempak sebuah rumah yang dikenali tempat tinggal kawan baiknya, Gopal. 'Apakah dia tak sibuk hari ini?' Bisik hatinya yang penuh berharap.

Dia berlari menuju ke rumah itu, tetapi terhenti saat dia melihat Gopal dan ibu bapanya sedang berbarbeku di luar halaman rumah mereka.

Oh sungguh terseksa Boboiboy hari ini.

Dia terus melintasi rumah itu dan berharap agar tidak ada lagi yang boleh melukakan hatinya.

Sekali lagi harapannya hancur.

Dia nampak sebuah kapal angkasa yang merupai pepatung tiba berhenti di depannya. Siapakah kepunyaan kapal angkasa itu? Itu adalah kepunyaan Kapten Kaizo.

Ada cahaya laser telah muncul dari kapal angkasa tersebut dan ada seseorang mula melayang turun ke bumi di hadapan Boboiboy. Orang itu berambut ungu dan berkaca mata. Ya, orang itu ialah Fang.

"Apa kau buat di sini? Dan apasal kau di kapal angkasa kapten Kaizo?" Tanya Boboiboy apabila Fang mendekatinya.

"Aku nak berikan buku nota ni kepada kau. Bukan kau minta semalam, bukan?" Jawap Fang.

"Kan boleh jika di rumah ku."

"Ya. Tapi semasa aku ke sana kau tak ada. Dan ternyata kau di sini jadi aku terus berikan."

"Kau nak ke mana ni?" Tanya Boboiboy kepada topik baru.

"Aku, Kaizo dan Lahap nak pergi merantau ke tempat lain sekejap. Akhirnya juga aku dapat meluangkan masa bersamanya. Jadi aku nak pergi ni. Bye!" Jawap Fang dan terus naik ke kapal angkasa itu.

Boboiboy cuma melihat kapal angkasa itu pergi sambil membasahi mukanya. Dia tidak dapat lagi menahan dirinya. Dirinya merasa sunyi, rindu dan cemburu. Semua di sekelilingnya tengah bergembira kecuali dia seorang sahaja bersedih. Dia terus lari ke rumah tanpa melihat lagi suasananya yang penuh kegembiraan itu.

END OF FLASHBACK

Setelah itu, air matanya mula menjatuh deras ke pipinya dan membasahi dadanya. Dia sudah tidak sanggup melihat kebahagian mereka yang sangat berbeza daripadanya. Dia ingin juga kebahagian itu tetapi dia tidak mampu buat apa. Dia berada dalam kesunyian. Ya, sesunyian. Tiada kasih sayang yang dapat menghangatkan dirinya, hanya kegelapan yang dingin mengisi dirinya.

Sekarang, pekara yang dia inginkan adalah bersama mereka. Walaupun dia mempunyai atok yang penyayang dan robot sebagai sahabat karib, dia tetap dalam kesunyian. Ada satu perkataan yang selalu bermain di mindanya iaitu perkataan, 'I need you.' Ya, dia perlukan ibubapanya.

Sebuah suara yang familiar telah kedengaran dari lantai bawah iaitu suara Ochobot. Dia menyuruh Boboiboy untuk turun dan menolong dia di kedai koko Tok Aba. Boboiboy pun bergerak dari posisi duduknya dan berdiri.

Dengan tidak di sangka, kepalanya mula menjadi berat dan pandangan pun menjadi kabur. Dia segera duduk di kerusi yang berhampiran denganya, cuba sedaya upaya agar dirinya tidak pengsan. Apabila peningnya semakin pudar, satu soalan muncul di mindanya. 'Kenapa tiba-tiba merasa pening ni? Ini bukan yang pertama malah yang ke lima minggu ini.'

Tetapi, dia abaikan peningnya itu sebagai pening biasa. Dia pun bangkit semula dan pergi keluar dari biliknya. Sebenarnya dia tidak tahu bahawa pekara se'simple' itu boleh menimbulkan masalah yang besar iaitu penyakit syndrome.

~TBC


Chapter ini pasal kesedihannya Boboiboy. Cuba teka apa dia penyakit syndrome. If ada salah ejaan, tatabahsa dan bahasa tunggang terbalik just ignore ja.

Pasal ff yang lain, sabar. It's in progress, but for ff *Marah* and *The inspiration of Boboiboy which one makes me happy?* belum ku dapat buat. Don't ask why. Sorry but good news I'm not discontinue that ff. So just wait. Miian.

Jika rasa ff ni rasa curious, don't mind waiting for it. If mau kan review, review. If nak men*fav* or men*follow* sila aja. Semua itu buat ku senang. Terima kasih. Bye!