T O
.
.
.
.
.
SINOPSIS
Hinata Hyuga merupakan gadis malang yang sentiasa dibuli, diperlekehkan, dan dipulaukan. Memandangkan ayahnya sendiri tidak mengambil berat akan keadaannya yang serba kekurangan; bukan seperti adiknya, Hanabi yang seperti apa yang ayahnya inginkan, Hinata memohon kepada saudara jauhnya datang melawat untuk mengikutinya pulang ke tempat asalnya. Kerana simpati dan risau akan gadis tersebut, lelaki tersebut bercadang untuk membawanya kembali ke tanah airnya bersama-sama. Semasa di stesen kereta api, satu topi sama seperti dinosour menarik perhatiannya. Siapakah pemilik topi unik itu?
(Character might be OOC)
.
.
.
.
.
.
(A/N: Sudah lama sangat nak buat cerita ni, alhamdulillah, akhirnya dapat juga! X3. Disebabkann saya minat sangat dengan watak Hinata(Naruto) dan kartun BoBoiBoy, saya cuba jadikan ianya crossover! Entah seronok dibacakah atau sebaliknya. Harap anda semua enjoy!)
Desclaimer: All characters character are belong to their rightful owner.
.
.
.
.
.
BAB 1
"Ayah?" Hinata menundukkan kepala sambil bermain dengan jari-jemarinya, takut dan gugup bila berdepan dengan satu-satunya orang tua kandungnya, Hiashi.
"Hmm." Ayahnya langsung tidak mengangkat wajahnya daripada kertas-kertas kerja yang bertimbun di atas meja kerja dihadapannya. Ini membuatkan hati Hinata semakin sayu dengan sifat ketidakpeduli ayah terhadapnya.
"Aku...aku nak ikut Pak Cik Hairi ke Malaysia..." kata gadis itu perlahan.
"Hmm."
"Ayah dengar tak ni?" akhirnya Hinata mengangkat wajahnya cuma melihat ayahnya masih lagi dalam keadaan sebelumnya.
"Hmm."
Hati gadis kecil itu bagaikan dirobek bila melihat reaksi ayahnya. Matanya berkaca-kaca menahan perasaan yang bercampur-baur di dalam benaknya. Namun kesedihan tersebut bertukar kepada kemarahan. Dengan langkah yang laju, dia mendekati meja ayahnya. Kakinya dihentak-hentak.
Hinata menolak semua kertas-kertas itu ketepi, habis beterbangan semuanya. Nafas Hinata tidak teratur, amarahnya semakin memuncak, kesabarannya semakin menipis bagaikan lava panas didalam gunung berapi. Matanya tajam merenung anak mata ayahnya. Kemarahan Hiashi tidak kalah hebatnya. Wajah lelaki tua itu memerah.
"Apa yang kau fikir kau sedang lakukan, Hinata?" katanya yang cuba bersikap tenang. Buku lima dikepal erat.
"Aku bencikan ayah! Aku tidak akan balik lagi ke rumah ini!" Jerit Hinata lantang, air mata tumpah jua.
Mata Hiashi membulat, terkejut. Ini pertama kali, anak sulungnya bersikap kurang ajar terhadapnya. Segera dia berdiri, menjatuh kerusi yang didudukinya apabila Hinata berlari keluar dari bilik tersebut. "Hinata!"
Suaranya bergema di seluruh genap koridor rumah tua itu. Hinata membuka pintu depan dengan kasar. Dia melihat sekeliling untuk mencari pak ciknya dan mendapati lelaki itu sudah berada dalam kereta di luar rumah.
"Pak cik, jalanlah cepat." Hinata memasang tali pinggang keselamatan. Wajah kelihatan pucat.
"Ayah kamu sudah izinkan kamu?" Hairi bertanya, wajah berkerut melihat anak saudaranya.
"Sudah..." jawab Hinata perlahan, kepala ditundukkan.
Hairi menghela nafas. "Baiklah."
Enjin kenderaan dihidupkan. Tayar berputar laju diatas jalan raya Tokyo yang sesak dengan orang ramai. Siangkah, malamkah sama sahaja suasanya. Yang membezakan keadaan siang atau malam adalah langit. Suasana di dalam kereta sangat senyap sehinggakan bunyi penghawa dingin boleh terdengar.
Tidak lama selepas itu, mereka telah sampai di Lapangan Terbang Tokyo. Segera beg bagasi dikeluarkan dari bonet apabila kereta selamat diletakkan di tempat parking. Hinata menyambut beg kepunyaannya yang dihulurkan.
Mereka mendaftar di kaunter. Nasib baik Haiiri sudah awal menempah tiket kalau tidak, terpaksalah mereka menetap dinegara itu dengan lebih lama. Apabila selesai mendaftar, mereka terus memasuki kapal terbang kerana masa hanya beberapa minit sahaja lagi untuk berlepas.
(o-o)
"Pak Cik nak beli kopi kejap, kamu tunggu sini, ok?"
Hinata menganggukkan kepala. Tangan menutup mulut apabila dia menguap. Mata sedikit merah kerana baru bangun tidur.
"Ada apa-apa yang kamu mahu pesan?"
Hairi tersenyum melihat gelagat anak saudaranya yang asyik membuka mulut macam ikan diluar air.
"Nak susu kotak..." sekali lagi dia menguap.
"Beres bos!" kata Hairi sambil tabik bak tentera yang menghormati pegawai atasan. Wajahnya yang serius berubah geli hati, dia terkekeh sendirian lalu berjalan menghampir mesin layan diri: vending machine.
Hinata hanya tersenyum akan kelakuan pak ciknya itu. Sendi-sendi ototnya terasa lenguh dek duduk sepanjang hari dan tempat yang tidak selesa untuk tidur. Sampai sahaja, di lapangan Kuala Lumpur, Hairi terus pula pergi ke stesen kereta api ekspress. Langsung tiada masa untuk bersiar-siar. Matanya yang unik meninjau sekeliling. Boleh dikatakan ramai orang yang beratur di hadapan kaunter untuk membeli tiket, salah seorang pembeli itu ialah pak ciknya.
Hinata bersandar sepenuhnya dibangku kayu itu, ingin merehatkan badannya. Tiba-tiba angin bertiup kuat. Terasa ada sesuatu mendarat di atas tangannya. Kelopak matanya di buka lalu anak mata lavendernya digerakkan untuk melihat apakah objek itu. Rupa-rupanya ianya adalah sehelai tiket keretapi. Hinata menggenggam tiket itu terus apabila angin bertiup semula, takut tiket itu diterbangkan semula.
Bunyi tapak kaki berlari memasuki indera pendengarannya. Hinata segera mendongakkan kepala. Seorang budak lelaki memakai topi berwarna jingga bertompok kuning dan bermotifkan raksasa yang bertanduk dengan tiga menggarisi rentas tengah topi, bermulut jongang tetapi tidak bermata, dengan birainya menghadap ke belakang dan digarisi tiga batang tanduk ditengah-tengah topi, memakai jaket tanpa lengan yang berwarna jingga yang berzip dengan lungsur zip yang berbentuk panahan petir,dengan kemeja T berdada putih dan berlengan perang didalam, serta seluar panjang berwarna perang tua juga. Tangan budak lelaki itu sarat dengan bag dan sebiji bola sepak.
"Dik! Itu...tiket..itu abang punya!" katanya sambil tercungap-cungap.
"Mmm, nah." Hinata menyambam tiket itu kemuka budak lelaki itu.
"Hehehe, terbaik. Terima kasihlah, dik. Kalau tidak, tak tahu apalah nak jadi nanti." budak lelaki itu menegakkan ibu jarinya; thumbs up, sambil tersenyum lebar.
Hinata menganggukkan kepala, malu.
Lelaki berambut hitam itu terus mendudukkan dirinya disebelah Hinata apabila mendapati ianya kosong.
"Adik ni nama siapa? Nama aku Boboiboy!" Boboiboy menghulurkan tangan, senyuman masih setia diwajah.
Teragak-agak tangan Hinata menyambut salam Boboiboy. "Nama a-aku Hinata..." gadis itu tersenyum malu.
"Orang Jepun rupanya, patutlah comel! Terbaik! Hinata ni nak pergi mana?"
Entah Boboiboy sedarkah tidak apa yang baru dicakapnya. Wajah Hinata memerah. "Ta-tak tahu lagi..."
"Hinata! Eh, Boboiboy? Apa kau buat disini?" Hairi menghulurkan sekotak susu pada Hinata sambil matanya menatap Boboiboy, hairan.
"Apalagi, nak bercutilah. Eh, saya tiadakah pak cik?" Boboiboy menunjuk kotak susu ditangan Hinata.
"Amboi, banyak lawa. Apa kau ingat aku ni vending machine-kah? Kalau nak, Vending machine tu ada kat sana. Pergi beli sendiri." Hairi menudingkan jari ke arah mesin layan diri yang ada di sebelah tong sampah.
"Hahahaha, aku bergurau sajalah, pak cik. Oh ya, pak cik ni nak pergi mana?"
"Pergi berkelah."
"Hih, orang tanya betul-betul, main-main pula."
Pak Cik Hairi tergelak. "Pergi Pulau Rintislah, mana lagi? Dah tu tempat tinggal pak cik."
"Hehehe."
"Pak cik kenal Boboiboy?"
Hairi menoleh kearah anak saudaranya. "Ha'ah, dia ni cucu jiran pak cik, Tok Aba."
"Jiran?"
"Ya, tinggal sebelah rumah je."
Keretapi 05 akan bertolak sebentar lagi. Saya ulangi, keretapi 05 akan bertolak sebentar lagi. Penumpang di arahkan memasuki keretapi 05 dalam masa 5 minit.
"Hah, jomlah kita masuk sekarang. Tak pasal-pasal kita tertingal pula."
Mereka bertiga segera masuk ke dalam keretapi tersebut.
(o-o)
"Kau tinggal dengan siapa nanti?" tanya Boboiboy tiba-tiba sambil bersandar dekat tingkap keretapi. Sinaran bulan mengenai wajahnya menyebabkan anak mata coklatnya sedikit berkilat.
Hinata bermain dengan jarinya. "Dengan pak cik..."
Belum sempat Boboiboy bertanya lebih lanjut, suara seorang lelaki yang datang dari pembesar suara memotongnya.
Tuan-tuan dan puan-puan, sebentar lagi kita akan sampai ke stesen yang berikutnya. Terima kasih kerana memilih Yong Pin Express. Huh, akhirnya sampai juga. Hoh tak sabar aku nak pergi karoke jap lagi.
Hinata dan Boboiboy tergelak. Boboiboy mengangkat tangannya kearah Hinata seakan mengatakan 'kejap'. Hinata yang segera faham apa maksud kawan barunya itu terus menganggukan kepala, sisa tawa masih kedengaran.
Hmm, kena practice sikit ni. Rama-rama terbanglah tinggi. Tinggi-tinggi, ooohhh. Dik, dik, budak kecik tak boleh masuk dalam ni.
...
Apa? Mike tak tutup lagi? Alamak.
Boboiboy duduk kembali disebelah Hinata yang masih tersenyum.
Uh, saya meminta maaf atas kesilapan teknikal tadi, terima kasih dan tolong jangan bagi tahu bos saya.
"Hihihi, terbaik. Ini kena cerita kat atuk ni." gumam Boboiboy.
"Hahaha, apa nak jadi dah pemandu keretapi? Mike pun lupa tutup, heih." gelak Pak Cik Hairi yang duduk dibelakang mereka.
"Ha'ahlahkan! Pasal cuti, semuanya terus lupa."
"Betul tu, betul tu!"
Hinata hanya terkekeh perlahan mendengar perbualan antara pak ciknya dan Boboiboy.
"Oh ya, Hinata? Umur kau berapa, ya?"
Berkelip-kelip mata Hinata mendengar soalan Boboiboy.
"Heih, jenis soalan apa yang kau tanya tu, Boboiboy?" Hairi menyampuk, kepalanya diletakkan diatas dilipatan tangannya diatas tempat sandar Boboiboy. "Umur kamu sama sajalah."
"Oh, sepuluh tahun...tapi kenapa dia pendek dari aku?" tanya Boboiboy, tangan menggaruk pipinya yang tidak gatal.
"Entah! Mungkin kurang kalsium kot."
Wajah Hinata memanas. Dia memalingkan wajahnya ketempat lain apabila mendengar mereka ketawa sambil melihatnya.
"Oh, kita dah nak sampailah! Sebelum keluar tu periksa dulu barang-barang kamu tu. Manalah tau ada barang-barang yang tinggal." Nasihat Hairi cepat-cepat apabila melihat kedua-dua anak kecil itu bergegas menyangkutkan bag di atas bahu. Boboiboy memandang luar dengan mata yang berbinar-binar dan senyuman yang lebar.
"Huish, tak sabarnya nak jumpa atuk!" Boboiboy berlari mendekati pintu.
Angin malam serta merta menerpa wajah mereka setelah pintu keretapi dibuka.
"Atuk! Atuk!" Boboiboy melompat kearah seorang pak cik tua dan memeluknya dengan erat. "Wah, atuk nampak makin mudalah sekarang."
"Aik, sejak bila pula Boboiboy tukar atuk ni...?" gumam Hairi, hairan
Hinata memandang Hairi, turut berasa hairan dengan kata-kata pak ciknya "Apa maksud-".
"Hoi!"
Hinata dan Hairi menoleh kearah sumber suara tersebut dan mendapati seorang lagi lelaki tua memakai kopiah tih, berbaju kemeja biru bergaris putih memandang Boboiboy sambil bercekak pinggang, jengkel. Hairi tersenyum sendiri sambil berbisik 'Dah agak dah.'
"Bertuah punya cucu! Kau peluk siapa tu?" kata lelaki tua tu atau lebih dikenali sebagai Tok Aba.
Boboiboy melonggarkan pelukannya dan menjauhkan diri, dia ketawa gugup lalu tabik hormat. "Sorry, pak cik."
"Hmmmph!" Tok Aba menyilangkan tangan didepan dada , tanda merajuk.
"Eleh, dia pun sama."ejek budak lelaki yang memakai kopiah coklat.
"Entah atuk ni." Boboiboy mendekati atuknya, senyuman lebar menghiasi wajahnya.
"Alah, atuk tak apa, dah tua. Kau tu Muda-muda dah lupa."
"Assalammualaikum,tuk." Boboiboy menyalam tangan Tok Abah.
"Waalaikumsalam...eh, Hairi?" Tok Abah memandang Hairi dengan tatapan terkejut.
"Hai, Tok Aba!" Hairi tersengih sambil melambaikan tangannya.
"Eh, siapa pula ni?" Atok menudingkan jari kearah budak kecil yang menyorok dibelakang Hairi.
"Oh ini anak saudara jauh aku. Hinata cepat salam atuk."
Hinata keluar dari tempat persembunyiannya yang tidak seberapa lalu menyalam Tok Aba.
"Wah, comel juga ya anak saudara kamu ni."
Wajah Hinata merona merah dengan pujian lelaki tua itu, dia menundukkan kepala.
"Hehehe, tentulah. Sama macam pak ciknya juga." Hairi menepuk kepala Hinata, hidungnya kembang kempis berasa bangga.
"Hmm, perasan."
Mereka semua tergelak.
"Dah, dah, jom kita balik. Kamu adah ada kenderaankah nak tumpang balik?" tanya Tok Aba, tangannya mencapai bag cucunya.
"Dah tuk, aku dah telepon tadi." jawab Hairi.
"Bye, Hinata! Jumpa esok!" Boboiboy melambaikan tangan kemudian menoleh semula ke arah atuknya, menceritakan kejadian yang terjadi didalam keretapi sebentar tadi.
"Bye Boboiboy..." bisik Hinata, melambai ke arah budak lelaki yang sudah berpaling darinya.
Hairi memandang Hinata dengan tatapan mengerti. Tangan menepuk bahu gadis kecil itu.
"Mari kita balik, Hinata"
