Because, Its You

Naruto sepenuhnya milik MK

.

.

Because, Its You
.

.

Huee~kk huee~kk."

"Shina tidurlah, Otou-san mengantuk ni."
Di pagi hari yang masih gelap gelita ini, memang susah aku hendak tidur. Tapi memang patut pun aku tanggung semua ni. Aku rindukan dia, andainya dia boleh kembali semula ke pangkuanku, atau dalam mimpi.

.

.

.

Kriing kriing

"Haah~, mengantuknya", lelaki yang baru sahaja terbangun dari tidurnya, lalu dia menutup jam penggera yang berbunyi nyaring yang mengganggu tidurnya tapi dia sepatutnya berterima kasih kepada jam itu, disebabkannya dia dapat bangun pada awal pagi walaupun tidak begitu puas disebabkan anaknya yang menangis semalaman.

"Shina, kenapa kamu ni susah sangat nak tidur.", lelaki tadi pergi kearah tempat tidur anaknya yang dipenuhi dengan mainan-mainan yang dibelikan.

Dia melihat anaknya yang tertidur pulas, wajahnya sayu melihat putera kesayangannya.

"Shina, maafkan ayah. Untuk masa ni, kita terpaksa makan apa saja yang ada. Tou-san janji, Tou-san akan berikan semua keperluan kamu.", air mata yang cuba ditahan akhirnya terjatuh ke atas baju kecil yang dipakai Uzumaki Shinachiku.

Lelaki yang bernama Uzumaki Naruto, terpaksa merawat anaknya sendirian setelah terlibat di dalam kemalangan jalan raya dan yang paling parah, dia tidak tahu siapa isterinya disebabkan amnesia dan saat dia bertemu Shinachiku, dia sendiri susah hendak mengaku bayi yang berumur 2 tahun itu adalah anaknya, itupun disebabkan warna rambut dan kumis kucing yang serupa baru meyakinkannya.

Lelaki yang berumur 26 tahun itu melangkah ke arah bilik air kecil yang dijadikan tempat untuk membersihkan diri.

Setelah lebih hampir sepuluh minit berlalu, dia sudah siap dengan mengemaskan dirinya untuk pergi ke Ichiraku sebagai pekerja disana.

Dia lalu pergi menghampiri Shinachiku dan mendukungnya sementara anak kesayangannya itu tertidur pulas.

.

.

.

Ding Dong

Bunyi loceng bergema setelah Naruto menekan tombolnya untuk memanggil tuan rumah di dalam.

"Ouh Naruto, selamat pagi. Tak nak masuk dulu ke?"

"Tak perlulah, lagipun saya tak nak terlewat untuk ke Ichiraku.", setelah dipelawa, Naruto cuba menolaknya sebaik mungkin.

Naruto lalu menyerahkan Shinachiku kepada wanita yang sebaya dengannya.

" Arigatou, Sakura-san."

"Tak ada apalah, lagipun saya suka bila Shina ada dengan kami. Hanami pun seronok dapat main dengan Shina.", wajah wanita yang dipanggil Sakura tadi tidak pernah terlepas dengan senyuman.

"Sekali lagi terima kasih, kalau dah tak ada apa-apa saya pergi dulu."

"Ya silakan."

Naruto berjalan senang menuju ke arah Ichiraku, sekurang-kurangnya dia dah tak perlu risaukan Shinachiku untuk sementara waktu ni.

TBC

Maaf jika ada banyak kesalahan.

Terinspirasi dari tajuk cerita Cina yang bertajuk Run Papa Run, serius aku terinspirasi dari tajuk jer , cerita dia pun aku tak tahu macam mana, jadi bila ada persamaam ia adalah tidak disengajakan.