Chapter 1 : Prologue

Naruto © Masashi Kishimoto

Deception © Raven Young

Translated by Glow Ashiya

Summary : Semua orang melihat Sasuke sebagai seorang usahawan - tetapi mereka tidak tahu apa yang telah dia lakukan selama ini. Gaara sepatutnya menjadi seorang abang yang penyayang – tetapi dia meninggalkan sang adik sendirian. Naruto selalu menjadi orang yang berpangkat bodoh – tetapi dia tidak kisah dengan semua itu kerana hanya dialah yang mengenali dirinya sendiri. Dan Hinata? Well, seperti semua orang cakap – dia gadis yang pendiam. Tenten pun memiliki sesuatu yang tidak dapat dia beritahu kepada orang lain. Sakura adalah anggota pasukan elit FBI – walaupun dia tidak tahu semua kebenaran tentang dirinya sendiri. Semua orang mempunyai sesuatu yang mereka sembunyikan, kan? Walaupun mereka ialah orang yang dekat dengan kita. Dapatkah kamu mencari kebenaran itu disebalik penyamaran yang mereka lalukan?

.

.

.

.

.

Prolog

13th December, 2019, Lost Coast, California.

Petang musim sejuk di pantai.

Matahari hampir tenggelam di kaki langit.

Langit dan laut seakan-akan bercantum di mana-mana manakala sinaran matahari petang menggantung di atas langit.

Terdapat kesan tapak kaki kecil meninggalkan jejak di atas pasir. Bersebelahan dengannya terdapat kesan tapak kaki yang lebih besar mengikuti.

Kelihatan dua orang remaja yang berumur sekitar belasan tahun sedang berjalan bersama.

Yang berjalan di hadapan ialah seorang gadis dengan rambut yang berjurai. Senyuman yang ceria jelas terpampang di wajahnya sambil bermain dengan ombak. Sinaran matahari yang semakin pudar telah membuat rambutnya seakan-akan berwarna putih.

Tidak jauh dari si gadis berdiri seorang lelaki, beberapa tahun kelihatan lebih tua daripadanya, tengah memperhatikan gadis itu dengan renungan yang lembut.

Gadis itu berjalan menuju ke arah lelaki itu dan berdiri di hadapannya sambil tersenyum. Lelaki itu meletakkan tapak tangannya di atas kepala si gadis lalu kemudian memeluknya dengan erat.

"Aku gembira sangat. Kita selamat dan aku masih bersama dengan kamu."

Rambut merah lelaki itu kelihatan sedikit berwarna kehitaman akibat sinaran matahari senja yang hampir terbenam.

"Sakura…" dia menghembuskan nama gadis itu, memeluk gadis itu dengan lebih erat lagi, mengeluh dengan nafas yang berat. Ya, dia telah menerima nasib yang tidak dapat dielakkan lagi.

"Kalau boleh… aku akan berikan dunia ini kepada kamu."

Sakura melepaskan pelukan lelaki itu untuk melihat wajahnya dan kemudian tersenyum bahagia. "Tapi, kamu dah buat pun." Suaranya mengandungi nada kepuasan. Dan kata-kata yang diucapkannya merupakan kebenaran. Lelaki itu adalah dunianya.

Lelaki itu sedikit mengerutkan dahinya.

"Sakura?" suaranya terdengar seperti sedang berbisik tetapi mengandungi nada yang serius.

"Ya?" Sakura tidak menyedari ada keseriusan dalam nada lelaki itu.

"Berjanjilah denganku walau apapun yang terjadi, kamu tak boleh menggunakan kebolehanmu untuk mencederakan sesiapapun lagi."

Sakura tidak faham kenapa lelaki itu mengatakan hal tersebut, tetapi perkara itu sudah lama mereka bincangkan dulu.

"Aku janji."

Apapun akan dia lakukan untuk mengekalkan senyuman di wajah lelaki itu.

"Nii-san?"

"Ya."

"Aku menyayangimu." Sakura memeluknya sekali lagi. Dan mereka berdiri di situ untuk seketika.

Lelaki itu terdiam sejenak, meletakkan tangannya di atas kepala Sakura dan membalas pelukannya dengan sangat protective, "Aku pun sama."

Sakura tidak menyayanginya sebagaimana layaknya seorang perempuan menyayangi seorang lelaki. Begitupun sebaliknya.

Mereka saling menyayangi layaknya seperti seorang abang dan seorang adik.

Itu pun sudah cukup untuk mereka.

Hanya itulah kasih sayang yang mereka perlukan.

.

.

.

.

.

17th December 2019

Waktu menunjukkan tengah malam.

Di sebuah rumah kecil yang kelihatan sunyi.

Cahaya bulan masuk melalui jendela dan memancarkan cahayanya pada lantai kayu.

Empat orang asing yang memakai penutup kepala berdiri di dalam bilik itu, mengelilingi orang yang kelima.

Orang kelima yang dimaksudkan ialah seorang lelaki yang memiliki ranmbut berwarna merah.

Sementara seorang gadis berambut pink sedang tidur dengan nyenyak sekali di atas sebuah katil.

Salah seorang daripada orang asing tadi melangkah maju menuju lelaki yang berada di tengah-tengah mereka.

Dengan kasar orang asing tadi menolaknya ke hadapan.

Seorang lagi menuju ke arahnya dan menutup kepalanya dengan kain. Menghalang lelaki tersebut supaya tidah melarikan diri.

Tetapi, lelaki tersebut kelihatan pasrah dengan keadaannya.

Tidak ada kata-kata yang diucapkan.

Mahupun sekurang-kurangnya lelaki itu melakukan sedikit perlawanan.

Dia tahu yang mereka datang mencarinya.

Tetapi dia masih tidak melakukan apa-apa untuk melarikan diri.

Di sebelah katil tempat gadis itu tidur terdapat segelas air yang hanya tinggal separuh.

Dan gadis itu tidak tahu tentang pil tidur yang telah dimasukkan ke dalam minumannya sebelum dia meminumnya.

.

.

.

.

.

18th December 2019

Gadis itu sendirian saat ini.

Dia berdiri seorang diri, menenggelamkan kakinya ke dalam air.

Kali ini hanya ada kesan tapak kakinya sahaja di sepanjang pasir.

Dia berdiri memperhatikan matahari tenggelam.

Dia kelihatan tenang.

Tetapi getaran suaranya mengkhianati ketenangan emosinya.

"N… nii-san tak pergi kemana-mana, kan?"

Dia kemudian menutup matanya.

"Nii-san akan berada dirumah bila aku balik nanti, kan?"

Suaranya terdengar seperti orang yang terdesak.

"Okey. Aku akan menoleh ke belakang sekarang, dan nii-san akan berada di belakangku, kan nii-san?"

Dia menarik dan menghembuskan nafas dengan berat lalu menoleh ke belakang.

Tidak ada sesiapapun di situ.

Air mata yang sejak tadi cuba ditahannya akhirnya turun mengalir dipipinya.

Mengalir turun ke dagu dan kemudian jatuh di atas pasir disekitar kakinya.

Sekali lagi dia mengambil nafas dengan berat dan mula menangis dengan teresak-esak tanpa terkawal.

Dia jatuh melutut di atas pasir.

Matahari yang hampir terbenam menjadi saksi bisu kesedihan yang dialaminya.

Dia sangat lemah.

Seperti sebuah boneka porselin.

Yang pada akhirnya akan pecah jua.

.

.

.

.

.

1st Januari 2020.

Sakura tidak tahu kemana dia pergi…

Dia tidak tahu kenapa dan bagaimana lelaki itu meninggalkannya…

Tidak tahu sama ada lelaki itu selamat, ataupun berasa gembira kerana telah meninggalkannya, ataupun malah sudah mati…

Tetapi Sakura tahu yang dia tidak dikhianati…

Seperti mana dia melihat matahari terbit pada tahun baru.

Keazamannya pun telah ditetapkan.

Dia akan menjadi kuat.

Sekuat yang boleh walaupun tanpa abangnya disisinya.

Dia pasti akan mencari keberadaan abangnya.

Dia membiarkan matahari pagi yang berwarna kekuningan menerpa wajahnya.

Tiada jejak air mata dipipinya.

Wajahnya terlihat sangat tenang.

Jika dilihat dengan teliti, hanya matanya sahaja yang memancarkan kesedihan yang mendalam.

Sinaran matanya bukanlah seperti budak yang masih naïf lagi.

Sinaran matanya sekarang penuh dengan kesengsaraan jiwa.

Dan dia sekarang sendirian.

End of prologue.

.

.

.

.

.

TBC

.

.

.

.

.

Hai, ini merupakan fanfic pertama yang saya terjemahkan. Saya juga telah meminta izin terlebih dahulu kepada yang punya cerita ini. Sebenarnya tujuan saya menterjemahkan fanfic ini adalah untuk menghilangkan rasa bosan di samping untuk menambah ilmu pengetahuan. Cerita ini juga sangat menarik bagi saya. Kepala saya penuh dengan imajinasi tetapi saya tidak tahu macam mana nak jadikan sebuah cerita.

Kalau mahu baca cerita aslinya sila singgah diakaunnya RAVEN YOUNG okey.

Review?