Bold = berkata dalam hati 'Harry' & Hermione

Italic = imbas kembali

Bold & Italic = surat

The One

19 tahun kemudian……

"Selamat pagi, Mione." ucap Ron yang baru saja bangun tidur.

"Harap mimpi yang indah semalam, sayang," Hermione sedang menyediakan sarapan pagi.

"Ya. Macam mana dengan si kecil Ron ni. Selamat pagi, jangan sakiti ibu kamu kalau kamu cuba buat macam tu ayah akan kenakan sihir ke atas kamu bila kamu keluar nanti." kata Ron sambil mengusap perut Hermione yang semakin membesar.

"Ron, awak ni memang teruk," kata Hermione.

"Selamat pagi semua," ucap Harry yang baru saja turun untuk bersarapan bersama-sama.

"Macam mana dengan malam kamu berdua tanpa Ginny?" tanya Hermione kepada Harry sewaktu Harry memberikan seorang bayi lelaki yang berusia dalam lingkungan setahun.

"Biasa saja. Lagipun dia tak la selalu merengek." jawab Harry sewaktu Hermione meletak Henry di atas kerusinya.

"Perangai Henry macam awak." Hermione berkata sambil menyuap bubur untuk Henry.

Flashback

"Sayang masa untuk sarapan." Ginny memanggil Harry. Harry pergi mendapatkan Ginny yang sedang menyiapkan sarapan. Harry memberikan ciuman di pipi Ginny.

"Sayang, sebentar lagi Hermione dan Ron akan datang ke sini." Ginny memberitahu Harry.

"Tak ada ke satu hari tanpa mereka berdua," ujar Harry sebelum meneguk segelas jus oren.

"Mereka kawan kamu sayang, mereka keluarga kita sekarang." Ujar Ginny sambil meletakkan sepinggan telur hancur di atas meja sebelum mencium pipi Harry.

End Flashback

"Harry, Harry, Harry!" panggil Hermione yang risau dengan keadaan Harry sebelum memandang ke arah Ron.

"Awak okey ke?" tanya Hermione kepada Harry.

"Saya nak keluar sekejap. Mungkin saya tak balik makan tengah hari," Harry meninggalkan meja makan.

"Awak nak pergi ke mana?" tanya Ron yang mula risau dengan kelakuan Harry.

Harry menghampiri pintu setelah mencapai kot yang tersangkut di dinding tepi pintu. Harry berjalan di sepanjang jalan sambil melihat gelagat penduduk yang mula sibuk membuat persiapan untuk musim panas.

Flashback

"Sayang cepat la, Ron dan Hermione dah lama menunggu di luar." Panggil Harry.

"Sekejap." Jawab Harry.

Sewaktu Ginny telah sampai ke bawah Ron masih sempat lagi bergurau.

"Berapa lama awak ambil masa untuk siapkan dua beg besar ni?" tanya Ron kepada Ginny.

"2 hari sebelum hari ini." Jawab Harry.

"Oh bagus, Hermione ambil masa seminggu sebelum hari ini." balas Ron.

"Ron!" Hermione merenung tajam ke arah Ron. Lantas Ron membatu.

"Nasib baik Harry tak merungut," Ginny senyum sebelum menghadiahkan ciuman di pipi Harry.

End flashback

____________________________________________________________________

"Awak dah makan? Awak nak makan apa? Semua ada dalam peti sejuk. Awak pergi mana tadi?" Ron bergegas mendapatkan Harry yang baru saja pulang.

"Saya dah makan. Saya nak pergi tengok Henry kejap." Harry menaiki tangga meninggalkan Ron yang kebingungan.

"Bila malam baru balik. Dia pergi ke mana agaknya?" Ron mengeluh kehairanan.

Harry menghampiri pintu bilik yang kedua dari kanan tangga. Harry membuka pintu dan melihat Henry sedang nyenyak tidur di pangkuan Hermione. Harry menghampiri mereka berdua yang sedang tidur dengan perlahan, dia tidak mahu mengejutkan Hermione yang sudah seharian menjaga Henry. 'Pasti Hermione letih'

Hermione terjaga.. "Harry, awak baru balik? Awak nak makan?" tanya Hermione.

"Tak, tak, saya cuma nak tengok Henry." Harry serba salah kerana mengejutkan Hermione yang tidur.

"Kalau macam tu saya nak masuk tidur dulu. Selamat malam, Harry." Hermione menghampiri pintu. Pintu terkuak.

Setelah selesai bersarapan.....

"Saya pergi dulu." Harry meminta izin untuk ke tempat kerja.

"Awak pergi dulu sebentar lagi saya menyusul." Kata Ron.

Setelah sampai di Kementerian Sihir.....

Kingsley mendapatkan Harry sebaik sahaja Harry tiba.

"Harry, sekejap lagi saya nak awak hadir ke perbicaraan kedua-dua Death Eaters,Yaxley dan Dolohov yang baru sahaja di tangkap." Kingsley memberitahu Harry.

"Bila?"

"Sesudah waktu rehat"

"Baiklah, saya akan ada di sana Kingsley,"

_____________________________________________________________________

"Ron, jom kita pergi makan." ajak Harry.

"Aaa...ehm....saya dah makan tadi..dengan...dengan....dengan Andrew...ya dengan Andrew. Lagipun saya ada banyak kerja yang perlu disiapkan." Ron kelihatan sedikit berpeluh.

"Oh... baiklah kalau macam tu saya pergi dulu," Harry meninggalkan ruangan Ron.

"Helen, jom kita keluar makan tengah hari." Harry mengajak salah seorang Auror yang bekerja dengan Harry, Helen mengangguk.

Sewaktu berada di kafeteria Harry sempat berbual dengan Helen. Helen sempat menanyakan tentang kehidupannya tanpa mana nak uruskan anak? Macam mana itu? Macam mana ini?

"Hey Harry, itu kan Ron?" Helen terkejut. Lantas Harry menoleh ke belakang,alangkah terkejutnya Harry melihat Ron.

'Apa yang Ron buat di sini? Tadi dia cakap ada banyak kerja'

'Apa yang dia buat tu?'

"Saya salah lihat ataupun memang dia sedang cium dengan....."

"Sarah....."

"Awak kenal dia, Harry?"

"Dia setiausaha Kingsley"

"Jadi, awak nak terus mengintip mereka dan selesaikan di sini atau kita pergi ke perbicaraan itu dulu dan selesaikan masalah ini di rumah saja." Setelah selesai makan Helen bangun dari meja yang bernombor 19.

"Saya rasa lebih baik saya saya selesaikan di rumah." Harry bangun sambil melihat Ron yang sangat mesra dengan wanita yang berambut perang separas bahu menerusi tingkap.

________________________________________________________________________

"Saya dah balik," ujar Harry.

"Awak pergi mana tadi....." tanya Ron. Harry tidak mempedulikan Ron. Dia langsung tidak menegur Ron yang sedang menonton televisyen. Dia terus naik ke atas pergi mendapatkan Henry.

Pintu terkuak. Hermione sedang cuba tidurkan Henry.

"Hermione....." Harry bersuara.

"Ehmm...." Hermione memandang Harry.

"Saya nak cakap sesuatu..." Harry teragak-agak. "Sebenarnya..... ehm... tak ada apa-apa," tetapi mata hermione masih memandang curiga ke arah mata Harry.

"Hmm..tak apalah, kalau macam tu saya turun dulu." Hermione menyelimutkan Henry. Harry melihat Hermione menghilang di sebalik pintu.

"Ron, bangun! Ron, bangun!" Hermione mengejutkan Ron.

"Hermione, ada apa ni? Hari ni kan hari minggu." Ujar Ron yang masih mengantuk.

"Cepat, bangun!" Hermione meninggikan sedikit suara.

Sewaktu sarapan.....

"Ron, sekejap lagi kita pergi pasaraya nak beli barang dapur." Hermione memandang Ron yang sedang minum kopi.