--
Ia cuma satu hari untuk berasa jatuh cinta. Satu hari untuk berasa ingin memilik. tapi semua itu tak terungkap dari bibirku sendiri. Mungkin juga kerana pahit dalam percintaan yang lepas membuat aku sukar untuk mengungkapkan rasa cinta lagi.
Saat itu aku mengenali dia dari jarak jauh. Bahkan mata aku bersinar-sinar ketika memandang satu tubuh yang berdiri di bawah pokok sakura ketika bunga bunganya menghujani dia, lelaki yang berdiri umpama malaikat yang baru saja turun dari langit.
Lamunan aku terhenti saat suatu suara sahabatku memanggil dari sisi pagar sekolah. Ya. aku cuma perempuan remaja sekolah tinggi yang bercita cita untuk menjadi seorang pemain permainan2 mobile dan pc yang profesional malahan seorang "streamer".
Memandangkan aku menyertai sebuah kelab esport di sekolah aku, aku juga telah banyak turut serta dalam pertandingan yang dianjurkan. Ini menaikkan nama aku sebagai seorang penghibur di kaca mata telefon pintar.
(lol lawak pulak aku rasa part ni) .
Ahh. muka perempuan tu lagi. aku rasa annoying. Ya lah, hari hari nak melekat dengan aku. Sampai orang lain fikir kami lesbian. Astaga.
Aku buat buat muka gembira saja depan dia. tapi dalam hati . sungguh! rasa annoying tapi itulah sahabat aku. Cantik, lawa, dan memang mempunyai bakat dalam semua bidang. Lagi lagi dia seorang perenang di sekolah aku.
Memang tak dapat dinafikan kalau ramai lelaki yang menginginkan dia sebagai seorang kekasih. dan beginilah keadaanya. setiap hari loker dia berbunga bunga dengan surat syinta.
Aku pula?
Habuk saja yang ada. Tapi sahabat aku ini, depan orang dia memang baik, pandai control ayu pulak tu. tapi bila belakang sekolah, semua surat tu dia bakar dengan gelak tawa yang jahat. memang menakutkan! Garang dan ganas mcm singa pun ada.
(melawak jer) .
Tap tap tap! Mata aku terbeliak. aku curi curi jeling ke sebelah kanan aku.
OMG!!
aku mula rasa berdebar debar. Sungguh!
Jantung aku berdegup kencang! Saat itu, Reon, pelajar lelaki yang sama kelas dengan aku berdiri tidak jauh dari aku.
Dia perasan!
AKU cepat cepat alihkan pandangan dan pura pura bergegas untuk ke kelas. Aku lupa nak perkenalkan diri.
Aku merupakan pelajar perempuan yang sangat lembab dalam mana mana mata pelajaran kecuali seni. Yup. aku suka melukis. Hobi aku suka melukis selain dpd mengisi masa di depan komputer. Aku juga jenis selengkeh. Dan jangan hairan kalau pelajar perempuan lain menggunakan skirt tapi aku tiap tiap hari guna seluar sukan dan baju sekolah.
Kadang kadang aku dibuli oleh pelajar lain hinggakan pernah suatu hari itu, aku hilang cermin mata di dalam kelas. Lalu aku ajak sahabat aku, Miya , malam malam ke sekolah semata mata untuk cari cermin mata aku yang hilang. Hinggakan kami histeria menjerit apabila pakcik guard datang senyap tiba tiba dari belakang ketika kami mencari cermin mata aku.
Ahh. Sadis sungguh keadaannya.
Waktu rehat. Seperti biasa aku bawa bekalan tengah hari dari rumah. begitu juga Miya. kami akan makan sama sama di luar atas bangunan sekolah. Sambil berbual bual mengenai keadaan di dalam kelas.
Oh ya. Miya di kelas A. Ya lah kan. dia kan pelajar bijak di sekolah ini juga.
Tiba tiba Miya bertanya mengenai Reon. Aku terkejut tapi aku cuba untuk tidak menampakkan mimik muka aku yang mula rasa tertanya tanya. Aku tak tahu pula bahawa Miya ada perasaan terhadap Reon. Yup. Memang Reon pelajar lelaki yang ada rupa. Kalau difikirkan balik, mereka berdua macam secocok kalau bersama.
Afuh afuhh~~
aku tak boleh fikir macam tu! Aku larikan muka menghadap Miya. Miya kelihatan gembira lain macam hari ini. Seolah olah ada sesuatu yang buat dia terpukau. Mungkin disebabkan surat surat syinta yang dia terima. Mana lah tahu, di antara surat cinta tersebut, kena dengan lelaki idaman dia.
Namun, waktu itu ;
"Yuki, boleh tak kau kenalkan aku dengan Reon? Kau kan sama kelas dengan dia..."
Aku terbeliak. Dan dan agak terkejut dengan apa yang Miya katakan pada aku.
Tidak mungkin!
IMPOSSIBLE!!
Aku langsung tak kenal Reon! Nak dekat dengan dia atau bercakap dengan dia pun aku malu! Apatah lagi nak buat apa yang si Miya ni suruh.
"No no no! aku tak boleh buat! Kau suruhlah orang lain buat" sambil aturkan cermin mata aku.
"Alaa... Yukiiii... kau kan sahabat baik aku. aku yakin... kau bolehh... pleaseeeee for me?"
Aku diam. Memandang ke langit. Dengan keluhan yang kecil. Cuaca hari ini agak redup. tapi memikirkan apa yang Miya katakan, perasaan aku sikit sikit mula berbunga.
Ya!
Inilah masanya untuk aku dekat dan lebih mengenali Reon! Ya!! Aku pasti boleh buat!!
"Okay okay... I'll do it for you. Tapi mcm mana? Tengok ar aku ni... dah la selekeh.. mana la dia nak jadi kawan aku ke apa"
Miya memandang aku dari atas ke bawah. dengan gelak yang kecil.
"Nevermind about that. Aku akan tolong kau. Jangan risau!" wink wink.
Aku jadi tertanya tanya.
Tolong apa?
Sandwich yang berbaki sejak dari tadi, aku habiskan sambil berfikir banyak benda dalam otak kepala aku.
