Pagi itu,Boboiboy terlewat bangun. Tapi, dia tetap memutuskan bahawa dia akan pergi ke sekolah.
Sambil memasang stokin pada kakinya dia memikirkan peristiwa yang mana telah membuatkan dia tidak dapat tidur dengan nyenyak semalam.
#flashback
Boboiboy makan seorang diri di kantin, kawan-kawanya masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Gopal ditahan di dalam bilik guru kerana tidak membuat kerja rumah, Ying pula dipanggil secara tiba-tiba oleh cikgu Papazola begitu juga dengan Yaya. Sementara Fang pula...Boboiboy tidak tahu kemana dia pergi. Seingat Boboiboy,Fang agak pelik ketika berada di dalam kelas selalunya Fang hanya duduk diam di tempat duduknya sambil memandang keluar jendela. Seperti sedang memikirkan sesuatu namun pagi ini Fang berjalan-jalan di dalam kelas sambil menolong Gopal memadam papan putih, berbual dengan Ying dan Yaya dan menolong iwan membuat kerja matematiknya. Bagi Boboiboy,itu bukan Fang yang dia kenal malah Fang tidak lagi menganggunya seperti yang selalu dia lakukan.
Sambil membuang sampah,Boboiboy melihat jam tanganya.''hmm..masih ada 10 minit lagi ni...''
Boboiboy kembali ke kelasnya semula.
Boboiboy terus duduk di tempat duduknya sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Nampaknya dia keseorangan lagi di kelas.
Dia menoleh ke belakang, kelihatan sebuah buku bewarna hitam di meja Fang.
"buku..?" Boboiboy terus mengambil buku itu sambil membuka sehelai demi sehelai kandungan buku itu
Kosong. Boboiboy tidak menemui apa-apa tulisan di dalam buku itu.
Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang, Boboiboy menoleh,
"hoi!apa yang kau buat dengan buku aku hah!?"tengking Fang.
"er..er a..aku...a-aku..."
KRINGG!
Jam berbunyi menandakan bahawa waktu rehat sudah tamat
Boboiboy terus duduk di tempat duduknya tanpa sempat menjawab soalan Fang
#flashback end
"haih...harap-haraplah Fang tak marah lagi dengan aku..."Boboiboy mengeluh
"oi Boboiboy dah masuk jam 8 dah ni, takkanlah kau nak datang lagi lambat kat sekolah" laung Tok Aba yang sedang mengemaskan dapur
"hah?dah pukul 8?alamak habislah...pergi dulu ye Tok Aba"
Tanpa sempat menyalam tangan Tok Aba Boboiboy terus bergegas ke sekolah.
"haish...budak ni.." Tok Aba mengeluh, ada-ada saja perangai cucu kesayanganya ini.
Setibanya di sekolah, Boboiboy terus berlari menuju ke kelas.
"Eh! Boboiboy, apasal kau datang lambat harini?" soal Yaya dan seperti biasa, tanganya ligat menulis nama Boboiboy di memo kecil yang selalu dibawanya ke mana-mana sahaja dia pergi, mahupun di kantin, padang atau tandas.
"maaflah..aku bangun lewat tadi" sambil memegang topinya, Boboiboy menunjukkan ekspresi wajah yang biasa ditunjukkanya semasa menghadapi masalah.
"hmm..yelah tu..lain kali jangan lambat lagi tau"ujar Yaya bersahaja.
"eh, cikgu tak masuk ke harini?" Boboiboy baru perasan yang keadaan kelas agak bising sedikit. "entah,sepatutnya Cikgu Papazola mengajar subjek bahasa melayu harini"sampuk Ying, yang secara tiba-tiba muncul di sebelah Yaya. "eh,Ying! Kau ni buat aku terkejut je.."ujar Yaya sambil mengurut dadanya beberapa kali. "hehe..maaflah Yaya" ujar Ying.
Boboiboy cuma tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Kemudian, Boboiboy menoleh ke arah meja Fang.
Kosong.
Apasal Fang tak hadir harini..mungkin sebab semalam kot...ah, tapi.. takkanlah sampai macamtu sekali..
Boboiboy mula risau dengan Fang.
Chapter 1 end.
Huee...sbenarnya sy baru belajar buat fic, jadi ni..fic kedua saya^^
Apa-apa pun sila komen ye ^^supaya saya dapat perbaiki lagi cara saya menulis
Dan maaflah jika fic ni agak membosankan..saya akan update secepat mungkin jadi tunggulah chapter seterusnya ya!~
/sebenarnya saya terfikir nak letak pairing kat fic ni...tapi takde idea...:p
