Assalammualaikun para readers! Author AnginTaufan dah kembali dengan fanfic baru. Maaf sebab tak sambung fanfic ku yang lain. Aku buat ni pun sebab nak publish fanfic pertama di Wattpad.
Okay! Kali ini genre Horror, Murder pulak! Ini fanfic keempat ku dengan genre macam ni. Salah satu adalah Pasukan Penyiasatan Unit Siber dan dua fanfic lagi di instagram ku.
READ AND REVIEW OKAY? TERIMA KASIH!
Killer In The Family
Disclaimers: Semua karakter adalah kepunyaan Monsta. Idea adalah kepunyaan ku sahaja. Maksud elemental ialah dari nama mereka bukan kuasa. Fanfic ni AU. No powers.
Warning, ada aksi yang tidak senonoh sebab melibatkan dengan pisau dan darah. Author akan menjelaskan sedikit untuk readers sekalian. Fanfic ini mungkin sesuai untuk 13 tahun keatas. Kalau ada jugak yang baca yang umur 13 tahun kebawah well aku tak kesah tapi itu bukan masalah ku ye? Ingat, ku dah bagi warning.
Summary: Setelah berlakunya kejadian kepada salah satu dari 7 adik-beradik, ternyata ada pembunuh dikalangan mereka. Kini bermulanya seorang demi seorang menjadi mangsa. Siapa yang akan dibunuh? Siapa pembunuh tu? Apa motifnya? Dapatkah mereka terlepas dari rancangan pembunuh itu?
Chapter 1, Everything was okay until...
Dari dulu hingga sekarang, kehidupan tujuh adik-beradik elemental amat bahagia. Sebelum atau selepas kehilangan kedua ibu bapa mereka pun, mereka tetap bahagia. Walaupun ada kadang kala atau mungkin hampir setiap hari ada kecohan berlaku. Tapi itu bermakna mereka saling sayang-menyayangi, bukan?
Tapi apa semua itu akan berkekalan selamanya?
Kini musim cuti sekolah telah tiba dan semua adik-beradik elemental mula menikmati dengan berlepak di luar halaman rumah kecuali si abang sulung yang dari pagi berada di dapur.
Siapa si abang sulung itu? Iaitu Gempa.
Gempa, abang pertama dari tujuh adik-beradik elemental. Usianya baru mengecah 23 tahun. Dan sekarang dia tengah memotong sayur-sayuran untuk masakan tengaharinya dan adik-adiknya.
Tiba-tiba, dia merasa ada seorang berjalan menuju dia. Dia pun menoleh dan jumpa adik bongsunya iaitu, Daun.
Daun, adiknya yang berumur 16 tahun. Sungguh umur macam tu tetapi dia punya sifat yang terlalu innocent. Bagaikan dia berumur 10 tahun. Dia juga yang paling comel dan manja dari semua adik-adik Gempa. Oh ya, walaupun macam tu, dia juga suka ikut abang-abangnya bermain seperti prank.
Gempa melihat adiknya. Hmm...ada yang tak kena ni, iaitu wajah si adik yang sedih.
"Daun? Ada apa ni? Macam sedih je?" tanya Gempa risau. Tetapi Daun hanya diamkan diri.
"Kenapa tak dengan Cahaya?" tanya Gempa lagi.
Cahaya, adik kelima Gempa. Seorang adik yang minat kepada kegayaan. Bukan itu sahaja, dia juga yang paling pintar diantara mereka. Dia hanya setahun tua dari Daun juga dialah yang paling dekat dengan Daun. Itu sebabnya Gempa menanya soalan tersebut.
"Dia sibuk dengan kerjanya jadi dia tak dapat layan Daun." Akhirnya si adik jawap.
"Ohh...Hmm, itu ke sebabnya Daun mula kuncikan diri?"
"Umm...Ye, Daun merajuk kat Cahaya."
"Takpelah Daun. Nanti abang cakap dengan Cahaya. Kadang kala dia tu memang pentingkan diri."
"Abang..." sahut Daun tiba-tiba.
"Eh? Ada masalah lagi?" terkejut Gempa.
"Daun rasa ada yang tak kena dengan abang Blaze."
"Apa?"
Tiba-tiba mereka terdengar satu jeritan. Jeritan dari seorang yang mereka sangat kenal.
"Abang Hali! Adehhh sakit! Tunggu dulu! Aku tak buat apa-apa pun! Abaaanggg!"
Kedua adik-beradik tu pun bergegas keluar ke halaman rumah lalu nampak adik pertama Gempa tengah sparring adik keduanya.
Dengan cepat Gempa terus memisahkan mereka berdua sebelum adik keduanya cedera teruk.
Halilintar adalah adik pertama Gempa. Dia hanya setahun muda daripada Gempa tetapi dia jauh lebih serius daripada yang lain. Tetapi masalahnya dia itu panas baran dan selalu mengguna karate-nya untuk mendisiplin apabila adik-adiknya membuat hal.
Taufan, adik kedua Gempa. Taufan adalah adik-beradik yang paling ceria. Jarang sekali melihat wajahnya sedih. Dia juga suka mengacau orang lebih-lebih lagi kepada Halilintar. Mungkin sebab personaliti Halilintar kot dia suka kacau? Umurnya baru mengecah 20 tahun.
"Sudah! Jangan nak kelahi! Hali, kalau iye pun marah jangan sakiti adik kau. Dah besar nak spar dia! Taufan pulak! Jangan nak kacau sangat dengan abang mu. Kamu berdua ni dah besar kan? Kurangkanlah sikit sikap kamu tu." tegur Gempa dengan lebarnya.
"Tapi?! Aku tak buat apa-apa pun tadi!" balas Taufan, tetapi takde yang peduli pun.
Setelah keadaan sudah tenang, Gempa teringat balik dengan kata-kata Daun waktu di dapur lalu terus menoleh kepada salah seorang adiknya iaitu Blaze. Kini Blaze hanya duduk diam di pondok dengan kembarnya Ice yang tengah tidur di bahunya.
Ice, adik ketiga Gempa dan abang kembar kepada Blaze. Umur 18 tahun. Si abang kembar yang pemalas juga suka tidur. Manakala, Blaze, adik keempat Gempa juga adik kembar kepada Ice. Dia punya sikap suka membuat masalah seperti abangnya Taufan, tetapi kini dia ada masalah.
Gempa nampak wajah Blaze seperti dia hendak menangis? Kenapa? Apa buat dia jadi macam tu?
"Aku nak pergi..." gumam Blaze dengan lembut sekali. Ia hampir kepada bisikkan tetapi masih dapat didengar. Semua adik-beradik terkejut dengan sahutan tu sehingga Ice yang selalu tidur nyenyak dimana sahaja terbangun.
"Apa? Pergi? Kau nak tinggalkan aku ke? Apa...apa kau cakapkan ni?! Sanggup kau cakap macam tu kat kitorang?! Apalagi kat kembar mu?!" kecewa Ice seolah hendak menangis. Malah kembarnya pula yang menangis. Dengan cepatnya Ice peluk Blaze.
"Kenapa ni?" tanya Ice.
"Aku tak tahan lagi! Aku tak nak semua ni lagi. Hidup ku selalu kena kacau! Setiap hari aku kena buli!" jerit Blaze. Tak sangka dia kena buli.
"Huh?! Siapa?" tanya Halilintar geram tetapi dengan sedikit risau. Dia pantang bila ada orang nak sakiti adik-adiknya.
"Blaze tak tau. Blaze asyik kena ugut je dengan surat. Isinya dia...dia menghina aku! Huwaah! Blaze takut!" jawap Blaze dan kini air matanya sudah membasahi baju Ice.
Apa salah Blaze sebenarnya sampai jadi macam ni? Mereka tahu dia pernah buat pekara yang agak melampau tetapi sampai ada orang nak membencinya itu agak mengejutkan.
"Abang Gempa. Abang Blaze nak pergi ke mana?" tanya Daun tiba-tiba membuat Gempa cemas dengan soalan tu. Ternyata walaupun Daun sudah besar dia tetap tak banyak tahu.
"Eh, dia cuma uhh... Blaze takkan pergi ke mana-mana pun Daun."
Tanpa ada jawapan dari Daun, dengan pelahan dia menoleh ke Cahaya yang tengah menolong menenangkan Blaze.
"Hmm... Aku nak pergi jugak." Bisik hati Daun. Nampaknya dia sudah faham apa yang dimaksudkan dengan ayat itu.
.
.
Killer In The Family, Chapter 1
Everything was okay until...
.
.
Sebelum makan tengahari.
Kembali ke dapur, Gempa tengah menyuci pinggan selepas selesai memasak. Sejak dia tahu apa dah jadi kepada salah seorang adiknya kepalanya sudah menjadi celaru. Kepalanya sudah jauh melamun sampai dia pun tak tau apa yang dia tengah cuci.
Macam nak selesaikan masalah Blaze ni? Ia boleh sesiapa yang membuli dia. Kalau nak bawa dia ke sekolah, tapi sekarang sudah cuti. Tapi Blaze kena buli di sekolah jugak kena ancam di rumah ke? Yah, itulah yang dipikirkan oleh Gempa sekarang.
Juga, tanpa dia sedar ada seorang berjalan menuju dia dari belakang dan dengan pelahan orang itu mengejutkan Gempa dengan menyentuh kedua bahu Gempa secara ganas. Nasib baik dia tidak menjerit seperti perempuan. Rupanya adik keduanya yang mengejutkan dia.
"Ish! Kau ni, Taufan! Seronok kau kejut aku! Nasib baik aku bukan macam Hali. Kalau tak mungkin aku dah pukul kepala mu. Ish!" marah Gempa.
"Oops! Hehehe. Sorry." Maaf Taufan seolah maafnya itu bukan ikhlas.
"Haih~ Ada apa ni?"
"Takdelah. Taufan nak tau je apa abang masak."
"Kau ni kan. Baru je aku siap masak."
"Oh yeke? Hehehe."
Kini keheningan berada di udara, mereka tidak tahu lagi apa nak dicakapkan. Maka keadaan menjadi kekok.
"Umm...Taufan pergi dulu ye?" tanya Taufan. Dia mula tak selesa dengan keheningan itu jadi semutuskan untuk pergi tapi sebelum dia nak pergi, si abang tiba-tiba mengungkit masalah tadi.
"Tak habis-habis lagi nak kacau Hali kan?"
"Eh?!"
"Hmm...Taufan kan dah besar. Abang dah nasihat Taufan kan untuk jadi contoh untuk-" malah percakapannya kena potong.
"Aku tak kacau dia pun abang! Aku hanya main game sebelahnye je! Jangan nak tuduh pulak!" marah Taufan. Dia terus menceritakan apa yang sebenarnya terjadi tadi.
FLASHBACK
Waktu tu, di pondok. Taufan tengah bermain permainannya di phone-nya. Takde sekali pun dia bergerak dari tempat duduknya juga tidak menoleh ke sana sini pun. Dia pun tidak perasan abangnya Halilintar yang dari tadi duduk sebelahnya asyik memerhatikan adiknya.
Apabila Taufan bermain di level akhir, dia terdengar Halilintar cakap sesuatu kepadanya,
"Kau ada hutang arah aku." Ini mengejutkan Taufan.
"Hutang? Hutang apa?" hairan Taufan. Dia tak ingat dia ada hutang kepada Halilintar.
"Hutang waktu tu. Kau...kau janji bila aku buat tu, kau nak aku sparring kau."
"Ehh?! Bila masa?! Aku suruh kau buat apa?" sekarang Taufan mula takut. Dia betul-betul tak tahu apa abangnya tengah cakapkan ni.
"Eh! Sekarang bayar!"
"Kejap-kejap! Aku betul-betul tak hutang apa dengan kau sekarang!" tetapi sayangnya Halilintar mula nak mem-sparring Taufan.
"Huwahhh!"
END OF FLASHBACK
"Oh...Macam tu ye? Maaflah tuduh bukan-bukan. Macam mana abang tak mudah menuduh Taufan. Taufan kan selalu mengacau." Maaf Gempa.
"Yelah. Lagipun aku mula jarang kacau sejak kebelakangan ni." Gumam Taufan sakit hati, tapi masih dapat didengar.
"Eh? Apasal pulak?"
"Takdelah. Aku cuma bosan takde nak main dengan ku."
"Taufan. Abang rasa, Hali rindu kot yang Taufan tak kacau dia. Mungkin dia buat-buat yang kau ada hutang arahnya. Dasar tsundere dia tu. Hehehe." Ujar si abang bertujuan untuk mengembirakan balik adiknya.
"Hahaha! Mungkin jugak!" Nampaknya dia berjaya.
Tiba-tiba wajah Taufan berubah menjadi serius?
"Eh? Kenapa ni?" hairan dengan perubahan expresi adiknya.
"Sebenarnya Taufan rasa tak sedap hati. Taufan rasa ada sesuatu akan berlaku."
"Tak sedap hati? Apa maksud kau?"
"Sebab semua adik-beradik kita kelakuan lain. Blaze mula jadi sedih. Daun pulak mula menguncikan diri dan dia selalu memujuk Cahaya. Kalau Hali, aku rasa dia jadi macam tu tadi sebab aku bosan." Jelas Taufan lebar. Kini suasana menjadi tegang. Taufan menatap tajam kepada abangnya, diikuti dengan Gempa. Tetapi wajah Gempa berubah kepada senyuman nipis.
"Haish~ Apa nak dirisaukan, Taufan. Ada masanya mereka jadi macam tu. Kita tak dapat buat expresi yang sama saje. Betul tak?" sahut Gempa.
"Tapi abang-"
"Taufan tau tak? Taufan ni type suka memerhatikan sesuatu."
Apa yang dikatakan oleh Gempa memang betul. Selain dari suka mengacau dan membuat hal, dia ada satu tabiat iaitu suka memerhatikan sesuatu dari benda sekecil hingga ke kelakuan orang.
Pernah sekali, iaitu apabila tamanan Daun telah musnah. Kesemua abang-abangnya tidak mengaku akan perbuatan mereka sehingga Taufan memecahkan kes itu. Rupanya hanya dari melihat di kawasan tersebut, dia sudah tahu siapa perlakunya iaitu Blaze. Taufan pun menjelaskan apa sebabnya dan ternyata Blaze tak senghaja menendang bola ke kawasan tersebut. Juga dia tak sedar bahawa dia sudah menghancurkan tanaman adiknya.
Okey, kembali kepada sebelum ini.
"Salah ke Taufan buat macam tu?" tanya Taufan dengan sedikit sakit hati.
"Takdelah. Tapi ia creepy. Jangan selalu buat macam tu ye? Ia tak salah tapi elok-elok lah dengan tabiat kau tu."
"Yelah." Balas Taufan sambil memutar matanya malas. Dengan itu, dia pun pergi meninggalkan Gempa. Selepas Gempa sudah tak nampak wajah adiknya lagi, senyuman Gempa tiba-tiba berubah menjadi risau. Dia berjalan menuju satu tong sampah yang berhampiran dengan sinki. Dia pun menolak pedal tong sampah tu dan nampak cebisan cawan hijau yang pecah.
FLASHBACK
Pukul 5 pagi, Gempa berada di dapur selepas menunaikan solat Subuh. Sebelum seorang adik-adiknya keluar dari bilik mereka, selalunya Gempa bangun awal untuk menyediakan sarapan. Waktu itu dia tengah minum sambil melihat permandangan dari tingkap, dengan tak senghaja tangannya tersinggung satu cawan berwarna hijau kepunyaan Daun.
"Alamak. Pecahlah pulak cawan Daun."
Ketika dia tengah memetik cebisan cawan itu, ada satu perasaan melintasi hatinya. Dia terkejut dengan perasaan ini, perasaan yang mungkin ada sesuatu yang akan berlaku.
END FLASHBACK
"Rupanya, kau juga merasa ye Taufan? Kau memang adik yang hebat. Kau dapat rasa hanya dengan memerhatikan mereka." Gumam Gempa seorang.
.
.
.
.
Waktu makan tengahari sudah tiba dan semua adik-beradik sudah duduk mengelilingi meja makan.
"Haih~" mengeluh Blaze di depan rezeki. Sudah beberapa kali dia mengeluh sampai abang kembarnya pun ikut mengeluh. Blaze betul-betul rasa putus asa sekarang.
"Janganlah macam tu, Blaze. Abang pasti semua akan jadi okey nanti. Janganlah cepat putus asa. Janganlah tinggalkan abang, Blaze." Tatap Ice dengan rayunya.
"Abang..." kesian Blaze. Kini matanya mula memanas lagi dan terus memeluk Ice.
"Ice...Huhuhu. Terima kasih bagi Blaze semangat!"
"Dah tentulah Blaze." Balas Ice sambil mengusap kepala kembarnya. Manakala adik-beradik yang lain buat seolah tak nampak apa-apa kecuali Taufan dengan tabiatnya yang tengah memerhatikan kelakuan adik-adiknya sambil makan.
"Abang Gempa? Abang ada nampak cawan hijau Daun, tak?" tanya Daun. Gempa yang tengah mengaut lauk terus terhenti.
"Ahhh...Umm. Abang minta maaf Daun. Abang tak senghaja pecahkan cawan kegemaran Daun." Jawap Gempa bersalah.
"Oh. Mmm...takpelah. Ia hanya cawan je." Sahut Daun tetapi suaranya terdengar agak sedih.
Sekali lagi, Taufan memerhatikan mereka terutama Gempa.
"Hmm...cawan pecah ye?" bisik hati Taufan.
.
.
.
.
Keesokkan harinya, waktu Subuh. Seperti biasa, pagi-pagi buta si abang sulung sudah bangun dan berada di dapur untuk membuat sarapan. Semestinya dia sudah solat Subuh. Sebelum bermula, dia tengah minum secawan kopi sambil melihat apa yang ada diluar tingkap.
"Sunyi betul hari ini. Tenang je rasanye. Aku harap hari ini takde apa-apa terjadi. Aku asyik tak sedap hati dari semalam." Bisik hati Gempa sambil menghirup kopinya.
Dia tidak sedar bahawa ada seseorang masuk ke ruang dapur dan mengambil sebiji mangkuk kosong di atas kaunter lalu pelahan mendekati Gempa.
"Mungkin aku patut buat sesuatu tentang Blaze. Aku tak boleh biarkan dia ma-?!" Sambung Gempa malah terhenti apabila tersentak akibat melihat wajah seseorang di belakangnya melalui pantulan cermin.
Manakala orang itu sudah mengangkat mangkuk itu ke udara dan tanpa Gempa dapat membuat sesuatu, orang itu sudah memukul Gempa di kepala sehingga mangkuk itu pecah. Gempa terus jatuh menghadap ke lantai dengan berlumuran darah dikepalanya.
"Selamat tinggal Gempa. Sekarang tinggal 5 lagi." Bisik orang itu lalu meninggalkannya.
.
.
.
.
Sejam kemudian, Taufan baru keluar dari biliknya dan dia sedar bahawa suasana sunyi mungkin terlalu sunyi. Selalunya, apabila dia keluar dia mendengar bunyi abangnya memasak di dapur tetapi hari ini tak. Dengan itu, dia pun menuju ke bilik Gempa yang terletak berhampiran dengan tangga rumah. Perjalanannya agak jauh sebab biliknya terletak 4 bilik jauh dari bilik Gempa.
Mungkin Gempa terlanjak tidur fikir Taufan. Apabila dia sampai, dia mengetuk pintu bilik abangnya tetapi takde jawapan. Dia mula jadi hairan sebab kalau abangnya ada di biliknya pasti bila diketuk dia akan jawap walaupun dia tengah tidur. Lagipun, Gempa bukan macam Ice tidur sampai tak dengar apa-apa.
Jadi mungkin betul-betul abangnya sudah berada di dapur. Tetapi dia tak mendengar bunyi atau menghidu sebarang makanan pun. Pelik? Walau apapun dia memutuskan untuk turun ke tingkat bawah.
"Abang Gempa. Abang kat mana? Kat bilik, abang takde. Kalau abang tengah masak kenapa Taufan tak terhidu apa-apa pun?" Sahut Taufan sambil turun ke tingkat bawah. Dia ada nampak lampu dapur terbuka. Mungkin betul tekaan Taufan yang abangnya berada di dapur lalu pergi menjenguk dia.
Tetapi apa dia tak sangka ialah dia nampak abangnya terbaring di atas lantai dengan kepala yang berdarah. Cebisan kaca dari mangkuk bertaburan sana sini dari cebisan besar hingga kecil. Juga, darah yang mengkotori lantai. Ia bukan penglihatan yang baik.
Wajah Taufan yang terkejut terus menjerit! Sehingga adik-beradiknya terdengar dari bilik masing-masing.
Siapa buat macam ni kat Gempa?
Kini, semua sudah berkumpul di dapur. Perasaan mereka bercampur aduk apabila melihat keadaan abang mereka. Terdengar suara tangisan daripada mereka iaitu dari Daun yang tengah menangis dipelukan Cahaya dan Taufan, saksi pertama yang jumpa si mangsa. Blaze dan Ice pula tengah berpeluk ketakutan akibat melihat keadaan abangnya. Manakala Halilintar memberanikan diri untuk mendekati Gempa dan dengan berhati-hati, dia mencek nadi abangnya di lengan.
Dengan tidak disangka, rupanya Gempa masih hidup!
"Kamu! Gempa masih hidup!"
"Apa?! J...jadi apa lagi! Telepon ambulance!" sahut Cahaya. Secara atomatik Ice terus mengeluarkan phone-nya dan dail.
Ketika mereka menunggu ketibaan ambulance, Taufan dengan senyap-senyapnya melihat sekitar rumah. Bukan sahaja dari bahagian dalam tetapi kawasan luar juga. Selepas semua itu dia perasan ada sesuatu yang tak kena. Dia hendak berbincang dengan adik-beradiknya tetapi tak sempat, kereta ambulance sudah sampai.
.
.
.
.
Di hospital,
"Apa?! Dia koma?!" terkejut semua adik-beradik elemental.
"Betul tu. Disebabkan dia dipukul secara kuat jugak sebab cebisan kaca yang ada, otaknya terganggu dan mengalami pendarahan dalaman yang menyebabkan dia koma." Jelas si doktor. Dia pun membenarkan mereka masuk lalu minta izin pergi.
Di bilik di mana Gempa ditahan. Tidak ada sebarang suara pun ada dari adik-beradik. Hanya bunyi nafas, tangisan dan alat-alat rawatan.
Mereka dari tadi merenung jauh kepada si sakit seolah menunggu kesedaran abang mereka. Tetapi mereka tahu ia bukan secepat itu.
Keadaan Gempa tidaklah nampak merisaukan hanya balutan yang ada di kepala Gempa dan beberapa luka di pipi akibat cebisan kaca. Tetapi mereka tahu yang patut dirisaukan adalah di dalam.
"Sekarang kita nak buat apa?" tanya Cahaya memecahkan suasana sunyi tersebut.
"Apalagi, kita hanya mampu tunggu." Balas Halilintar.
Manakala tangisan seorang semakin membesar iaitu dari Daun tengah menangis di dada Taufan.
"Huwaah! Abang Gempa! Dia akan mati ke?!" risau Daun.
"Takdelah Daun. Gempa masih hidup. Nampak tak yang dia masih bernafas? Janganlah pikir macam tu." Ujar Ice kepada Daun agar dapat menenangkan adiknya.
Blaze yang dari tadi diam perasan akan diamnya Taufan. Walaupun dengan Daun yang menangis kusut, dia tetap masih diam. Rupanya dia masih terpikir apa yang dia dapat tahu di rumah tadi.
"Hey, abang. Apasal diam saje ni? Daun yang tengah menangis kuat depan mu, abang tak layan." Kata Blaze.
"Aku tak rasa ini kemalangan." Sahut Taufan tiba-tiba. Ini membuatkan semua menoleh kepada Taufan.
"Apa pasal pulak?" tak faham Ice.
"Tadi sebelum ambulance datang, aku melihat sekitar rumah dan yang aku sedar semua pintu dan jendela masih berkunci. Kalau ada penceroboh pasti ada salah satu jendela atau pintu sudah pecah tapi takde. Lagipun takde bilik yang bersepah pun aku cek tadi." Jelas Taufan. Kini semua terdiam mendengar teori Taufan.
"Mangkuk pulak adalah senjata digunakan. Kalau Gempa tak senghaja kenapa luka ada dibahagian belakang kepalanya? Kan lebih mudah kalau dipukul dari depan. Dan disebabkan mangkuk adalah senjatanye dia takkan pegang mangkuk tu dengan tangannya yang terlanjang kecuali dia membaluti tangannya. Sebab dia tahu kalau dipegang ia akan tinggalkan cap jari." Sambung Taufan lagi. Tetapi sebelum dia nak cakap lagi Cahaya memberhentikannya.
"Sabar. Sabar dulu. Maksud abang, ada orang senghaja nak cederakan Gempa?"
"Atau kemungkinan, ada cuba nak bunuh Gempa?" tanya Halilintar pula.
"Dan abang pikir, pelakunya adalah salah seorang dari kita?!" marah Ice. Nampaknya semua sudah faham apa yang dimaksudkan oleh Taufan.
"Aku tak menunduh pun kamu. Tapi masuk akalkan?" kata Taufan tenang seolah dia tidak terkejut apa yang dia tahu.
"Takkanlah!" terkejut Blaze.
"Hisk! Kenapa abang sanggup pikir macam tu?" kecewa Daun. Nampaknya mereka tak ingat lagi bahawa mereka masih di bilik yang seharusnya jangan bising.
"Tapikan! Mungkin kerja pembuli Blaze kot buat Gempa macam ni?! Dia tahu yang Blaze ada Gempa. Jadi dia nak Gempa agar menakutkan Blaze!" balas Cahaya. Dia masih tak terima yang pelakuan adalah di antara mereka.
"Aku dah cakap. Takde sebarang bekas penceroboh pun."
"Ish! Taulah kau ni suka memerhatikan kami. Tapi abang takde hak nak tuduh kami sebarangan!" marah Blaze.
"Woi! Aku tak menuduh kamu pun! Macam salah aku memerhatikan orang?!" balas Taufan dengan marah. Siapa juga dia nak tuduh orang tanpa ada bukti.
"Atau mungkin, kau yang nak Gempa jadi macam ni? Kau kan yang jumpa dia dulu." Tuduh Cahaya pula. Sekarang siapa pula yang main tuduh? Mereka yang lain pun mula mensyaki Taufan.
"Apakah?! Ahh! Sudahlah! Fine! Kalau kamu pikir aku ni pembunuh. Aku sanggup jaga dia seorang sampai malam! Kalau besok dia masih bernafas ternyata bukan aku!"
Sekarang Taufan bertaruhkan dirinya agar namanya bersih.
.
.
.
.
Malam di hospital.
Beep. Beep. Beep. Hanya bunyi itu sahaja mengisi ruang bilik itu. Takde sebarang pergerakkan pun dari kedua orang di bilik itu iaitu dari Gempa dan Taufan. Ternyata Taufan terlelap waktu menjaga abangnya.
Taufan yang tertidur terbaring kepalanya di katil akhirnya terbangun. Dia mengosok matanya lalu melihat abangnya dengan mata yang layu.
Masih belum sedar dari si abang.
"Haish~ Abang. Abang tau tak? Sampai hati mereka tuduh Taufan buat macam ni kat abang. Taufan tak tuduh mereka pun." Kecewa Taufan. Tak tahulah si abang tengah mendengar frustasinya tapi sekarang dia seolah bercakap seorang diri.
"So what aku ni jenis suka memerhatikan orang. Dah nyata kan ada yang cuba nak cederakan abang atau lebih teruk membunuh abang."
Dia menarik nafasnya sebelum menyambung lagi.
"Sebenarnya abang tahukan? Tentang cawan tu. Haih~ Takpelah. Aku harap takde mangsa lagi yang akan terima nasib macam abang. Jugak, harap takde orang nak cuba bunuh abang lagi lepas ni. Jangan risau, aku akan memerhatikan mereka. Dahlah abang, Taufan pergi dulu. Tak kesah mereka akan membebel aku lagi. Assalamualaikum." Taufan pun beranjak dari tempat duduknya dan keluar.
Manakala di rumah adik-beradik elemental.
Di salah satu bilik yang dalam keadaan gelap, terisinya seorang lelaki yang tengah duduk diam berhadapan dengan meja belajar. Dia mencapai sebatang pen lalu menulis sesuatu di bukunya. Tiba-tiba dia menampilkan senyuman sinis lalu berkata,
"Hehehe... Aku tak sangka rupanya kau masih hidup selepas semua tu. Tapi takpe, abang Gempa. Aku takkan seksa kau lagi. Aku tak rasa kau akan sedar secepat mungkin. Hmm...Taufan, Taufan. Aku kagum dengan kemahiran kau, Taufan. Tapi ia belum cukup untuk tau siapa aku. Agaknya siapa mangsa ku seterusnya ye? Hehehe, I can't wait."
~TO BE CONTINUE
Hey guys. Ini penghuju untuk chapter ini. Terima kasih mengambil masa kamu untuk baca fanfic ni yang begitu panjang untuk permulaan. Entahlah, ternyata idea ku terlalu panjang. Hahaha *sweatdrop*
Maaf ye kalau ada part yang tak masuk akal dan maaf sebab bahagian Gempa kena pukul agak pendek. Lagipun author taknak jelaskan lebih terperinci. Tapi sebenarnya ia tak senghaja. Satu lagi. Tentang cawan Daun tu, ia tak semestinya ye? Ini hanya fanfic.
Dalam fanfic ni, Taufan bukan main character ye? Disebabkan dia ada kelebihan tu seolah dia pulak the main character.
Oh ya, curiga tak siapa pelakunya? Harap bersabar menunggu sambungan fanfic ni. Sebab idea ku masih kabur untuk chapter kedua. So sila favourite dan follow ye?
Oh ya, author akan cuba update fanfic "I Need You" selepas ni. Tinggal sikit je lagi nak siap.
Okey, jangan lupa untuk tinggalkan review ye? Terima kasih! *Senyum manis*
Sekian,
Author AnginTaufan.
