"PENGUMUMAN: Pada minggu depan iaitu hari Ahad, 11 Oktober 2015 ini... Konsert AF2015 mengadakan Konsert Terakhir, jadi saya mengambil kesempatan ini dengan menulis sebuah cerita fanfic mengenai 4 sponsor utama AF2015 iaitu Nouvelles Visages, Vivo Smartphone, HOTLINK dan Kit-Kat dalam versi Garfield kali ini... Harap maklum!-Saya (Penulis)".

(Pukul 8:30 MALAM. AHAD, 11 OKTOBER 2015 di Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia):

Pada satu malam di sebuah rumah banglo, Jon dan Liz sedang bersiap-siap di bilik masing-masing untuk kelihatan kemas semasa menghadiri Konsert Akhir AF2015 tak lama lagi... Begitu juga dengan saya, namun saya siap lebih awal kerana satu rahsia (akan diberitahu nanti)...

(Di bilik Liz):

Setelah memakai blaus hitam kesukaannya, Liz mencantikkan dirinya dengan Nouvelles Visages (NV) serta minyak wangi Enchanteur. Namun setelah siap menggunakannya, Liz mula berasa risau dan berkata, "Macam mana kalau tiba-tiba saya jadi tak lawa lagi setelah sampai Dewan MBSJ nanti... Malulah saya dengan Jon nanti... Macam mana ini?". Dengan tidak semena-mena, Liz pun mula menangis kesedihan...

(Di bilik Jon):

Setelah memakai seluar panjang biru, kemeja putih, tali leher merah dan kot hitam kesukaannya, Jon pun mengharumkan badannya dengan minyak wangi AXE. Namun setelah siap menggunakannya, Jon mula berasa risau dan berkata, "Macam mana kalau tiba-tiba saya jadi tak kacak lagi setelah sampai Dewan MBSJ nanti... Malulah saya dengan Liz nanti! Tambah pula, saya ada telefon Vivo X5 Pro dan juga menggunakan internet HOTLINK, kalau tiba-tiba masa kami 'selfie' dah tak nampak kacak dan lawa lagi. Lepas tu dah habis data... Macam mana ini?". Dengan tak semena-mena Jon pun mula menjerit kemarahan!

(Tak lama kemudian):

Saya pun terkejut dan memanggil Jon dan Liz. Setelah itu, saya menyoal, "Kenapa ada yang menangis dan menjerit tadi?". Liz berkata, "Saya baharu sahaja menggunakan Nouvelles Visages tadi. Tapi saya takut, nanti saya jadi tidak lawa lagi setelah kita sampai MBSJ nanti... Isk! Isk! Isk!". Kemudian, Jon berkata, "Saya ada telefon Vivo X5 Pro dengan internet HOTLINK sekarang ini. Tapi saya takut, nanti bila saya dan Liz ambil selfie, kami tidak kelihatan kacak dan lawa lagi. Dan selepas itu, data HOTLINK saya pun mula habis nanti... Jadi, macam mana saya tidak marah?". Mendengar luahan mereka itu, saya membalas, "Relaks... Kit-Kat kan ada!" (inilah rahsia yang saya maksudkan ini). Lalu saya hulurkan dua batang coklat Kit-Kat untuk Jon dan Liz... Mereka ambil setiap satu dan mula menjamah coklat itu. Kemudian mereka mula berasa yakin dan berkata, "Eh, memang betul! Sekarang kami dah tak risau lagi!". Saya pun berkata, "Hah... Apa lagi, jom! Takut nanti terlepas pula!". Mereka pun setuju dan berkata, "Baiklah... Jom!". Dan kami pun ke sudah bergegas ke sana...

-TAMAT!-