PROLOG
Hinata POV:
"You're a monster! " suara pekikanku bergema diseluruh ruang kamar yang sempit dan malap pencahayaannya, dimana aku dikurung dan diikat. Pekikanku itu ditujukan kepada jejaka yang berdiri angkuh dihadapanku sejauh lima langkah dengan tangan yang bersilang didepan dada sambil bibirnya membentuk seringai mengerikan.
Matanya yang berwarna hitam bagaikan gelapnya malam tanpa cahaya bulan itu berubah warna merah, semerah darah segar yang mengalir didalam tubuhnya. Tatapannya menajam seakan-akan mata pisau yang baru diasah, menatap mukaku yang dipenuhi keringat dingin. Kalaulah pandangan mata manusia boleh membunuh , gerenti pasti aku akan mati sekarang!
Seringai dibibirnya semakin melebar, menampakkan gigi-gigi taringnya yang semakin menajam dan memanjang. Ia terlihat sangat tajam, setajam pisau bedah. Dengan sekali sentak saja, gigi-gigi itu dengan senang akan terbenam kedalam kulit. Mengoyak dan mengunyah dengan rakus lalu menelan daging itu, mengisi perutnya yang lapar. Ouch! Bulu remangku berdiri tegak disekitar tengkuk apabila memikirkan tentangnya.
Kuku-kuku ditangan dan dikaki turut memanjang dan menajam. Kuku-kuku itu mungkin dapat memotong, merobek, membelah dan mencincang apa sahaja! Aku bergedik ngeri lalu undur kebelakang menggunakan kedua-dua kakiku untuk menolak punggungku kebelakang, cuba untuk menjauhinya sejauh yang mungkin. (A/N: Dia dalam posisi duduk dilantai.). Namun darahku berdesir bila punggungku menyentuh dengan dinding konkrit yang pejal, keras dan dingin.
Peluh mengalir hingga kedagu membentuk sungai kecil. Perasaan takut dan panik semakin mencengkam jiwa apabila mendengar nafas jejaka itu semakin tidak teratur, terengah-engah bagaikan pelari maraton, berat dan dalam. Dia seperti sedang menahan kesakitan yang teramat sangat. Terdetik hati ini mahu mendekatinya tetapi melihat seringai mengerikan masih lekat diwajahnya, terus aku buang hasrat itu disudut hatiku yang paling dalam.
Betapa sekarang ini aku betul-betul ingin menyelamatkan diri. Berlari menjauhi sejauh-jauhnya lalu menyorok ditempat yang paling terpencil dimana dia tidak akan pernah menjumpai sampai bila-bila! Hmm... daripada aku menyorok lebih aku cuba berdamai dengannya. Tapi melihatkan lidahnya yang terjelir keluar sambil disudut bibirnya sudah bertitis-titis air liur yang keluar dan pandangan mata yang lapar memandangku seperti aku ni seketul daging tapi secara teknikalnya memanglah aku ini ada daging tapi manusia mana boleh makan sesama manusia! Kecualilah kalau berada dalam keadaan darurat. Tetapi sekarang ini bukannya keadaan yang darurat pun dan dia juga bukanlah manusia sepenuhnya! Memang sahlah rancangan aku yang ini akan gagal.
Hah, rancangan baru! Aku akan berpura-pura pengsan dan dia akan lepaskan aku kerana anggap aku sudah mati... tidak! Tidak! Tidak! Belum sempat aku buka mata, sudah tentu separuh dari badanku sudah dikunyahnya dengan rakus! Lagipun ianya juga memudahkannya untuk memakanku kalau aku tidak bergerak! Oh, kenapalah aku tidak boleh berfikir dengan waras sekarang! Kalau macam ni tamatlah riwayat aku!
Aku tersentak dari duniaku bila mendengar raungan atau lolongan? yang sepertinya datang dari jejaka dihadapanku. Kedua biji mataku terbelalak seperti bola apabila jejaka itu berubah bentuk seperti 'Optimus Prime' dalam cerita Transformer berubah kepada lori, cuma yang bezanya jejaka ini berbulu dan bukannya berubah kepada bentuk lori! Wah, amat menakutkan sekali bila melihat rambut ravennya memanjang dan melebat. Telinganya berubah menjadi bulat, tajam, besar dan berbulu. Hidungnya yang mancung memanjang kehadapan. Bulu-bulu berwarna raven mula tumbuh, memenuhi setiap senti tubuh badannya. Belakangnya semakin membongkok. Tubuh badannya juga turut membesar
TIDAK! Ini- semuanya pasti mimpi ngeri! Aku mungkin sedang tertidur diatas katilku yang lembut dan empuk dan badanku dibaluti oleh selimut yang tebal lagi hangat. Tak mungkin ini realiti! Lagiun takkanlah secepat ini kegembiraan aku ditarik dengan sangat menyeksakan? Hari aku baru saja bermula dan kau sudah mahu menghancurkannya!? Kenapa? Apa aku sudah melakukan sesuatu yang salah?
