Hai semua...saya pasti mesti korang masih ingat saya...saya sebernarnya mahu membuat cerita ini semasa Boboiboy Galaxy sudah keluar...tapi saya sudah mendapat idea dan menulisnya sebelum idea itu hilang...Maklumlah...saya ni, pelupa sikit...hehehe...Jadi, korang dah bersedia untuk musim ke dua?
AUTHOR: Kepada pembaca yang belum lagi membaca musim pertama cerita ini...supaya kamu boleh lebih faham.
Dan terima kasih kepada pembaca kerana selalu menyokong saya dan sebagai balasan saya menyambung cerita ini ke musim kedua...harap korang teruskan menyokong saya kerana saya perlukan sokongan anda.
Jangan lupa REVIEW dan Beri Idea untuk Chapter seterusnya...
~feerdaus~
~POWER OF ELEMENTS 2~
-Secrets Of The Element Kingdom-
Chapter 1: The New Beginning
Ia sudah 3 tahun berlalu selepas apa yang terjadi di Pulau Rintis. Lisa sudah tinggal di Kuala Lumpur dan juga bersekolah di situ. Dia juga sudah menjadi anak angkat kepada sepasang suami isteri yang sudah kehilangan anak akibat kemalangan. Pada awalnya Lisa merahsiakan kuasanya elemennya daripada keluarga angkatnya tetapi lama kelamn mereka berdua sendiri mengetahui rahsia Lisa setelah mereka perasan yang dia menggunakan kuasa itu semasa mereka berdua tiada di rumah.
Teruk juga Lisa dikenakan oleh mereka sehinggalah Lisa memberitahu perkara yang sebenar kepada mereka yang dia memiliki kuasa elemen sejak dia kecil lagi. Lisa juga turut menceritakan pengalamannya ketika dia berjumpa dengan Boboiboy yang mengajarnya sehinggalah dia menguasai kesemua kuasa elemennya.
Kelihatan Lisa berada didalam biliknya sambil melihat gambar-gambar di dalam phonenya. Dia berhenti seketika selepas dia melihat gambar terakhirnya bersama Boboiboy. Dia melihat gambar itu sambil tersenyum dan mengingati kembali pengembaraannya bersama Boboiboy untuk mengalahkan penjahat bernama Kai.
Lisa kemudiannya berbaring di atas katilnya.
-"Bilalah aku boleh jumpa dengan kau lagi..."-Kata Lisa kepada dirinya.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk...
-"Lisa boleh kami masuk?"-Tanya Ibu angkat Lisa
Lisa dalam keadaan kelam kabut menutup telefonnya dan membalas pertanyaan ibunya.
-"Boleh, apa salahnya"-Balas Lisa
Kemudian ibu dan ayah angkatnya masuk ke dalam biliknya dan duduk bersebelahan dengan Lisa di atas katilnya.
-"Kenapa kamu tak kelaruan ni?"- Tanya ayah angkat Lisa -" Teringat kat BF ke?"- Kata ayahnya lagi sambil mengusik Lisa
-"Eh, mana ada?!"- Kata Lisa dan pada masa yang sama mukanya mula merah
-"Habis tu, kenapa cakap 'bilalah aku nak jumpa dengan kau lagi'"-Kata ayah Lisa mengusiknya lagi
Ini menyebabkan Lisa mula blushing dan teragak-agak untuk menjawab pertanyaan ayahnya
-"Emm...err...mana ada, saya cuma rindu kat Boboiboy"-Balas Lisa dengan teragak-agak
-"Lelaki yang ajar kamu tu?"-Tanya Ibu Lisa
Lisa mengangguk
Ibu dan ayah Lisa memandang satu sama lain sebelum kembali memadang Lisa
-"Nampaknya, kamu dah jatuh hati kat dia"-Kat ayah Lisa mengusiknya
-"Err...mana ada!...kitorang kawan je lah...tak lebih dari tu"-Balas Lisa dengan teragak-agak
Ayah dan ibu angkat Lisa hanya tersenyum
-"Emm...ayah, nak tanya sikit boleh?"-Tanya Lisa
Ayah Lisa mengangguk
-"Boleh tak kita pergi Pulau Rintis esok...lagipun sekolah cuti seminggu"-Kata Lisa yang sebenarnya dia mahu berjumpa dengan Boboiboy
Kelihatan ayah dan ibu angkat Lisa berbincang sebentar sebelum membalas pertanyaan Lisa
-"Boleh je...lagipun dah lama ayah nak pergi ke situ...dengar ada gerai koko yang sedap kat situ"- Kata Ayah Lisa sambil tersenyum
Lisa boleh sahaja menjerit dan melompat kegembiraan tetapi, dia mahu menghalang supaya mukanya merah kembali dan dia cuma memeluk ayahnya dengan gembira.
TO BE CONTINUED
Hai semua lagi...itulah pengahbisan bagi chapter pertama musim ke-2 ini...Saya tahu ianya pendek tapi saya akan berusaha untuk memanjangkannya di chapter seterusnya.
Jangan lupa REVIEW dan beri cadangan untk Chapter akan datang...
