WARNING: OOC, Pelik, Typo(s), dll
Rated: T
Pair: Sasusaku slight Sasu(?)
.
.
100% BAHASA MELAYU
.
.
DON'T LIKE DON'T READ
.
.
COMPLICATED FEELING
.
.
.
CHAPTER 1
Cuaca sangat cerah pada hari ini, semua pelajar tampak sedang berlegar di kawasan sekolah mereka iaitu Tokyo High School. Sebut sahaja nama sekolah ini, semua warga Jepun sangat mengetahui sekolah jenis apa itu. Sekolah ini adalah antara sekolah yang sangat berprestij, yang hanya orang 'tertentu' sahaja layak menjadi pelajar di sana. Jika anda menjadi pelajar di sekolah ini dengan hanya berstatuskan pelajar biasiswa. Maka anda telah membuat kesilapan besar kerana memilih sekolah tesebut. Kerana ada segelintir, saya ulangi SEGELINTIR pelajar yang anti akan perkataan 'pelajar biasiswa'. Yah,itu kerana 'segelintir' pelajar tersebut mungkin hanya mementingkan kekayaan, harta, status atau bilangan syarikat yang dimiliki oleh keluarga orang lain. Tapi ada juga sesetengah pelajar yang tidak mementingkan semua hal itu, dan menghormati 'pelajar biasiswa' itu seperti pelajar lain.
Terdengar suara jeritan pelajar di kantin sekolah. Lebih tepatnya suara jeritan pelajar perempuan sahaja. Keadaan di kantin juga kelihatan sesak dan riuh.
"Kyaa! Sasuke-kun!~"
"Sasuke-kun!~"
"Itu Sasuke-kun lah!"
"Kyaa!~ Garaa-kun pun ada lah!~"
"Garaa-kun!~"
Terlihatlah beberapa orang pelajar sedang menghadapi 'kesesakan lalu lintas' akibat daripada keributan pelajar perempuan.
"Menyusahkan," Ujar seorang pemuda kacak berambut biru gelap yang dikenali sebagai Uchiha Sasuke dengan nada sinis. Dia berjalan dalam kerumunan pelajar perempuan bersama dengan rakannya, Garaa. Di samping Sasuke ada seorang gadis berambut merah muda yang bernama lengkap Haruno Sakura. Sasuke memimpin tangan gadis itu yang dingin dan sedikit bergetar.
"Hey perempuan! Kau tak malu ke kapel dengan Sasuke-kun?!"
"Tak sedar diri betul! Dasar murid tumpangan!"
"Kau tak setaraf lah dengan Sasuke-kun!"
"Perempuan murahan!"
Sasuke memberhentikan langkah kakinya dan menajamkan matanya apabila terdengar hinaan yang dapat dia pastikan tertuju kepada gadisnya. Sasuke membalikkan badannya dan berjalan menghampiri beberapa orang pelajar perempuan yang tadi melontarkan kata-kata hinaan. Semua pelajar perempuan tadi membeku apabila melihat pandangan mata milik Uchiha bungsu tersebut yang seakan ingin membunuh mereka.
Dengan cepat Sakura menggenggam lengan kekar kekasihnya. "Sasuke-kun, biarkan je, saya tak apa-apa." ujar Sakura dengan suara halusnya. Matanya memandang kearah Sasuke dengan tatapan memohon. Dapat Sasuke rasakan tangan Sakura yang dingin mengelus lembut tangannya.
"Sasuke, sudahlah. Jangan dilayan." akhirnya Garaa membuka suaranya. Garaa menepuk bahu Sasuke dan mengajak Sasuke beredar dari kantin. Sebelum membalikkan badannya Sasuke sempat memberikan deathglare kepada pelajar perempuan tadi, menyebabkan mereka merasa maut akan menjelma.
"Sakura-chan, bersabarlah ye?" ujar kekasih Garaa yang sedari tadi hanya berdiam diri disamping Garaa.
"Aku okey. Thanks Shion-chan," balas Sakura sambil tersenyum lembut kepada kekasih Garaa. Sakura sebenarnya sudah terbiasa dengan semua hinaan dan cercaan yang diberikan oleh segelintir pelajar perempuan.
Sakura sebenarnya satu-satunya (sila tekankannya) pelajar biasiswa yang bersekolah di ini. Dengan kurniaan tuhan, dia memiliki otak yang cukup cerdas untuk melayakkan dirinya menerima biasiswa belajar di sekolah ini. Dia lahir dari keluarga yang sederhana, dan lebih malang lagi ibu bapanya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sejak dia menengah rendah lagi. Dia juga tidak mempunyai saudara, Sakura menjadi sebatang kara dan meneruskan hidupnya dengan hanya bekerja sambilan di beberapa tempat.
Mereka berempat menaiki tangga yang menuju ke bumbung sekolah T.H.S. Di bumbung sekolahlah tempat mereka menghabiskan waktu rehat mereka bersama dengan rakan mereka yang lain.
'Kreett' Garaa menarik tombol pada pintu dan terlihatlah kawan-kawan mereka iaitu Neji yang sedang mengadakan acara suap-menyuap bersama Tenten, Naruto yang baring diatas pangkuan Karin yang sekarang sedang memasang wajah horror, dan Shikamaru yang sedang mengikat rambut kekasihnya Ino.
"Lambatnya korang." ujar Neji dengan mulutnya yang penuh dengan nasi, hasil suapan maut kekasih berambut coklatnya.
"Traffic jam?" Tanya Shikamaru datar. Tangannya masih lagi mendandan rambut Ino yang semula jadi berwarna pirang.
"Tulah yang aku malas nak beli kat kantin. Nanti banyak perempuan kena histeria." Naruto berujar sambil tersenyum lebar.
"Awak ingat awak popular ke?" Tanya Karin yang sedari tadi berusaha mengangkat kepala Naruto dari ribanya yang sudah terasa kebas. Dia sempat berfikir, adakah kepala kekasihnya ini batu? Dengan perasaan kesal, Karin bangun dari duduknya sehingga menyebabkan kepala Naruto membentur lantai.
"Auch! Sakit lah! Awak gila ke?"
"Kepala awak tu besi ke apa?" balas Karin dengan mulut yang dibuat muncung.
Dan terlihatlah siku perempat muncul di dahi nan indah milik Naruto.
'Mula dahh' itulah ayat yang berada di fikiran mereka semua yang berada di sana apabila melihat pasangan NaruKarin yang sudah mula bertekak minus Sasuke yang sedari tadi hanya menumpukan perhatian pada makanan tengaharinya.
"Sakura," terdengar suara Sasuke memanggil kekasihnya. Sakura menghampiri Sasuke dan duduk tepat di hadapan Sasuke.
"Kenapa?" Tanya Sakura sambil tersenyum lembut kepada Sasuke.
"Duduk sini," perintah Sasuke tanpa memandang wajah Sakura.
Sakura hanya menganguk apabila mendengar suruhan kekasihnya. Ketika sedang memakan makanan tengaharinya, Sakura memerhatikan gelagat rakan-rakannya dan secara tidak sengaja dia terlihat Neji mencium pipi kanan Tenten. Kedua mata Sakura membulat sempurna kerana terkejut.
Adegan itu bukan sahaja membuat muka Tenten berubah menjadi merah, malah muka Sakura juga turut memerah. Sakura memalingkan wajahnya dan memandang ke arah Sasuke.
Sakura POV.
Apa yang aku nampak tadi?! Ia sungguh memalukan! Aku tak pernah nampak benda-benda macam tu secara 'live'. Degupan jantung aku melaju! Ah! Muka aku pun memerah ke? Teruklah kalau Sasuke-kun nampak!
Aku mengipas-ngipas muka aku menggunakan buku latihan yang tadi kubawa agar dapat melindungi wajahku yang memerah daripada dilihat oleh Sasuke-kun. Tapi sepertinya Sasuke-kun langsung tidak ambil tahu pun. Setelah degupan jantungku kembali normal, aku sedikit melirik kearah Neji dan Tenten. Terlihat mereka sedang bergurau senda.
Entah kenapa perasaan cemburu menyelubungi hatiku secara tiba-tiba. Aku memandang wajah Sasuke-kun yang sudah empat bulan lebih menjadi kekasihku. Selama waktu kami bersama, Sasuke-kun tidak pernah melayanku seperti pasangan kekasih yang lain. Bukannya kami tidak pernah berdating. Kalau berdating itu sudah biasa kami lakukan. Tapi Sasuke-kun tidak pernah menciumku walaupun hanya dipipi. Malahan, Sasuke-kun juga tidak pernah memelukku!
Bila difikirkan, Sasuke-kun banyak memegang tanganku sahaja. Itu pun aku boleh kira jumlah dia memegang tanganku! Sedih bukan?
Aku kembali terkenang ketika aku baru mendaftar di sekolah ini. Sejak hari pertama aku masuk ke sekolah ini, aku sudah memiliki banyak haters. Aku sedar dengan statusku sebagai pelajar biasiswa. Tapi keadaanku ketika itu tidaklah seteruk sekarang. Sebelum aku menjadi kekasih Sasuke-kun, aku hanya digelar dengan nama 'murid tumpangan' sahaja. Tapi tanpa disangka, ketika aku sudah bersekolah di sini selama sebulan, putera idaman seluruh pelajar perempuan –termasuk diriku- datang ke kelasku dan memerintahku supaya menjadi kekasihnya. Di khalayak ramai! Terdengar seperti dirinya egois kan? Tapi itu adalah sifatnya. Dan semua orang tahu apa yang diperintahkan olehnya tidak boleh ditolak. Tanpa rasa ragu aku pun menerima 'lamaran' Sasuke-kun.
Sebenarnya sejak awal aku berpindah ke sini aku sudah memiliki satu perasaan istimewa untuk Sasuke-kun. Tetapi aku tidak menunjukkan perasaanku seperti semua pelajar perempuan yang lain. Aku tidaklah sampai ke tahap menjerit-jerit ketika melihat kelibat Sasuke-kun seperti mereka. Atau memasukkan surat cinta kedalam loker Sasuke-kun sehingga menyebabkan lokernya padat. Aku dahulu hanya memerhatikan dirinya dari jauh, kerana aku sedar aku tidak setaraf dengannya. Tapi jodoh di tangan tuhan kan? Dan sehingga detik ini, hatiku hanya milik Sasuke-kun. Aku sedar bahawa aku sangat mencintainya. Sangat.
"Hei,"
Eh?
Normal POV.
"Hei," Sasuke menegur Sakura yang sedari tadi terdiam dengan wajah yang memerah. Sakura yang sudah tersadar dari lamunannya mendapati sepasang mata berwarna onyx sedang memandangnya datar. Wajah Sakura menjadi semakin merah kerana mengetahui bahawa Sasuke memerhatikannya yang tadi sempat melamun.
"Ah,maa"
"Demam?" Belum sempat Sakura menghabiskan ayatnya, Sasuke sudah memotong perkataanya. Raut wajah Sasuke terlihat seperti bimbang. Itu adalah salah satu raut wajah Sasuke yang jarang semua orang lihat. Kerana selama ini Sasuke hanya memasang muka tegas dan sangat susah untuk melihatnya tersenyum. Bahkan Sakura dan rakan-rakannya yang lain sendiri tidak pernah melihat bagaimana rupa Sasuke ketika senyum. Manusia aneh.
"Tak lah, saya okey je," Balas Sakura sambil tersenyum kepada Sasuke.
"Hn," Hanya gumaman sahaja yang Sasuke keluarkan sebagai balasan untuk jawapan Sakura tadi. Sakura tersenyum sendiri lagi, mengingat Sasuke adalah seorang lelaki yang unik. Dia tidak banyak bercakap, hanya bercakap perkara-perkara yang penting sahaja.
Shikamaru berdiri dari duduknya. "Jom masuk kelas dah nak habis rehat." Sambil merangkul bahu Ino, Shikamaru berjalan mendahului.
"Jumpa balik nanti," ujar Sasuke kepada Sakura ketika berada di hadapan pintu kelas Sakura. Sakura mengangguk sebagai tanda jawapan.
Setelah itu, Sasuke kembali berjalan menghala ke kelasnya bersama rakan-rakanya yang lain. Hanya Sakura sahaja yang berlainan kelas, manakala mereka yang lain berada dalam kelas yang sama. Sakura memasuki kelasnya dan duduk di bangkunya sambil membaca buku sementara menunggu kedatangan guru.
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
Sakura berjalan menuju loker miliknya untuk menukar sepatu sekolah. Lonceng tamat waktu persekolahan baru dibunyikan beberapa minit yang lalu. Ketika ini semua rakan-rakannya tidak bersama dengannya kerana kedudukan kelas rakan-rakannya itu sedikit jauh dari tempat loker. Sakura mengambil sepatunya dan menyarungkan pada kaki kanannya.
"Akhh!"
Sakura menanggalkan sepatunya tadi dan memeriksa ia. Paku. Pakulah yang dijumpainya. Sakura menanggalkan paku tersebut dan menjumpai sekeping kertas kecil di bawah sepatu kiri miliknya.
'Jangan ingat kau dah kapel dengan Sasuke-kun kau boleh hidup senang! Ini balasan kau untuk hal tadi! Jangan kau berani beritahu Sasuke-kun pasal ni! Kalau tak, lagi teruk kau kena! BITCH!'
Itulah yang tertulis pada kertas yang dijumpainya. Mata Sakura menatap kosong pada kertas itu. Sebelum ini dia pernah dibuli dengan cara yang lebih teruk daripada ini.
Sakura merasa sakit di telapak kaki kanannya. Dia tidak terkejut apabila melihat darah di telapak kakinya itu.
"Sakura-chan!~"
Sakura sedikit terkejut apabila mendengar suara Ino memanggilnya dari jauh. Dia memalingkan wajahnya ke samping dan melihat kekasihnya bersama rakan-rakannya yang lain sedang menuju ke arahnya. Dengan cepat Sakura menyarungkan kedua-dua belah sepatunya tanpa menghiraukan rasa sakit pada telapak kakinya.
"Sasuke-kun," Tegur Sakura kepada Sasuke yang sekarang sedang membuka lokernya. Dan seperti biasa, terlimpahlah surat-surat yang sering Sasuke dapat. Sasuke memungut surat-surat tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah. Sakura hanya memerhatikan apa yang Sasuke lakukan.
"Wah, hari ini surat aku banyak lah~" ujar Naruto dengan nada gembira. Tangannya sibuk memungut surat-surat yang ada di dalam lokernya dan menghulurkannya kepada Karin yang sedang tersenyum disampingnya.
"Ah~ Beratnya hati saya nak bagi semua ni kat awak." Naruto berkata kepada Karin dengan nada yang dibuat-buat kesal. Karin tersenyum lalu merampas surat-surat tersebut daripada tangan Naruto.
"Ini semua tak elok kalau awak baca, nanti otak awak karat. So, biar saya je yang baca. Boleh saya tahu siapa bitch yang hantar semua sampah ni." Balas Karin dengan sinis. Naruto hanya diam sahaja, tetapi di dalam hatinya ia bersyukur mendapat kekasih yang posesif seperti Karin.
Di dalam loker Garaa, Neji dan Shikamaru juga tidak kosong. Loker mereka juga selalu 'terisi' dengan surat-surat. Mereka sering berfikir kenapa mereka masih memiliki fans bahkan mereka sudah mempunyai pasangan yang mereka cintai.
Setelah mereka semua selesai menukar sepatu, mereka berjalan ke tempat parking kereta. Kereta? Mereka memandu kereta sendiri ke sekolah. Hampir seluruh pelajar di sekolah ini menaiki kenderaan sendiri dan semestinya mereka semua memiliki lesen memandu. Kecuali seorang sahaja pelajar di sekolah ini yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, yah pelajar itu mestilah Sakura.
"Jumpa esok ya semua?" ujar Shion sebelum memasuki kereta milik Garaa. Garaa melarang Shion memandu ke sekolah kerana takut sesuatu terjadi kepada Shion. Sedangkan Shion sudah mempunyai lesen memandunya sendiri. Setelah Shion duduk disamping Garaa, Garaa langsung melajukan kereta Bugatti Veyron Sports miliknya.
"Kitorang nak dating, ada siapa-siapa nak join?" Tanya Naruto kepada rakan-rakannya yang lain.
"Kitorang tak kisah~" tambah Karin dengan gembira. Dia amat suka jika dapat double atau triple date bersama rakannya sendiri.
"Oh! Boleh juga! Lagipun kat rumah aku ada maid je. Kita join ya Shikamaru-kun?" tanya Ino kepada kekasihnya sambil menggoncang pelan lengan Shikamaru.
"Boleh," Balas Shikamaru sambil mengelus lembut kepala Ino.
"Tenten-chan, Sakura-chan jom lah follow sekali." Ajak Karin kepada kedua rakannya yang sedari tadi hanya berdiam diri.
"Sebenarnya malam ni Neji nak ajak aku pergi ke rumahnya. Maybe next time?" balas Tenten dengan wajahnya yang sedikit merona. Karin hanya menyeringai mendengar jawapan Tenten.
"Sakura-chan?"
"Ah! Aku… Sasuke-kun ajak aku pergi dating… berdua je," Kali ini giliran muka Sakura pula yang memerah. Sasuke menarik tangan Sakura dan menyuruhnya masuk ke dalam kereta.
"Jumpa esok," Ujar Sasuke singkat kepada rakannya yang lain sebelum memasuki kereta Maybach Exelero miliknya. Tanpa melengahkan masa Sasuke langsung memecut meninggalkan kawasan sekolah.
"Sasuke mesti tak nak 'diganggu'." Ujar Naruto sambil ketawa kecil.
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
Kriiinggg!
"Baiklah, sampai di sahaja pelajaran kita pada hari ini. Esok jangan lupa hantar karangan. Semua boleh keluar rehat."
Sakura memasukkan semua bukunya ke bawah meja setelah guru matapelajaran Bahasa Jepunnya keluar dari kelas, lalu dia mengambil kotak bentonya. Hari ini dia membawa bekal untuk kekasihnya.
"Sakura-chan! Cepatlah," ujar seseorang di pintu kelas Sakura. Sakura menolehkan kepalanya kearah pintu kelas dan mendapati Tenten sedang melambaikan tangan kearahnya. Sakura tersenyum kepada Tenten dan berjalan kearah pintu kelasnya.
"Sasuke-kun. Lihat, saya bawa bekal," ujar Sakura kepada kekasihnya dengan senyum lebar, sehingga menampakkan gigi-gigi putih miliknya.
"Hn," Balas Sasuke singkat. Sangat singkat.
"Jom pergi bumbung," Ujar Garaa datar sambil merangkul bahu Shion, menyebabkan muka Shion sedikit merona. Mereka pun berjalan menuju ke rooftop sekolah T.H.S.
"Awak masak apa?" tanya Sasuke kepada kekasihnya tanpa memandang kearah Sakura. Sekarang mereka masih lagi dalam perjalanan ke rooftop sekolah. Sakura tersenyum sebelum menjawab pertanyaan kekasihnya.
"Nasi omelet, saya baru belajar memasaknya. Saya harap awak suka," Balas Sakura sambil menatap muka Sasuke sekilas. "Lepas ni saya akan selalu bawakan bekal untuk awak, awak tak kis" perkataan Sakura terhenti seiring langkah kekasih dan rakan-rakannya yang tiba-tiba berhenti. Wajah mereka menunjukkan ekspresi terkejut kecuali Sakura yang sedari tadi pelik dengan raut wajah rakan-rakannya yang terlihat seperti 'oh-my-god' .
"Hai korang. Dan hai, Sasuke-kun," Tegur seseorang dengan suara lembutnya.
Sakura menatap bingung pada seorang gadis cantik yang sekarang sedang tersenyum lembut kepada kekasih dan rakan-rakannya. Seingatnya, dia tak pernah melihat muka gadis itu di sekolah ini. Sakura sudah cukup hafal muka pelajar-pelajar sekolah ini walaupun dia baru bersekolah di sini beberapa bulan yang lalu.
"Hi… Hinata-chan?" ujar Shion tergagap-gagap.
"Betulke ini kau?" Neji membuka suaranya,masih lagi dengan wajah yang terkejut.
"Jadi betul la berita tentang kau akan pulang ke Jepun." Kata Garaa datar.
Gadis yang dipanggil sebagai Hinata tadi tersenyum lalu menganggukkan kepalanya sebagai tanda jawapan. "Gembira dapat balik ke sini semula," Tambah gadis itu. Sakura yang sedari tadi hanya diam kini semakin heran tentang apa yang sedang berlaku. Sakura menoleh kearah Sasuke untuk menanyakan siapa gadis itu, tetapi matanya membulat ketika ia melihat wajah kekasihnya itu.
Sesuatu yang tak pernah ia, rakan-rakannya bahkan semua orang lihat. Tetapi sekarang dia sedang melihatnya. Dengan mata dan kepalanya sendiri. Sangat jelas. Pemandangan yang tak akan pernah dia lupakan. Mungkin sekali dalam seumur hidupnya ia dapat menikmati pemandangan ini.
Kekasihnya. Sasuke. Uchiha Sasuke sedang tersenyum. Senyum yang tak pernah ditunjukkan kepadanya dan orang lain. Senyum yang selama ini diidam-idamkan oleh Sakura. Tiba-tiba firasat buruk mula menyelubungi perasaan Sakura
"Sasuke-kun," ujar Hinata lembut sambil menatap mata Sasuke.
ketika sepasang mata Sasuke menatap gadis itu –Hinata lembut dan memancarkan rasa…. rindu.
"….saya sangat rindukan awak."
To Be Continue…?
.
.
.
Author's Note: Kyaa! Akhirnya aku publish jugak first fic Bahasa Melayu nii :D sebelum tu aku ada delete fic yang rate M, ada dua fic, berbahasa Indonesia. Mungkin ada yang baca kot, ahaha -_-
Tanpa berlengah, silalah review yaa!~ :D pleaseee!~ *memaksa -.-
