Aku Suka Kamu - Coming Soon [Malay Fan Fiction]
Summary - Obi teringin nak peluk Shirayuki sebelum Shirayuki pergi ke Lyrias seperti yang dahulu, Obi teringin nak menaiki kuda bersamanya seperti yang dahulu, dan dia teringin nak menari bersamanya seperti yang dahulu. Tetapi sudah terlambat. [Very Short One-Shot!]

(~)

Saya ternampak Cik Muda dan tuan saya sedang berjalan sambil berbual-bual. Apabila saya ternampak cik muda, saya teringat..

Sebelum cik muda pergi ke Lyrias, dia memeluk Kiki, Mitsuhide, tuan dan saya, dia juga berasa sangat gembira selepas menemui saya di Lyrias. Pada masa tu, dia sudah tidak kesunyian lagi, kerana saya berada di sisi cik muda.

Selalunya apabila kami mahu pergi ke suatu tempat, dia akan menaiki kuda saya dan kami bersembang. Tetapi sekarang, cik muda sudah pandai menaiki kuda dalam masa 10 bulan di Lyrias, cik muda juga ada kuda sendiri, dan pada hari tu, dia tidak menaiki kuda bersama saya lagi.

Apabila kami mahu mencari Lata Forzeno, kami pernah menari bersama-sama di sana. Itulah kenangan manis yang saya ada.

"Obi!" Saya terdengar cik muda memanggil.

"Cik muda."

"Obi, dah lama tak naik kuda dengan Obi. Jom naik kuda sama-sama!" Perkataan itu membuat saya tersenyum.

"Jom."

Tapi saya tak pernah memberitahu cik muda yang saya suka dia, kerana dia sudah ada tuan.

'Cik muda, saya suka kamu' ialah apa yang saya teringin memberitahunya.